Seperti sahabat-sahabat lain yang menjadi pemegang amanah kepada buku ini, saya turut mempromosi dalam beberapa program seperti ceramah, kuliah, mesyuarat serta pertemuan dengan pelbagai pihak, dan sebagainya.

Antaranya, ketika menyampaikan ceramah pada khamis 14 Ogos di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) yang turut dihadiri oleh oleh Pengerusinya, Datuk Hj Ismail Ag Besar.

Datuk Ismail sendiri membeli 5 buah buku ini dan menyumbangkannya kepada Badan Kebajikan Islam (BKI) SPANS.

Selepas solat Jumaat di Masjid Negeri tengahari tadi, saya mengunjuk buku ini kepada Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Hj Ahmadshah Abdullah.

Dalam respon segeranya, Tun memberitahu, ini adalah buku yang bagus. Kemudian nampaknya, pegawai-pegawai pengiring TYT juga turut berminat. Nanti kita atur belakang.

Kebetulan Datuk Ismail yang mengiringi TYT Tun juga adalah Pengerusi Masjid Negeri, dia turut mengiyakan kewajaran buku tersebut dimiliki kepada TYT Tun.

Untuk rekod, saya pernah membawa Hj Nicholas dan Ust Abdullah Din bertemu dengan TYT Tun di Istana Negeri tahun lalu dan Hj Nicholas menyampaikan ceramah di surau Istana dalam program Usrah Bulanan bersama TYT.

Begitu juga ketika menyampaikan kuliah maghrib tadi di Surau Taman Olivia, saya sebutkan secara ringkas contoh-contoh penyelewengan yang terdapat di dalam bible.

Selepas isyak saya bergegas ke majlis perkahwinan dan bergunting rambut anak sulung kepada Ust Sufian Amran, di Taman Bersatu, Pasir Putih Putatan. Ust Sufian bertugas di SMK Sanzac, K. Kinabalu.

Di sana tadi, saya turut menjelaskan kepada mereka tentang kewajaran buku ini dibaca dan dimiliki dalam konteks dakwah di Negeri Sabah.

Pengerusi Masjid Nurul Iman, Tuan Hj Matin Hj Pandin turut menyokong usaha-usaha baik penulis dan rakan-rakan yang terbabit.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ust Abdullah Din di kulit belakang buku ini, penerbitan buku ini bukan berorientasikan keuntungan.

Kami selaku penama-penama yang diamanahkan untuk menjual buku ini, sedikitpun tidak mengambil komisyen apatah lagi menjual lebih dari apa yang ditetapkan.

Sabda Nabi SAW : “Orang yang menunjukkan kepada kebaikan, sama seperti orang yang melakukannya”