Tarikh : 13 Ogos 2016
Lokasi : Masjid Negeri Sabah
Tarikh : 29 Februari 2016
Lokasi : MTQQNS
Sebelum saya pindah, ini adalah perkara yang menggembirakan saya. Mohd Karim Jamil, salah seorang ahli pasukan tasmik saya telah tasmik juzuk 1 hingga 10 dalam tempoh 3 jam setengah. Kami bermula pada jam 9.15 pagi dan selesai jam 12.40 tengah hari ketika iqamah zuhur dilaungkan. Keseluruhannya kurang 10 kali ditegur kesilapan khususnya dalam bidang hafaz dan lancar. Semoga kehidupan Karim dan keluarganya diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Tarikh : 29 Januari 2016
Lokasi : Surau ar-Rahman, MTQQNS
Kuliah maghrib setiap jumaat malam sabtu, walaupun tidak setiap minggu kerana bermacam sebab dan halangan, kali ini adalah kuliah maghrib terakhir. Tajuk yang terakhir ini membincangkan tentang munakahat (kekeluargaan) Islam, merujuk buku Indahnya Hidup Bersyariat.
Walaupun masih banyak lagi tajuk di dalam buku ini, saya mengambil sikap untuk memberhentikan kuliah di sini setakat ini sahaja. Saya juga ada kuliah bulanan atau kadang-kadang dwi bulanan di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan pada maghrib malam yang sama.
Terima kasih kepada para penyumbang buku Indahnya Hidup Bersyariat, yang saya kira mungkin sudah mencapai 100 buah buku, juga penyumbang rehal dan meja kuliah surau, kesemuanya hasil sumbangan umat Islam ke maahad ini. Mudah-mudahan menjadi pahala yang mengalir kepada semua penyumbangnya sehingga ke hari kiamat.
Terima kasih kepada semua warga maahad yang setia menghadiri kuliah ini sejak 4 tahun lalu sehingga ia berakhir pada tarikh ini.