Archive for Februari, 2009


Tarikh : 8 Mac 2009 (Ahad)

Masa : 6.30-9.30 malam

Tempat : Masjid Kg Lok Kawi Baru, Putatan

Penceramah : Ust Md Annuar Ali (SMK Perempuan Likas)

Urusetia : Encik Kassim Muyang (019-8529321)

Tarikh : 9 Mac 2009 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu (Sempena Pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah)

Penceramah : Ust Bungsu @ Aziz Jaafar (Pensyarah UiTM @ Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Sabah)

Tarikh : 8 Mac 2009 (Ahad)

Masa : 7.30 – 10 malam

Tempat : Surau an-Nur, Taman Limauan, Kinarut Papar

Penceramah : Hj Muhammad Nicholas Sylvester Abdullah (Pengerusi JK Dakwah, Jamaah Islah Malaysia JIM)

Urusetia : Ribbang Hj Ampong (019-8517842)

Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)

Masa : 6.30 petang – 9 malam

Tempat : Surau Taman Olivia, Kepayan K. Kinabalu

Penceramah : Ust Hj Muchlish Ali Kasim (Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia, Cawangan Sabah)

Urusetia : Thussin Hj Saidil (013-8513266)

p8270055Sebentar tadi saya menyampaikan ceramah di Wisma Radio RTM Kota Kinabalu. Ia bukan untuk khusus rakaman radio tetapi ceramah bulanan yang diatur oleh penganjur untuk warga penyiaran.

Tapi saya nampak juga ia dirakam. Mungkin sedutannya akan disiarkan di mana-mana.

Kehadiran lebih kurang 30 orang diketuai oleh Pengarah Penyiaran, Datuk Jumat Engson dan timbalannya Hj Jaafar, bersama staf yang lain termasuk penyampai-penyampai radio yang suara mereka sering berkumandang di Sabah FM.

Ceramah berlegar tentang keperibadian dan akhlak luhur Rasulullah SAW. Sebagai orang yang berada di dunia penyiaran dan berkait langsung dengan dunia hiburan, saya bandingkan dunia artis yang yang maklumatnya di dalam genggaman mereka berbanding pengetahuan tentang peribadi Nabi SAW.

Ramai orang tahu artis itu dan ini, jam berapa dia bangun, di mana dia tinggal, apa aktiviti mereka, apa menu kegemaran mereka, warna yang mereka gemari dan sebagainya.

Malangnya terhadap diri Rasulullah yang kita katakan sebagai contoh teladan seluruh alam itu, secubit tentang diri nabi tidak kita ketahui.

Bagaimana tubuh nabi, rambutnya, matanya, dahinya, hidungnya, giginya, dadanya, perutnya, tumitnya. Apa warna kegemaran nabi, apa makanan kesukaan nabi, bagaimana pakaian nabi, bagaimana pergaulan nabi dengan isteri-isteri, anak, cucu, sahabat, jiran dan musuh?

Bagaimana baginda berkomunikasi dengan para sahabat yang pelbagai ragam itu? Tidakkah nabi itu pandai bergurau? Adakah nabi hanya asyik berperang sepanjang hidupnya?

Bagaimana ibadah nabi sebagai seorang hamba Allah yang telah diampunkan dosanya terdahulu dan akan datang?

Entahlah.

Seseorang yang kasih akan seorang yang lain, akan mengambil berat tentang orang itu. Bagaimana kehidupannya, makan minumnya, keperluannya.

Kita masih tidak kenal siapa nabi kita. Tapi kita kata kita cinta dengan nabi.  Kita masih tidak mengikut apa nabi suruh. Kita belum tinggalkan apa yang nabi larang.

Kita kata kita cinta nabi.

TOLEHAN SEMPURNA

p1300757Pada hujung solat setelah kita membaca tasyahhud akhir, kita akan memberi salam menandakan solat akan berakhir.

Salam adalah rukun solat yang terakhir. Solat tidak sah tanpa salam. Dalam Mazhab Syafii, salam pertama adalah wajib sementara yang kedua hukumnya sunnat. Sementara Mazhab Hambali mengatakan kedua-dua salam adalah fardhu.

Ketika mengucapkan salam, sunat kita menoleh ke kanan untuk salam pertama dan menoleh ke kiri untuk salam kedua. Perlu diketahui, tolehan yang terbaik ialah apabila terlihat pipinya dari arah belakang.

Seorang sahabat, namanya Amir bin Said menjelaskan hadith daripada bapanya :

“Aku melihat Nabi SAW mengucapkan salam sambil menoleh ke sebelah kanan dan kiri sehingga kelihatan pipinya yang putih”. (HR Ahmad, Muslim dan lain-lain)

Tetapi kebanyakan kita terlalu ‘kedekut’ menoleh, iaitu dengan hanya menggerakkan sedikit kepalanya ke kiri dan ke kanan. Dengan hadith berkenaan, demikianlah sunnah mengajar kita melakukan tolehan sempurna.

MOTIVASI BUAT PEKERJA BANDARAYA

Saya sedang menyiapkan beberapa artikel untuk kuliah dan ceramah sepanjang hujung minggu ini. Tertarik dengan beberapa hadith Rasulullah SAW berkenaan ganjaran orang yang melakukan kebaikan. Perhatikan hadith berikut :

“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bermundar mandir, bersenang lenang di dalam syurga. Puncanya di dunia dahulu dia telah memotong satu pokok yang mengganggu perjalanan orang Islam”. (HR Muslim)

Hadith ini umum bentuknya. Tetapi apabila membaca hadith ini, saya terkenang kepada beberapa kejadian ribut taufan, angin kuat dan seumpamanya. Terkenangkan juga pekerja-pekerja bandaraya tanpa mengenal masa bersusah payah dan berpenat lelah membersihkan jalanraya setelah pokok tumbang menghalang laluan pengguna jalanraya.

Bukan pekerja bandaraya sahaja, bahkan kepada makcik pakcik pembantu am rendah yang ditugaskan menyapu sampah, membersihkan pejabat dan seumpamanya juga termasuk dalam kategori sedekah yang disebutkan oleh Nabi :

“..Engkau membuang, menyingkirkan benda yang menyakitkan (kotor, tajam dan sebagainya) daripada laluan orang adalah sedekah (berpahala)”.

Ingatlah, semua kebaikan kita lakukan itu bukannya percuma di sisi Allah. Ia bernilai. Ganjarannya tiada lain kecuali syurga, selama ia menunaikan kewajiban ibadah khusus terutama solat.

Pada hujung April 2009, akan diadakan majlis menghafaz kebangsaan. Kali ini Negeri Kelantan dijangka menjadi tuan rumah.

Seperti biasa, Sabah juga turut menghantar wakilnya. Untuk kali ini, satu saringan akan diadakan pada 12 Mac 2009 bermula 8 pagi di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah, Kepayan.

Dalam majlis menghafaz ini terdapat 3 tahap.

Tahap 1 (1-5 juzu’) terbuka kepada mereka yang berumur 13 hingga 21 tahun, tahap 2 (1-15 juzu’) berumur antara 14 hingga 25 tahun dan tahap 3 (1-30 juzu’) berumur 15 hingga 35 tahun sahaja.

Syarat penyertaan yang lain ialah peserta terdiri daripada warganegara Malaysia, beragama Islam lelaki dan perempuan mengikut tahap umur yang telah ditetapkan tadi.

Bagi kategori tahap 3, selain diuji dengan hafazan 1-30 juzu’, peserta juga akan ditanya berkenaan tafsir juzu’ 4.

Bentuk soalannya adalah seperti menterjemahkan ayat al-Quran ke dalam bahasa Melayu, pengertian mufradat kalimah atau nas al-Quran (jawapan dalam bahasa Arab) dan mendatangkan ayat a-Quran berdasarkan terjemahan yang dibaca oleh hakim.

Peserta boleh merujuk kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman, Tafsir Jalalain dan Kalimat al-Quran Tafsir wa Bayan (Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf).

Mereka yang berminat dan berkelayakan dipelawa menyertai saringan berkenaan dengan mengambil borang di Pejabat Pentadbiran Maahad Tahfiz, Jalan Bunga Raya, Kepayan. (088-317072) atau Ustazah Dg Masni (013-5439544).

Seorang sahabat saya, yang juga belajar mengaji dengan saya, Md Ekhsan Jafrani dari Kota Belud selamat menimang cahayamata 19 Februari lalu di Kota Belud.

Cahayamata puteri seberat 3.25 kg dilahirkan dan isteri beliau terpaksa dibedah setelah mendapati bayi mereka dalam keadaan songsang.

Apapun, semuanya selamat. Tahniah kepada Ekhsan dan isteri. Semoga menjadi ibu bapa yang baik.

Setelah 3 hari di luar kawasan, hari ini kembali ke pejabat.

Melihat tugasan-tugasan yang bakal dilakukan, terdapat 3 perkara yang berkait dengan masalah aqidah untuk disentuh hari ini.

Selasa lepas, sehari sebelum bertolak ke K.Terengganu, ada laporan lagi berkenaan pemasangan jubin lantai bertulis kalimah Allah. Sebelum ini sudah terdapat beberapa tempat dikesan menggunakan jubin sedemikian, dan tindakan sudah diambil.

Kali ini menurut laporan ia berlaku lagi. Khabarnya pula di premis perjudian. Insya Allah sebentar lagi saya akan keluar meninjau tempat berkenaan.

Pada sabtu lepas, sahabat wartawan Sdr Abd Naddin daripada Utusan Borneo telah melaporkan kitab terjemahan al-Quran Mahmud Yunus mengandungi kesilapan. Ia kurang daripada apa yang sepatutnya.

Ust Abu Hurairah Abd Rahman yang menemui kesilapan berkenaan. Insya Allah, ia juga akan disentuh hari ini.

Satu lagi peristiwa yang berlaku minggu lepas dan akan berlaku lagi rabu ini ialah adat istiadat mandi safar. Sebenarnya beberapa pegawai daripada jabatan ini ada membuat rondaan minggu lepas. Bahkan pihak polis sudah mengarahkan mereka yang terlibat agar naik semula ke darat dan kembali ke rumah masing-masing.

Khabarnya, di Teluk Likas, ribuan orang bermandi manda atas fahaman membuang sial pada setiap rabu dalam bulan Safar sejak awal pagi lagi. Maklumat itu juga telah diberi kepada saya rabu lalu, tetapi ketika itu saya berada di LTAKK untuk ke KL.

Jalan penyelesaian akan dibincangkan hari ini, insya Allah. Kepada pemberi maklumat, setinggi penghargaan.

%d bloggers like this: