Tag Archive: Kematian


Tarikh : 4 Oktober 2016

Lokasi : Kg Bolong Tuaran

20161004_123102img-20161004-wa0112img-20161004-wa0111img-20161004-wa0113img-20161004-wa012520161004_130139

Tarikh : 16 & 17 September 2016

Lokasi : Darussyifa’ Lok Kawi

20160917_091618 20160917_091633 img-20160916-wa0223 img-20160916-wa0224 img-20160916-wa0225 img-20160916-wa0226

Tarikh : 16 September 2016

Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A’lamin.

إنا لله و إنا إليه راجعون

img-20160916-wa0119

ALLAHYARHAM MADIE TUAH

Tarikh : 28 Jun 2016

Lokasi : Sipitang

Sahabat saya Madie Tuah telah meninggal dunia pada jam 8 malam 27 Jun 2016 di Hospital Sipitang. Janazahnya telah dikebumikan pada pagi 28 Jun dan saya hanya berziarah ke pusara dan rumahnya sebelah petang. Madie menghidapi kanser paru-paru dan sempat bertemu saya di rumah untuk diruqyah lebih kurang seminggu sebelum pemergiannya.

img-20160628-wa0122fb_img_1484978476814

Tarikh : 22 Mei 2016

Lokasi : Kg Likas & Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

20160522_101532 20160522_101918 20160522_102029 20160522_102238 20160522_112215 20160522_124759

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/40748-mr-os-hidup-berdamping-artis-mati-ditangisi-ulama

ALANG IBN SHUKRIMUN | 11 April 2016.

PEMERGIAN Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid sepatutnya menjadi tazkirah ‘live’ yang amat berkesan di hati kita.

Beliau yang menghabiskan awal usianya dalam industri hiburan, tiba-tiba mati saat akhir hayatnya mewakafkan diri di jalan dakwah. Kita patut merasa bertuah sempat hidup dengan dipersaksikan keajaiban ini dalam misi memburu hidayah tuhan.

Pemergian Mr Os sepatutnya menambah keyakinan kita terhadap kebenaran Islam dan kenabian Muhammad SAW. Baginda pernah bersabda:

فو الله الذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها

“Maka demi Allah yang tiada lagi tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak diantaranya dan diantara syurga itu hanya tinggal sehasta lagi, tetapi telah tertulis di suratan Ilahi, maka dia beramal sebelum matinya dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk neraka. Dan sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak diantaranya dan diantara neraka hanya tinggal sehasta lagi, tetapi telah tertulis di suratan Ilahi, maka dia beramal sebelum matinya dengan amalan ahli syurga, maka dia masuk syurga.” [HR Bukhari]

Yang pergi tetap pergi, tak akan kembali lagi. Buat yang masih hidup, pengajaran harus diambil.

Kepada yang masih hidup, jangan cepat menghukum orang jahat itu selama-lamanya jahat. Jangan menganggap si kafir itu selama-lamanya kufur. Jangan menganggap orang zalim itu sampai mati zalim. Sedang tuhan tidak pernah menutup pintu taubat pada sesiapa.

Kepada yang masih hidup, jangan merasa diri lebih baik dari orang lain. Jangan anggap diri sudah cukup bertaqwa. Jangan melihat amalan yang dibuat sudah cukup untuk menempah syurga. Sedang hati kita berada di antara dua jari tuhan, boleh dibolak-balikkan semahu-Nya.

Sangat beruntung Mr Os. Beliau hidup dalam dunia glamor, tetapi mati dalam perjuangan Islam. Hidupnya didampingi artis, tapi matinya ditangisi ulama. Jika ditakdirkan beliau masih hidup, tentu beliau akan berada di pentas dakwah bersama Ustaz Azhar Idrus di Himpunan Pemuda PAS Teluk Pasu, Terengganu pada keesokkannya.

Sangat rugilah pula mereka yang hidup dalam kemuliaan perjuangan Islam, bersama dengan gerakan Islam, berdamping dengan alim ulama, tetapi di akhir hayat tuhan palingkan hati untuk keluar dari jemaah Islam dan bertindak memusuhi pewaris anbiya’. Semoga tidak tergolong di kalangan mereka. Wal iyazu billah..

Sangat ajaib hidayah-Mu tuhan.
Salam takziah buat keluarga Mr Os. – HARAKAHDAILY 11/4/2014

c360_2016-03-20-13-44-21-769

Tarikh : 20 Mac 2016

Takziah kepada keluarga Puan Rahmah Abdullah warga Jabatan Penyiaran Sabah (RTM) penyampai Radio Suara Malaysia yang meninggal dunia hari ini setelah sakit angin ahmar beberapa bulan. Salah seorang pelajar maahad, Ruwaim adalah anaknya.

Janazah Almarhumah diurus di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan disemadikan di Kg Likas. Semoga Allah menempatkan ruh beliau di kalangan hambaNya yang soleh.

Tarikh : 20 Julai 2015

Lokasi : Taman Perkuburan Kg Likas

Semoga Allah SWT merahmati guru kami Ustaz Haji Parmin Sahlan yang kembali ke rahmatullah. Mudah-mudahan Allah menerima amal soleh beliau dan menempatkan Allahyarham bersama golongan beriman.

IMG-20150720-WA0008IMG-20150720-WA0005 IMG-20150720-WA0006 IMG-20150720-WA0007IMG-20150720-WA0009 IMG-20150720-WA0010 IMG-20150720-WA0011 IMG-20150720-WA0012

Tarikh : 8 Mei 2015

Lokasi : Kg Pimping Membakut

Sejujurnya saya tidak mengenali Allayarham. Hanya apabila kisah duka beliau dan sahabatnya terbabit dalam satu kemalangan di Lahad Datu 2 hari lepas disebarkan lewat whatsapp dan facebook saya jadi terkedu mendengar kisah mereka. Dua anak muda yang cekal dengan kerja-kerja dakwah dan pendidikan Islam dan Syazwan khususnya terlibat membangunkan ARC Putatan. Saya turuti perasaan untuk bersama-sama menziarahi majlis pengkebumian di Kg Pimping Membakut.

Dalam pencarian maklumat itu, saya mendapat tahu beliau adalah adik kepada sahabat sepersekolahan kami Ustaz Ag Khairul Rasyid Japlus. Semoga mereka sekeluarga tabah menerima dugaan ini dan mudah-mudahan Allah SWT menerima amal soleh kedua-dua anak muda yang terkorban ini.

20150508_142134 20150508_151829

Tarikh : 12 April 2015

Lokasi : Kg Lubok Temiang WP Labuan

Setelah menderita beberapa tahun, makcik kami Puan Dayang Ounah Daud kembali kerahmatullah pada tengahari ahad dalam usia 81 tahun (lahir tahun 1934). Orang yang sejak saya tahu tentang dunia di rumah kami ini, beliau sudah ada bersama-sama kami.

Dia menjadi teman sembang mama kami, bahkan menjadi teman bertekaknya juga. Mereka berdua adalah sama-sama anak angkat kepada Allahyarham nenek kami Saliha binti Bakar yang meninggal dunia pada tahun 1991 di rumah kami ini juga. Beliau menjaga mama kami dan nenek Uwa bersama-sama.

Apabila suami nenek Uwa meninggal dunia, nenek Uwa tinggal bersama kami, mungkin sekitar akhir 80an ketika saya baru bersekolah rendah. Nenek Uwa setahu saya tiada anak kandung, yang ada cuma anak angkat dan anak-anak buahnya sahaja.

Nenek Uwa adalah sebahagian daripada keluarga kami, dan kami adalah sebahagian daripada kehidupannya setiap hari. Ketika sihatnya semasa berumur 60-70an sekalipun, beliau berjalan kaki sendiri ke kedai runcit sejauh 1km mengurus kehidupannya, naik ke anak bukit di sebelah rumah mencari sesuatu untuk dibuat ulam dan makanan. Beliau pandai memasak dan pernah menang pertandingan membuat kek anjuran pentadbiran kampung kami.

Apabila beliau jatuh sakit, hidupnya banyak di atas katil. Semasa masih mampu bergerak ke tandas dan ke dapur, ia hanya mengengsotkan tubuhnya sendiri, menyandar dan tetap rancak bercerita. Akhir-akhir ini banyak masa hidupnya hanya di atas tilam, mama kami yang juga uzur kesan dan baki angin ahmar, beliaulah juga yang banyak membantu keperluannya.

Ahad lepas, saat dipanggil dari luar biliknya, Nenek Uwa tidak menyahut lagi. Suasana kelam menyelubungi keluarga kami yang sebahagian besarnya tiada di rumah ketika Nenek Uwa pergi meninggalkan kami. Semoga ALlah memudahkan urusannya di alam barzakh, mengampunkan dosa-dosanya. Allahummaghfirlaha warhamha..

IMG-20150412-WA0096 IMG-20150412-WA0113 IMG-20150412-WA0134