Sumber : https://www.facebook.com/darulhadis.sabah/posts/530773367115006
Tarikh : 20 Ogos 2016
Lokasi : Kg Pasir Putih Putatan
Tarikh : 10-12 Mac 2016
Lokasi : Hadapan Shell Batu 5, Dungun, Terengganu
Tarikh : 6 November 2015
Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan
Pengkuliah :
Tarikh : 3 Oktober 2015
Lokasi : Rantau Panjang Kelantan
Tarikh : 22 Ogos 2015
Lokasi : Kuala Terengganu
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35463-tegas-dengan-prinsip-anjal-dalam-tindakan
Firman Allah SWT. bermaksud “Hendaklah kamu Istiqamah dengan apa yang diperintahkan.”
Ertinya tidak berganjak dalam apa keadaan, sama ada ketika menang atau kalah. Mulianya orang yang hidup berprinsip, hinanya apabila hidup tidak berprinsip. PAS dihormati oleh kawan atau lawan kerana prinsip yang tidak pernah luntur daripada perjuangannya. Sebagai sebuah parti politik dan gerakan dakwah sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
Berprinsip bukan berarti kita melampau dalam tindakan sehingga sukar untuk menerima pandangan dan tidak ada ruang untuk berbincang. Anjal bukan bermakna orang lain boleh cucuk hidung untuk ikut kehendak orang lain. Mungkin untungnya ada, tetapi akan mengalami kerugian untuk jangka panjang jika kita tidak berprinsip.
Orang boleh menuduh dengan berbagai jenama apabila kita berprinsip. Label keras kepala, kepala batu, ekstrem, tidak mesra alam, taksub, kolot. Manakala mereka yang boleh bertolak ansur sehingga melanggar prisip syarak maka ini dianggap sederhana dan progresif. Semuanya itu fenomena biasa dan sementara sahaja.
Memang sukar untuk hidup berprinsip, tetapi itulah kemanisan dalam berjuang. Semua Rasul-Rasul mengalami fenomena ini. Apa yang penting akhlak perlu dipelihara, supaya kita tidak ditempelak, berprinsip tetapi tidak berakhlak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Siapa yang mencari Redha Allah, manusia akan marah,sedangkan Allah Ridha. Akhirnya manusia juga akan redha. Siapa yang mencari Redha manusia, Allah akan murka dan akhirnya manusia juga akan marah”.
Ketika PAS mengambil pedekatan untuk bertahaluf dengan rakan-rakan parti yang berbeza ideologi dalam Pilihanraya 1986. PAS dikecam hebat, seolah-olah PAS sudah menggadai prinsip perjuangan sehingga sanggup berkawan dengan parti yang tidak sealiran dengannya.
Tetapi PAS ada kekuatan untuk menjawab perkara tersebut berdasarkan ilmu yang dianggotai oleh Majlis Syura Ulamak, arkitek pada waktu itu ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliaulah yang membuat kertas kerja dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Tahaluf Siasi, PAS telah mengambil pendekatan yang anjal dan sederhana sesuai dengan demografi dan politik di Malaysia tetapi masih lagi berdasarkan kepada paksi syara.
Dengan mempunyai syarat-syarat yang telah diputuskan oleh Majlis Syura. Walau pun di sana ada pandangan yang tidak membenarkan bertahaluf. Namun Pas mengambil pandangan yang mengharuskan. Inilah keanjalan Pas dalam pendekatan. Tahaluf akan gagal jika tidak didokong oleh Majlis Syura Ulamak untuk meyakin penyokong Pas tegar yang terdiri daripada Tuan Guru pondok. Mereka ini mempunyai pengaruh yang tersendiri di dalam masyarakat.
Inilah perkara yang perlu kita faham. Ini persoalan hukum, bukan soal politik semata-mata. Jangan pula kita berhujah seolah-olah Pas kena melepaskan dari sudut hukum, kalau hendak berpolitik.
Kalau persoalan agama diambil kira maka sukarlah PAS hendak maju. Ini hujah Umno kepada PAS sejak dahulu lagi. Mereka anggap PAS, Parti yang tidak sampai ke mana-mana, kerana perjuangan Islam tidak akan diterima. Perjuangan PAS diperli seolah-olah pungguk rindukan bulan. PAS terus tegas dengan prinsip tanpa mempeduli apa tuduhan Umno kerana yakin Islam sentiasa evergreen, hanya waktu dan masa sahaja yang akan menentukan.
PAS berlawan dengan Umno sejak daripada Pilihan raya 1955 kerana dasar, bukan kerana Umno sebuah parti rasuah dan hilang integriti. Perlu diingat perjuangan Umno ini rosak sejak mutaakhir ini sahaja. Bukankah zaman Tunku Abdul Rahman, pemimpin yang demokratik dan telus. Kenapa PAS tetap berlawan dengan Umno?. Tetapi kita berlawan kerana dasar. Kalau PAShendak mencari jalan pintas lebih baik PAS bersama dengan Umno daripada awal lagi. PAS pun tidak perlu ditubuhkan. Apa yang musuh PAS tidak tuduh PAS. PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, PAS hendak membuat revolusi, PAS parti memecah belahkan masyarakat, PAS mengkafirkan sesama Islam, PAS hendak menjadikan Malaysia sebuah negara republik. Semuanya PAS menjawab dengan amalan, terbukti dan teruji PAS mampu.
PAS sentiasa progresif dalam tindakan dan amalan. Sesuai dengan Islam yang sentiasa menggerakkan penganutnya ke hadapan bukan mundur ke belakang. Sebab itu PAS banyak melakukan ijtihad politik yang berdasarkan kepada nas syarak. Kalau hendak suruh PAS progresif sehingga meninggalkan asas sebenar, lebih baik PAS daripada awal tidak payah berlawan dengan Umno BN.
Apakah maksud PAS perlu progresif? Adakah perlu meninggalkan paksi perjuangan Islam? Adakah progresif PAS perlu memperjuang Islam tanpa syariat? Apakah kita kena bagi tahu kepada masyarakat PAS tidak menyokong perjuangan menegakkan syariat Allah di muka bumi ini?. Apakah PAS kena sangkut Islam di pagar masjid sahaja? Apakah PAS tidak perlu bercakap bab akidah? Apakah PAS tidak perlu bercakap bab akhlak? Apakah kita tidak perlu bercakap bab daulah?
Sefaham saya PAS banyak melakukan pendekatan yang anjal sesuai dengan waqi di Malaysia. Pas tidak pernah haram secara totok permainan sukan, cuma syarat menutup aurat. PAS tidak menolak pembangunan. PAS tidak pernah bermusuh dengan kemajuan IT, malahan Tuan Guru Presiden antara orang yang cukup kehadapan dalam penggunaan IT. Beliau antara pimpinan PAS yang awal menggunakan macintosh sejak tahun 1990-an lagi.
Satu ketika dahulu PAS menggunakan pendekatan yang agresif dengan tema Muktamar yang mengasak Umno BN seperti Menggempur Pemikiran Asabiah. Setelah itu kita balik kepada Tajdid Hadhari supaya meminta ahli PAS bersama dengan masyarakat. Jangan tinggal masjid, menyertai Persatuan Ibu Bapa, Persatuan Persatuan Kebajikan. Semuanya ini pendekatan yang anjal.
Malahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dianggap lembut perwatakannya tetapi tegas pada prinsip. Saya masih ingat apabila ada seorang tokoh agama yang mengatakan bahawa Kelantan tidak kondusif lagi untuk hendak laksanakan Qanun Jenayah Syariah. Beliau dengan tegas menjawab, Kelantan sudah lama kondusif.
Beliau tidak pernah berganjak dan bertolak ansur pada perkara prinsip. Walau pun ada orang cuba fitnah kononnya sekira Tuan Guru Nik Aziz masih ada, Qanun Jenayah Syariah di Kelantan tidak akan dilaksanakan. Ini fitnah yang berat kepada alMarhum.
– HARAKAHDAILY 16/5/2015
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34820-bimbang-allah-dedah-aib-kita
Oleh Ustaz Haji Idris Ahmad
Syukur kepada Allah kerana Allah melindungi keaiban yang ada kepada kita sehingga tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu kita cuba mengelak diri kita daripada mendedahkan keaiban orang yang soleh kepada orang ramai, bimbang Allah mendedahkan keaiban yang tersembunyi yang ada kepada diri kita.
Fikir belum cakap
Berfikir sebelum bercakap. Berfikir sebelum menulis. Berfikir sebelum bertindak. Bukan sebaliknya, kerana ia membawa padah kepada diri dan juga jamaah. Allah memberi kepada kita akal untuk kita berfikir, oleh itu gunakanlah akal untuk kebaikan diri dan jamaah. Jangan sia-siakan anugerah Allah SWT kepada kita.
Bangun jamaah
Mari kita bekerja untuk membangunkan jamaah. Jika kita tidak buat, siapa lagi yang akan membuat kerja jamaah. Musuh sentiasa bersatu melawan kita. Kebiasaanya orang yang hendak memimpin kurang berbanding dengan orang yang hendak mengikut. Contohnya dalam satu cawangan ada 70 ahli, tetapi sedikit yang hendak ke hadapan untuk memimpin. Oleh itu hargailah mereka yang memang sudah bekerja, soal ikhlas atau tidak ini urusan Allah SWT.
Puji
Memang sudah menjadi tabiat manusia orang yang kita suka, kita akan puji dan cuba “cover line” kalau ada kecacatan. Tetapi jika orang yang kita benci buatlah baik macam mana pun sekali pun, maka tetap akan dianggap buruk. Peringatan untuk diri sendiri.
– HARAKAHDAILY 11/4/2015
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34632-kadang-kadang-berlakon-sokong-pas
Ustaz Haji Idris Ahmad
USAH peduli adu domba yang dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan PAS. Kadang-kadang berlakon sokong PAS sebenarnya mereka adalah perosak jamaah. Ahli PAS yang sejati mereka tidak berkelakuan sedemikian rupa. Orang seperti ini kita serah kepada Allah untuk membalas kerja buat mereka.
Insya Allah kalau kita ahli PAS yang ikhlas tidak akan terkesan dengan adu domba dan fitnah mereka. Kita mampu senyum, sedangkan mereka dihinggapi penyakit jiwa.
Bina jamaah
Di dalam jamaah masing-masing ada peranan untuk membina jamaah. Sebab itu diwujudkan lajnah di bawah kepakaran masing-masing. Tidak eloklah kita memperlekehkan orang lain supaya hebat macam kita.
Allah menjadikan kita kurang dan lebih. Kena saling bantu membantu. Kekuatan kita dapat membantu kelemahan yang ada kepada sahabat kita. Kelemahan kita ditampung oleh sahabat yang lain.
Tidak elok kita mengaibkan sesama sahabat, kerana kita juga ada kecacatan. Apa akan terjadi kepada jamaah jika orang lain pula mengaibkan kita di khalayak ramai. Akhirnya yang rugi ialah PAS. – HARAKAHDAILY 31/3/2015
Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33558-saat-getir-halakan-muncung-senapang-kepada-musuh
Ketika saat getir begini marilah sama-sama kita menghala muncung senapang kita kepada musuh, bukan sesama sendiri.
Sebagaimana pesanan Imam Hassan al-Banna “Kewajipan lebih banyak daripada waktu”.
Sebenarnya kerja di dalam PAS ini banyak, tetapi kita amat kurang amilinnya (petugasnya). Orang hendak mendengar ceramah ramai, tetapi sedikit orang yang hendak mengatur ceramah.
Ramai orang hendak mengundi, tetapi sedikit orang yang bekerja untuk menarik pengundi.
Begitu juga ramai orang yang hendak mengkritik, tetapi sedikit orang yang melaksanakan apa yang dia kritik. Alangkah baiknya jika kritik disusuli dengan tindakan.
Barulah jamaah akan bergerak dengan baik. Jangan kita balun sahabat yang bekerja tanpa belas kasihan.
Sedangkan kebanyakan mereka ini bekerja kerana Allah. Biasalah sebagai manusia yang tidak maksum yang tidak sunyi daripada kesalahan dan kelemahan. Raikanlah mereka sebagai sahabat yang ikhlas bekerja.
Saya yakin mereka yang ikhlas membuat kerja jamaah tidak akan mempersia-siakan peluang dan masa. Mereka melakukan yang terbaik untuk PAS.
Pada mereka tidak ada masa untuk mencari kesalahan sahabat yang bekerja. Sepatutnya yang kita hendak marah ialah mereka yang tidak buat kerja.
Mereka yang buat kerja selalunya ada salah, kerana mereka bekerja. Manakala mereka yang tidak bekerja sentiasa selamat daripada buat salah. Umpama kereta jika sering diguna, maka ia akan rosak, berbanding dengan kereta yang tidak diguna.
Kita mesti mentarbiah diri kita menjadi rijal al-amal (orang yang bekerja), bukan rijal al-kalam (orang yang hanya bercakap).
Ahli yang produktif ialah mereka banyak bekerja, bukan banyak bercakap. Kita mesti rasa malu dengan ahli yang rajin bekerja berbanding dengan ahli yang banyak bercakap dan menjadi pengkritik tegar.
Kebiasaannya orang yang kuat mengkritik, hasilnya tidak seberapa. Paling parah sekali apabila diberi amanah dia tidak mampu menyelesaikan.
Perlu diingatkan tidak salah kita menjadi pengkritik, tetapi biarlah bersifat konstruktif (membina), bukannya meruntuh. Jamaah akan menjadi beku dan jumud jika semua ahlinya tidak berani mengkritik. Tidak ada idea baru dan tidak segar kerana apa yang dibincang masih bersifat satu hala.
Oleh itu kita diajar oleh Nabi Muhammad SAW membaca tasbih kafarah apabila hendak berpisah di dalam setiap pertemuan. Tasbih yang memohon keampunan daripada Allah, dibimbangi di dalam kita berbincang ada kritikan yang tidak sedap dengar oleh sahabat yang lain atau melanggar batasan syarak.
Begitulah juga para sahabat, mereka tidak akan berpisah kecuali setelah membaca surah al-Asr. Kerana di dalam surah ini sarat dengan tausiah (pesanan) baik untuk orang yang beriman. Antara lain bermaksud “Berpesanlah dengan kebenaran dan berpesanlah dengan kesabaran”.
Faktor-faktor yang menyebabkan seorang yang hanya pandai mengkritik:
– Sombong dengan pandangan sendiri, dia merasakan dia yang bijak orang lain bodoh. Idea dia sahaja yang hebat, dan wajib diterima.
– Tidak menghargai kerja sahabat, ini satu tabiat yang buruk. Sedangkan sahabat yang bekerja sebagai satu tanggungjawab kepada jamaah yang hanya mengharap keredaan Allah SWT.
– Tabiat suka mengkritik orang lain yang sudah menjadi darah daging dan menjadi makanan hariannya. Mungkin mulutnya jadi gatal apabila tidak boleh kritik sahabat. Ia akan berusaha mencari kesalahan walau pun sekecil mana sekali pun.
– Merasa dirinya sahaja yang pandai, orang lain bodoh. Semua idea yang dilontarkan oleh ahli akan ditolak. Paling menyedihkan apabila ditanya, apa penyelesaiannya, beliau sendiri tidak tahu dan suruh orang yang mencadangkan cari sendiri formulanya.
– Tidak suka pegang jawatan kerana sangkaannya lebih baik, kerana membolehkan beliau mengkritik dari semua sudut. Pengalaman saya orang yang seperti begini tidak mampu menjalankan tugas apabila diberi amanah dalam apa lajnah sekali pun. Beliau hanya layak menjadi Pengerusi Lajnah Pengkritik.
– Paling takut sekali mereka ini ejen musuh yang menyelinap masuk ke dalam jamaah untuk membuat gangguan daripada dalam. (Nauzubillah)
– HARAKAHDAILY 30/1/2015
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32826-inilah-nikmat-berjamaah
i.
PAS tetap sabar menerangkan manhaj Islam kepada masyarakat. Suatu ketika dahulu masyarakat menolak fahaman yang mengatakan di dalam Islam ada politik. Yang membawa idea ini, mereka yang mendapat pendidikan agama, menjawat sebagai jawatan imam.
Slogan politik suku, agama suku adalah lumrah di dalam masyarakat. Sehingga timbulnya dua imam khususnya di Terengganu.
Isu dua imam bukan isu PAS atau Umno, tetapi apabila imam mengeluarkan ungkapan yang telah merosakkan akidah, memang wajib tidak boleh berimam kepada orang yang mengeluarkan ucapan yang telah maklum dari segi agama.
ii.
Sebagai manusia biasa sudah pasti ada kurang dan ada kelebihan. Kita tidak akan temui pada batang tubuh seorang itu yang tidak ada kecacatan.
Jika kita hendak mencari manusia yang sempurna dalam segala segi, maka kita tidak akan ditemui sehingga kiamat.
Oleh itu railah kelemahan dan kekurangan sahabat kita dalam jamaah. Janganlah kita menghina dan mencerca sahabat kita yang ada kekurangan. Pandanglah diri kita, mungkin kekuatan yang ada kepada sahabat kita tidak ada kepada kita, walau pun satu sudut yang lain kita memandang beliau mempunyai kelemahan.
Inilah nikmat berjamaah.
iii.
Terasa penat dan jemu jika buat kerja jamaah bukan kerana Allah. Tetapi kita akan mendapat kemanisan dan sentiasa segar untuk membuat kerja jika matlamat untuk mendapat redha Allah SWT.
Inilah motivasi kerja yang tidak akan mati sehingga dirinya menemui ajal untuk mengadap Allah Azzawajalla.
iv.
Sertai PAS bukan kerana marah kepada mana-mana individu parti lawan. Bukan kerana tidak dapat projek. Bukan kerana kalah dalam perebutan jawatan. Bukan kerana masalah peribadi. Bukan kerana hajat tidak kesampaian. Bukan kerana terpengaruh dengan kawan. Bukan kerana hendak berniaga dengan orang PAS. Bukan kerana kagum dengan individu di dalam PAS. Bukan kerana hendak mengisi masa lapang.
Tetapi kita sertai PAS kerana dasar yang hendak diperjuangkan oleh PAS.
v.
Oleh kerana manhaj Islam ini segar dan sesuai di dalam semua keadaan. Walau pun memakan masa yang lama untuk difahami oleh masyarakat.
Mungkin pada peringkat awal ia dianggap dagang oleh masyarakat, akhirnya sistem Islam menjadi alternatif yang terbaik kepada masyarakat setelah kegagalan sistem sekular memberi kebahagiaan kepada manusia.