Archive for Jun, 2009


IMG_4783

IMG_4788

IMG_4795

IMG_4809

IMG_4818

IMG_4827

IMG_4834

IMG_4835

IMG_4848

IMG_4849

Semangat kesukanan walau sudah tengahari

Semangat kesukanan walau sudah tengahari

Nombor dua pun cukup..

Nombor dua pun cukup..

Hidup & Mati Bersama Islam

An-Nur Crew : Hidup & Mati Bersama Islam

Berteduh sebentar

Berteduh sebentar

Posing sebelum pusing

Posing sebelum pusing

Menanti baton

Menanti baton

Giliran para bapa berentap

Giliran para bapa berentap

Pecutan akhir..

Pecutan akhir..

Adik seksi pun dapat hadiah misteri

Adik seksi pun dapat hadiah misteri

"Hadiah ni boleh letak di mana-mana, di bilik, di dapur, di tandas atau di pejabat.."

"Hadiah ni boleh letak di mana-mana, di bilik, di dapur, di tandas atau di pejabat.."

IMG_4911

(Gambar pada jam 12.58 pagi)

Tengah malam ini, ketika baru pulang dari ziarah sahabat di Sepanggar, saya sebenarnya dalam keadaan yang mengantuk sangat. Sempat berhenti 15 minit di stesen petronas Luyang dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan balik pada jam 12.45.

Berhenti di lampu merah simpang empat Putatan, sempat lagi mata terpejam beberapa saat. Terfikir hendak berhenti sekali lagi.

Dari situ saya nampak kepulan asap kelabu menjulang tinggi. Perasaan mengantuk tetapi bercampur ingin tahu, di mana lokasi kebakaran itu berlaku.

Semakin dekat, saya mendapati kebakaran berlaku di Kg Dumpil, sekitar 1.5km dari Pekan Putatan. Kampung ini letaknya hanya di tepi jalan. Saya memutuskan untuk berhenti dan keluar sebentar, dalam keadaan orang belum ramai.

Secara jujur, saya hanya pernah masuk ke kawasan ini 2 kali. Kebanyakan rumah di sini dibina di atas air.

Saya pernah datang bersama beberapa sahabat tahun lalu, menziarahi seorang guru PASTI kami yang baru bersalin yang tinggal di kawasan ini. Cikgu itu yang kami panggil dengan nama Eja telahpun berpindah ke Tawau atas sebab-sebab keluarga.

12.57 pagi jam di tangan, saya menghubungi 999. Jawapan yang diterima, mereka sudah mengetahui. Ertinya sudah ada yang menghubungi mereka. Wallahu a’lam jam berapa sebenarnya kebakaran itu berlaku. Tetapi ketika itu, sudah sebuah rumah terbakar.

Hujan renyai, bimbang angin bertiup lebih kencang. Bimbang-bimbang api merebak lebih pantas. Hati merasakan bomba lambat benar sampai. Penghuni sekitar sudah berlarian menyelamatkan apa yang sempat. Ada yang membawa pakaian, dapur gas dan bermacam-macam.

IMG_4923

Orang bertambah ramai, keluhan bomba datang lambat mulai kedengaran. Jam 1.13 pagi, iaitu 15 minit setelah saya tiba di tempat kejadian, baru pasukan bomba dengan 3 kenderaan tiba.

Walaupun bersyukur dengan kehadiran mereka, seperti kebanyakan yang hadir merasakan bomba datang lambat. Jarak antara balai bomba di Sembulan dengan Kg Dumpil hanya kira-kira 12km. Kebakaran berlaku pada waktu tengah malam, ketika jalan raya memang lengang.

Tidak lama, datang lagi sebuah kenderaan bomba. Kali ini dari bomba tentera darat Kem Lok Kawi yang jaraknya cuma 1km dari kampung berkenaan. Pasukan polis dari Putatan (rasanya) juga ada bersama.

IMG_4928

Sekitar 1.45 pagi ini, kebakaran dapat dikawal daripada merebak. Tiga buah rumah musnah dijilat api.

Semoga kita semua mendapat pengajaran. Saya berpandangan, eloklah kita turut membantu meringankan beban mangsa dengan memberi sumbangan berbentuk kewangan, pakaian, makanan dan sebagainya.

Pertandingan mengantam ketupat untuk kaum ibu mendapat sambutan

Pertandingan mengantam ketupat untuk kaum ibu mendapat sambutan

Kaum ibu menunjukkan bakat  masing-masing

Kaum ibu menunjukkan bakat masing-masing

Penerima hadiah dari WP Labuan

Penerima hadiah dari WP Labuan

Senyum lebar menerima hadiah

Senyum lebar menerima hadiah

Juruacara mengumumkan anak kehilangan ibu. Alhamdulillah, selesai.

Juruacara mengumumkan anak kehilangan ibu. Alhamdulillah, selesai.

Pertandingan pakaian seragam

Pertandingan pakaian seragam

Cikgunya lebih bersemangat, berlari bersama-sama murid sendiri.

Cikgunya lebih bersemangat, berlari bersama-sama murid sendiri.

Nikmatnya...

Nikmatnya...

Pasukan sorak dan peserta PASTI as-Salam

Pasukan sorak dan peserta PASTI as-Salam

Bersedia ke gelanggang

Bersedia ke gelanggang

Susun abjad. K.O.T.A.K. "Nda taulah!"

Susun abjad. K.O.T.A.K. "Nda taulah!"

Ini bukan samseng kampung dusun. Kampung lainlah. :))

Ini bukan samseng kampung dusun. Kampung lainlah. 🙂

Wakil PASTI Tg Aru dalam pertandingan mengisi air dalam botol. Botol-botol ditaja oleh gardenia

Wakil PASTI Tg Aru dalam pertandingan mengisi air dalam botol. Botol-botol ditaja oleh gardenia

Wakil Pasti Taman Kingfisher (kiri) berentap dengan wakil PASTI Kg Lobou (kanan)

Wakil Pasti Taman Kingfisher (kiri) berentap dengan wakil PASTI Kg Lobou (kanan)

Eehh.. terlimpas pula..

Eehh.. terlimpas pula..

Bertungkus lumus peserta dari PASTI al-Hikmah

Bertungkus lumus peserta dari PASTI al-Hikmah

Petugas pertandingan bersama ahli 'tentera merah' memerhatikan peserta pertandingan dari PASTI Beaufort

Petugas pertandingan bersama ahli 'tentera merah' memerhatikan peserta pertandingan dari PASTI Beaufort

"Laju..laju..laju.."

"Laju..laju..laju.."

Guru dan urusetia membantu peserta dari wakil PASTI al-Aqsa Taman Limauan

Guru dan urusetia membantu peserta dari wakil PASTI al-Aqsa Taman Limauan

Menunggu giliran di bawah payung tajaan DIGI

Menunggu giliran di bawah payung DIGI

Apa yang serupa?

Apa yang serupa?

Baru jam 8 pagi dik!

Baru jam 8 pagi dik!

Lambaian putera puteri PASTI Sembulan

Lambaian putera puteri PASTI Sembulan

Sokongan buat anak

Sokongan buat anak

Dari kiri : Ust Zul, Abd Hamed, Ust Mad & Fitri

Dari kiri : Ust Zul, Abd Hamed, Ust Mad & Fitri

Lintas hormat PASTI as-Salam

Lintas hormat PASTI as-Salam

Ei, apa tu?

Ei, apa tu?

"Kita minum dulu"!! Letih memberi sokongan.

"Kita minum dulu"!! Letih memberi sokongan.

Berdiri bersama untuk lagu Negaraku, Sabah Tanahairku & lagu PASTI

Berdiri bersama untuk lagu Negaraku, Sabah Tanahairku & lagu PASTI

Ikrar sukaneka PASTI dipimpin oleh adik Md Zakuan dari PASTI as-Salam, Taman BDC Kolombong

Ikrar sukaneka PASTI dipimpin oleh adik Md Zakuan dari PASTI as-Salam, Taman BDC Kolombong

"Kita tetap kawan". Wakil PASTI Tg Aru (merah) dan PASTI Taman Union Putatan (kuning).

"Kita tetap kawan". Wakil PASTI Tg Aru (merah) dan PASTI Taman Union Putatan (kuning).

Sukaneka yang menarik perhatian ramai jurugambar bebas dan profesional

Sukaneka yang menarik perhatian ramai jurugambar bebas dan profesional

Lihatlah aksi mereka. PASTI mendapat promosi percuma dengan kehadiran mereka. Terima kasih khusus kepada grup MSJ photography dan jurugambar yang lain.

Lihatlah aksi mereka. PASTI mendapat promosi percuma dengan kehadiran mereka. Terima kasih khusus kepada grup MSJ photography dan jurugambar yang lain.

IMG_4717

IMG_4486

Alhamdulillah, sebagaimana dijadualkan hari ini berlangsung meriah Sukaneka PASTI Pantai Barat bagi tahun 2009 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dengan kehadiran lebih 1200 orang terutama ibu bapa dan ahli keluarga pelajar yang memenuhi ruang tempat duduk berbumbung stadium, sukaneka ini menghimpunkan 444 peserta iaitu para pelajar daripada 14 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh Pantai Barat Sabah, termasuk wakil daripada Beaufort.

IMG_4495

Sukaneka PASTI kali ini dirasmikan dengan jayanya oleh YDP PAS Kawasan Putatan yang baru, Abdul Hamed Bakar. Dalam ucapannya, antara lain beliau menegaskan bahawa PASTI adalah pra sekolah yang semakin berkembang di seluruh negara termasuk di Sabah.

Di kawasan Pantai Barat Sabah dari Kudat hingga ke Beaufort dan Keningau, terdapat 20 buah PASTI, manakala di seluruh Sabah, tidak kurang 40 buah PASTI. Menurut Abd Hamed, pengurusan PASTI Pantai Barat merancang untuk menubuhkan 3 lagi PASTI pada tahun hadapan.

“Adalah menjadi perancangan pengurusan PASTI untuk menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah PASTI sebagai permulaan di setiap DUN dan PARLIMEN di seluruh negeri”.

IMG_4496Untuk rekod, PASTI Malaysia telah berusia 25 tahun dan sejak itu sehingga kini telah melahirkan lebih 300 ribu pelajar. Kini terdapat 63 ribu pelajar di 1700 PASTI seluruh Malaysia dengan keseluruhan 3300 jumlah guru.

Dalam sukaneka itu, PASTI al-Amal, Likas telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Sebanyak 10 acara dipertandingkan yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan iaitu susun abjad, isi air dalam botol, pakaian seragam, lari dalam guni dan lari berganti-ganti.

IMG_4497Turut mencuri tumpuan ialah lari berganti-ganti 4×100 meter khusus untuk ibu bapa dan AJK penganjur serta pertandingan menganyam ketupat untuk kaum ibu.

Kemeriahan sukaneka yang berakhir pada jam 2 petang itu juga terserlah dengan kehadiran kira-kira 20 orang  jurugambar bebas dan profesional khususnya dari MSJ Photography dan lain-lain bersama kamera jenis DSLR.

Kehadiran mereka yang pada mulanya tidak dijangka dan mengejutkan urusetia, dan ia jelas menunjukkan betapa aktiviti jamaah kini mula mendapat perhatian pelbagai pihak.

IMG_4499

IMG_4501

IMG_4503

IMG_4505

IMG_4506

IMG_4508

IMG_4514

IMG_4512

IMG_4518

IMG_4523

Semalam saya ada jadual di kelas pengajian saudara kita – Teratak Fitrah. Untuk tahap 2, subjek akhlak bertajuk riya’ dan ujub. Sementara di tahap satu selepasnya, subjek fekah bertajuk tayammum.

Saya masih mengkagumi kesungguhan mereka belajar sambil membawa anak-anak kecil ke dalam kelas. Kesungguhan mereka mendapatkan ilmu dalam keadaan susah payah, mudah-mudahan mendapat ganjaran sewajarnya.

IMG_4452

IMG_4457

IMG_4460

NIKMAT DARI TANDAS

IMG_4436Selepas jumaat, saya menyambung kuliah di GiatMARA Inanam, huraian kepada buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ susunan almarhum Dr Fathi Yakan, dalam bab 2, : Saya Mesti Muslim Dari Sudut Ibadah.

Minggu ini perbincangan berlegar berkenaan saranan membaca al-Quran dan beberapa doa harian yang patut diamalkan bersama.

Antara yang disentuh ialah doa keluar tandas. Ramai yang kurang perasan bahawa boleh kencing dan berak dengan selesa itu adalah satu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai orang masuk hospital kerana penyakit tidak boleh kencing dan berak.

Setidak-tidaknya, ada juga penyakit orang yang susah menahan kencing dan berak sehingga menyebabkan keadaan yang tidak selesa dan kelam kabut.

Oleh itu, kita yang diberi nikmat boleh kencing dan berak itu jangan lupa berdoa selepas keluar dari tandas, kerana Allah SWT memberinya nikmat dan kelegaan setelah menyelesaikan urusannya.

Dalam kuliah yang sama, saya difahamkan ada beberapa pelajar GiatMARA, yang mengambil bidang motor akan menamatkan pembelajaran mereka selama 6 bulan ini, mulai minggu depan.

Antaranya ialah Rizal (Tawau), Shahrul (Lahad Datu) dan Amin (Kunak) bersama beberapa rakan mereka yang lain yang tidak hadir. 

Pesan saya agar mereka konsisten dengan Islam di mana sahaja berada. Mulailah beramal dengan ajaran Islam walaupun sedikit demi sedikit. Semoga kita bertemu lagi.

P6060270Secara jujurnya, semalam saya terlambat sedikit hadir solat Jumaat. Saya hanya mendapat ‘hadiah’ telur ayam kerana masuk masjid ketika khutbah baru bermula.

Kegemaran saya sejak setahun ini ialah berjalan merata masjid secara bergilir-gilir. Semalam, saya berjumaat di Masjid Bandaraya, Likas. Khatibnya ialah Imam Daerah, Hj Aslie Abdul Karim. Seperti biasa, suaranya jelas dan lantang.

Saya tidak berhajat mengulas khutbah  beliau. Tetapi saya begitu tidak selesa melihat gelagat beberapa orang yang saya kenali sebagai AJK dan orang kuat masjid yang asyik bersembang di beranda masjid ketika khatib sedang berkhutbah.

Saya tidak pasti adakah mereka mengetahui larangan bercakap-cakap ketika imam sedang berkhutbah. Yang saya perhatikan, macam mereka selesa dan seronok pula berbual-bual tanpa rasa bersalah, sedang orang ramai lalu lalang masuk ke dalam masjid.

Rupa-rupanya mereka berdiri di luar menanti kehadiran pemimpin yang khabarnya sering lambat hadir ke masjid. Biasanya hamba Allah itu hadir sekitar 12.45-12.50 dan kemudian melucur laju ke saf pertama.

Dalam masa menunggu-nunggu itulah beberapa AJK ini bersembang-sembang.

%d bloggers like this: