Bila melihat program yang diatur sepanjang hujung minggu, mulai hari ini jumaat hingga ahad tidak kurang 15 program yang menunggu.

2 petang ini adalah hari pernikahan sahabat dan adik saya, Ust Md Hailmi Misbah, junior di SMA Toh Puan Hajjah Rahmah dan Maahad Tahfiz, yang bakal disatukan dengan Cik Norliza Taliyor Abdullah, PA kepada Imam Besar Masjid Negeri, Ust Hj Nahar Matamin. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Negeri.

Dalam masa yang sama, saya berkejar juga ke Kompleks KUWASA, ada jemputan ceramah berkenaan Rajab-Syaaban-Ramadhan di salah satu sektor Jabatan Pelajaran. Asar kuliah Tafsir di Petronas, menyambung ayat 6 Surah al-Baqarah.

Maghrib nanti kembali ke surau Taman Olivia, menyambung bacaaan Hadith Riyadhus Solihin bab Mujahadah, sebelum menuju ke Surau Austral untuk usrah dan gotong royong sempena kenduri aqiqah esok.

Insya Allah ada qiyamullail jam 4 pagi di sana dan selepas subuh menyembelih lembu.

Jam 7.30 pagi esok ada jemputan majlis khatam al-Quran pelajar Maahad Tahfiz seramai 15 orang, dan tengahari mungkin kembali ke Surau Austral untuk kenduri aqiqah.

Petangnya, berkejar pula ke UMS program Seminar BIMP-EAGA anjuran ABIM, dan malam ke Masjid Kg Lok Kawi Baru untuk kuliah Hadith Kitab al-Azkar Imam Nawawi. Selepas itu balik ke rumah, kenduri ulangtahun atuk ke 64 dan anak sulung ke-5 (3 Ogos 2003).

Pagi ahad, ke Tuaran untuk hadir kenduri kahwin Hailmi dan Liza dan sebelah petang ziarah hospital untuk minggu ke-2. Malam kuliah tafsir lagi di Surau an-Nur, Taman Limauan.

Indahnya hidup ini dengan aktiviti yang berfaedah. Tiada yang diharap melainkan ridha Allah SWT.