Tarikh : 26 Sept 2013
Maahad Tahfiz al-Quran was Sunnah Sandakan agak rapat dengan maahad kami daripada segi menghantar produk-produk mereka ke maahad ini sejak 2-3 tahun kebelakangan. Syukur alhamdulillah, pelajar mereka yang dihantar ke sini setakat ini tidaklah menghampakan kami secara keseluruhannya.
Justeru apabila mereka datang berkunjung buat kali kedua, ia amat menggembirakan dan membuatkan saya sendiri teruja. Ustaz Haji Azizul Ramli antara orang kuatnya, adalah abang kami sejak zaman sekolah dan saya sendiri pernah menziarahi beliau ketika beliau menyambung pengajian di Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Kuala Lumpur.
Saya gembira dapat berkongsi dengan mereka dan perkongsian sejarah maahad mereka kepada kami, dengan suatu harapan mereka terus menghasilkan produk yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat mereka suatu hari nanti.
Assalamualaikum. Ustaz, sy nak tanya. Kat mana lagi terdapat ma’ahad tahfiz lil banat? Ada ka ustaz?
asalmualikum….saya ingin brtanyakn mcm mna mhu masuk mahad tafiz ni
Assalamualaikum ustaz macam mana nak masuk maahad tahfiz ini ya.?
Aslmualaikum ustaz,saya dari Kinabatangan mau tya macamana cara pengambilan pelajar yg abis tahun 6 ni bagi tahun 2022.