Archive for Oktober, 2014


Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/31814-pengurusan-ekonomi-sebagai-rezeki-daripada-allah

NIK MOHAMAD ABDUH | 31 Oktober 2014.

Saya berpeluang untuk membahas bajet 2015 2 hari lepas dan saya telah menyentuh beberapa perkara utama yang sedang berlaku di dalam negara kita hari ini.

(1) Saya memulakan perbahasan dengan membaca sepotong ayat al-Quran, daripada Surah Fussilat ayat 9 dan 10. “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah patut kamu kufur kepada Tuhan yang telah menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) adalah Allah Tuhan sekalian alam. Dan Dia telah jadikan di atas bumi itu gunung-ganang yang meneguhkannya (tersergam tinggi), serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka (semua itu berlaku) dalam empat hari”

Ayat al-Quran tersebut  mengingatkan perlunya kita kekal sedar bahawa rezeki yang kita terima hasil agihan kerajaan setiap masa janganlah dirasakan bermula dan berpunca dari Putrajaya, bahkan ia adalah dari langit dan bumi yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT. Tugas manusia adalah mengagihkannya mengikut kehendak Tuhan yang telah menyediakannya sejak awal lagi.

Kerajaan tidak memberikan rezeki tetapi tidak lebih hanya memegang satu amanah besar menguruskan rezeki tadi. Itulah hakikat kepada bajet negara dari perspektif Islam.

(2) Dalam falsafah ekonomi Islam disebutkan tiga perkara yang menjadi ukuran pertumbuhan ekonomi negara yang sebenar iaitu kemampuan mengurangkan kadar kemiskinan, kadar pengangguran dan kesamarataan dalam mencari rezeki yang akan menafikan jurang di antara miskin dan kaya.

Nyata dalam keadaan ekonomi hari ini, kita masih terlalu jauh untuk mencapai 3 matlamat seperti yang dinyatakan di atas. Justeru kerancakan pertumbuhan ekonomi negara hanyalah satu fenomena zahir yang tidak memberi apa-apa erti kejayaan dalam pengurusan ekonomi.

(3)  Saya juga menekankan satu konsep awal pengurusan ekonomi Islam iaitu unsur keberkatan di dalam pertumbuhan ekonomi adalah bermula daripada bagaimana kerajaan memperolehi sumber pendapatan (revenue) negara. Sekiranya bukan dengan cara yang benar dan halal, ia sebenarnya punca awal kegagalan kerajaan mencapai matlamat perbelanjaan negara yang diimpikan.

Pelaburan negara dalam semua sektor akan tersasar dan gagal akibat hilangnya keberkatan daripada Allah Tuhan yang memberikan rezeki daripada khazanahNya di langit dan bumi.

Justeru saya ingatkan 2 isu besar yang mesti kerajaan menilai kembali polisi mereka:

Isu pertama adalah isu royalti minyak dan gas. Ia bukan hanya soal undang-undang dan perjanjian yang dimeterai, bahkan ia adalah satu hak rezeki rakyat di tempat mana ia diperolehi. Hak rezeki datang bersama kelahiran manusia dan ia berada di sekitarnya dan adalah salah apabila ia disekat.

Saya percaya sekatan ke atas hak itu hanyalah satu keputusan politik dendam Umno/BN terhadap PAS. Umum telah pun mengetahui, semasa PAS mengambil alih Terengganu pada 1999, Terengganu terus dinafikan hak royalti. Ironinya, sepenggal selepas itu, apabila kerajaan Terengganu kembali dipimpin Umno/BN pada 2004, dengan mudahnya royalti itu diberikan kepada kerajaan negeri walaupun dengan nama baru wang ihsan.

Apakah kerajaan melihat rakyat tidak mengerti semua itu?

Isu kedua adalah berkenaan sistem cukai GST yang bersifat regresif dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana melibatkan golongan miskin yang dipelihara oleh Islam daripada dikenakan cukai ke atas mereka.

Saya tegaskan, kerajaan haruslah terus mencari satu mekanisma bagi memastikan golongan yang tidak berkemampuan dikecualikan terus daripada dipaksa membayar cukai.

Pengecualian (exempted supply) yang dikenakan terhadap barang-barang runcit itu bukanlah penyelesaian kepada isu ini kerana rakyat miskin juga akan tetap membeli barangan lain yang tidak dikecualikan cukai. Jelas, kerajaan dilihat terlalu mengambil mudah soal ini.

(4) Saya juga menyentuh isu PTPTN. Saya nyatakan bahawa pelaburan kerajaan kepada pembangunan modal insan merupakan sesuatu keuntungan kepada masa depan negara walaupun dari sudut jumlah wang, ia akan berkurangan. Dalam menghadapi ‘control damage’ ketika ini, saya mencadangkan kepada kerajaan agar menghapuskan kos pentadbiran secara keseluruhannya kerana ia bukan sahaja membebankan malah ia juga bertentangan dengan prinsip syara’. Saya juga mencadangkan supaya diberi lanjutan tempoh pembayaran dengan tawaran rebat dan diskaun yang sama sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 280.

(5) Isu dadah juga menjadi salah satu fokus saya semasa membentangkan bajet semalam. Saya menyarankan kerajaan menyemak semula  rawatan pemulihan menggunakan dadah jenis Methadone. Walaupun ia mampu menghalang ketagihan seseorang kepada Heroin dan Morphin tetapi kesan tidak langsungnya ia tetap membawa keburukan kepada tubuh badan.

Saya mengesyorkan kepada kerajaan supaya meneliti kaedah terapi psikospiritual. Suatu kaedah terapi yang menyepadukan di antara terapi dan kekuatan rohani bagi membantu memulihkan para penagih.

Inilah asas utama kejayaan sebelum disertakan dengan bantuan lain seperti latihan-latihan keusahawanan sosial dan pembiayaan modal awalan yang dapat membantu para bekas penagih apabila mereka keluar kelak untuk mereka membina kehidupan baru yang lebih terjamin dan menjauhi diri dari terlibat semula ke kancah penagihan dadah.

(6) Isu terakhir adalah rayuan saya kepada pihak kerajaan agar dapat mempertimbangkan peruntukan segera untuk membina jalan raya bertingkat (fly over) di Bulatan Lemal dari Pasir Mas menuju ke Tanah Merah bagi menyelesaikan kesesakan teruk yang berlaku setiap hari, apatah pada hari cuti dan perayaan. Malah lebih mendesak, ia juga adalah jalan utama dari Kota Bharu menuju zon bebas cukai di Rantau Panjang. Maka, pembinaan  tersebut dilihat sebagai salah satu langkah mengurangkan kesesakan yang sering menghantui pengguna jalan raya domestik dan pelancong dari luar yang menggunakan laluan tersebut.

Ada beberapa butiran lain yang tidak sempat saya bahaskan kerana kekangan masapendek yang diberikan. Insya Allah saya tuliskan nanti sebagai maklumat bersama.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Ahli Parlimen Pasir Mas

06 Muharram 1436H/30 Oktober 2014M

Tarikh : 25 Oktober 2014

Lokasi : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan

Pelbagai acara diadakan dalam mini karnival hijrah anjuran JK Surau dengan kerjasama pihak sekolah Pusat Pendidikan Islam an-Nur. Beberapa hari sebelum itu diadakan pertandingan futsal di Juara Ketiau melibatkan beberapa pasukan. Di perkarangan surau, diadakan pertandingan bola jaring, memanah, membuat kek, melukis, azan, mewarna dan sebagainya.

Kemuncaknya ialah pada sebelah malam dengan ceramah oleh Ustaz Aris Azlan Ismail dari Pahang. Penyampaian hadiah juga dilakukan pada malam tersebut.

Karnival Hijrah 1436 @ Austral (1) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (2) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (3) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (4) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (5) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (6) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (8) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (9) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (10) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (11) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (12) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (13) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (14) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (16) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (17) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (18) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (19) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (20) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (21) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (22) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (24) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (25) Karnival Hijrah 1436 @ Austral (26)

Tarikh : 25 Oktober 2014

Lokasi : Dewan Serbaguna Papar

Perasmi : TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin

Salam Hijrah 1436, semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahniah kepada semua penerima anugerah, semoga menjadi pemangkin untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Khususnya kepada anakanda Nashraf Ideen Haji Nahar yang menerima anugerah khas, kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang menghafaz al-Quran dan pencapaiannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Maal Hijrah 1436 Sabah (1) Maal Hijrah 1436 Sabah (2) Maal Hijrah 1436 Sabah (3) Maal Hijrah 1436 Sabah (4) Maal Hijrah 1436 Sabah (5) Maal Hijrah 1436 Sabah (6) Maal Hijrah 1436 Sabah (7) Maal Hijrah 1436 Sabah (8) Maal Hijrah 1436 Sabah (9) Maal Hijrah 1436 Sabah (10) Maal Hijrah 1436 Sabah (11) Maal Hijrah 1436 Sabah (12) Maal Hijrah 1436 Sabah (13)

Sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2014/08/hukum-tafakkur-dan-berkabung.html

Jawapan fatwa Malaysia :

Sumber : https://www.facebook.com/fatwamalaysia/posts/636952976402517

ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan ‘moment of silence’ lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan ‘moment of silence’, namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

Wallahu a’lam.

Jawapan Dr Mohd Farid Mohd Shahran :

Isu berkabung dan tafakkur. Tiada nas yang boleh sabitkan haram. Hatta berkabung pakai hitam untuk dikatakan sbagai tasyabbuh pun tidak tepat sebab kata Dr Wahbah Az Zuhaili menyatakan 4 mazhab setuju wanita berkabung digalakkan pakai hitam. Qiyaslah.

Jawapan Ustaz Ayman Al Akiti : 

Fatwa Bahtsul Masa’il fmmp NU tahun 2008 pun memutuskan berkabung dengan trend yang ada sekarang ini tiada masalah. Bahkan mazhab Hanafi mensunatkan pakaian hitam. Masalah tasyabbuh bil kuffar pun ada batas-batasnya, selagi tidak redha kufur tiada masalah. Dalam Durr al Muhtar, ada sebut yang nabis endiri pernah pakai selipar rahib-rahib yahudi di Madinah. Sebab itu Ibn Hajar membahagikan pembahagian tasyabbuh kepada tafashil.

Jawapan Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim :

Isu Berkabung

Kalau mengikut pandangan mereka yg mentafsirkan bahawa apa-apa yang Nabi SAW tidak buat, sesat dan masuk neraka, maka ‘Berkabung Negara’ akan termasuk dalam perkara yang bid’ah yang sesat.

Kalau kita mentafsirkannya berdasarkan bagaimana ulama-ulama Ahlussunnah yang melihat sesuatu itu berdasarkan 5 hukum, dan hukum kias, mereka berpegang bahawa sesuatu yang Nabi SAW buat boleh diklasifikasikan perkara yang wajib dan mustahab dan harus.

Dalam ertikata, ada yang kita mesti ikut Nabi, iaitu perkara wajib, kalau tak buat tak sah sesuatu itu. Pada kedudukan tersebut, haram meninggalkan perbuatan tersebut jika dilakukan dengan sengaja.

Manakala perkara mustahab atau sunat ialah perbuatan yang berpahala kalau diikut, tapi tak berdosa kalau tidak lakukan. Kalu melakukan secara bertentangan, termasuk ‘mukhalafah al-sunnah’, maka hukumnya makruh.

Manakala perkara harus, tiada dalil menyuruh, dan tiada juga dalil pula melarang dan mengharamkannya. Sebab tiadanya dalil bukan melambangkan haram sesuatu perkara itu. Untuk haramkan perlu kepada dalil.

Jadi, bila berkabung sudah menjadi ‘adat’ yang diterima bagi semua negara, maka perlaksanaannya itu yang perlu diperhatikan dengan asas-asas berikut:

1. Tidak mengamalkan amalan agama lain.

2. Tidak berupa tasyabbuh kepada amalan agama.

Oleh itu;

I. amalan bendera separuh tiang adalah harus sebab bukan amalan agama. Tetapi adat semasa sesuatu negara menunjukkan kesedihan.

Ii. Manakala tafakur di dalam Islam dibenarkan untuk mengingati kebesaran Allah dan pengajaran sesuatu peristiwa. Tapi tafakur yang dianjurkan, saya syorkan gantikan dengan bacaan al-fatihah dan sedekahkan kpd si mati.

Iii. Pakai baju gelap, dalam kes isteri kematian suami, digalakkan pakai baju gelap. Dalam konteks negara kita, pakai hitam bukan budaya kita berkabung, tetapi budaya majlis berkabung raja-raja Melayu yang sudah diterima.

Apapun maksud umum berkabung, makruh memanjangkan tempoh berkabung. Sebab itu, sunnahnya ucapan takziah sekitar 3 hari selepas kematian, kecuali kalau seseorang bermusafir. Jadi, meletakkan sehari sahaja hari berkabung sudah memadai memandangkan peristiwa ini sudah lama berlaku.

Wallahu ta’ala a’lam.

Sumber : https://www.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/711158358951891

Jawapan Dr Luqman : 

Isu berkabung bagi saya tidak lebih dari adat istiadat. Selama mana tiada tasyabbuh dengan kafir adalah harus. Jika melawani apa-apa sunnah yang hukumnya sunat, jatuh jadi makruh, sebagaimana juga adat istiadat yang biasa dilakukan di istana dan sebagainya.

Jawapan Ustaz Salman al Maskuri : 

Rujuk :  http://darulilmi.org/2014/08/22/hukum-diam-bertafakur-sebentar-utk-menghormati-jenazah/

Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan.

Antara hujjah mereka:

Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang:
قوموا إلى سيدكم

“ Berdirilah untuk pemimpin kamu”

Hadis sahih Bukhari.

Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya.

Nabi saw berdiri utk jenazah:

مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا

“ Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan “ itu jenazah yahudi.” Nabi saw menjawab “ bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati).”

Hadis sahih Bukhari.

Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut.

Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang.

Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق

“اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه

“Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam dan dengan niat untuk meniru mereka.”

Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka ia diharuskan.

(Fatwa ulama kerajaan Mesir).

Wallahua’lam bissowab.

Tarikh : 18 Oktober 2014

Lokasi : Dewan Tok Guru Masjid Rusila Marang Terengganu

Sumber : https://erakita.wordpress.com/2014/10/29/sebatan-syariah-pertama-di-khalayak-ramai/

29 Oktober 2014

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah telah mempermudahkan urusan hamba-hamba-Nya. Atas izin Allah s.w.t, akhirnya telah terlaksana satu hukuman sebatan syariah sebanyak 6 sebatan ke atas pesalah lelaki berumur 24 tahun yang telah disabitkan melakukan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah No. 3 (Sabah) 1995. Perlaksanaan hukuman telah dijalankan di Dewan Terbuka Mahkamah Tinggi Syariah Tawau, Sabah pada 28 Oktober 2014 bersamaan 4 Muharram 1436H.

Perlaksanaan hukuman penuh bersejarah itu disaksikan oleh hampir 40 orang yang terdiri dari Hakim Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah Tawau, Pegawai-Pegawai Kanan Mahkamah Syariah Tawau, kakitangan Mahkamah, Pegawai Penjara, Pegawai Perubatan Hospital Tawau, keluarga pesalah, Pegawai Penguatkuasa Agama dan hampir 20 orang Peguam Syarie yang beramal di Tawau.

Dewan Mahkamah sudah mulai dipenuhi hadirin setelah menjalani tapisan keselamatan dari Polis Mahkamah seawal jam 8.45am. Semua yang hadir tidak dibenarkan membawa talipon bimbit dan kemera ke dalam Dewan Mahkamah.

Upacara perlaksanaan hukuman dijalankan penuh tertib. Tidak ada pakaian khas yang disediakan pihak penjara kepada pesalah bagi tujuan perlaksanaan sebat. Ini kerana, hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah semata-mata sebatan sahaja tanpa pemenjaraan. Pesalah dibenarkan memakai pakaian biasa yang menutup aurat.

Bagi melicinkan perjalanan hukuman, Mahkamah telah menyediakan aturcara perlaksanaan. Tepat jam 9.30am, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau yang memakai jubah khas Hakim masuk ke Dewan. Atas arahan pegawai mahkamah, semua hadirin dalam dewan berdiri. Setelah Hakim memberi salam, semua hadirin kemudiannya duduk. Sebaik Hakim menghentakkan Tukul Mahkamah, upacarapun dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah. Ucapan pembukaan seterusnya dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Tawau.

Hadirin dimaklumkan bahawa sebentar lagi hukuman sebatan sebanyak 6 kali akan dilaksanakan oleh pihak Penjara ke atas pesalah yang dihukum atas kesalahan melakukan persetubuhan haram dengan seorang wanita di bawah Seksyen 80(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995. Tumpuan pada hadirin adalah pada ucapan pembukaan yang disampaikan Timbalan Pendaftar dengan suara yang kuat dan jelas.

Sebaik Timbalan Pendaftar menamatkan ucapan pembukaan yang memakan masa lebih kurang dalam satu minit, Pegawai Penjara kemudiannya berdiri tegak di hadapan Hakim dan memohon agar perlaksanaan hukuman sebat dimulakan. Hakim memberi kebenaran dengan ucapan “boleh mulakan!”. Pegawai Perubatan dari Hospital Daerah Tawau kemudiannya menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh pesalah.

Setelah selesai, Pegawai Penjara seterusnya memaklumkan kepada Hakim bahawa pesalah adalah dalam keadaan yang sihat dan hukuman boleh dilaksanakan terhadapnya. Dengan kata-kata “Hukuman sebat boleh dilaksanakan sekarang kepada pesalah!” oleh Hakim, maka saat yang penuh mendebarkanpun bermula.

Pesalah yang dari awal duduk di barisan hadapan dibawa oleh Pegawai Penjara ke ruang tengah Dewan yang dikosongkan. Dalam ruangan kosong itulah pesalah diminta berdiri dan memegang meja yang ditempatkan sebagai ruangan saksi dalam Mahkamah. Suasana terus sunyi sepi tanpa sebarang suara. Semua mata tertumpu kepada apa yang dilakukan oleh Tukang Sebat yang telah sedia ada dari awal. Tiada suara yang keluar dari mulut Tukang Sebat.

Tubuh yang tegap dengan pakaian T-Shirt Penjara jelas menampakkan lengannya yang keras dan berotot. Rotan yang cukup sederhana berada pada tangannya sambil memperbetulkan kedudukan tubuh pesalah. Saat ini kelihatan wajah-wajah para hadirin menunjukkan penuh debaran dan mengujakan. Ada juga peguam yang memalingkan wajahnya ke arah yang lain. Mungkin kerana tidak sanggup melihat apa yang akan dilakukan kepada pesalah itu. Hadirin pula, ada yang menundukkan wajahnya pada saat-saat sebatan hendak dilaksanakan.

Pesalah dihadapkan ke arah dinding dewan mahkamah dalam keadaan berdiri. Tangan pesalah memegang hujung meja saksi yang agak tinggi. Pesalah kemudiannya diarahkan untuk membongkokkan sedikit badannya. Kini kedudukan pesalah benar-benar menghadap dinding dan tidak melihat para hadirin. Para hadirin pula dapat melihat dengan jelas bahagian belakang pesalah. Semua mata tertumpu kepada dua orang sahaja. Tumpuan 100 peratus diberikan kepada pesalah dan Tukang Sebat.

Terpancar pada wajah pesalah suatu keresahan penuh gementar akan apa yang bakal berlaku terhadapnya sebentar lagi. Pegawai Penjara yang berdiri berdekatan dengan kedudukan pesalah dan tukang sebat mengambil buku catatan khas dan merekodkan apa yang akan berlaku. Pesalah tidak diikat mahupun dipegang oleh sesiapa. Jelas terpancar kesediaan pesalah untuk disebat menurut syariat Islam.

Dalam suasana yang penuh mendebarkan, tanpa suara dan bunyi-bunyian, akhirnya sebatan pertama dilaksanakan ke bahagian belakang tubuh pesalah. Hayunan rotan yang digunakan adalah cukup sederhana. Ukuran ketebalan rotan pula tidak melebihi 1.25 sentimeter dan panjangnya pula tidak melebihi 1.22 meter. Sebatan tersebut cukup ringan dan jelas sekali tidak menyakitkan, apatah lagi pesalah adalah dalam keadaan berpakaian menutupi tubuhnya.

Selepas sebatan pertama, Pegawai Penjara yang merekodkan sebatan membuat kiraan dengan suara tinggi “satu!”. Begitulah seterusnya sebatan dijalankan sehingga tamatlah 6 kali sebatan. Terpancar dari wajah pesalah satu kepuasan dan kelegaan setelah tamatnya sebatan terakhir. Tidak ada langsung pada wajah pesalah yang menggambarkan kesakitan atau kesengsaraan akibat sebatan.

Pegawai Perubatan sekali lagi membuat pemeriksaan ke atas tubuh pesalah pada bahagian yang disebat. Setelah berpuas hati, akhirnya Pegawai Penjara memaklumkan bahawa perlaksanaan sebatan telah sempurna dilaksanakan. Pegawai Penjara membawa pesalah ke tempat duduk dalam dewan. Kini, semua mata tertumpu kepada Hakim yang berada tengah-tengah di tempat khas Hakim yang diapit oleh dua bendera rasmi iaitu Bendera Kebangsaan dan Bendera Negeri Sabah di kiri dan kanan.

Setelah semuanya duduk, Hakim memulakan ucapan penutup yang cukup bernilai dan bersejarah. Ucapan tersebut telah disediakan secara bertulis bagi melicinkan upacara perlaksanaan hukuman. Berikut adalah ucapan Hakim berkenaan yang telah menyentuh sanubari para hadirin dalam dewan:

“Alhamdulillah. Sebentar tadi kita semua telah menyaksikan di hadapan mata kita perlaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah atas kesalahan zina. Hukuman sebat adalah satu hukuman yang ditetapkan oleh Allah kepada orang yang melakukan zina sebagaimana disebutkan dalam surah an Nuur: 2 yang berbunyi:

Perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina, hendaklah kamu sebat kedua-duanya seratus kali sebatan. Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh kumpulan daripada orang yang beriman”.

Para hadirin semua telah menyaksikan betapa hukuman sebat yang telah ditetapkan Allah itu bukanlah satu hukuman menyiksa atau mendera atau mengazab pesalah. Ia jauh sekali lebih ringan berbanding hukuman yang dikenakan dari Mahkamah Awam. Inilah dia hukuman yang selama ini digeruni dan ditakuti oleh ramai orang selama ini.

Mereka menyangka betapa kejam dan dahsyatnya hukuman sebat dalam Islam. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan terhadap hukuman ini. Namun, hari ini, para hadirin semua dapat saksikan depan mata. Apakah benar dakwaan orang-orang tersebut bahawa hukuman Islam ini kejam? Anda semua boleh menjawapnya hari ini.

Para hadirin semua, dalam Islam, perlaksanaan hukuman hendaklah dilakukan di khalayak umum. Ini telah disebutkan sendiri oleh Allah dalam surah an Nuur: 2 yang dibacakan tadi. Allah menegaskan bahawa hukuman tersebut hendaklah disaksikan oleh sekumpulan orang-orang beriman.

Tujuannya bukan mendera, bukan menyeksa, tetapi untuk memberi pengajaran, pendidikan dan keinsafan kepada kepada pesalah dan orang lain, lebih-lebih lagi kepada orang yang menyaksikan hukuman itu, jangan sampai perbuatan ini dilakukan lagi oleh pesalah atau orang yang menyaksikan atau ahli-ahli keluarga yang menyaksikan dan juga oleh masyarakat. Kesannya adalah kepada jiwa dan minda manusia. Inilah dia keindahan dan mutiara Islam yang perlu diketahui orang.

Ketika ini, pemerintah hanya memberi mahkamah syariah kuasa untuk menghukum sebat paling maksima 6 kali sebatan sahaja berbanding 100 kali sebagaimana yang diperintahkan Allah. Dan hari ini, Mahkamah ini telah mengambil dan melaksanakan kuasa yang diberi oleh pemerintah itu. Kita doakan semoga pihak pemerintah akan memperkasa lagi undang-undang yang sedia ada sehingga benar-benar menurut apa yang disebutkan dalam Al Quran pada masa akan datang. Amin yaa Rabbal alamin.

Semoga Allah meredhai perlaksanaan hukuman pada hari ini dan menghitungnya sebagai sebahagian daripada amal soleh dan usaha kita semua untuk memartabatkan hukum Allah di muka bumi. Semoga dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah ini diampuni Allah. Semoga perlaksanaan hukuman sebat di hadapan umum pada hari ini membawa rahmat kepada perkembangan undang-undang Islam di negara ini. Sekian. Wassalamualaikum wbt”.

Ucapan ini telah menarik tumpuan para hadirin. Hakim turut membacakan ayat al- Quran dalam Surah an-Nuur: 2 berserta terjemahannya sebagai satu ingatan kepada hadirin betapa perlaksanaan hukuman pada hari bersejarah itu adalah sebagai menyahut perintah Allah s.w.t. Tidak dapat dinafikan bahawa perlaksanaan hukuman sebat itu ini adalah satu sejarah yang paling bernilai dalam perkembangan perundangan Islam di negara ini.

Ini kerana, inilah kali pertama dalam sejarah negara di mana pesalah jenayah syariah disebat di khalayak umum iaitu di dalam Dewan Mahkamah Syariah. Perlaksanaan hukuman di luar penjara ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang membenarkan mahkamah berbuat demikian. Seksyen 125(3) ( c ) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No. 9 (Sabah) 2004 secara jelas menyebutkan bahawa hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarah oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu.

Rata-rata hadirin yang ditemui menyatakan perasaan lega dan berpuas hati dengan perjalanan hukuman yang penuh bersejarah ini. Perlaksaanaan hukuman dijalankan dengan penuh tertib dan teratur. Tidak ada perkara-perkara tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan hukuman dijalankan. Pesalah yang ditemui selepas hukuman juga mengakui tidak merasa disakiti secara fizikal akibat sebatan tersebut.

Jelaslah betapa hukuman sebatan dalam Islam bukanlah untuk menyakiti, mendera atau menyeksa pesalah. Hukuman tersebut sebaliknya mampu mendidik hati nurani pesalah, orang-orang yang menyaksikan hukuman dan juga masyarakat sekeliling supaya menjadi manusia yang mempunyai disiplin dan peradaban yang tinggi sebagai khalifah di muka bumi.

Bagi mencapai matlamat untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat tentang falsafah hukuman dalam Islam, mahkamah boleh membuka ruang kepada orang ramai dengan menjemput dari masa ke semasa pelbagai lapisan masyarakat meliputi pemimpin masyarakat, guru-guru agama, para pendakwah, para pelajar dan NGO untuk menyaksikan sendiri perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah.

Malah tidak keterlaluan sekiranya pembuat undang-undang itu sendiri yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP) juga wajar sekali dijemput untuk melihat sendiri perlaksanaan hukuman tersebut bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai perlaksanaan undang-undang yang telah diluluskan oleh kedua-dua badan perundangan utama negara ini.

Semoga perlaksanaan hukuman sebat di hadapan umum dapat pula dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini agar masyarakat benar-benar melihat dengan kepala dan mata sendiri betapa indah dan hebatnya hukuman dalam Islam. Tidak seperti yang digembar gemburkan sebagai hukuman yang zalim, ganas, mendera dan menyeksa oleh orang-orang yang tidak senang melihat undang-undang Islam yang adil ini dilaksanakan di negara ini.

Tarikh : 22-27 Oktober 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Darussyifa’ Sabah dipelawa untuk menyertai Karnival Hijrah 1436 anjuran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Karnival ini melibatkan puluhan NGO, syarikat-syarikat niaga besar dan kecil.

Di pihak Darussyifa’ Sabah, persiapan dibuat beberapa hari dengan mengambil kira kemampuan para petugas yang dijadualkan secara bergilir-gilir selama enam hari karnival berlangsung.

Kehadiran kami diharap dapat memperkenalkan Darussyifa’ Sabah yang menjalankan rawatan pengubatan Islam sekaligus salah satu medium dakwah agar masyarakat dekat dengan Islam berbanding pengubatan yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti berjumpa bomoh yang menggunakan khidmat jin, sihir, azimat, tangkal dan seumpamanya.

Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (1) Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (2) Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (3) Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (4) Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (5) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (6) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (7) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (8) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (9) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (10) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (11) jpg Darussyifa' Sabah @ Karnival Hijrah MBR (12) jpg

Ada beberapa kali juga kami sekeluarga singgah ke rumah Cik Rahmah dan keluarganya di Kampung Palu-Palu Kuala Penyu. Memandangkan sudah berjanji untuk singgah ke rumahnya apabila balik dari ceramah hijrah di Menumbok, maka saya dan rombongan pelajar yang menemani saya singgah sebentar di sini.

Rezeki kami pada malam ini dengan hidangan kek lazat bikinan Rahmah yang terkenal di kalangan kawan-kawan dan pelanggan keknya. Rahmah dan kedua ibu bapanya selalu datang hampir setiap minggu ke Darussyifa’ Lok Kawi untuk mendapatkan rawatan. Semoga semuanya sihat selalu.

Rahmah (1) Rahmah (2) Rahmah (3)

Tarikh : 24 Oktober 2014

Lokasi : Surau Nur Islam, Kg Darat Menumbok

Akhirnya saya berpeluang mengisi ruang ceramah di Daerah Kecil Menumbok ini setelah puluhan kali lalu dan berulang alik dari Kota Kinabalu ke sini sebelum menyeberangi laut menuju ke WP Labuan.

Gembiranya dapat berukhuwah dengan jamaah di sini dan dari kampung sekitar daerah ini, berkongsi sedikit ilmu dengan mereka dalam bahasa tempatan dan saya sangat selesa dengan situasi ini. Kehadiran sangat memuaskan, dan saya dimaklumkan mereka sangat berminat agar para asatizah dapat membantu pengimarahan masjid surau di daerah kecil ini.

Semoga berkesempatan untuk datang ke sini lagi.

Surau Kg Darat Menumbok (1) Surau Kg Darat Menumbok (2) Surau Kg Darat Menumbok (3) Surau Kg Darat Menumbok (4) Surau Kg Darat Menumbok (5) Surau Kg Darat Menumbok (6) Surau Kg Darat Menumbok (7) Surau Kg Darat Menumbok (8) Surau Kg Darat Menumbok (9)

Tarikh : 22 & 23 Oktober 2014

Lokasi : Surau Taman Austral & Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan

KTHM, M75 (1) KTHM, M75 (2) KTHM, M75 (3) KTHM, M75 (4) KTHM, M75 (5)

%d bloggers like this: