Archive for Julai, 2014


ZIARAH RAYA @ WP LABUAN

Hari raya pertama & kedua : 28-29 Julai 2014

Tumpuan awal rumah keluarga besar kami dan teman-teman rapat yang ada di WP Labuan.

Raya WPL (1) Raya WPL (2) Raya WPL (3) Raya WPL (4) Raya WPL (5) Raya WPL (6) Raya WPL (7) Raya WPL (8)Raya WPL (9)

Tarikh : 27 Julai 2014

Lokasi : Rumah Tuan Haji Othman Mahali, Kg Lubok Temiang WP Labuan

raya2 raya3 raya4 raya5 raya6 raya7 raya8 raya9 raya10 raya11 raya12 raya13

Antara perkara yang menjadi kesukaan saya apabila balik kampung di WP Labuan ialah bertemu guru-guru lama khususnya ketika sekolah rendah. Di Labuan, saya sempat belajar di empat buah sekolah, dua sekolah rendah dan dua sekolah agama. Tidak termasuk pra sekolah di kampung sendiri.

Selepas solat raya, saya bertemu dengan dua orang guru sekolah saya. Ustaz Juisin Sinir yang berasal dari Keningau mengajar saya darjah 1 di SK Lubok Temiang dan selepas beberapa tahun beliau khabarnya masuk maktab perguruan dan menukar bidang pengajaran kepada bidang lain.

Selain itu bertemu dan bertanya khabar juga kepada Ustaz Mohammad Abdullah yang juga pernah mengajar saya dalam darjah 3 di Sekolah Agama Islam Lubok Temiang yang ketika itu beroperasi satu bangunan dengan masjid yang ada sekarang.

Alhamdulillah, kedua-dua guru saya ini masih sihat wal afiat dan berbakti kepada masyarakat.

Ust Juisin Sinir Ust Mohammad Abdullah

Masjid Kg Lubok Temiang

Tarikh : 28 Julai 2014

Khatib : Syahnon Othman

Lokasi : Masjid al-Muzakkirullah Kg Lubok Temiang WP Labuan

 

1 Syawal adalah detik kebenaran mengalahkan kebatilan. Saat kebaikan mengatasi kejahatan. Inilah roh takbir yang kita kumandangkan pada hari ini. Ia adalah takbir-takbir kemenangan, bukan takbir kesyahduan yang kita anggap selama ini.

Nostalgia yang sewajarnya kita imbau setiap kali bertakbir kebesaran, keagungan dan kuasa Allah yang mengatasi semua musuhNya. Hari ini ialah Islam berjaya menundukan kekufuran, kesyirikan dan kemunafikan.

Malang sekali sekiranya takbir raya sekadar mengimbau keindahan kampung halaman, wajah orang yang dirindu dan disayang, sedangkan ucapan Allahu Akbar, membawa pengertian Allah Maha Besar. Maka sayugianyalah, Allah dibesarkan berbanding dunia dan manusia.

Dalam lipatan sejarah silam, jelas asal usul takbir hari raya ialah luahan kesyukuran atas kemenangan agama. Kita akan temui roh perjuangan, semangat pengorbanan dan keyakinan yang tinggi di sebalik takbir ini. Justeru, mari kita lihat makna takbir Raya tersebut :

“Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. Dan kami tidak sembah melainkan dia dengan penuh ikhlas, bagi Allah sahaja agama, meskipun dibenci oleh orang-orang kafir. Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan keesaanNya.

Benarlah janjiNya, memberi pertolongan kepada hambaNya, memberikan kemuliaan serta kemenangan kepada tenteraNya dan membinasakan tentera-tentera musuh Ahzab dengan keesaanNya”

Lafaz takbir ini berlatar belakangkan peristiwa perang al-Ahzab atau perang Khandaq, yang berlaku pada tahun 5 Hijrah di kota Madinah. Dalam peperangan ini, tentera Islam seramai 3,000 orang  telah berjaya mengalahkan  tentera bersekutu al-Ahzab seramai 10 ribu orang terdiri daripada Arab musyrikin dan Yahudi daripada Bani Nadir, Quraizah dan Bani Wail.

Parit yang lebar lagi dalam yang telah dikorek oleh Rasulullah SAW dan tentera Islam telah menghalang serangan musuh yang akhirnya ditewaskan oleh tiupan angin yang kuat. Hayatilah firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 22 :

Maksudnya : “Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.”

Detik kemenangan itu telah disambut oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dengan bertakbir. Takbir Raya sepatutnya dijadikan pembakar semangat untuk mengimbau kemenangan silam itu bagi mencipta kemenangan baru. Sejarah kemenangan lampau bukan hanya kenangan tetapi perlu diambil ibrah bagi menghadapi kenyataan hari ini.

Hari raya tahun ini kita sambut di tengah serangan Zionist Yahudi terhadap pejuang Islam di Gazza. Pejuang Palestin sedang berdepan dengan serangan demi serangan untuk menghancurkan iman dan Islam di tanah air dan di dalam diri mereka. Kita sebagai saudara seIslam tidak akan berdiam diri melihat penghinaan ini. Kita berdoa, melaksanakan misi kemanusiaan dan menyalurkan dana kepada saudara seislam kita di Gaza.

Namun, satu persoalan serius yang mesti difikirkan oleh kita ialah apakah rahsia kejayaan Rasulullah SAW dan para sahabat mengalahkan musuh yang lebih ramai dengan peralatan fizikal dan material yang lebih lengkap?

Rahsia kekuatan itu terletak pada taqwa. Ya, tidak pernah dalam sejarah, umat Islam dapat mengatasi musuh-musuhnya tanpa kekuatan taqwa. Lihat sahaja, apa yang berlaku dalam Perang Ahzab. Bukankah kemenangan itu kerana taqwa? Apabila umat Islam bertaqwa, Allah akan menjadi pembelanya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Jaasiyah ayat 19 bermaksud :

“Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).”

Tarikh : 27 Julai 2014

Lokasi : Kg Lubok Temiang WP Labuan

Pada awal bulan Ramadhan lepas, saya ada menulis tentang idea bertadarrus al-Quran sesama anak-anak dan mensasarkan agar khatam al-Quran pada akhir Ramadhan. Alhamdulillah, sebelum Ramadhan berakhir beberapa minit sahaja berbaki, anak-anak dapat mengkhatamkan tadarrus mereka di rumah nenek.

Ia berlaku sebelum berbuka puasa terakhir tahun ini dan kemudian diikuti dengan solat maghrib berjamaah. Alhamdulillah..

Khatam (1) Khatam (2) Khatam (3)

Tarikh : 26 Julai 2014

Alhamdulillah, tahun ini kami sekeluarga menyambut hari raya di WP Labuan. Semua gembira hendak bertemu dengan nenek di kampung, pakcik makcik dan sepupu-sepupu yang ramai di sini.

Balik Labuan (1) Balik Labuan (2) Balik Labuan (3) Balik Labuan (4) Balik Labuan (5) Balik Labuan (6) Balik Labuan (7) Balik Labuan (8) Balik Labuan (9) Balik Labuan (10)

Nashraf

Tarikh : 26 Julai 2014

Lokasi : LTA Kota Kinabalu

Sesuatu yang membanggakan kita semua sebagai pencinta dakwah khususnya bidang tahfiz al-Quran apabila seorang anak Sabah ini mencipta nama dalam pertandingan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa di Jordan baru-baru ini.

Nashraf satu-satunya calon dipilih mewakili Malaysia menyertai pertandingan tersebut dalam kategori juzuk 1 hingga 10 berhadapan dengan puluhan wakil negara lain seluruh dunia. Tahniah kepada Nashraf yang telah mengharumkan nama negara. Mudah-mudahan ia membuka mata dan hati umat Islam tentang dunia tahfiz yang ada di negara dan negeri kita sendiri.

Tarikh : 25 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Maahad bercuti selama 2 minggu untuk memberi peluang warganya menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing. Ia majlis perpisahan yang agak meriah kerana warga kami yang semakin ramai, sementelahan lagi sepanjang Ramadhan kali ini prestasi imam-imam tarawih yang agak memberansangkan.

Perpisahan kami disertakan dengan ingatan kepada saudara-saudara seaqidah di Ghazzah Palestin yang sedang diuji dengan serangan musuh. Tulisan dan poster-poster ini terlalu sedikit, tetapi ia mengajar anak-anak kami ini tentang ingatan dan kasih kepada saudara sendiri sama ada jauh atau dekat.

Salam aidil fitri buat semua.

Gaza@MTQQNS (1) Gaza@MTQQNS (2) Gaza@MTQQNS (3) Gaza@MTQQNS (4) Gaza@MTQQNS (5) Gaza@MTQQNS (6)

Tarikh : 24 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Setelah anakanda Sahleyzan mengkhatamkan al-Quran pada sebelah siangnya, puteri kami Nur Fakhriah Asnam pula mengambil tempat pada sebelah malam setelah selesai solat tarawih. Tarikh bersempena 27 Ramadhan, salah satu malam-malam jangkaan al-Qadr dipilih untuk majlis khatam hafaz al-Quran untuknya.

Sesungguhnya kegembiraan yang berganda-ganda untuk kami secara keseluruhan pada bulan Ramadhan ini, khususnya lagi buat Fakhriah juga keluarganya di Semporna serta guru tasmiknya Ustazah Dayang Masni.

Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada anak-anakanda kami yang khatam pada hari ini dan juga semua warga maahad dan keluarga masing-masing. Semoga kami diberikan kesempatan untuk memelihara al-Quran ini di dalam diri kami masing-masing sehingga akhir hayat.

Fakhriah (1) Fakhriah (2) Fakhriah (3)

Tarikh : 24 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Sahleyzan, anak muda dari Kampung Pimping Membakut ini membuka tirai khatam hafaz al-Quran 30 juzuk, mendahului 8 rakan-rakan sekuliahnya yang lain. Beberapa minggu terdahulu, saya menggasak mereka di dalam kelas agar mengambil kesempatan untuk khatam hafaz al-Quran di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sahleyzan siswa pertama yang menyahut cabaran saya, pada saat dan ketika itu beliau masih mempunyai baki 3-4 juzuk untuk dihabiskan. Alhamdulillah, anak muda yang mudah tersenyum dan mendengar kata ini akhirnya mengkhatamkan al-Quran di hadapan gurunya Ustazah Dayang Masni Datu Saribu.

Sahleyzan (1) Sahleyzan (2) Sahleyzan (3)

%d bloggers like this: