Archive for Februari, 2014


FORUM : IBU BAPA BERTUAH

 

Panel :

DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
YB DATO’ DR. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Tarikh : 26 & 27 Februari 2014

Tempat : Pusat Pendidikan Islam an-Nur Taman Austral Kepayan


KTHM M53 (1)KTHM M53 (2)KTHM M53 (3)

KOLEKSI ARNAB BARU

Arnab (1)Arnab (2)Arnab (3)

 

Arnab di kampung masih ada, kini saya beli sekumpulan empat ekor arnab yang baru pula. Ia menjadi kegemaran saya dan keluarga. Anak-anak pun suka bahkan seperti sebahagian daripada kehidupan mereka apabila melihat arnab-arnab ini di kandang kawasan rumah. Saya merancang ada sedikit ruang di belakang rumah akan disediakan untuk habitat arnab-arnab ini.

Sejak dulu, menjadi rutin saya apabila balik lewat malam dan awal pagi untuk menjenguk arnab ini khususnya memastikan makan minumnya terjaga. Ia juga bagai terapi saya selepas keletihan berprogram sepanjang hari dan malam ‘bermesra’ dengan arnab-arnab ini.

Berdasarkan pengalaman kecil memelihara arnab sejak akhir 2006, arnab yang kerap saya belai biasanya tidak lari apabila saya menjenguk mereka. Sebaliknya arnab yang jarang saya belai, cepat-cepat lari apabila saya datang dan sukar mendapatkan mereka.

Buku yang baru dibaca :

medium_melukis_surga

Penulis : A. Ubaidillah Alias 

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Harga : RM20.00

Abdul Khair telah dididik oleh Puan Kalthom dengan kehidupan beragama semenjak bapanya meninggal dunia. Dia seorang yang taat dan warak. Namun sebagai anak muda, Khair juga menyemai harapan untuk menikahi gadis idamannya.

Gadis yang dimaksudkan ialah Raihan, seorang kawan karib semenjak kecil dan juga merupakan anak kepada Ustaz Solahuddin. Hampir sahaja Khair dan Raihan ditunangkan, namun kerana Raihan perlu melanjutkan pengajian ke Timur Tengah maka pertunangan mereka ditangguhkan.

Tanpa diduga, sebaik Raihan ke Timur Tengah Khair terpaksa menerima sepupunya Sabariah sebagai isteri atas perintah ibunya. Khair akur dengan takdir dan berusaha menjadi seorang suami yang baik. Sejurus Raihan pulang, dia tidak mengerti kenapa Khair menolak cintanya? Dia berusaha mencari jawapan. Dia masih berharap cintanya akan kembali bertaut.

Ketika itu, Daniel seorang anak orang kaya cuba melamarnya. Raihan semakin keliru. Wajarkah dia melepaskan Khair dan menerima Daniel, sedangkan hatinya masih kuat berharap kepada Khair?

Mesyuarat berlangsung di Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Lok Kawi dengan dihadiri oleh pengerusi dan AJKnya. Mesyuarat antara lain membincangkan soal memperbaiki kualiti perkhidmatan para perawat Darussyifa’ Lok Kawi sebagaimana arahan-arahan semasa daripada Darussyifa’ Bangi.

Memandangkan usia JK ini masih baru, tidak dinafikan bahawa tidak semua peraturan dapat dipenuhi secara 100% dan serentak, tetapi JK bersetuju untuk memperbaiki sedikit demi sedikit menurut kemampuan kami. Antara yang akan dikuatkasakan ialah penampilan para perawat yang lebih kemas dan mengenakan uniform baju melayu berwarna putih setiap kali sesi merawat dijalankan.

 

 

Sem 4

Semoga Allah SWT memberi ketenangan dan kejayaan untuk pelajar-pelajar kami dalam menghadapi peperiksaan semester 2 dan 4 yang berlangsung sepanjang minggu ini. Insya Allah dengan ketekunan mereka sepanjang semester yang lalu, Allah SWT memberikan kejayaan yang setimpal dengan usaha masing-masing.

Sementara awal Mac pula akan berlangsung imtihan bagi semester 6, terakhir kali buat mereka sebelum bergelar pemegang diploma tahfiz al-Quran.

Tahniah pasukan Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat, gotong royong membersihkan kawasan surau di Tenom ahad lepas. Tenom juga salah satu lokasi yang terbabit dalam banjir baru-baru ini.


AmalTenom1AmalTenom2AmalTenom3AmalTenom4AmalTenom5AmalTenom6AmalTenom7












Tarikh : 23 Februari 2014

Tempat : Masjid Pekan Ranau

Alhamdulillah, program berjalan lancar sejak awal pagi hingga selesai menjelang zuhur dengan pasukan perawat seramai 25 orang datang dari Kota Kinabalu dan daerah lain, juga kehadiran pesakit lebih 120 orang yang mengunjungi masjid dalam tempoh tersebut.

Seperti biasa ia bermula dengan solat hajat dan taklimat, kemudian rawatan bertali arus sehingga zuhur. Sdr Hamid mengetuai bahagian pendaftaran, sementara yang lain dalam bahagian rawatan termasuk beberapa perawat muslimat. Banyak pengajaran dan pengalaman berharga kami perolehi ketika di sini termasuk seorang ibu yang diusung dari rumah kerana strok.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran atas program ini. Insya Allah akan bergerak ke lokasi lain pada masa akan datang.

Darussyifa' Sabah @ Ranau (1)Darussyifa' Sabah @ Ranau (2)Darussyifa' Sabah @ Ranau (3)Darussyifa' Sabah @ Ranau (4)Darussyifa' Sabah @ Ranau (5)Darussyifa' Sabah @ Ranau (6)Darussyifa' Sabah @ Ranau (7)Darussyifa' Sabah @ Ranau (8)Darussyifa' Sabah @ Ranau (9)








Setinggi tahniah kepada pasukan Unit Amal PAS Putatan yang berombongan ke Keningau dalam khidmat kebajikan membersihkan kawasan sebuah sekolah yang terlibat dalam banjir yang berlaku baru-baru ini.

Lebih 20 orang menyertai rombongan tersebut dan mereka bertolak sejak awal pagi dan kembali ke Kota Kinabalu lewat petang. Semoga Allah SWT membalas kebajikan yang dilakukan oleh Unit Amal Putatan tersebut.

Amal Putatan (1) Amal Putatan (2)

Buku yang baru dibaca :

pas&pilihanraya

Penulis : Mohd Hasbie Muda

Penerbit : Megamind  Leadership

Harga : RM28.00 / RM30.00

Sebagai gerakan Islam, PAS tidak pernah kalah selagi ia terus berjuang membawa obor perjuangan Islam. Tetapi sebagai sebuah parti politik berdaftar yang sentiasa memberikan harapan dan komitmen kepada rakyat untuk membuat perubahan dalam pemerintahan negara, kekalahan itu tetap perlu diakui. Mengakui kekalahan adalah langkah pertama untuk mencipta kemenangan.

PAS perlu memberikan tumpuan yang lebih dalam memperkasa pendidikan politik sama ada dalam kalangan ahli dan pimpinan parti mahupun dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Ia bertujuan agar masyarakat lebih memahami isu-isu politik yang wujud mencakupi isu-isu ekonomi, perundangan, pendidikan, sosial, agama, sains politik dan pelbagai lagi isu yang berkait rapat dengan soal pemerintahan negara.

Pendidikan politik akan menjadi pencerahan yang tulen dan terang benderang. Apabila rakyat celik, kerajaan akan lebih berhati-hati untuk membuat keputusan agar tidak menzalimi dan membebankan rakyat. Kerajaan juga akan lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang pembayar cukai agar ia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Justeru, ketirisan dan penyelewengan dapat dikurangkan.