Tarikh : 21 Febuari 2015
Lokasi : Taman Frienship Petagas
Setinggi tahniah dan moga perkahwinan diberkati oleh Allah SWT sehingga akhir hayat.
Tarikh : 20 Februari 2015
Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan
Pengkuliah :
1) Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
2) YB Ustaz Dato’ Nassuruddin Daud
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33972-fahami-dan-perteguhkan-kepimpinan-ulamak
Di dalam PAS, penerimaan kepimpinan ulamak bukan bermakna mengenepikan golongan profesional.
Semua pihak mesti bersama dalam gagasan besar ini bagi memperjuangkan Islam. Semua pihak mempunyai tanggungjawab akidah untuk bersama menyumbang kepada kemenangan Islam.
Kemenangan Islam bukan hanya diukur dari keputusan dalam pilihan raya sahaja. Sebaliknya kemenangan dakwah dan tarbiyyah di kalangan manusia adalah gagasan besar gerakan Islam.
Ia adalah satu kesalahan untuk mengenepikan mana-mana individu yang ingin bersama memperjungkan Islam, sebagaimana juga satu kesalahan menentang kepimpinan Islam yang telah dipilih oleh ahli.
PAS, dari satu sudut sebagai parti politik, tentulah ukuran kejayaannya ialah kemenangan dalam pilihanraya.
Dari sudut yang lebih luas pula, PAS adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat, dan tahap penerimaan masyarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka.
Pada sudut ukuran tarbiyyah pula, ia dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jamaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam.
Jangan kerana ukuran kejayaan setiap bahagian berbeza, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan ia alasan untuk saling bertembung antara satu sama lain.
Di hadapan kita ada sirah Rasulullah SAW. Baginda pernah ditawar menjadi raja, namun Baginda menolaknya.
Walaupun pada perkiraan kita, andainya Baginda menerima dahulu jawatan tersebut, kemudian Baginda menggunakan kuasa sebagai raja untuk menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam, lojiknya, ia tentulah lebih baik dan berjaya. Namun, itu bukan kaedah yang diambil oleh Baginda.
Kisah itu mengajar kita bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik.
Oleh kerana gagasan Islam adalah gagasan ‘Rahmat-ul-lil Alimin’ maka ia tidak sepatutnya ditakuti. Tetapi kebimbangan akan tetap ada di kalangan bukan muslim atau mereka yang terpengaruh dengan Islamophia.
Maka proses membina keyakinan terhadap Islam mestilah dibuktikan melalui beberapa dasar Islam yang adil dan berkebajikan. PAS di Kelantan dilihat dan mesti dilihat mendepani usaha ini.
Gagasan kepimpinan ulamak telah ditegas puluhan kali oleh Presiden PAS sama ada di era Tuan Guru Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan kini Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Gagasan ini bukanlah usaha mengenepikan professional dan hanya mengambil ulamak sahaja sebagai pemimpin. Kerana di PAS, kita mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulamak.
Gagasan ini sangat besar ertinya kerana dasar dan sumber tertinggi rujukannya parti ialah al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias, maka kepimpinan tertinggi mestilah terdiri dari mereka yang boleh meletakkan sumber ini dalam memperkukuhkan hujah dan pandangannya, bukan semata-mata menggunakan akal fikiran yang bersifat nisbi ini.
Inilah keistimewaan PAS sebagai parti Islam yang semua pihak telah menerima kepimpinan ulamak sebagai dasar dan gagasan parti.
Tidak timbul ada pihak yang menolak atau menentangnya kerana inilah keputusan kita dalam Muktamar, sebagaimana gagasan kita bersetuju bersama PR dan tidak bersama Umno, juga adalah keputusan dalam Muktamar.
Maka jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan pimpinan dan ahli dengan pelbagai tuduhan, dan menimbulkan persepsi buruk pada pimpinan, yang akhirnya hanya mengembirakan musuh dan merugikan parti. – HARAKAHDAILY 21/2/2015
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
21 Februari 2015
Tarikh : 21 Febuari 2015
Lokasi : Masjid ar-Rahman, Pekan Tenom
Pendaftaran bermula jam 8 pagi, dan program bermula dengan solat sunat hajat, bacaan yasin serta zikir dan doa sebelum sesi rawatan bermula. Sambutan sangat hebat di Tenom ini dengan keseluruhan pesakit yang mendaftarkan diri lebih daripada 200 orang.
Terima kasih atas sokongan dan kesudian JK Masjid Pekan Tenom serta mereka yang terlibat menjayakan program ini. Insya Allah ada rezeki kita datang lagi.
Tarikh : 20 Febuari 2015
Lokasi : Masjid Kg Jawa Sembiling Tenom
Firman Allah SWT bermaksud : Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
Menjadi tuntutan kepada setiap jiwa orang Islam dan beriman, agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengikuti ajaran Islam secara keseluruhan, bukannya dengan mengamalkan sebahagian daripadanya dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Apa yang berlaku pada hari ini, umat Islam ada yang mengabaikan tuntutan Islam apatah lagi yang melibatkan rukun Islam dan ajaran-ajaran yang bersifat asas bagi setiap individu Islam, contohnya meninggalkan solat walaupun mengerjakan puasa, mengabaikan zakat walaupun suka bersedekah dan sebagainya.
Umat Islam mesti menjadi contoh yang baik kepada orang lain, agar manusia tertarik kepada agama yang sedia indah dan hebat ini.
Tarikh : 19 Febuari 2015
Lokasi : Maahad Darul Hadis, Kg Sembulan Kota Kinabalu
Ia satu detik bersejarah buat Maahad Darul Hadis, bahkan lebih penting juga untuk perkembangan dakwah bagi negeri Sabah apabila satu lagi institusi tahfiz didirikan di negeri ini. Anak-anak remaja seramai 15 orang ini menjadi perintis kepada institusi al-Quran dan hadis yang menjadi teras dalam maahad ini.
Terima kasih kepada Sheikh Zainul Asri yang sudi melebarkan sayap Darul Hadis ke Sabah, juga kesudian warga kampung Sembulan yang menerima kehadiran institusi ini di sini. Ibu bapa dan pelajar sulung juga akan tercatat dalam sejarah penting dakwah ini.