Kami sekeluarga hadir kenduri kesyukuran Nur Izzara Hasya binti Sophian di Taman Sungai Wang Kinarut pada tengahari tadi (ahad) yang baru berusia 2 bulan. Ada majlis tahnik dan gunting rambut. Semoga anakanda ini membesar sebagai muslimah yang solehah serta berbakti untuk keluarga dan agamanya.
Archive for September, 2012
Sesudah kelas pengajian kami tamat beberapa bulan lalu, ada dua kali pertemuan majlis zikir diadakan. Dua minggu lalu dan semalam. Majlis zikir dua minggu sudah tidak dapat saya hadiri kerana berada di luar daerah. Alhamdulillah majlis zikir kali ini di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral selain dapat mengulangkaji zikir ruqyah secara jamaah, dapat juga bertemu dengan rakan-rakan yang jarang ditemui.
Selain majlis zikir dan solat hajat, satu taklimat disampaikan kepada kami oleh Ustaz Haji Muchlish dan Tuan Haji Pozi bagi persediaan menjelang majlis pengijazahan kumpulan pertama Darussyifa’ Sabah pada 14 Okt. akan datang. Sesi berfotografi, melengkapkan borang biodata peribadi serta yuran-yuran tertunggak dan kos konvo yang perlu dibayar. Perasaan bercampur baur menghadapi majlis pengijazahan ini antara debaran, syukur dan gembira.
Semoga detik indah itu akan menjelma.
Seorang pemuda muslim berumur 30 tahun datang dari Sepanggar bersama ibunya dalam sesi rawatan pengubatan Islam di Surau SK Putatan, malam tadi (jumaat malam sabtu). Badan tegap-tegap tetapi katanya badan selalu panas terutama selepas tidur. Kalau tidur pula selalu mengigau diikuti dengan suhu badan yang naik panas sejak 2 minggu kebelakangan. Belum lama beliau saya ruqyah, tiba-tiba saja dia tumbang. Setelah sedar kembali saya berbual dengannya :
Saya tanya : Bila kali terakhir tidur kemudian bangun badan panas?
Jawabnya : Tengahari tadi (jumaat).
Saya tanya : Kamu tidak solat jumaatkah?
Jawabnya : Tidak.
Sesudah berlaku dialog, lelaki berkenaan sambil tunduk bersuara perlahan mengaku memang tidak sembahyang pun. Sebenarnya dalam situasi seumpama inilah dakwah dalam perubatan berlaku. Nasihat agar berubah, bertaubat dan kembali kepada fitrah seorang muslim setelah Allah SWT memberikannya rezeki yang baik, kesihatan yang bagus, kenapa masih tidak mahu kembali kepada Allah? Dalam tunduk dia mengaku kesilapan dan mengajak dia memulakan perubahan dengan mendirikan solat fardhu.
Pada 8 September 2012, berlangsung satu program mega ‘Ustaz Sayang Anda’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya. Majlis ini berkonsepkan “rumah terbuka”, khas dari para Ustaz sebagai tanda terima kasih kepada semua pencinta majlis ilmu yang berterusan menyokong setiap majlis ilmu. Program ini menggabungkan Ustaz-Ustaz yang dikenali dan diminati ramai juga. Semuanya berkongsi pengalaman di atas satu pentas.
Program bermula pada sebelah petang dengan penampilan Imam Muda Asyraf, Ustaz Badlishah dan Ustazah Norhafizah Musa dalam satu forum, diikuti solat maghrib berjamaah diimamkan oleh Sheikh Abdul Karim dari Masjid Negeri Shah Alam. Bacaan yasin dan doa dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim dan Ustaz Don Daniyal sebelum solat isyak juga diimami oleh Sheikh Abdul Karim.
Sesi ceramah para ustaz diselang seli dengan persembahan artis dengan dihoskan oleh Man Raja Lawak dan Acong. Antara pendakwah yang tampil ialah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Syed Norhisham, Ustaz Zamri, Ustaz Don, Ustaz Haslin dan Ustaz Azhar Idrus. Penampilan para pendakwah pula lebih kepada bercerita pengalaman hidup mereka ketika belajar atau berdakwah. Sementara para artis antaranya Mawi, Akil Hayy, Hafiz Hamidon, Sham Kamikaze dan lain-lain.
Foto-foto dan maklumat diceduk dari pelbagai sumber antaranya : http://waleedahyaya.blogspot.com/2012/09/ustaz-sayang-saya-omaigad.html, http://senseiabil.blogspot.com/2012/09/program-usa-ustaz-sayang-anda.html, http://suraukini.blogspot.com/2012/09/sebahagian-rakaman-di-program-ustaz.html, Mohamadazhan.com dan lain-lain.
Khatib : Ustaz Suharto Soekarni
Lokasi : Masjid Nurul Jannah, Kg Petagas Putatan
Ungkapan dan seruan taqwa yang sering dikumandangkan oleh para khatib saban minggu bukanlah pada nama dan sebutan sahaja. Ia mesti dibuktikan dengan pelaksanaan ajaran din al-Islam secara menyeluruh. Ada kalangan manusia yang memahami ad-Din sebagai religion iaitu ibadah ritual semata-mata.
Sedangkan ad-Din sepatutnya diterjemahkan sebagai way of life atau cara hidup yang lengkap dan memandu penganutnya secara keseluruhan. Ad-Din adalah gaya hidup pentadbiran, ad-Din adalah gaya hidup kekeluargaan, ad-Din adalah gaya pemerintahan dan begitulah seterusnya. Sementara Islam yang menjadi pegangan hendaklah dibuktikan secara harmoni dan damai kerana Islam itu sendiri adalah agama perdamaian dan orang Islam merasa selamat dengan kehadiran orang Islam yang lain.
Sabda Nabi SAW : “Orang Muslim itu ialah mereka yang selamat orang Islam lainnya dari (kejahatan) lisan dan tangannya.” (HR al-Bukhari)
Semoga Allah SWT memberi keberkatan dan menambah kebahagiaan buat sahabat kami Ustaz Nazri Yaakob dan sekeluarga diatas kelahiran anak ke-5 mereka pada 3 September 2012. Malam tadi sahabat-sahabat hadir atas jemputan kenduri kesyukuran sempena aqiqah Anis Umaira. Saya difahamkan jamaah Masjid as-Salam Kg Contoh dan Masjid al-Hilal Kg Tg Dumpil Putatan memeriahkan majlis beliau ini.
Ya Allah, fahamkan anak ini dalam urusan agama dan berbakti untuk orang tua dan agamanya.
Seorang wanita berusia 40an dirawat kerana gangguan jin di sebuah taman perumahan di Putatan beberapa hari kebelakangan ini. Melalui dialog dengan jin yang berada di dalam tubuh perempuan itu mendakwa mahu keluar balik ke tempatnya tapi tidak tahu jalan kerana tidak biasa dengan jalan di taman perumahan berkenaan. Ia kelihatan kebingungan kerana apabila soalan-soalan diaju kepadanya, dia tidak tahu apa-apa.
Sebenarnya kita tidak tahu hakikat sebenarnya. Boleh jadi dia bohong dan boleh jadi juga dia benar. Seperti mana manusia apabila dibawa ke tempat yang baru pertama kali dia sampai, ada kebarangkalian juga dia tidak tahu jalan pulang semula. Berkali-kali perempuan ini cuba muntah – kerana dia sekejap sedar dan sekejap hilang ingatan. Sesekali mengadu minta tolong agar dirawat dan dikeluarkan jin yang mengganggunya dan sesekali pula jin itu mendakwa selesa tinggal di tubuh perempuan berkenaan.
Hanya satu perkara yang jin berkenaan ingat, katanya : “Aku ingat ada pokok tarap dan di bawahnya ada batu-batu. Di sanalah kami tinggal”. Dan lokasi tempat itu menurut tuan rumah ialah di salah kampung di Bongawan.
Foto Kursus Haji Perdana 2012 di Masjid Negeri Sabah pada awal September lalu.
……………………………………………………………………
Panggilan haji telah tiba lagi…
Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang terpilih sebagai tetamu Allah SWT tahun ini, menunaikan rukun Islam ke-5. Tiada lain doa dan harapan semoga semuanya dapat menunaikan segala ibadah dengan terbaik, selamat pergi dan kembali dengan membawa haji yang mabrur dan sesudahnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.
Sempena keberangkatan rombongan jamaah haji Sabah yang pertama, malam tadi saya diundang menghadiri kenduri di rumah warga JHEAINS Ahmad Haji Yassin yang juga jurufoto yang sudah lama berkhidmat di Kg Muhibbah Petagas. Alhamdulillah beliau berangkat ke tanah suci bersama isteri yang dikasihi Puan Rajinah.
Penerbangan pertama jamaah haji Sabah telah pun bertolak jam 4.45 petang tadi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu membawa 357 bakal haji terus ke Madinah al-Munawwarah yang memakan masa selama 11 jam 45 minit. Hadir mengucapkan selamat jalan ialah TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah dan beberapa tetamu lain. Penerbangan lain dijangka berlepas pada 8 Oktober 2012.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat melalui Naib Pengerusinya Sdr Vincent Lee telah melakukan lawatan kerja ke Labuan dan Sabah. Di Sabah beliau telah mengadakan kunjungan sekitar Kota Kinabalu, Kota Belud dan Pitas. Juga ada sesi penerangan bersama masyarakat bukan Islam di Pitas dengan kehadiran tidak kurang 500 orang.