Tarikh : 20 April 2016
Lokasi : Wisma MUIS Kota Kinabalu
Seramai 40 qari dan qariah menyampaikan tilawah al-Quran masing-masing dalam Tilawah Saringan Akhir bagi memilih 10 peserta terbaik ke peringkat negeri. Saringan akhir ini diadakan selama dua hari pada semalam dan hari ini di Bilik Hikmah Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.
Dalam tempoh dua hari tersebut, kami dimaklumkan sebahagian besar daripada peserta adalah golongan muda dan ini menunjukkan masa depan yang baik bagi pembangunan tilawah al-Quran di Sabah. Ustaz Hamdani Omar yang bertindak sebagai Pengerusi Jamaah Hakim kali ini bagi pihak seluruh jamaah hakim mencadangkan agar program tahsin al-Quran diperluaskan ke seluruh negeri bagi mencungkil bakat bertarannum al-Quran.
Para peserta juga dalam ulasan pengerusi disarankan agar membudayakan tilawah dalam kehidupan seharian dan bukannya bermusim. Dalam keputusan yang diumumkan, kelima-lima qariah adalah peserta kelas tahsin manakala bagi qari, empat daripada lima peserta adalah daripada kelas tahsin yang dibimbing oleh Tuan Haji Yahya Daud, mantan johan qari antarabangsa dari Kelantan.
Keputusan saringan akhir :
Qari :
1) Afizan Wangkee : 83.17%
2) Mohd Raffe Ghalil Abbas : 82.67%
3) Zunaidi @ Ady Misdaranine : 82.17%
4) Hj Razman Asmat : 81.83%
5) Hj Abdullah Wahid : 80.67%
Qariah :
1) Sofizah binti Mousin : 85.5%
2) Nur Faten Izzati Rablin : 83.17%
3) Hjh Halipah Machu : 78.5%
4) Hjh Sanayah Hj Janaid : 77.17%
5) Jalimah Mohd Muamat 76.33
Tarikh : 12 Mac 2013 (Selasa)
Tempat : Bahagian Pendidikan JHEAINS, Tingkat 9 Wisma MUIS
Pengerusi : Ustaz Haji Saifuddin Haji Daud
Setiap tahun sebelum menjelangnya Majlis Tilawah al-Quran peringkat Negeri Sabah, satu mesyuarat JK Pemilihan ayat al-Quran diadakan. Tidaklah sebarangan ayat diserahkan kepada qari qariah untuk membaca dalam MTQ mana-mana peringkat sekalipun. Kalau tidak salah ini tahun kedua saya terlibat sama memilih ayat yang akan dibaca oleh para qari dan qariah.
Untuk kali ini ada beberapa tema yang menjadi perkiraan kami memilih ayat-ayat berkenaan. Pertama mengambil kira tema MTQ Negeri iaitu berkenaan wasatiyyah. Tema kedua ialah isu pencerobohan di Lahad Datu. Sementara tema ketiga ialah kepimpinan menurut Islam memandang pilihanraya yang semakin hampir menjelang. Ada juga ayat-ayat yang dipilih tidak mengikut tema yang kami bincangkan.
Sebanyak 11 ayat dan surah dipilih, walaupun di peringkat akhir nanti hanya ada 10 peserta – 5 qari dan 5 qariah. Sebahagian ayat dicadangkan oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok dan beberapa ayat lagi cadangan ahli mesyuarat lain termasuk saya. Setelah dipilih ayat-ayat berkenaan, dibincang dan ditetapkan juga 2 tarannum wajib yang menjadi syarat tilawah.
Ustaz Musally Moksin – bos lama saya pula diamanahkan untuk menyediakan intisari bagi setiap ayat yang sudah ditetapkan itu dan akan dibacakan oleh pengacara yang akan ditetapkan nanti. Semoga semuanya berjalan lancar.
Sumber : Teks JHEAINS
Sejarah pemerintahan Nabi Muhammad SAW menyaksikan bahawa dalam setiap aspek sama ada dakwah, pentadbiran negara, kehakiman, hubungan diplomatik mahupun amalan adat resam dan kebudayaan, Baginda tidak menunjukkan sikap berat sebelah, melampau atau ekstrem. Pendekatan yang diambil serta dilaksanakan oleh Nabi SAW adalah pendekatan wasatiyyah atau jalan tengah kerana hanya dengan jalan ini Islam dapat diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum, suku kaum, kabilah dan sebagainya.
Natijahnya, kesatuan ummah dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan dapat ditegakkan di Madinah sesudah hijrah Nabi SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Antara perkara yang mendapat rahmat dari amalan serta sikap kesederhanaan Nabi SAW termasuklah penggubalan piagam Madinah dan perjanjian Hudhaibiyah.
Di bawah Piagam Madinah misalnya, masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada tiga kaum utama Yahudi di Madinah iaitu bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quraizah diberi perlindungan serta kebenaran mengamalkan kepercayaan masing-masing selagi mereka menerima, mematuhi dan menghormati Piagam Madinah. Hikmahnya adalah untuk memastikan masyarakat Islam, Yahudi dan juga golongan Munafik yang mendiami bumi Madinah dapat hidup aman dan sejahtera di bawah pemerintahan Islam.
“…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhi larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya bagi orang yang melanggar perintahnya.” (S. Al-Hasyr: 7).
Sehubungan itu, pendekatan wasatiyyah atau amalan kesederhanaan Nabi SAW dalam pelbagai urusan seharusnya kita jadikan sebagai prinsip pedoman khususnya dalam membina kesatuan ummah di persada ibu pertiwi tercinta yang berbilang kaum, agama dan budaya ini. Selaku penduduk terbesar negeri ini, umat Islam perlu terlebih dahulu bersatu dengan mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama saudara Islam yang ditunjangi oleh asas akidah Islamiah.
“Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya.” (HR Muslim)
Saya bantu promosi secara percuma, sekadar membantu urusniaga sesama umat Islam, apatah lagi berkaitan dengan ibadah siyam ini, kita dianjurkan memakan buah tamar khususnya ketika berbuka dan makan sahur. Walaupun anjuran dan keutamaan buah kurma bukan sekadar Ramadhan, ayuh kita bangkitkan citarasa memakan buah kurma atas anjuran Nabi SAW dengan memulakannya pada bulan Ramadhan ini.
Saya pula, sudah jatuh hati dan selesa dengan kurma Yusuf Taiyob dan baru membeli tiga kotak yang saya yakini – jika mengikut pengalaman lepas – akan habis tidak sampai pertengahan Ramadhan kerana disukai anak-anak. Selamat memilih kurma di Wisma MUIS. Oh ya, tamar ajwah pun sudah ada di sana kini.
60 peserta kalangan ustaz ustazah menghadiri Muzakarah Hakim sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada pagi semalam di Bilik Hikmah 1 Wisma MUIS. Program ini sebenarnya berobjektif untuk meningkatkan kefahaman dan kualiti penghakiman tilawah bagi para peserta yang menjadi panel hakim dalam majlis-majlis tilawah al-Quran pelbagai peringkat.
Dalam majlis tilawah al-Quran, ada empat bidang yang dihakimi iaitu tajwid (40 markah), fasohah (20 markah), tarannum (25 markah) dan suara (15 markah). Para pembimbing yang merupakan hakim tilawah di peringkat kebangsaan menegaskan perkara-perkara yang perlu dinilai oleh para hakim ketika menghakimi tilawah seseorang peserta.
Antara perkara yang saya sukai dalam majlis ini apabila melihat para ilmuan dan ustaz yang sudah berkecimpung lama turut hadir menambah ilmu dan bertanya dalam sesi soal jawab. Antaranya Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok, Ustaz Parmin Sahlan dan lain-lain. Kehadiran dan komitmen mereka sebenarnya memberi semangat kepada ustaz-ustaz muda seperti kami untuk mendalami ilmu penghakiman tilawah al-Quran.
Terima kasih kepada urus setia JHEAINS yang menyenaraikan nama saya dalam program ilmiah dan barakah ini.
Hari Pertama
Tarikh : 15 Mei 2012 (Selasa)
Masa |
Acara |
Lokasi |
08.00 pagi – 05.00 petang | Pameran | Ruang legar, Wisma MUIS |
08.00 pagi – 12.00 tgh hari | Majlis Tapisan Al-Quran I | Dewan Saadah |
Hari Kedua
Tarikh : 16 Mei 2012 (Rabu)
Masa |
Acara |
Lokasi |
08.00 pagi – 05.00 petang | Pameran |
Ruang legar, Wisma MUIS |
08.00 pagi – 11.00 pagi | Pertandingan Khat |
Ruang legar, Wisma MUIS |
08.00 pagi – 12.00 tgh hari | Majlis Tapisan Al-Quran II & Penyampaian Penghargaan | Dewan Saadah |
Hari Ketiga
Tarikh : 17 Mei 2012 (Khamis)
Masa |
Acara |
Lokasi |
08.00 pagi – 05.00 petang | Pameran | T. Bawah, Wisma MUIS |
07.00 pagi – 12.00 tgh hari |
Muzakarah Hakim |
Bilik Hikmah, Wisma MUIS |
08.00 – 11.30 pagi |
Raptai |
Dewan Saadah |
02.00 petang |
Cabutan Undi |
Kompleks Haji Sabah |
07.00 – 10.30 malam |
Majlis Tilawah Akhir Peringkat Negeri Sabah |
Dewan Saadah |
Hari Keempat
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa |
Acara |
Lokasi |
08.00 pagi – 05.00 petang | Pameran | T. Bawah, Wisma MUIS |
08.00 pagi – 11.00 pagi | Bicara Al-Quran | Dewan Saadah |
02.00 – 04.00 petang |
Raptai Penuh |
Dewan Saadah |
07.00 – 10.30 malam |
Majlis Penyampaian Hadiah |
Dewan Saadah |