Archive for Jun, 2015


Tarikh : 20 Jun 2015

Lokasi : Kundasang Ranau

20150620_115212IMG_7129IMG_7130IMG_7140 20150620_121532 20150620_123242IMG_7200IMG_7203IMG_7205 20150620_141645 20150620_141802 20150620_142102 20150620_144441 20150620_152154 20150620_152220

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36128-perang-tabuk

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 26 Jun 2015.

Perang Tabuk terjadinya kerana pemerintah Rom, Hiraqla tidak senang hati dengan kekalahan mereka dalam perang Mu’tah pada 8H. Mereka juga merasa terancam setelah melihat peristiwa Fath Makkah. Kemenangan Islam ke atas pusat menyembah agama berhala telah menyebabkan kelancaran gerak kerja dakwah di semenanjug Tanah Arab. pada tahun ke 9H itu, Hiraqla mendapat maklumat bahawa orang-orang Islam sedang menderita kelaparan kerana kemarau yang dahsyat. Beliau mengambil kesempatan ini untuk mengerahkan 40,000 orang tentera yang lengkap bersenjata untuk memerangi orang-orang Islam.

Nabi SAW yang mendapat maklumat tentang persiapan tentera Kuffar Rom tersebut segera mengerahkan Muslimin agar mempertahankan Islam dan menginfkkan harta mereka untuk berdepan dengan kuasa dunia sejak 70 M lagi dan telah berjaya menawan Baitul Maqdis itu. Sahabat-sahabat berlumba-lumba menginfakkan harta mereka untuk memancing saham akhirat. Saidina Usman telah mendermakan 100 ekor kuda, 900 ekor unta dan nilai wang yang tinggi. Saidina Umar membelanjakan separuh daripada harta benda beliau. Manakala Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh harta benda yang beliau ada. Abdul Rahman bin Auf telah memberikan sumbangan 100 uqiah Ashim bin Adi Menyumbang sebanyak 70 puluh karung buah kurma, manakala golongan muslimat juga tidak mahu kentinggalan dengan memberikan barang-barang perhiasan mereka untuk perbelanjaan perang Tabuk yang sangat penting ini. Ada sahabat-sahabat yang mengalir air mata kerana tidak mempunyai harta untuk disumbangkan kepada tentera Islam yang akan berangkat ke medan tempur.

Dalam semarak gendang perang ini, golongan munafik pimpinan ‘Abdullah bin Ubay bin Salul dan Abu ‘Amir al-Rahib mula membuat onar mereka. Golongan ini yang menurut Imam Ibn Kathir muncul pada tahun 2 Hijrah iaitu dalam perang Badar terkenal dengan peranan “gunting dalam lipatan” dalam sejarah Islam. Mereka telah mensabotaj persiapan perang Badar, perang Uhud, bersifat culas dalam mempertahankan kota Madinah dalam perang Ahzab, menabur fitnah terhadap Aisyah Ra dalam peristiwa Hadth al-Ifk, membina masjid Dhirar untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam serta menjadi markas mereka dan tempat pengintipan kerajaan Rom.

Tentera Islam seramai 30,000 akhirnya berangkat ke Tabuk. 10,000 di kalangan mereka menaiki kuda 15,000 orang menaiki unta dan selebihnya berjalan kaki. Mereka telah mengharungi kepayahan dibakar terik matahari sehingga Nabi SAW menggelarkan angkatan perang ini Jaisy al-Usrah (tentera kesukaran). Mereka bukan sahaja mengharungi kepanasan tetapi kekurangan makanan seta minuman sehingga ada sahabat yang telah mengorbankan unta tunggangannya untuk mendapatkan makanan dan minuman daripada badan unta.

Semasa perang ini, urusan keluarga Nabi SAW diuruskan oleh bin Abi Talib dan urusan pentadbiran oleh Muhammad bin Musalmah. Orang munafik telah mengejek Sayyiduna ‘Ali kerana diberi tugas itu dan dikecualikan daripada menyertai perang yang sukar itu.

Sebelum tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom telah berundur kerana mendapat khabar angin bahawa tentera Islam datang dengan jumlah berlipat kali ganda daripada yang hadir diperang Mu’tah. Nabi SAW mengambil sikap tidak mengejar musuh, tetapi tinggal di Tabuk selama 20 hari dan menyebarkan dakwah kepada kabilah-kabilah Arab kafir di situ. Baginda juga telah mengadakan perjanjian dengan ketua-ketua kabilah yang berada disekitar Tabuk.

Kemudian Baginda berangkat pulang dan apabila tiba di Dhu Awan iaitu kira-kira 1 jam perjalanan dari Madinah, wakil orang-orang munafik merayu agar Baginda merasmikan masjid mereka (masjid Dhirar) yang telah siap sebelum keberangkatan ke Tabuk lagi. Ajakan mereka supaya Nabi solat sebelum operasi Tabuk telah ditolak oleh Baginda dengan janji akan datang selepas perang Tabuk. – HARAKAHDAILY 26/6/2015

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Chit Chat Ramadhan bersama Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman di Madinah Ramadhan, Perkarangan Stadium, Kota Bharu, 8 Ramadhan 1436H/ 25 Jun 2015M

Tarikh : Ramadhan 1436H

Lokasi : Masjid dan Surau tempat bertugas sebagai imam tarawih

IMG-20150617-WA0151 IMG-20150617-WA0162 IMG-20150617-WA0171

Camera 360

IMG-20150618-WA0082

IMG-20150618-WA0078
IMG-20150619-WA0084 IMG-20150619-WA0087 IMG-20150620-WA0145 IMG-20150620-WA0156 IMG-20150621-WA0084 IMG-20150621-WA0085 IMG-20150622-WA0095

Tarikh : 17 Jun 2015

Tempat : Dewan Datuk Asmali Bachi

Meraikan persaraan Ustaz Haji Saifuddin Haji Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan. Selamat bersara dan semoga berada dalam lindungan Allah SWT.

IMG_7041 IMG_7044 IMG_7046 IMG_7050 IMG_7052 IMG_7075 IMG_7086 IMG_7096

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Bin Yusoff, Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM Skudai di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-8 Madinah Ramadhan 1436H.

Tarikh : 26 Jun 2015

Lokasi : Masjid Rusila

Penyampai : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tarikh : 19 Jun 2015

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Mansur Yahya
  2. Ustaz Dato’ Mohd Amar Abdullah

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36100-tentera-talut-dengan-ujian-sungai

ZAHARUDIN MUHAMMAD | 25 Jun 2015.

SEMALAM saya telah coretkan tentang golongan Maadiyyah dan Ghaibiyyah. Hari ini saya ingin panjangkan tentang kisah kumpulan Maadiyyah dan Ghaibiyyah di dalam tentera Talut. Mereka mempunyai matlamat yang sama, iaitu menentang tentera Jalut yang jahat dan zalim tetapi metodologi fikir mereka berbeza.

Di dalam surah al-Baqarah, ayat 249 menceritakan kisah ini dengan firmannya bermaksud:

“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.”

Kedua-dua kumpulan Maadiyyah dan Ghaibiyyah ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu menentang tentera Jalut yang zalim. Golongan Maadiyyah mengukur arahan ‘jangan minum air’ ini dengan ‘cara untuk mencapai matlamat’. Secara faktanya, berperang memerlukan tenaga yang kuat. Tidak meminum air di panas terik boleh menyebabkan badan lemah, lesu dan tidak bermaya.

Jika ini berlaku, mereka tidak mampu menempuh peperangan yang besar dan berhadapan dengan tentera Jalut yang besar, kuat dan berpengalaman. Bagi mencapai matlamat kemenangan, maka arahan Allah supaya jangan minum air itu diabaikan.

Bukan kerana derhaka kepada perintah Allah, tetapi mencapai kemenangan itu adalah matlamat paling besar dan utama. Matlamat yang besar dan utama ini pada fikiran mereka membolehkan mereka mengabaikan perintah ‘jangan minum air’. Dengan bahasa lain, matlamat menghalalkan cara, justeru matlamat dan cara diukur dengan neraca maadiyyah.

Dalam masa yang sama, di sana terdapat segolongan yang beriman serta berilmu, mereka tetap menjunjung perintah Allah SWT untuk tidak meminum air melainkan semaksimum setapak tangan sahaja, bukan sampai puas. Mereka akur bahawa pada faktanya, jika tidak minum akan menyebabkan kelesuan dan lemah untuk mengharungi peperangan yang besar, tetapi perintah Allah SWT itu lebih penting dan besar.

Secara iman dan keyakinan, mereka tidak akan disia-siakan dengan kekalahan jika mereka menurut perintah Allah SWT sekalipun pada zahirnya jika menurut perintahnya, seolah-olah mereka akan kalah.

Tetapi mereka lebih percaya kepada yang ghaib yang dijanjikan oleh Allah SWT berbanding percaya dengan maadiyyah, iaitu fakta bahawa tidak minum air akan lemah seterusnya menyebabkan mereka akan kalah. Bagaimana mereka boleh menang? Itu kerja Allah, bukan kerja mereka. Kerja mereka merancang menurut batasan syarak. Mereka faham itu.

Akibat ujian ini, dariapda 80,000 bala tentera Talut, yang meminum air sungai seramai 74,000 dan yang menurut perintah Allah SWT hanya seramai 6,000 sahaja. Tak sampai 10% yang tinggal daripada keseluruhan tentera Bani Israel. Kehilangn lebih 90% tentera bukan kehendak Talut, bukan kehendak Nabi Syam’un dan bukan kehendak Nabi Daud (bersama-sama dalam tentera ini tetapi pada masa itu beliau belum diangkat menjadi rasul). Ini semua adalah ujian daripada Allah swt. Sebab itu ayat itu menyebut: “…Allah menguji dengan sungai…”

Golongan al-Ghaibiyyah yang sedikit tetapi yakin dan percaya kepada janji Allah meneruskan perjalanan untuk berjihad menentang Tentera Jabbaarin yagn dipimpin oleh Jalut. Dua kumpulan yang tidak seimbang, tentera Jalut mempunyai bilangan hampir 100,000 bala tentera (menurut sebahagian riwayat) ditentang oleh tentera Talut yang hanya berbaki 6,000 bala tentera.

Bukan setakat 6,000 bala tentera menentang hampir 100,000, tetapi tentera Talut tidak berpengalaman kerana mereka kebanyakan para petani dan tok lebai berbanding dengan tentera Jalut yang berpengalaman lama dan luas dalam bidang peperangan.

Maadiyyahnya (fakta, statistik, figur dan lain-lainnya) menunjukkan mustahil mereka boleh menang. Pun begitu, keyakinan kepada janji ghaib bahawa Allah bersama golongan yang benar dan sabar itu dipahat di dalam sanubari mereka.

Dalam keadaan maadiyyahnya tipis untuk mereka menang, tetapi dengan semangat dan keyakinan yang tinggi mereka melaungkan: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.”

Akhirnya, 6,000 golongan yang beriman ini diberikan kemenganan oleh Allah SWT bukan dengan fakta, angka dan statistik, tetapi kemengan ini adalah kemengan dengan izin Allah SWT, iaitu kemenangan dengan izin ini akan melangkaui statistik, fakta dan angka. Firman Allah SWT, bermaksud:

“Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah,” (Al-Baqarah: 251).

Oleh sebab itu, kita yakin dan percaya kepada janji Allah bahawa izzah dan kekuatan Islam tidak bergantung kepada sokongan bukan Islam. Tetapi Allah yang memberikan izzah dan kekuatan kepada kita dengan akhirnya bukan Islam akan bersama-sama memberikan sokongan kepada kita.

Dua perkara yang berbeza. Firman Allah SWT bermaksud:

“(Orang munafik ialah) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).” – (An-Nisa: 139)

Itulah perkara ghaib yang kita yakini. – HARAKAHDAILY 25/6/2015

Rakaman tazkirah Madinah Ramadhan 1436H yang disampaikan oleh Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi (Ustaz Jaa), Mantan Ahli Majlis MPKB- BRI di khemah Madinah Ramadhan pada malam ke-6 Madinah Ramadhan 1436H.

%d bloggers like this: