Tarikh : 2-3 Disember 2016
Lokasi : Taman Sri Gaya & Wisma Wanita, Kota Kinabalu
Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam, saudara kami Leo telah memeluk Islam pada 16 November lepas di Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas. Sahabat kami yang aktif dengan futsal dan kumpulan motor ARC.
Seingat saya, hajat dan hasrat untuk memeluk Islam telah saya dengar lebih setahun lalu. Pada hari raya 2015, saya telah bertemu dengan Leo dan berbincang dengannya. Semoga Leo istiqamah, tekun mempelajari keindahan Islam. Kawan-kawan pula, bimbinglah dia dan tunjukkan akhlak yang mulia. Ahlan wa sahlan Muhammad Leonardus.
Mungkin tiada siapa menyangka sejarah anak muda suku kaum Murut dari Pensiangan ini, memeluk Islam ketika usia 13 tahun dan akhirnya menghafaz al-Quran sehingga khatam 30 juzuk di Maahad Tahfiz al-Quran Repek Pasir Mas Kelantan ketika berumur 25 tahun.
Ustaz Abdul Karim Ampakot, 32 tahun, dahulunya pernah belajar di Pondok Fii Zilalil Quran Kg Rosok Kota Belud, Pondok Paka Dungun Terengganu, Maahad Tahfiz Darul Fikri Pekan Pahang sebelum ke Pasir Mas dan kemudian ke Pondok Pasir Tumbuh seterusnya balik ke Sabah tahun 2011. Pernah bertugas di SRI al-Hafidz Bandar Sierra selama 3 tahun dan kini sebagai Imam Qaryah Masjid Shoutul Huda Kg Bahagia Nabawan. Beliau juga alumni Darussyifa’ Sabah kumpulan pertama.
Tarikh : 26-27 Oktober 2016
Lokasi : Pekan Membakut
Sepanjang program, saya berjumpa dengan beberapa individu yang signifikan. Pertama Sarjan Mejar Abu Bakar yang kini Ketua Balai Polis Membakut sejak 2014. Kami sempat sama-sama berkhidmat di Istana Negeri Sabah.
Kedua, Ustaz Said Abd Rahman, 63 tahun. Beliau datang ke Sabah tahun 1978 dari Pondok Lanai Baling Kedah, berkhidmat dan bermastautin di Membakut hingga kini. Beliau seangkatan dengan Ustaz Mustafa Abd Majid.
Ketika, sahabat sekelas saya di SMUI Toh Puan Hajah Rahmah, Helmi Daud. Kini beliau berkhidmat di JASA. Alhamdulillah semoga semua pertemuan dan perpisahan dalam perlindungan Allah SWT.
Tarikh : 19 Oktober 2016
Lokasi : HQE II
Terkejut kami mendengar khabar abang kami, Ustaz Fakhruddin Haji Said yang ditimpa ujian dengan angin ahmar beberapa hari sebelum ini. Abang Din hampir setiap hari mengemaskini facebook dengan coleteh dan foto-foto santainya yang penuh warna warni.
Patutlah beberapa hari kebelakangan facebook beliau agak sunyi, sehinggalah saya membaca kunjungan YB ADUN Bongawan yang menziarahi beliau di wad. Semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit Abang Din dan kembali sediakala. Amin