Tag Archive: Tuan Ibrahim Tuan Man


PAS DAN POLITIK

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42695-pas-dan-politik

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 03 Oktober 2016.

Semua pihak perlu ketepikan sentimen melulu.

Apakah bentuk generasi yang kita impikan bagi negara ini?

Gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah bagi mengkaji dan mendalami Islam secara ikhlas dan jujur, insya Allah kita akan memperolehi hakikat kebenaran dan dasar yang adil untuk semua pihak.

Kebencian yang ditanam oleh musuh Islam sejak turun temurun telah gagal mengemukakan suatu dasar dan sistem yang terbaik bagi manusia.

Kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan liberal sosialis mengakibatkan lahir manusia yang rakus dan tamak menggunakan peluang dan kekayaan yang dimiliki bagi membolot kekayaan negara dan membiaknya amalan rasuah, salahguna kuasa, penipuan dan pelbagai penyelewengan yang kini sebati di dalam sistem kehidupan manusia.

Sistem ini telah mewujudkan golongan tidak berkemampuan yang jauh ketinggalan di belakang sehingga wujudnya jurang yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin.

Bukan itu sahaja, wujud satu pihak lain yang memperjuangkan hak dan persamaan taraf dengan melampau sehingga mencabut nilai asas manusia. Perjuangan ini telah merosakkan nilai kemasyarakatan dan peradaban manusia, sehingga lahir golongan tanpa segan silu menuntut perkahwinan sejenis.

Manusia tidak boleh dibiarkan bertindak dengan bebas sehingga menganggap dirinya sebagai Tuhan yang boleh melakukan apa sahaja sehingga tiada pertimbangan hukum halal haram, dosa dan pahala; apatah lagi untuk memikirkan kehidupan selepas kematian yang menjadi teras dan roh bagi agama.

Sebab itu, Presiden PAS menggesa agar semua pihak kembali kepada prinsip Islam kerana sifatnya yang lengkap dan sempurna. Kerana sistem Islam datangnya dari Allah pencipta manusia dan alam seluruhnya. Tidak mungkin ada suatu sistem dan peraturan yang lebih hebat dari ciptaan Allah. Yang mencipta  sistem yang tempang dan menganggapnya agung dan sempurna ialah manusia.

PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori PAS, ada di kalangan mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan.

Tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut. PAS tidak berkecuali dalam hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden PAS bahawa PAS tidak akan bersedia menjadi anak tangga bagi pihak lain.

Sejarah lampau banyak mengajar kita betapa gerakan Islam yang menjadi penggerak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan dan keadilan, serta menjadi mangsa kepada kezaliman pimpinan namun hasilnya dinikmati oleh  pihak lain.

Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan bilamana mereka berjaya Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa.

Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing.

Bagi PAS, Islam berada di kedudukan tertinggi. Oleh itu, PAS sudah tentu menyokong apa yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.

Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
3 Okt 2016
Makatul Mukarramah – HARAKAHDAILY 3/10/2016

Tarikh : 24 Jun 2016

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

  1. Ustaz Nor Azariza Bin Mohd Alawi
  2. Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

POLITIK DAN AGAMA

Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41469-politik-dan-agama

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 07 Jun 2016.

Dalam hal beragama, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada cara penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing. Malah sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan dengan amalan agama masing-masing.

Contohnya, tiada sesiapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan untuk menghalang dan mengugut orang bukan Islam daripada melakukan kewajibannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.

Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, susah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.

Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam. Di dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut. Dan di dalam agama Islam, sudah ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan-larangan tersebut. Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahukan perkara ini dilaksanakan. Ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan dia sudah mampu melakukannya.

Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan mengiktiraf kewajipan agama lain asalkan ia dapat membawa kebaikan daripada keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama.

Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina adalah seperti berikut: denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi.

PAS hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaik taraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5,000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam agar pesalah laku beragama Islam akan menghindari perbuatan jahat seperti zina, qazaf, minum arak dan murtad.

Orang bukan Islam tidak mungkin dibicara di Mahkamah Syariah dalam 4 kesalahan ini.

Akta 355, juga tidak berkaitan dengan kesalahan awam seperti kecurian atau rompakan kerana di bawah kuasa kerajaan persekutuan. Oleh itu, tiada hukuman potong tangan seperti yang diwar-warkan. Akta 355 juga tidak melibatkan hukuman bunuh dan tidak boleh digunakan dalam kes-kes rogol, kerana itu melibatkan kuasa undang-undang persekutuan di bawah Akta Jenayah.

Itulah ringkasnya cadangan bagi menaik taraf kuasa Mahkamah Syariah ini. Ia sebuah inisiatif dari orang Islam kepada orang Islam agar mereka sentiasa berkelakuan baik dan jangan sesekali berbuat jahat demi memelihara keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.

Teruk sangatkah, dan gerun sangatkah cadangan pindaan yang sedikit ini terhadap Akta 355 melalui RUU persendirian Presiden PAS? Apakah reaksi berlebihan parti-parti politik bukan Islam setimpal dengan apa yang dicadangkan? Apakah hak orang Islam untuk melaksanakan ajaran Islam perlu dinafikan hanya kerana mereka sengaja mempolitikkan perkara yang tidak melibatkan mereka?

Bayangkan kalau ada parti yang hendakkan kerjasama meletakkan syarat di mana penganut agama lain tidak lagi boleh melakukan pembakaran, termasuk pembakaran mayat kerana kekangan undang-undang alam sekitar, apakah kerjasama itu masih akan wujud? Oleh itu, adalah mustahil kerjasama politik dilakukan dengan mana-mana pihak yang sanggup menghalang kewajipan bagi umat Islam mengamalkan ajaran agamanya, terutamanya apabila perkara sekecil seperti mengusulkan pindaan Akta 355 untuk menaik taraf Mahkamah Syariah menjadi titik pertikaian. Dan itulah yang berlaku antara DAP dan PAS.

Orang Islam mempunyai kewajipan terhadap agamanya, sebagaimana penganut agama lain melaksanakan kewajipan mereka. Kewajipan orang Islam ini tidak pernah pun mencampuri urusan agama lain.

PAS tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355. Presiden PAS mengemukakan cadangan Pindaan RUU 355 melalui Parlimen untuk dibahas dan diterima. Ia memenuhi semua prosiding dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Di manakah alasan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan negara?

Punca rakyat, nama negara dan nilai Ringgit merana hari ini ialah kerajaan Umno BN. Berlakunya pelbagai gejala sosial, rasuah, salahguna kuasa sehingga muncul pelbagai isu yang membebankan masyarakat di Malaysia hari ini seperti isu 1MDB, GST, isu dana RM2.6 bilion dan lain-lain menunjukkan satu penyelesaian menyeluruh diperlukan, terutamanya untuk mencabut akar budaya rasuah yang menyubur hari ini.

Menumbangkan kerajaan Umno BN memang menjadi agenda perjuangan politik PAS sejak mula ditubuhkan. PAS tidak pernah berubah dasar dan perjuangan bahkan sejarah pertembungan politik negara ini adalah pertembungan antara PAS dan Umno. Ahli-ahli PAS ditekan dengan pelbagai bentuk bahkan kerajaan Kelantan terus dianaktirikan dan sistem federalism tidak berjalan sebagaimana sepatutnya.

Semua ini ditanggung oleh ahli PAS.

Adalah aneh ada pihak yang bertubi-tubi menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno. Apa lagi bukti PAS ialah musuh politik Umno yang lebih jelas daripada tindakan PAS melawan Umno di semua PRU dan PRK?

Kerjasama politik blok pembangkang memang menjadi hasrat rakyat negara ini, bahkan PAS juga melihat keperluan yang sama. Namun, bagi PAS, parti tidak boleh bersetuju dengan kerjasama politik yang menyekat PAS daripada melaksanakan kewajipan sebagaimana yang dituntut ajaran Islam sebagaimana PAS juga tidak akan bersetuju mengadakan kerjasama politik bagi menyekat pengamalan bagi agama lain.

PAS berjuang di atas prinsip Islam sebagaimana kami diasaskan. PAS sejak dahulu tidak bersama Umno. Semua ini adalah berpaksi kepada pertembungan dasar antara PAS dengan Umno.

PAS menyambut baik apabila pihak kerajaan memberi ruang bagi Presiden PAS membentang RUU di Parlimen, kerana ini membuka ruang bagi untuk orang Islam mengamalkan ajaran agama mereka. Ini melibatkan agama, sebagaimana kelulusan diberikan kerajaan Umno untuk membina kuil mahupun tokong di kawasan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA, GST dan 1MDB, PAS tidak akan berganjak daripada posisi membantah kerajaan.

PAS akan terus berjuang memastikan orang bukan Islam bebas untuk mengamalkan agama mereka. Pada masa yang sama, PAS akan terus berjuang agar orang Islam juga diberi kebebasan yang mengamalkan ajaran agama secara penuh dalam keadaan perlembagaan negara mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan. Hormatilah kewajipan dan tuntutan agama masing-masing demi keharmonian bersama. Tolaklah pihak yang menyemai kebencian.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
7 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Tarikh : 23 April 2016

Lokasi : Lambir Miri Sarawak

20160423_094220 20160423_103315 20160423_105606 20160423_105640 20160423_105654 20160423_110004 img-20160423-wa0072 img-20160423-wa0079

Tarikh : 20 Februari 2016

Lokasi : Kompleks Belia dan Kebudayaan, Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Selangor

Santai Seni Maghrib ini telah berlangsung di dalam program Gala Aspirasi Seni anjuran Tautan Rahmat dengan kerjasama Kerajaan Selangor.

Tarikh : 19 Mac 2016

Lokasi : Masjid Al Hidayah, Kompleks Pendidikan & Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM), Kg. Tok Has, Besut, Terengganu.

Perasmi : Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

NEKAD 9.0

Tarikh : 4 Disember 2015

Lokasi : Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembek, Manir Hulu Terengganu

 

 

 

 

NADWAH PEMERKASAAN DUAT 6.0 SABAH

Tarikh : 25 November 2015

Lokasi : Hotel Yaho Sembulan Kota Kinabalu

Pembentang : Ybhg Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Mokhtar Senik, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor, Ustaz Roslan Mat Esa

IMG_0007 IMG_0008 IMG_0010 IMG_0025 IMG_0026 IMG_0033 IMG_0071 IMG_0110 IMG_0113 IMG_0114 IMG_0116 IMG_0121 IMG_0131 IMG_0137 IMG_0144 IMG_0151 IMG_0153 IMG_0155 IMG_0158 IMG_0161 IMG_0163 IMG_0164 IMG_0165 IMG_0173

PAS TETAP LAWAN UMNO

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/38311-pas-tetap-lawan-umno

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 06 November 2015.

MATLAMAT perjuangan PAS ialah memperjuangkan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam. Inilah matlamat sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan PAS.  Maka apa jua gerak kerja PAS ialah bagi mencapai hasrat tersebut.

Di atas asas inilah, PAS menyertai pilihan raya kerana dengan kekuasaan akan memudahkan pelaksanaan segala sistem dan dasar yang menepati matlamat tersebut.

Di atas dasar itulah juga, PAS menubuhkan Pasti, kerja Amal dan pelbagai program parti. Semuanya usaha dan jihad bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Di atas inilah PAS berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di setiap pelosok pentadbiran negara.

Di samping menyertai pilihan raya, PAS juga membantah melalui demonstrasi,  menyerahkan memorandum, mengadakan dialog dan berhujah sama ada di dalam dan luar parlimen dan dewan undangan negeri. Maka inilah kaedah berpolitik dalam Islam. Ketika perang, kita berperang dengan beradab –  tempat ibadah,  wanita dan kanak-kanak tetap dijaga. Pada waktu kita tidak berperang,  kita menggunakan kaedah lain termasuklah mendesak,  menasihat,  berdemonstrasi dan juga berhujah. Ini kerana Islam dibina di atas asas nasihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ

“(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.” (Surah al-A’raf: 68).

عن تميم بن أوس رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( الدين النصيحة ، قلنا : لمن يا رسول الله ؟ قال : لله ، ولكتابه ، ولرسوله ، ولأئمة المسلمين وعامتهم ) رواه البخاري ومسلم

Dari Tamim bin Aus radiallah anhu: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Agama adalah nasihat, kami berkata: Kepada siapa?  Beliau bersabda: Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menasihat boleh dalam bentuk menegur tindakan kerajaan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam.  Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab yang telah dijalankan oleh hampir semua parti politik.

Nasihat dan teguran yang berpandukan al-Quran, Hadis dan pandangan para ulama adalah sebahagian dari tanggungjawab syarak yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW.  Maka bilamana Presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam. Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian Presiden PAS sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia. Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain.

Apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana nilai-nilai Islam dapat dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Inilah yang ditegaskan berulang-ulang kali oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kalau Umno mengubah dasar perjuangan dari kebangsaan kepada Islam, maka kita akan sanggup bubar PAS. Ini bermakna dalam perjuangan PAS, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat bagi pembentukan negara Islam.

Maka, PAS akan terus istiqamah di atas prinsip menyertai pilihan raya bagi menjadikan kekuasaan sebagai wasilah bagi menegakkan syariat islam, dan di waktu yang sama PAS akan terus menegur, menasihati dan mempelbagaikan wadah bagi menyelamatkan negara dan ummah dari kemurkaan Allah dan kebobrokan sistem urus tadbir negara.

PAS bertembung dengan Umno hampir 70 kerusi. Hanya 20 kerusi yang berjaya dimiliki PAS dan 6 daripada itu kini beralih kepada Amanah. Jika benar Umno dan PAS berniat mengadakan kerjasama politik,  berapa kerusi daripada 50 kerusi Umno yang menang itu akan dibahagikan kepada PAS? PAS sudah tentu tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah dimenanginya.

Oleh itu cukup-cukuplah dengan fitnah PAS mahu bersama Umno.

Dalam pada itu,  sebagaimana yang pernah  saya tegaskan, PAS tetap percaya Bajet 2016 adalah pembuka laluan kepada kadar GST yang lebih tinggi pada bajet-bajet akan datang.  Tapi,  PAS juga menerima hakikat PRU14 masih jauh.  PAS mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada Bajet 2016 kerana ada elemen di dalam bajet itu yang diperlukan oleh rakyat marhaen yang kian susah kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu,  kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1MDB dan juga Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh dari mencapai kata sepakat.

PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016.

Begitu juga hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BR1M, tapi pada masa yang sama,  PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.

Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku “goverment shutdown”, selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya –  namun Obama terus berkuasa.

“Government shutdown” menyebabkan 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.

Oleh itu,  sekiranya bajet berjaya ditolak,  ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.

Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Kerana PAS telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia  dibawa untuk dibahas di Parlimen. – HARAKAHDAILY 6/11/2015

Tarikh : 19 September 2015

Lokasi : Dewan Pandu Puteri, Sandakan

20150919_185218 20150919_185344 20150919_192751 20150919_194713(0) 20150919_202415 20150919_202817 20150919_230702 20150920_092146 20150920_092212 20150920_092220 20150920_093511 20150920_102425 20150920_102439 20150920_102458 20150920_102511 20150920_132412 20150920_140453

%d bloggers like this: