Archive for Jun, 2014


Falsafah hidup saya mudah saja iaitu bekerja dengan jujur, tidak bertangguh dan tidak terlalu mengharapkan orang lain serta jangan terlalu menunggu arahan, kata Haji Othman Mahali,70, yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru WP Labuan pada tahun 2002. Beliau juga adalah antara pengasas Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan (Perwila) dan kini masih aktif berkarya dan sering menghadiri seminar, simposium, persidangan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Haji Othman Mahali lahir pada tahun 1944. Beliau mendapat pendidikan awal di GPS Labuan dari darjah satu hingga enam dalam masa empat tahun pada tahun 1957 hingga 1960. Selepas itu, beliau menceburi bidang perguruan dengan menjadi guru tidak terlatih di NVS Rancha Rancha pada tahun 1961.

Selepas itu, beliau mengikuti Kursus Perguruan di Pusat Latihan Perguruan Sekolah Sukarela Anak Negeri, Tanjung Aru pada tahun 1962. Selepas tu beliau kembali bertugas sebagai guru besar di SK Rancha Rancha pada tahun 1963 hingga 1966, sebelum berpindah ke SK Tanjung Aru Kota Kinabalu. Pada tahun 1967, beliau ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Dalam perkhidmatan Khas di Institut Bahasa Kuala Lumpur.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah termask SK Kerupang, SMK Labuan dan lain-lain lagi. Tidak setakat itu, beliau diamanah dan ditugaskan sebagai Pengetua SMK Pengiran Omar Sipitang dari tahun 1978 hingga 1980, Pengetua SMK Membedai WP Labuan dari tahun 1980 hingga 1993.

Kemudian beliau dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Pegawai Pembangunan di Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Sabah Kota Kinbalu dari tahun 1993 hingga 1995. Di penghujung perkhidmatannya di Jabatan Pendidikan, beliau kembali ke Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah WP Labuan di Pejabat Pendidikan Labuan dari tahun 1995 hingga bersara pada tahun 1999.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Halimah Abdul Jalil dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata (seorang sudah meninggal). Kesemua anaknya berjaya, antaranya, seorang memiliki ijazah MBA dari USA, seorang lagi lepasan Universiti Al-Azhar dalam jurusan Qiraat Al-Quran.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang menemubual beliau di salah sebuah restoran terkemuka di WP Labuan dalam kunjungan singkat ke pulau itu awal minggu ini. Ikuti petikan temubual bersama beliau.

UB: Bolehkah cikgu beritahu sedikit mengenai latar belakang cikgu?

HOM: Saya lahir pada 17 Januari 1944. Anak bungsu dari tiga adik beradik. Tapi kalau dicampur dengan adik beradik lain ibu, kami semua 12 orang. Saya hanya masuk bersekolah pada tahun 1957 dan tamat darjah enam, empat tahun kemudian kerana lompat darjah dua kali.

UB: Di mana cikgu bersekolah dahulu?

HOM: Saya bersekolah di GPS Labuan. Dulu kami menetap di Kampung Rancha Rancha. Dari Kampung Rancha Rancha kami berjalan kaki ke pengkalan seawal jam 6.00 pagi. Selepas itu, naik perahu ke jeti di Bandar Labuan dan dari sana, sambung berjalan kaki lagi ke sekolah GPS Labuan, yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan 1 WP Labuan, dan sampai di sekolah kira-kira jam 7.40 pagi.

UB: Berapa lama bersekolah di SK Pekan Labuan?

HOM: Saya menghabiskan sekolah rendah dalam masa empat tahun saja kerana lompat darjah dua kali.

UB: Selepas itu, di mana cikgu meneruskan persekolahan?

HOM: Selepas tamat darjah enam, saya diminta mengajar di NVS Rancha-Rancha pada tahun 1961. Ketika itu umur saya 17 tahun. Saya menjadi Guru Tidak Terlatih di NVS atau Native Voluntary School, sekolah sukarela yang dibina oleh orang-orang kampung yang dahagakan ilmu pengetahuan dengan bantuan Pejabat Daerah. NVS Rancha Rancha kini dikenali Sekolah Kebangsaan Rancha Rancha.

UB: Apa maksudnya Guru Tidak Terlatih?

HOM: Guru tidak terlatih maksudnya guru tanpa latihan. Waktu itu, sayalah yang mengurus sekolah. Mengajar dalam satu bilik darjah, yang didirikan secara sukarela oleh masyarakat kampung Rancha Rancha.

UB: Cikgu tidak masuk maktab?

HOM: Selepas itu, saya mengikuti kursus perguruan secara formal selama enam bulan di Pusat Latihan Perguruan Sekolah Sukarela Anak Negeri (NVSTTC) di Tanjung Aru, Jesselton pada tahun 1962. Waktu itu Kota Kinabalu dikenali dengan nama Jesselton. Kemudian saya ditempatkan semuka di Sekolah Kebangsaan (Waktu itu Government Primary School (GPS) Rancha Rancha sebagai Guru Besar dari tahun 1963 hingga 1966.

UB: Di mana cikgu mengajar selepas itu?

HOM: Saya ditukarkan ke SK Tanjung Aru Kota Kinabalu sebagai guru biasa. Di Kota Kinabalu, saya dan rakan-rakan mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang pertama kali diwujudkan di Sabah tetapi hanya dalam satu subjek saja iaitu Bahasa Melayu.

Pada tahun 1967, saya terpilih mengikuti kursus dalam perkhidmatan selama 11 bulan di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Tahun berikutnya saya ditukarkan ke SM Labuan dan mengajar dalam Tingkatan 1 Aliran Bahasa Melayu. Pada tahun itu, saya mengambil peperiksaan SRP iaitu Sijil Penuh dan lulus. Dua tahun kemudian saya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus.

Seperti juga SRP, untuk mengambil peperiksaan SPM dengan menghadiri kelas lanjutan pada sebelah malam kerana waktu siang, saya mengajar. Saya juga memperolehi Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pada tahun 1970.

UB: Selain SK Rancha-Rancha, dan SK Tanjung Aru, dimana cikgu pernah bertugas?

HOM: Selain SK Rancha-Rancha dan SK Tanjung Aru Kota Kinabalu, saya pernah mengajar di SK Kerupang, SMK Labuan, SMK Membidai di Labuan. Saya pernah diamanahkan menjadi Guru Besar SK Rancha Rancha dari tahun 1963 hingga 1966, Pengetua di Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang dari tahun 1978 hingga 1980, Pengetua di SMK Membidai, WP Labuan dari tahun 1980 hingga 1993.

UB: Selepas jadi pengetua di SMK Membidai, cikgu bertugas dimana?

HOM: Selepas itu, saya dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Pegawai Pembangunan di Ibu Pejabat, Jabatan Pendidikan Sabah, Kota Kinabalu dari tahun 1993 hingga 1995. Kemudian, saya kembali Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah WP Labuan di Pejabat Pendidikan Bahagian WP Labuan dari tahun 1995 hingga bersara pada 17 Januari 1999.

UB: Mungkin ada pengalaman istimewa sepanjang berkhidmat sebagai guru?

HOM: Antara pengalaman istimewa sepanjang berkhidmat, ialah pernah dilantik sebagai Guru Besar Tidak Terlatih di NVS Rancha-Rancha pada tahun 1961 hingga 1962. Sewaktu bertugas di SMK Labuan, saya mengajar semua mata pelajaran tingkatan satu kecuali bahasa Inggerus dan Agama Islam.

Selain itu saya juga terlibat dalam taklimat Borang Laporan Setengah Tahun Jabatan Pendidikan Sabah kepada semua PPD di Sabah selain berpeluang menjelajah seluruh pelusuk negeri di bawah Bayu. Saya juga terlibat secara langsung dalam menyediakan dokumentasi projek dan perancangan Pendidikan Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Sabah dalam RMK 7.

UB: Boleh sebutkan penghargaan yang cikgu pernah terima?

HOM: Saya mendapat anugerah Guru Cemerlang pada tahun 1996. Kemudian saya menerima anugera Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada tahun 1992. Kemudian pada tahun 2002, saya terpilih sebagai sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Labuan.

UB: Khabarnya cikgu juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di WP Labuan. Apa di antaranya?

HOM: Walaupun sibuk sebagai pendidik, saya cuba untuk memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat di WP Labuan. Antaranya, saya bersama beberapa rakan penulis, adalah anggota pengasas Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA).

Selain itu, saya pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lubuk Temiang hingga 2001, Ahli Jawatankuasa JKKK Lubuk Temiang, Ketua Unit Pertubuhan Peladang, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan Utara, Timbalan Ketua UMNO Cawangan Lubuk Temiang dan Ahli Jawatankuasa Muzium Sejarah Labuan.

UB: Saya tertarik dengan Perwila, yang menjadi salah satu kerabat Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) sebuah badan gabungan penulis berpengaruh di negara ini.Boleh cerita sedikit mengenai Perwila?

HOM: Perwila atau Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebuah persatuan penulis yang gigih dan giat mengadakan pelbagai kesusasteraan, kebudayaan untuk mengangkat martabat sastera khususnya di WP Labuan. Perwila adalah salah satu badan gabungan Gapena.Mulanya saya adalah Setiausaha Perwila dari tahun 1985 hingga 1993. Kemudian saya dipilih sebagai ketua 1 Perwila dari tahun 1994 hingga 1996 dan kini dipilih pula sebagai Bendahari Perwila dari tahun 2007 hingga kini.

UB: Selain tugas sebagai guru, cikgu juga dikenali sebagai penulis. Tahun berapa cikgu mula menulis? Apa nama pena?

HOM: Saya mula menulis pada tahun 1963 dalam genre cerpen di akhbar Harian Ekspress. Saya juga menulis sajak dan berita-berita tempatan. Hasil karya saya pernah diterbitkan dalam antologi cerpen bersama penulis Brunei, Sabah dan sarawak dalam Rantau Utara terbitan DBP Brunei tahun 1989.

Selain itu, beberapa sajak saya pernah diterbitkan bersama penulis-penulis Malaysia oleh Gapena dan antologi puisi bersama penulis-penulis Sabah dan Sarawak sempena Pengucapan Puisi Wilayah-Bandaraya Kota Kinabalu dan Kuching tahun 2001 hingga 2005 yang diterbitkan oleh DBP Sabah dan DBP Sarawak.

Selain itu, saya juga menulis skrip drama untuk Radio Malaysia Labuan 1980 hingga 1990. Dalam bidang penulisan saya menggunakan nama pena OYEM dan Onn Malini.

UB: Apa jenis sukan kegemaran cikgu?

HOM: Saya gemar bersukan khususnya dalam permainan badminton.

UB: Apa aktiviti lain selepas bersara?

HOM: Selain aktif dalam persatuan, saya juga berniaga. Sempat pula mengusahakan tanaman bunga hiasan di bawah projek PMAK Lembaga Pertubuhan Peladang Secara Komersil.

UB: Kalau boleh tahu, apa falsafah hidup yang cikgu amalkan sehingga berjaya?

HOM: Falsafah hidup saya mudah saja iaitu bekerja dengan jujur, tidak bertangguh dan tidak terlalu mengharapkan orang lain serta jangan terlalu menunggu arahan.

Tarikh : 21 Jun 2014

Lokasi : Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan

Tajuk : 1) Haid, nifas dan istihadhah, 2) Umdatus Salik

 

Satu idea yang Allah SWT kurniakan menjelang Ramadhan untuk saya praktikkan dalam bulan Ramadhan kali ini ialah mengadakan tadarrus al-Quran untuk anak-anak kami yang sudah boleh membaca al-Quran iaitu Nuha, Hana, Hadi & Lu’lu’.

Prosesnya berjalan setiap hari, dan setiap hari tu pula diadakan beberapa sesi mengikut kesesuaian mereka sama ada sebelah pagi, petang atau malam dengan jumlah setiap hari tidak kurang daripada 1 juzuk. Sasaran kami ialah kumpulan tadarrus mereka boleh khatam pada akhir Ramadhan nanti.

Dari segi penjagaan, saya tidak banyak mengawasi bacaan mereka. Sasaran awal saya agar mereka boleh baca dan suka membaca, tanpa perlu keras terhadap hukum hakam tajwid pada peringkat ini. Setiap sesi dilantik sebagai ketua berganti-ganti, mengumpul adik beradik mereka sehingga target setiap sesi dapat diperolehi.

Kaedah bacanya, tidaklah seperti orang awam yang membaca biasanya 1 muka seorang bergilir-gilir. Ada juga yang 2 muka atau 1 maqra’ seorang. Untuk anak-anak kami, saya buat seorang membaca hanya 1 ayat dan kemudian digilirkan pada ayat berikutnya, supaya tempoh menunggunya tidak lama.

Tadarrus (1) Tadarrus (2)

Cek Darah

 

1 Ramadhan 1435.

Selepas solat tarawih pertama – yang saya menjadi imamnya – kami ramai-ramai buat pemeriksaan kesihatan asas dengan bantuan Dr Ilzam, doktor dari Hospital Queen Elizabeth yang juga jamaah tetap surau ini.

Dalam ceramah pada malam sebelumnya, ada saya sebutkan antara persediaan kita menjelang Ramadhan ialah menjaga kesihatan masing-masing, agar dengan kesihatan yang baik kita mampu bertarawih dengan baik, berpuasa seharian, boleh bertilawah dan bertadarrus al-Quran dalam tempoh yang panjang, bahkan mampu bangun untuk qiyam pada akhir malam. Insya Allah kalau pun tidak semua ibadah itu dapat dibuat dengan kesihatan yang baik.

 

 

Tarikh : 27 Jun 2014

Lokasi : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral

Diberi peluang menyampaikan ceramah menjelang Ramadhan. Saya memberikan beberapa pesanan sahaja untuk para jamaah di surau ini. Antaranya menyediakan wang secukupnya untuk memperbanyakkan sedekah di dalam bulan Ramadhan. Semua kita mengetahui kelebihan beramal dalam bulan Ramadhan ini, termasuklah sedekah.

Sediakan wang untuk menyumbang ke tabung surau, fakir miskin yang memerlukan, anak yatim yang sendirian, pelajar yang bakal bermusafir melanjutkan pengajian, kumpulan-kumpulan Islam yang mengadakan aktiviti dakwah, sekolah-sekolah agama yang memerlukan biaya dan seumpamanya.

Selepas ceramah, ada sedikit majlis ringkas untuk meraikan bayi dalam majlis bergunting dan tahnik.

Ceramah @ Austral (1) Ceramah @ Austral (2) Ceramah @ Austral (3) Ceramah @ Austral (4) Ceramah @ Austral (5) Ceramah @ Austral (6) Ceramah @ Austral (7) Ceramah @ Austral (8) Ceramah @ Austral (9) Ceramah @ Austral (10) Ceramah @ Austral (11)

Tarikh : 28 Jun 2014

Lokasi : Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Lok Kawi

Pengisian : Solat hajat, bacaan Yasin, bacaan ruqyah, doa selamat dan tazkirah. Ustaz Muchlish Ali Kasim memberikan nasihat-nasihat berharga menjelang Ramadhan. Majlis zikir kali ini sepatutnya diadakan pada minggu hadapan (awal julai) tetapi diawalkan untuk memberi tumpuan kepada ibadah-ibadah ramadhan lainnya.

Majlis Zikir Jun 2014 (1) Majlis Zikir Jun 2014 (2) Majlis Zikir Jun 2014 (3) Majlis Zikir Jun 2014 (4) Majlis Zikir Jun 2014 (5) Majlis Zikir Jun 2014 (6) Majlis Zikir Jun 2014 (7)

Sumber : Web JAKIM

Rasulullah SAW pernah berpidato di tengah-tengah para sahabat di akhir bulan Sya’ban, di antara isi pidatonya :

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan di datangi dengan satu bulan yang agung dan penuh berkat. Di bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di bulan itu juga Allah menjadikan puasa sebagai kewajipan dan solat malam sebagai bentuk ibadah. Sesiapa berusaha mendekat diri kepada-Nya dengan satu bentuk ibadah sunat, maka pahalanya seperti melakukan ibadat fardu di luar bulan ini dan sesiapa melakukan ibadat fardu dalam bulan ini, maka pahalanya digandakan 70 kali. Ia adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga, Ia adalah bulan kebersamaan, bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman akan ditambah. Sesiapa yang memberi makan untuk berbuka kepada orang lain, maka dosa-dosanya akan diampuni dan dibebaskan dari api neraka.

Dan hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku .Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian kasturi. ” (Riwayat al-Bukhari)

Bagaimanakah caranya untuk kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini dan melakukan ibadah puasa?

Pertama: Memantapkan ilmu agama. Oleh itu, sebaiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang ibadah puasa berdasarkan sumber-sumber yang benar dan sahih yang merangkumi rukun-rukun, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkan puasa,perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa.

Kedua: Berjihad melawan nafsu, iaitu dengan membina keazaman yang tinggi untuk melaksanakan segala amalan di bulan Ramadhan ini dan mengejar segala kebaikan dan kelebihannya. Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa nafsu tidak dapat dikalahkan melainkan ianya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Ketiga: Menjaga dan memelihara kesihatan antaranya dengan mengambil makanan yang berkualiti dan selamat.

Keempat: Senantiasa berdoa. Para Salafus Soleh berdoa selama enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan, mereka berdoa untuk menyatakan kerinduan mereka terhadap Ramadhan. Antara doa mereka adalah: Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku.

Kelima: Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan Kita juga dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan.

Tarikh : 25 Jun 2014

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan

Pengisian : Mengaji iqra’, al-Quran & tasmik hafazan al-Quran

KTHM M67 (1) KTHM M67 (2) KTHM M67 (3)

IHB @ Masjid Kg Muhibbah

Rasanya ada 3-4 tahun kuliah kami berjalan di Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas menggunakan buku Indahnya Hidup Bersyariat hasil tulisan Ybhg Dato’ Ustaz Haji Ismail Kamus, pendakwah yang sangat saya minati. Ini buku kedua kuliah saya di masjid ini selepas buku Hadith 40 yang juga memakan masa bertahun.

Kebetulan ini minggu terakhir kuliah sebelum masuk bulan Ramadhan, kami mengambil masa sehingga jam 8.30 malam untuk baca lebih kali ini. Setinggi kesyukuran akhirnya dapat menamatkan bacaan buku ini semoga ada pahala hasil ilmu dan amal soleh sepanjang pengajian buku ini. Saya merancang untuk membaca buku lain selepas hari raya nanti.

Selain masjid ini, buku Indahnya Hidup Bersyariat juga kami baca di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan (setiap isnin malam selasa), Masjid Kg Sembulan (setiap ahad malam isnin), Surau ar-Rahman Maahad Tahfiz Negeri Sabah (setiap jumaat malam sabtu) dan kuliah mingguan di Bank Rakyat Donggongon Penampang.

Masjid Kg Tudan Baru

Tarikh : 22 Jun 2014

Lokasi : Masjid Kg Tudan Baru Keningau

Berkunjung dan mengisi program ke mana-mana masjid buat pertama kalinya selalu membawa kegembiraan kepada saya. Bertemu dengan jamaah baru, imam dan jawatankuasa masjid yang baru dikenali serta suasana baru.

Masjidnya indah. Jamaah subuhnya boleh tahan. Saya mengisi slot kuliah subuh mengikut ayat yang dibacakan oleh tuan imam dalam solat berkenaan iaitu tentang solat yang khusyuk, sebagaimana dalam surah al-Baqarah. Selepas subuh, kami sama-sama sarapan di rumah seorang jamaah masjid, berkenduri arwah. Satu pengalaman menarik kepada saya, iaitu kenduri selepas solat subuh.

 

%d bloggers like this: