Archive for Julai, 2011


RAMADHAN KALI INI

 

1) Jaga amalan makan sahur kerana sahur itu ada keberkatannya;

2) Meningkatkan kualiti ibadah puasa dengan menjaga segala anggota;

3) Berusaha menjaga solat fardhu secara berjamaah;

4) Berusaha mendirikan dan mengekalkan solat sunat rawatib;

5) Berbuka @ sungkai dengan ala kadar (belajar berjimat);

6) Mendirikan solat tarawih 20 rakaat secara berjamaah di masjid atau surau;

7) Menggandakan tilawah / tadarrus al-Quran sekurang-kurangnya sekali khatam;

8) Berusaha mendirikan qiyamullail khususnya pada waktu sahur.

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KITA KEKUATAN…

Sumber : http://www.mustread.com.my/

Penulis : Ann Wan Seng

Penerbit : Mustread Sdn Bhd

Harga : RM19.55

Negara China sering kali dikagumi sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi tamadun dan peradaban yang tinggi. ­Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya.

Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran beberapa orang sahabat Nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke Negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah pun menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab. Hasil dan kesan daripada hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini engan kemunculan pelbagai kumpulan etnik yang unik dan memiliki hubungan darah dengan kelompok bangsa dari negara lain.

Begitu juga dengan tinggalan dan warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunah, bukti kegemilangan Islam di China dimanifestasikan melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat dan ulama, madrasah serta berbagai-bagai lagi ciptaan sama ada dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, penulisan, sejarah dan sebagainya.

Buku ini bukan sekadar berusaha untuk menjejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada Negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.

SENJA DI PANTAI PORT DICKSON

Kali kedua berkunjung ke lokasi ini selepas kali pertama hadir ke sini 2 tahun lalu. Saya diajak oleh teman lama untuk minum-minum sebentar pada petang semalam bersama keluarganya yang sudah saya tidak temui sejak lebih 10 tahun lalu. Pantai ini meriah seperti biasanya, dikunjungi oleh peminatnya. Sembang kami pun di sini tidak lama, sementalahan saya hanya keluar juga untuk merehatkan fikiran sebentar, sekitar setengah jam sebelum meneruskan kerja-kerja rasmi tujuan hadir ke sini.

Barangkali terlalu lama tidak bertemu, agak kekok berbicara lalu saya meneruskan aktiviti hobi saya bersama canon. Terima kasih teman lama membawa saya keluar sebentar. Menjelang maghrib kami beredar dan menghantar saya pulang kembali ke penginapan di Selesa Beach Resort, Port Dickson.

 

Bagus juga kalau kamu orang tahu.

Apa respon, sama ada positif atau negatif, terpulanglah masing-masing. Puncanya saya mencari maklumat ini apabila kereta saya yang saya tinggalkan disaman di kawasan tepi jalan 1Borneo. Dalam tempoh seminggu selepas kejadian, saya membayar saman tersebut dan dikenakan RM100.00. Kata petugas kaunter polis trafik Kota Kinabalu, tiada lagi kadar pengurangan (diskaun) selepas ini.

Saya salinkan semula daripada laman web rasmi PDRM di sini :


Selamat menderma!

KEMALANGAN LAGI

Hari rabu lepas kereta persona yang saya pandu kemalangan lagi. Pagi rabu, saya keluar awal untuk menghantar isteri dan anak-anak sementara saya tidak ke pejabat kerana hendak berangkat ke KLIA sebelah tengahari untuk menyertai mesyuarat Lajnah Tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri yang dijadualkan di Port Dickson Negeri Sembilan.

Selesai urusan penghantaran, saya ke beberapa lokasi untuk membayar bil telefon dan menjelaskan saman parkir di Balai Polis Kota Kinabalu. Saya kira hendak menyelesaikan semuanya sebelum berangkat ke KLIA. Hampir jam 10 saya ke Terminal 1 untuk mengambil pas masuk lebih awal memandangkan penerbangan jam 1.30 tengahari. Seterusnya saya bergerak ke arah Putatan untuk membeli beberapa keperluan.

Melepasi lampu trafik Petagas, ada satu simpang u-turn berhadapan villa Datuk Halik Zaman dan tidak semena-mena sebuah kereta kancil membuat pusingan u secara mengejut sedangkan kereta saya sudah terlalu hampir, hanya beberapa meter. Maka berlakulah apa yang telah berlaku. Keadaan hadapan kereta remuk sementara kereta kancil remuk di pintu belakang bahagian kiri. Hendak dimarah, pemandunya adalah orang tua berumur lebih 60 tahun. Bersamanya ada menantu perempuan dan cucunya berumur 3 tahun. Cucunya itu berdarah di bahagian mulut.

Apabila saya tanya kepada pakcik tersebut kenapa beliau membuat pusingan u sedangkan kereta di hadapan terlalu hampir, dia hanya menjawab ‘aku ikut kereta hadapan pusing, aku pusinglah’. Bagi saya kereta adalah harta dunia yang boleh dibaiki atau dibeli baru, tetapi saya agak terkesan dengan luka yang dialami oleh cucunya walaupun hanya cedera ringan. Meski bukan saya yang salah, untuk beberapa hari saya terkenangkan cucunya yang barangkali terhentak dinding kereta.

Pakcik berkenaan yang berasal dari Papar hanya terduduk di pembahagi jalan setelah menantu dan cucunya dihantar oleh orang lain. Mungkin pakcik berkenaan terkejut dengan peristiwa yang berlaku dalam sekelip mata itu. Memang jalanraya sesak selepas itu apatah lagi kereta kancil melintang di tengah jalan, polis trafik hanya tiba jam 10.30 pagi – 20 minit selepas kemalangan berlaku.

Dalam tempoh menanti polis dan sepanjang polis menjalankan tugas mereka, saya didatangi oleh beberapa orang yang saya kenali sebagai jamaah masjid dan surau sekitar Petagas dan Putatan. Semuanya hendak menghulur bantuan segera, menemankan pergerakan balik saya ke rumah atau menghantar ke Balai Polis Penampang dan sebagainya. Hasrat mereka itu saya ucapkan berbanyak terima kasih.

Semua urusan berkaitan laporan polis di Balai Polis Penampang (naik kereta polis), penghantaran kereta ke bengkel dan menyediakan dokumen hanya selesai hampir jam 12.30 tengahari. Terima kasih buat Sarjan Zainuddin Jahidin (foto bawah sekali) dan rakan-rakannya yang menjalankan tugas dengan baik. Dibantu oleh Sdr Suraip Hassan muazzin dari Masjid Kampung Lok Kawi Baru yang mengambil saya di balai, mengangkut keluar semua harta yang ada di kereta persona, seterusnya ke Lok Kawi – lokasi bengkel kereta kemudian menghantar saya ke rumah. Terima kasih saya ucapkan. Harapnya kereta boleh disiapkan sebelum hari raya.

Mujur beg pakaian sudah disediakan oleh isteri lebih awal. Saya hanya sempat bersalin baju, solat zuhur dan terus ke Terminal 1, KKIA dan terus masuk ke perut pesawat untuk penerbangan ke KLIA. Di pesawat, saya tidak mengambil masa yang lama untuk terlelap keletihan.

Saya hampir terlupa menghadiri seminar berkenaan yang diadakan di Dewan Besar, Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sabah pada isnin lalu walaupun sudah mengesahkan nama mewakili Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah. Pada awal pagi saya menyertai pegawai JHEAINS menerima lawatan JAIS, tetapi sekitar jam 10 pagi saya bergerak ke Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Konsep Akidah : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat, Ketua Jabatan Akidah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kemudian diteruskan dengan pembentangan kedua yang bertajuk “Ancaman Ke Atas Akidah Ummah” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Zamihan bin Mat Zin, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Setelah melihat keperluan memahami aqidah yang sebenar, saya merasakan program ini sewajarnya diadakan secara bersiri apatah lagi pembentangan Ustaz Zamihan al-Ghari dirasakan terlalu singkat terutama apabila beliau hanya sempat menerangkan Syiah dan sebahagian berkenaan Wahabi. Selain itu, kehadiran boleh dikembangkan kepada lebih ramai pihak seperti wakil IPTA, IPTS, pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan (kerana ada jabatan hanya menghantar kakitangan biasa sahaja) pegawai kanan pasukan beruniform seperti PDRM dan ATM.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada isnin lepas menerima kunjungan rombongan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada isnin lepas di tingkat 10, Wisma MUIS. Rombongan JAIS diketuai oleh pengarahnya Tuan Haji Marzuki Hussin bersama 11 orang pegawai kanan jabatan berkenaan. Sementara di pihak JHEAINS diketuai oleh Pengarah Datuk Haji Amri A Suratman bersama pegawai-pegawai yang lain.

Antara tujuan kunjungan JAIS ialah untuk melihat perkembangan pemakaian undang-undang Syariah khususnya penggunaan keterangan sains forensik DNA dalam kes-kes syariah bagi kes Persetubuhan haram. Turut dibincangkan ialah perkongsian maklumat berkenaan peraturan pentadbiran perkahwinan di Sabah dan kesepakatan dalam perkongsian kepakaran khususnya dalam perkara berkaitan pendakwaan dan pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah.

Saya hadir dalam pertemuan itu mewakili Ketua Bahagian Penyelidikan dan Informasi, Ustaz Musally Moksin.

 

Malam isnin, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sekali lagi menerima tetamu kali ini Dr Jamnul Azhar Mulkan dari Kedah. Beliau bukanlah asing bagi peminat-peminat ceramah dan dunia dakwah kerana selalu berceramah di seluruh negara dan di media perdana seperti tv9, radio IKIM fm dan lain-lain. Bahkan di surau Taman Austral, ini adalah kunjungan beliau kali kedua selepas 3 tahun lalu.

Selain di Surau Taman Austral, Ustaz Jamnul Azhar juga mengisi beberapa slot di beberapa masjid dan surau termasuk ceramah di Petronas sempena Majlis Tilawah al-Quran Petronas Peringkat Kebangsaan di mana Petronas Sabah menjadi tuan rumah kali ini. Ceramah beliau di Surau Taman Austral memberi fokus kepada persiapan umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan bagaimana pengisian yang sepatutnya dilakukan oleh hamba-hamba Allah SWT sepanjang keberadaan mereka di dalamnya.

KULIAH DARUSSYIFA’ 5

Kuliah kali ini dipimpin oleh Ustaz Awang Arifin Awang Kamaruddin dari Kuching Sarawak dan Ustaz Ikmal Zaidi Hashim dari Selangor. Kuliah-kuliah kali ini menyambung huraian-huraian penyakit jasmani yang terdahulu telah dihuraikan oleh pembimbing lepas dan seterusnya menghuraikan penyakit-penyakit sulit.

Kami dimaklumkan Ustaz Awang adalah pengerusi Darussyifa’ Cawangan Sarawak, beliau sedikit sebanyak suka bercerita pengalaman demi pengalaman yang telah mereka lalui khususnya dalam menubuhkan Darussyifa’ Sarawak serta perjalanan kuliah dan klinik mereka di Kuching. Sementara Ustaz Ikmal Zaidi adalah senior saya di Maahad Qiraat Shoubra Kaherah serta lepasan kuliah al-Quran Universiti al-Azhar Cawangan Tanta.

Nama beliau bagi kami harum di kalangan pelajar Maahad Qiraat khususnya kerana beliau adalah antara pelajar Malaysia terawal yang menyambung di kuliah al-Quran. Beliau juga adalah mursyid Imam Muda musim ke-2 tempoh hari dan kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Semoga perkongsian ilmu mereka memberi manfaat kepada kami semua.

Foto : FB Abah Anas

1. Negara : Membabitkan 3 unsur iaitu tanah, rakyat yang duduk di tanah tersebut dan pemerintah. Dan datang bersama sama pemerintah itu ialah kedaulatan. Sesetengah ulama memasukkan kedaulatan dalam item pemerintah dan sebahagian ulama lagi menjadikan kedaulatan sebagai unsur yang keempat.

2. Berkebajikan : Ada beza antara ‘berkebajikan’ dengan ‘kebajikan’. Berkebajikan menjadi sifat utama dalam sistem pemerintahan negara tersebut. Dalam bahasa arab, kebajikan disebut sebagai ‘al-birru’ atau ‘al-khairat’, dengan merujuk kepada al-Quran yang memberi takrif kepada makna ‘kebajikan’ bukan merujuk kepada takrifan manusia atau pendapat individu tertentu. Ada sesuatu kebajikan pada pandangan manusia tetapi mungkin tidak dianggap kebajikan di sisi syarak atau sebaliknya.

3. Firman Allah yang berkaitan dengan kebajikan : “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

 4. Ayat ini menjelaskan tentang takrif kebajikan yang sebenarnya, sekaligus menafikan dakwaan pemerintah yang mendakwa mereka negara kebajikan tetapi tidak mengikut takrif menurut al-Quran, baik di Amerika, Britain hatta di Malaysia (baca : UMNO-BN) sekalipun. Perkara asas dalam negara berkebajikan ialah aqidah yang sahih terlebih dahulu sebagai ayat 177 al-Baqarah di atas. Justeru orang yang mendakwa PAS meninggalkan dasar ‘negara Islam’ adalah orang yang tidak mendalami Islam dan al-Quran itu sendiri sebagai rujukan. Justeru negara berkebajikan menurut al-Quran ialah hubungan pemerintah dengan Allah SWT mesti berdasarkan aqidah yang benar.

5. Daripada segi amalan pula, pemerintah memberi harta kepada mereka yang memerlukan (seperti anak yatim, fakir miskin, orang yang bermusafir dan sebagainya) kerana memenuhi perintah Allah SWT sebagai pemilik sebenar harta itu kerana pemerintah hanyalah pemegang amanah, bukannya memberi harta kerana kepentingan dunia, tidak mengungkit pemberian tersebut dan lain-lain prinsip yang lain.

 6. Termasuk perkara kebajikan ialah mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan berakhlak dengan akhlak yang luhur seperti menunaikan amanah, menepati janji, bersabar dan bersyukur dan sebagainya. Kesimpulannya, negara berkebajikan ialah melakukan semua perintah Allah SWT daripada segi aqidah, syariah dan akhlak bukanlah dengan makna yang sempit sekadar membantu orang yang susah atau memberi sesuatu dengan percuma semata-mata.

Antara isi penting ceramah Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, 23 Julai 2011 di Asia City.

%d bloggers like this: