Archive for 3 Ogos 2008


Selasa lepas, selesai menunaikan solat isyak di Surau Taman Austral, ada kenduri kesyukuran sempena ulangtahun perkahwinan ke-11 Timbalan Pengerusi Surau, Ust Mohammad Shuaid.

Bacaan doa selamat dipimpin oleh al-Fadhil Ust Hj Muchlish Ali Kasim.

Ust Mad, berasal dari Sekincan Selangor manakala isterinya Ustazah Athiyyah berasal dari Kuala Kangsar Perak, dan kini mempunyai 4 orang cahayamata, 3 puteri seorang putera.

Ust Mad datang bertugas ke Sabah dalam tempoh yang sama, iaitu 11 tahun yang lalu, ketika itu masih bujang lagi.

Mula-mula Ust Mad ditempatkan di SK Pulau Sepanggar, sehingga digelar Mad Sepanggar, dan 9 bulan kemudian, Ust Mad membawa isteri ke Sabah dan ditempatkan di SK Sembulan, Ust Mad pula dipindahkan ke SRK St Paul, Moyog, kawasan penempatan Kadazan Dusun @ Kristian.

Selepas 5 tahun di sana, Ust Mad ditukarkan ke SK Bahang, Penampang sehingga ke hari ini.

11 tahun belum lama, harap-harap Ust Mad terus berjuang memartabatkan Islam di bumi Sabah.

Gambar 2 : Starring Ust Mad – Khairul Fathi,  8 tahun.

Setelah 10 hari berlalu, malam ini streamyx di rumah kembali normal seperti biasa. Setiap hari saya menghubungi talian 100 bertanyakan status laporan saya yang sebanyak 3 kali itu.

Kabel luar dan dalam rumah ditukar, bermacam kaedah diajar melalui talian, akhirnya moderm juga terpaksa ditukar. Menjelang isyak, seorang ‘ahli’ streamyx yang berasal dari Jerlun Kedah, datang ke rumah membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.

Akhirnya, masalah yang menimpa selesai. Rindunya pada blog dan web-web harakahdaily, tranungkite, dan yang sewaktu dengannya.

Sekiranya kawan-kawan punya masalah yang sama, saya syorkan saudara ini sebagai salah satu panelnya. Dia orang kita…

%d bloggers like this: