Category: Mesir


mesir-e1475707875816

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/10/06/pembunuhan-bersiri-lagi-kejam-pejuang-islam-mesir/

Seorang lagi pejuang Islam di Mesir, Dr. Mohammad Kamal bertaraf Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin dibunuh dengan kejam oleh polis militia rejim Sisi. As Syahid dibunuh bersama seorang lagi rakannya, Dr. Yaser Syahatah di sebuah apartmen di daerah Ma’adi, Kaherah awal pagi semalam beberapa jam selepas Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penangkapannya.

As Syahid Dr. Mohammad Kamal yang berasal dari wilayah Asyut adalah bekas Ketua Ikhwan Muslimin di wilayah tersebut sewaktu Pilihanraya Presiden Mesir 2012.

Menurut anak perempuan As Syahid, Fatimah Az-Zahra’ mereka sekeluarga tidak bertemu ayahandanya sejak lebih 3 tahun lalu dan “kami melihatnya dalam beliau berada dalam kain kapan”. As Syahid tidak keluar negara selepas rampasan kuasa tentera 2013 seperti sebahagian pemimpin Ikhwan yang lain bahkan menentang rampasan kuasa dari dalam negara.

Jenazah As Syahid Dr. Kamal dan temannya Dr. Yaser selamat dimandi dan dikafankan di Rumah Mayat Zenhom, Kaherah sebelum dibawa pulang ke Asyut dengan kawalan ketat militia Sisi. Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk mengiringi jenazah mengingatkan kita terhadap apa yang berlaku kepada As Syahid Imam Hasan Al Banna yang dikawal ketat oleh polis hingga tiada yang menyembahyangkan jenazah Al Imam melainkan ayahandanya.

Sebentar tadi, Syeikh Yusuf Qaradhawi bersama dengan umat Islam lain mengadakan solat jenazah ghaib ke atas As Syahid di Masjid Al Fatih, Istanbul, Turki.

Ikhwan Muslimin dalam kenyataannya mengutuk tindakan kejam rejim As Sisi itu seolah-olah nyawa para pejuang Islam tiada nilai harga sebagai warganegara.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh As syahid dan menjadikan darah mereka laknat ke atas para pembunuh.

Al Fatihah.

Catatan: Akhukum Abdul Malik.

img-20160921-wa0002

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/09/21/tokoh-azhari-yang-mesti-kita-contohi/

TOKOH AZHARI YANG MESTI KITA CONTOHI

Oleh : Muhammad Abdul Rahim

Kepada para Azhari (khususnya) dan semua ilmuan yang cintakan perjuangan menegakkan syariat Islam. Ini antara tokoh-tokoh Azhari yang perlu kita contohi. Keilmuan mereka tinggi dan amat disegani. Mereka istiqamah membimbing dan membela hak ummah serta mencegah kezaliman:

[1] Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

M.A. Universiti Al-Azhar, Syariah Perundangan Islam.
B.A. Universiti Al-Azhar, Pengajian Bahasa Arab.
[2] Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Ph.D Universiti Darul Ulum, Syariah.
MA. Universiti Al-Azhar, Syariah.
[3] Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
M.A. Universiti Al-Azhar, Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik).
B.A Universiti Islam Madinah, Syariah.

Ini contoh tokoh lepasan Azhari terdekat kita dalam konteks Malaysia. Mereka bukan Khawarij. Bukan ekstrimis. Tidak pernah berjuang secara ganas angkat senjata. Mereka istiqamah “Muwajahah Silmiyyah”. Lebih utama, mereka menyokong dan membela perjuangan Ikhwanul Muslimin !

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42268-sayyid-qutb-memperingati-maestro-jihad-abad-moden

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 24 Ogos 2016.

SAYYID Qutb adalah nama besar yang menggugah nurani kita apabila berbicara tentang Ikhwanul Muslimin selain Hassan al-Banna dan tokoh-tokoh yang lain seperti Abdul Qadir Audah, Said Hawwa, Dr Mustapha as-Sibaie, Abdul Aziz al-Badri, Hassan Ismail Hudhaibi dan yang lainnya.

Sayyid Qutb mempunyai sejarah yang tersendiri sebagai tokoh ideologue Ikhwanul Muslimin serta diklasifikasikan sebagai tokoh pemikir yang sukar digalang ganti oleh dunia islam.

Sayyid Qutb telah dilahirkan pada tahun 1906 di Asyut, Mesir dalam lingkungan yang taat beragama, keluarbiasaan bakatnya dapat dikesan semenjak umurnya masih hijau.

Menghafal al-Quran dan menamatkan hafazan semasa berusia sepuluh tahun, bapanya Qutb Ibrahim merupakan pencinta al-Quran dan sangat tegas dalam urusan mendidik anak-anaknya dengan sakhsiah Islam, beliau memberikan perhatian langsung kepada pembelajaran anak-anak terutama Sayyid Qutb.

Keberkesanan sang ayah kepada anaknya pernah dirakamkan oleh Sayyid Qutb dalam sebuah bukunya:

“Wahai ayahku! Kutujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu di depanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, dihati dan di lidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang ke atasmu, namun engkau berlebih kurang dengan hakmu di atas orang lain, kerana engkau takut kepada hari akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang, walaupun engkau mampu membalasnya, lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di Akhirat. Engkau selalu mengenetepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran di Akhirat. Wajahmu terbayang dalam ingatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan al-Fatihah dan engkau menujukan kepada roh kedua ibubapamu di negeri akhirat. Dan kami anak-anakmu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus di sana sini kerana kami masih belum menghafalnya dengan sempurna”.

Sayyid Qutb merupakan seorang yang genius malahan pernah diungkapkan oleh Abbas Mahmud Aqqad sebagai pelajarnya yang paling cerdas, mempunyai bakat dan kecederungan yang besar dalam bidang sastera dan penulisan.

Karyanya dalam pelbagai genre seperti puisi, sajak, cerita telah diterbitkan dalam pelbagai penerbitan malah sebelum menggabungkan diri beliau dengan Ikhwanul Muslimin, beliau lebih dikenali oleh khalayak Mesir sebagai seorang sasterawan.

Kesyahidan Hasan al-Banna pada 12 Februari 1949 telah menyeruak relung hati Sayyid Qutb untuk mengenali fikrah Ikhwan dan akhirnya beliau menggabungkan diri dalam bahtera Ikhwanul muslimin. Bermula dengan Exco Dakwah sehinggalah menjadi ideologue Ikhwan dengan pelbagai magnum opus yang memercik kesedaran kepada ummah yang sedang lena dibuai khayalan.

Regim Jamal Naser telah memenjarakan Sayyid Qutb dengan pelbagai tuduhan palsu, bahkan mengharamkan Ikhwanul Muslimin yang dilihat pesaing utama regim dalam medan politik Mesir.

Sayyid Qutb mendekam dalam penjara militer dan beliau tidak pernah mengangkat bendera putih dalam perjuangan. Sosok sesepuh dakwah ini terus menuang idea-idea daripada celah jeriji penjara, termasuk tafsir fenomenal “fi Zilalil Quran”.

Penghujung bulan Ogos ini, indah sekiranya kita semua, abnaul harakah mengenang kembali getir perjuangan as-syahid, yang mati di tiang gantungan regim Mesir pada 29 Ogos 1966. Perjuangan ini tidak bermula dengan kita, dan bukan diakhiri oleh kita, Sayyid Qutb antara keteladanan dakwah zaman kontemporari ini. – HARAKAHDAILY 24/8/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Tarbiah Pusat.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/39929-hassan-al-banna-ikon-perlawanan-moden-mengesankan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 13 Februari 2016.

Tokoh besar tidak dicetak sebagaimana mudahnya kita memasak mee segera berperisa tomyam. Sosok hebat tidak muncul daripada selimut tebal dan tilam yang empuk, juga tidak insan berhati tisu yang jiwanya rapuh. Ikon perjuangan lahir daripada hamparan mehnah dan ibtila’, muncul daripada rahim pergulatan yang memeritkan, mendapat dokongan ummah kerana keluarbiasaannya memacu perjuangan. Pakej ini dimiliki oleh Hassan al Banna yang kita ingati setiap tanggal 12 Februari.

Denyut nadi gelombang kebangkitan Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang hangat sering mencuri perhatian di negara ini. Kebangkitan Islam adalah melalui tahapan sejarah yang panjang serta berwarna-warni, seawal pasca Perang Arab Israel 1967. Maka wajar untuk kita menyusuri dengan mendalam sejarah perlawanan bangsa Mesir dan tokoh besar yang telah mewarnai bumi anbiya’ ini. Bersesuaian dengan bulan Februari di mana tokoh besar dunia telah mati dibunuh dengan kejam pada 12 Februari 1949, maestro dakwah dan harakah ini telah menyalakan lantera pencerahan kepada umat setelah kejatuhan Khilafah Islam pada Mac 1924.

Tokoh besar pejuangan Islam ini yang telah membina dan mewariskan pemikiran dan perjuangan yang besar sehingga tersebar ke seluruh belahan dunia, Timur mahupun Barat. Hassan al-Banna telah menempatkan dirinya sebagai simbol kebangkitan umat pada zaman moden, sekaligus sebagai pemimpin harakatul dakwah pada abad ke-20. Tidak terhenti setakat itu, Hassan al-Banna mempunyai pakej kepimpinan yang wajar diteladani oleh pewaris dakwah masa kini terutama dalam gelombang serangan pemikiran salibis-imperialis, neo-liberal dan kelompok ekstremis sekular. Ahzab moden seluruhnya telah bersatu untuk memerangi Islam dan umatnya.

Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna semenjak tahun 1928 di Ismailiah Mesir, telah puluhan tahun berdada dengan kezaliman taghut terutama di sebelah Asia Barat. Pembantaian, pemenjaraan, perlecehan, penistaan, pembunuhan yang sadis dan pengusiran adalah hamparan ujian yang terhampar dari Mesir, Iraq, Syria, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Yaman dan sebagainya.

Hassan al-Banna telah menoreh sejarah dunia moden dengan darah yang tumpah berlimpah dan merakamkan namanya di langit sejarah. Rakaman hidupnya direncah dengan hamparan mehnah dan ibtila’, yang akhirnya telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Almarhum berkelana ke alam abadi selepas satu konspirasi membunuhnya pada 12 Februari 1949, di mana beliau ditembak dalam keadaan yang cukup terancang oleh agen Farouk. Babak-babak hitam ini sangat menyentuh perasaan dan wajar dikenang oleh para amilin dan abnaul harakah, jalan juang ini tidak terhampar dengan permaidani merah.

Darah yang bergenang tumpah tidak dibenarkan untuk dirawat oleh pihak hospital sehingga pendarahan yang banyak telah menyebabkan Hasan al-Banna kehilangan nafas. Namun catatan takdir yang berlaku, dengan darah yang harum mewangi ini telah menjadi baja kepada sebuah kebangkitan Islam dalam tempoh yang panjang, dan terkini, menyaksikan Mesir dilanda ‘sergahan langit’. Rejim Mesir yang mewarisi legasi firaun tersungkur dengan palitan lumpur aib yang terhebat dalam sejarah moden.

Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin telah mewariskan kepada dunia moden akan longgokan karya untuk dikunyah, serta fikrah perjuangan Islam yang dicetuskan telah menjadi teks wajib kepada generasi kebangkitan Islam pada dekad-dekad 1970-an, 1980-an dan sehinggalah hari ini. Cacatlah seorang manusia jika kuping telinganya tidak pernah diterjah dengan idiom Ikhwanul Muslimin dan nama Hassan al-Banna.

Tidak ada penjuru dunia yang tidak tersentuh dengan pemikiran almarhum kerana sejarah perjuangannya telah dipahat dengan seribu keteladanan seperti sabar, amanah, berani bersuara, menyantuni pengikut, kuat beribadah, pengarahan yang jelas, serta semenjak kecil lagi diasuh dalam lingkungan agama yang mengesankan kehidupan peribadinya.

Tulisan ini bukan untuk mengkultuskan Ikhwanul Muslimin. Juga bukan untuk mendewakan Hassan al-Banna. Namun sosok peribadi ini dan Ikhwanul Muslimin mempunyai segudang pengalaman sejarah yang cukup bermakna kepada pemerkasaan perjuangan Islam di abad moden terutamanya di negara kita sendiri semenjak dekad 40-an lagi.

Pengasasan gerakan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada tahun 1948 juga berinspirasikan dan bermodelkan gerakan ini (Khoo Kay Kim, 1994). Seterusnya bersambung dengan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), dan diperkasakan lagi dengan kemunculan ABIM (1971). Ia disuburkan lagi dengan gerakan kebangkitan Islam terutamanya di kalangan mahasiswa universiti tempatan dan luar negara pada dekad 1970-an dan 1980-an yang juga mendapat suntikan fikrah daripada maestro dakwah ini serta gerakan fenomenal abad ke-20.

Generasi dan peserta kebangkitan Islam menghadamkan karya tulisan tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Mustapha Mashyur, Dr. Mustapha Sibaie, Dr. Karim Zaidan, Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Umar at-Tilmisani, Zainab al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi dan lain-lain lagi tokoh ulung mereka. Kesan pencerahan daripada sumur akal yang jernih, misi dan visi dakwah yang jelas, keikhlasan daripada dasar hati yang paling mendalam untuk melihat kemenangan Islam, maka karya-karya ini merubah ufuk berfikir umat Islam.

Begitu juga dengan petikan nukilan kata daripada Syeikh Hassan Hudhaibi dan asy-Syahid Sayyid Qutb yang memperkatakan tentang almarhum yang lahir daripada kebeningan hati yang merasa begitu terhutang budi kepada jasa dan sumbangan Hasan al-Banna terutamanya dalam meletakkan dinamika tarbiah (kaderisasi) dalam jamaah Ikhwanul Muslimin.

Sejarah adalah cermin yang berdiri memantulkan refleksi ajaib sebagai ibrah kepada yang ingin mengambil keteladanan. Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin mempunyai seribu alasan untuk kita jadikan sebagai teladan perjuangan di zaman moden, selain teladan yang wajib kita jejaki iaitu Rasulullah SAW dan generasi al-Quran. Kita wajib berjiwa besar di jalan dakwah ini, apatah lagi di medan politik Islam bernuansa dakwah. Yang gopoh dan gelojoh, akhirnya akan terjun daripada bahtera dakwah, namun bahtera tetap mara membadai arus perjuangan! – HARAKAHDAILY 13/2/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Tarbiah Pusat.

Syeikh Hisham Abdul Bari | Tazkirah Madinah Ramadhan- 28 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Syeikh Hisham Abdul Bari, Imam solat tarawih Madinah Ramadhan 1436H yang dibawakan khas dari Mesir di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-29 Madinah Ramadhan 1436H.

Rabu, 28 Ramadhan 1436H/ 15 Julai 2015M

YB Dato’ Abd Fattah | Tazkirah Madinah Ramadhan- 28 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh YB Dato’ Hj Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-29 Madinah Ramadhan 1436H.

Rabu, 28 Ramadhan 1436H/ 15 Julai 2015M

YAB Ustaz Ahmad Yakob | Tazkirah Madinah Ramadhan- 28 Ramadhan 1436H

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Yakob, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-29 Madinah Ramadhan 1436H.

Rabu, 28 Ramadhan 1436H/ 15 Julai 2015M

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35630-dr-mursi-dan-tugu-arca-kezaliman-rejim-kudeta

Ardhul Kinanah tak pernah gagal menyaksikan kezaliman demi kezaliman terhadap pejuang Islam, hembusan angin Sahara sekali lagi membawa khabar duka bumi Mesir.

Komplot rejim kudeta dengan tangan ghaib zionis telah memberangus harkat manusiawi tanpa sepicing rasa malu mereka kepada dunia bertamadun yang menyaksikan sistem keadilan Mesir tak ubah kandang kanggaru. Dr Mursi, Dr Muhamad Badie’, Sheikh Mehdi Akif dan seratus orang yang lain bakal dikenakan hukuman gantung dengan pendakwaan dan tuduhan palsu yang memualkan pencinta keadilan.

Jerkahlah sekuatnya kepada rejim tolol Fatah as-Sisi, namun mereka tetap tak peduli, seolah-olah tuli dan tanpa nurani serta memperalatkan kelompok agamawan rasmi untuk menjustifikasikan kezaliman mereka.

Isu Mesir yang berdarah, berkubang air mata, pembantaian sekaligus merupakan menifestasi Ahzab moden yang menunjukkan wajahnya yang hodoh dan pongah. Gejolak isu Mesir rasanya begitu hampir dengan nurani umat Islam di negara ini, paling kurang dalam tempoh semenjak satu abad yang lampau.

Pengaruh Mesir begitu membumi dan mempunyai keunikannya yang tersendiri terhadap rakyat negara ini, apatah lagi dengan sebahagian cendekiawan Islam ini mencicip ilmu di kota seribu menara itu.

Gelombang kebangkitan rakyat Mesir turut menyentuh perkembangan politik rakyat negara ini lebih seabad lampau, seawal abad ke-20, Mesir begitu sekali dekat dengan rakyat negara ini. Pelajar-pelajar Melayu yang pintar meraih ilmu di dada bumi ambia’ ini. Kepulangan mereka telah melakarkan landskap sosio politik bernuansa islami.

Semenjak sebelum merdeka simbahan semangat pan islamism yang digalang tokoh-tokoh pemikir seperti Syeikh Mohd Abduh, Syeikh Jamaluddin Al-Afghani. Syeikh Rashid Ridha turut menyentak perasaan orang Melayu yang terlalai dengan penjajahan barat, sekaligus mundur terpuruk segalanya.

Mesir juga menjadi tempat bermuara ilmu pelajar-pelajar Malaysia dan sebahagiannya muncul sebagai tokoh -tokoh agama di negara ini. Mereka mencetak sejarah watan, Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Dr Zulkifli Mohamad, Datuk Yusof Zaki Yaakob dan ribuan tokoh cemerlang yang lain.

Mesir bukan sekadar diingati kerana firaun dan piramidnya, haman dan kebejatannya tetapi kerana getirnya Hassan Al-Banna berjuang mencerdaskan umat Islam.

Pembantaian dan kejerihan yang dialami oleh Ikhwanul Muslimin semenjak penubuhannya pada tahun 1928 di Ismailiah, Mesir.

Gerakan islam kontemporari ini terus menjadi model kepada gerakan Islam yang lain, malah perkembangannya sentiasa diintai dan dirasakan kehadiran. Ikhwanul Muslimin telah menyumbang kepada peradaban dunia islam abad moden dengan ratusan pemikir dan ideologinya terus mengalirkan kristal-kristal indah pemikiran dan kitab-kitab islami pelbagai tajuk.

Maka tidak pelik apabila berlakunya revolusi 2011, rakyat negara ini turut sama berkongsi kepedihan melihat kezaliman yang ditimpakan terhadap rakyat Mesir. Revolusi telah mengubah lanskap politik negara yang puluhan tahun secara sistematik memperbodohkan rakyat dan mengekang hak demokratik.

Perubahan politik baru Mesir juga telah memungkinkan Ikhwanul Muslimin menyerlahkan tampang mereka yang sebenarnya. FJP dan Dr Mursi akhirnya membawa aspirasi baru rakyat dan Mesir dalam tempoh dua tahun ini sentiasa menjadi tajuk utama berita antarabangsa.

Tanggal 3 Julai 2013 menyaksikan episod hitam yang mencacatkan sejarah Mesir. Rampasan kuasa tentera yang terancang rapi itu akhirnya mengheret tragedi kemanusiaan yang paling ngeri apabila enam ribu lebih telah gugur sebagai syuhada manakala puluhan ribu yang lain mendekam dalam penjara militer. Mesir terpancing dalam nafas dan gelora hitam, awan hitam menyerkup kemanusiaan dengan dengusan ngeri.

Tragedi ini juga telah menyingkap wajah sebenar kemunafikan rejim negara Teluk yang turut bersekongkol untuk memadamkan Ikhwanul Muslimin daripada peta umat Islam. Israel yang menjadi dalang untuk turut berpesta pora sehingga Gaza turut dihempap duka lagi dengan penutupan semula Rafah.

Hari ini dunia terpanar dengan hukuman gantung terhadap 100 orang lebih pimpinan dan aktivis Ikhwanul Muslimin.

Mesir seolah-olah memekakkan telinga dengan bantahan awam yang berlaku di pelbagai negara umat Islam, juga sikap diam membisu Amerika ‘polis antarabangsa; sangat menjengkelkan.

Hanya negara Turki yang berani menjerkah sistem keadilan Mesir dan juga kebobrokan rejim kudeta. Kerajaan Malaysia juga seolah-olah membiarkan kezaliman tetap menyerkap tanah Mesir.

Siapa lagi yang akan membela kebenaran ini wahai orang beriman? Diam adalah jenayah terbesar dalam bongkah jasad manusia. – HARAKAHDAILY 26/5/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat.

IMG-20150419-WA0074

Kelima-lima mereka telah berada di Mesir lebih setengah tahun lalu. Zaman whatsapp seperti sekarang, keadaannya banyak berbeza berbanding dahulu dari segi kepantasan maklumat. Walaupun sering berhubung, jarang kami menerima foto serentak mengandungi semua wajah mereka.

Tiada harapan lain selain mereka dapat mengutip mutiara-mutiara ilmu yang begitu banyak di sana. Mesir adalah gudang ilmu, lantaran ramainya para ulamak yang ikhlas mengajar ugama yang indah dan benar ini. Semoga mereka berhasil dan mengganti tempat kami selepas ini.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34853-hukuman-gantung-sejarah-hitam-di-bumi-mesir

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 13 April 2015.

?

TANAH Sahara itu dengan sejarah pergulatan hak dan batil seolah mengulangi bagasi sejarah para thaghut yang menindas. Tanah anbiya yang juga merakamkan ikon kebejatan yang dipapar al-Quran seperti Firaun, Qarun, Haman seolah tak peduli pada dunia yang memerhatikan sketsa jelik para penzalim.

Ribuan aktivis Ikhwan sedang mendekam di penjara, manakala tokoh-tokoh besar gerakan fenomena ini akan berhadapan dengan hukuman mati dengan alasan palsu yang direkayasa regim kudeta. Dr Muhamad Badie’, Mursyidul Am berada dalam senarai teratas untuk sang algojo melepaskan gear pelepas tiang gantungan.

Tanah Arab yang sekian lama menyaksikan kekejaman regim terhadap gerakan Islam, akhirnya menyaksikan drama politik yang sekali gus mengubah landskap politik Timur Tengah. Bermula dengan kebangkitan Tunisia yang akhirnya menggelosorkan presiden negara, dengan pantas berjangkit ke Libya, Mesir, Syria, Yaman, Bahrain, negara-negara Afrika dan negara Arab yang lain.

Mesir yang sekian lama ditekan Tirani, akhirnya bingkas dengan gelombang anak muda. Bermula dengan ribuan di Tahrir, akhirnya lapan juta rakyat mengasak regim Husni Mubarak sehingga Mesir menjadi fokus utama lensa dunia. Ruang demokratik yang terbuka luas pasca Arab Spring terus dimanfaatkan oleh Ikhwanul Muslimin, FJP (Freedom and Justice Party) telah ditubuhkan untuk berada di medan persaingan kuasa, begitu juga parti-parti lain juga ditubuhkan oleh pelbagai jalur ideologi.

Kelompok salafi telah menubuhkan Hizbul An-Nur, walaupun sebelum itu kelompok ini tidak cenderung untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi. Dr Mohamed Morsi yang memimpin FJP akhirnya telah berjaya meraih dokongan massa walaupun mendapat tentangan sengit daripada parti-parti yang lain.

Mesir memasuki pusingan kedua demokrasi apabila mengadakan pilihan raya presiden negara itu dan sekali lagi memberikan kejutan kepada dunia apabila Dr. Mohamed Morsi terpilih sebagai Presiden kelima Republik rakyat Mesir.

Banyak pembaharuan mula digerakkan oleh Dr.Morsi dengan bantuan Ikhwanul Muslimin, antaranya ialah membuka laluan Rafah untuk pembangunan kembali Gaza akibat serangan Israel dan juga pengucilan dunia.

Morsi juga menjadi jurucakap Islam yang lantang apabila mendesak Iran supaya menarik balik sokongan Regim Bashar, juga menyeru dunia supaya membuka mata terhadap pembunuhan muslim di Myanmar. Pelbagai polisi awam yang menguntungkan Islam telah dibuat termasuk kempen kebersihan, meningkatkan rasa percaya rakyat Mesir terhadap sejarah negara mereka sendiri.

Ikhwanul Muslimin dan Dr. Morsi terus menjadi igauan buruk kepada musuh-musuh Islam, permuafakatan penentang Dr. Morsi yang bekerjasama dengan musuh luar negara akhirnya menggerakkan gerakan kebencian terhadap pemerintahan Dr. Morsi.

Kerajaan Dr. Morsi telah dijatuhkan oleh tentera Mesir dalam satu perancangan sistematik oleh musuh-musuh Ikhwan pada 3 Julai 2013. Ikhwan Muslimin telah mengadakan bantahan awam di Dataran Rabaah dan akhirnya tragedi kemanusiaan telah meletus pada 14 Ogos 2013 apabila hampir enam ribu penyokong Dr. Morsi telah terbunuh.

Ribuan pimpinan dan anggota Ikhwan akhirnya memdekam di penjara seluruh Mesir, mereka juga tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Bahkan Ikhwan diharamkan serta Mesir kembali berada dalam zaman Firaun Moden yang tak mengenal ampun terhadap Ikhwan Muslimin dan erti kemanusiaan itu sendiri.

Denai sejarah itu bersimbah dengan darah syuhada dan juga basah dengan air mata mereka yang tertindas. Ikhwanul Muslimin terus mengungguli carta utama mehnah di era kontemporari. Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Dr Abdul Qader Audah, Kamal Saniri, Yusuf Talaat, Abdul Fatah Ismail memahat tinta emas dalam zaman edan ini. Gelombang kezaliman  pasca kudeta seakan dahagakan darah para syuhada dan seolah dunia membisu melihat pesta pora kubangan darah ini.

Bangkitlah teman-teman semua, caknalah dengan darah yang tumpah dan kejerihan saudara akidah kita di ardhul kinanah. Bersuaralah, kerana diam adalah jenayah kemanusiaan yang paling sadis. – HARAKAHDAILY 13/4/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Ust Md Redza Ahmad

Tarikh : 1 Mac 2015

Lokasi : LTA Kota Kinabalu

Terima kasih atas kesudian senior saya Ustaz Mohd Redza Ahmad yang bertandang ke Kota Kinabalu hujung minggu lepas mengisi kelas pengajian Kumpulan 2 Darussyifa’ Sabah yang diadakan di Masjid Daerah Putatan.

Ketika pengajian kumpulan 1 beberapa tahun lepas dan saya salah seorang pesertanya, saya berkali-kali merenung wajahnya seperti pernah mengenali beliau. Apabila saya bertanya, pernahkah kita berjumpa sebelum ini, beliau mengingatkan bahawa saya adalah juniornya di Shoubra Kaherah Mesir.

Kini beliau terlibat sebagai AJK Darussyifa’ Malaysia dan tenaga pengajar Darussyifa’ Malaysia yang mendidik peserta Darussyifa’ yang bertaburan seluruh negara. Beliau juga adalah Imam Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33843-memperingati-imam-asy-syahid-hasan-al-banna

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 13 Februari 2015.

DENYUT nadi gelombang kebangkitan Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang  hangat sering mencuri perhatian di negara  ini. Kebangkitan Islam adalah melalui tahapan sejarah yang panjang serta berwarna-warni, seawal pasca Perang Arab Israel 1967.

Maka wajar untuk kita menyusuri dengan mendalam sejarah perlawanan bangsa Mesir dan tokoh besar yang telah mewarnai bumi anbiya’ ini. Bersesuaian dengan bulan Februari di mana tokoh besar dunia telah mati dibunuh dengan kejam pada 12 Februari 1949, maestro dakwah dan harakah ini telah menyalakan lantera pencerahan kepada umat setelah kejatuhan Khilafah Islam pada Mac 1924.

Tokoh besar pejuangan Islam ini yang telah membina dan mewariskan pemikiran dan perjuangan yang besar sehingga tersebar ke seluruh belahan dunia, Timur mahupun Barat. Hasan al-Banna telah menempatkan dirinya sebagai simbol kebangkitan umat pada zaman moden, sekaligus sebagai pemimpin harakatul dakwah pada abad ke-20.

Tidak terhenti setakat itu, Hasan al-Banna mempunyai pakej kepimpinan yang wajar diteladani oleh pewaris dakwah masa kini terutama dalam gelombang serangan pemikiran salibis-imperialis, neo-liberal dan kelompok ekstremis sekular. Ahzab moden seluruhnya telah bersatu untuk memerangi Islam dan umatnya.

Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hasan al-Banna semenjak tahun 1928  di Ismailiah Mesir ,telah puluhan tahun berdada dengan kezaliman taghut terutama di sebelah Asia Barat. Pembantaian, pemenjaraan, perlecehan, penistaan, pembunuhan yang sadis dan pengusiran adalah hamparan ujian yang terhampar dari Mesir, Iraq, Syria, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Yaman dan sebagainya.

Hasan al-Banna telah menoreh sejarah dunia moden dengan darah yang tumpah berlimpah dan merakamkan namanya di langit sejarah. Rakaman hidupnya direncah dengan hamparan mehnah dan ibtila’, yang akhirnya telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT.

Almarhum berkelana ke alam abadi selepas satu konspirasi membunuhnya pada 12 Februari 1949, di mana beliau ditembak dalam keadaan yang cukup terancang oleh agen Farouk. Babak-babak hitam ini sangat menyentuh perasaan dan wajar dikenang oleh para amilin dan abnaul harakah, jalan juang ini tidak terhampar dengan permaidani merah.

Darah yang bergenang tumpah tidak dibenarkan untuk dirawat oleh pihak hospital sehingga pendarahan yang banyak telah menyebabkan Hasan al-Banna kehilangan nafas.

Namun catatan takdir yang berlaku, dengan darah yang harum mewangi ini telah menjadi baja kepada sebuah kebangkitan Islam dalam tempoh yang panjang, dan terkini, menyaksikan Mesir dilanda ‘sergahan langit’. Rejim Mesir yang mewarisi legasi firaun tersungkur dengan palitan lumpur aib yang terhebat dalam sejarah moden.

Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin telah mewariskan kepada dunia moden akan longgokan karya untuk dikunyah, serta fikrah perjuangan Islam yang dicetuskan telah menjadi teks wajib kepada generasi kebangkitan Islam pada dekad-dekad 1970-an, 1980-an dan sehinggalah hari ini. Cacatlah seorang manusia jika kuping telinganya tidak pernah diterjah dengan idiom Ikhwanul Muslimin dan nama Hasan al-Banna.

Tidak ada penjuru dunia yang tidak tersentuh dengan pemikiran almarhum kerana sejarah perjuangannya telah dipahat dengan seribu keteladanan seperti sabar, amanah, berani bersuara, menyantuni pengikut, kuat beribadah, pengarahan yang jelas, serta semenjak kecil lagi diasuh dalam lingkungan agama yang mengesankan kehidupan peribadinya.

Tulisan ini bukan untuk mengkultuskan Ikhwanul Muslimin. Juga bukan untuk mendewakan Hasan al-Banna. Namun sosok peribadi ini dan Ikhwanul Muslimin mempunyai segudang pengalaman sejarah yang cukup bermakna kepada pemerkasaan perjuangan Islam di abad moden terutamanya di negara kita sendiri semenjak dekad 40-an lagi.

Pengasasan gerakan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada tahun 1948 juga berinspirasikan dan bermodelkan gerakan ini (Khoo Kay Kim, 1994). Seterusnya bersambung dengan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), dan diperkasakan lagi dengan kemunculan ABIM (1971).

Ia disuburkan lagi dengan gerakan kebangkitan Islam terutamanya di kalangan mahasiswa universiti tempatan dan luar negara pada dekad 1970-an dan 1980-an yang juga mendapat suntikan fikrah daripada maestro dakwah ini serta gerakan fenomenal abad ke-20.

Generasi dan peserta kebangkitan Islam menghadamkan karya tulisan tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Mustapha Mashyur, Dr. Mustapha Sibaie, Dr. Karim Zaidan, Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Umar at-Tilmisani, Zainab al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi dan lain-lain lagi tokoh ulung mereka.

Kesan pencerahan daripada sumur akal yang jernih, misi dan visi dakwah yang jelas, keikhlasan daripada dasar hati yang paling mendalam untuk melihat kemenangan Islam, maka karya-karya ini merubah ufuk berfikir umat Islam.

Begitu juga dengan petikan nukilan kata daripada Syeikh Hassan Hudhaibi dan asy-Syahid Sayyid Qutb yang memperkatakan tentang almarhum yang lahir daripada kebeningan hati yang merasa begitu terhutang budi kepada jasa dan sumbangan Hasan al-Banna terutamanya dalam meletakkan dinamika tarbiah (kaderisasi) dalam jamaah Ikhwanul Muslimin.

Sejarah adalah cermin yang berdiri memantulkan refleksi ajaib sebagai ibrah kepada yang ingin mengambil keteladanan. Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin mempunyai seribu alasan untuk kita jadikan sebagai teladan perjuangan di zaman moden, selain teladan yang wajib kita jejaki iaitu Rasulullah SAW dan generasi al-Quran.

Kita wajib berjiwa besar di jalan dakwah ini, apatah lagi di medan politik Islam bernuansa dakwah. Yang gopoh dan gelojoh, akhirnya akan terjun daripada bahtera dakwah, namun bahtera tetap mara membadai arus  perjuangan!

HARAKAHDAILY 13/2/2015

(Penulis ialah AJK Pas Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)