Tarikh : 22 Oktober 2016
Lokasi : Masjid an-Nur Kg Cenderakasih Kolombong
Tarikh : 28 Oktober 2016
Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan
Pengkuliah :
Tarikh : 21 Oktober 2016
Lokasi : Kg Bantayan Tuaran
Alhamdulillah dapat berziarah dan bersua muka buat pertama kali dengan Tuan Guru Haji Ahmad. Rumahnya ini adalah baru didudukinya setelah rumah sebelum ini musnah dalam kebakaran. Beliau pernah mengaji di Makkah selama belasan tahun sezaman dengan Tuan Guru Datuk Haji Ismail Abbas.
Tarikh : 28 Oktober 2016
Lokasi : Masjid Rusila Terengganu
Pengkuliah : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sumber : Web JHEAINS
Mutakhir ini, beberapa negara di dunia digemparkan dengan kejadian bencana alam yang meragut ratusan ribu jiwa dan kerugian berbilion ringgit harta benda dalam sekelip mata. Bahkan ada kawasan yang dahulunya menghijau dan indah telah menjadi padang jarak padang tekukur.
Kini, negara kita juga tidak terlepas daripada berdepan dengan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan ombak besar Tsunami. Justeru, sekiranya alam sekitar ini tidak dijaga dengan baik nescaya banyak bencana akan berlaku dan menjejaskan kesejahteraan negara.
Menyedari bencana alam adalah sebagai hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga, maka kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam perlu dipertingkatkan. Lantaran itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri bertindak sepantas mungkin untuk menangani bencana alam bersama-sama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Namun usaha tersebut perlu diperkukuhkan melalui sokongan dan kerjasama padu semua pihak sama ada swasta, badan bukan kerajaan dan orang ramai. Masyarakat perlu menyedari hakikat bahawa apabila bencana berlaku, masyarakat merupakan kumpulan pertama yang akan berhadapan dengan musibah tersebut. Justeru itu, penerapan terhadap kesedaran bencana dalam kalangan masyarakat adalah amat penting bagi mengurangkan impak sesuatu bencana.
Pada masa yang sama, masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan bencana ini sama ada sebelum, semasa dan selepas ia berlaku. Bagi memastikan keselamatan kita terjamin maka langkah-langkah berikut perlu dilakukan iaitu
(i) mengenal pasti dan memetakan jenis risiko bencana yang wujud di lokasi penempatan;
(ii) mengenal pasti petunjuk-petunjuk awal sebelum bencana berlaku;
(iii) mengenal pasti tempat selamat atau pusat pemindahan untuk berlindung sekiranya berlaku bencana; dan
(iv) merancang aktiviti-aktiviti sebelum, semasa dan selepas sama ada untuk mencegah dan mengurangkan kesan bencana. Sikap masyarakat yang sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, membersihkan saliran yang tersumbat, mengenal pasti jiran terdekat yang sukar untuk berpindah teutamanya Orang Kelainan Upaya (OKU), warga tua, wanita hamil, kanak-kanak amat diperlukan.
Di samping itu, kita juga perlu menyimpan nombor-nombor perhubungan yang penting seperti pihak polis, bomba, pertahanan awam dan unit kecemasan hospital bagi memudahkan pemindahan dan proses menyelamat dilakukan.
Seiring dengan konsep khalifah yang di beri amanah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini dengan sebaiknya, maka sangat penting kita memastikan sumber yang ada dimanfaat sebaik-baiknya serta dijauhkan daripada bencana. Ini bagi memastikan kesinambungan hidup generasi anak cucu kita yang akan datang dapat menikmati dan merasainya. Persoalannya, adakah kita meninggalkan sesuatu yang lebih baik atau sebaliknya untuk anak cucu kita?. Firman Allah SWT dalam ayat 165 Surah Al-An’am:
Maksudnya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Hakikatnya, pelbagai bencana dan kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia, khususnya di Malaysia adalah di sebabkan oleh kerakusan dan kecuaian manusia itu sendiri. Oleh itu, kita masih mendengar kejadian pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap, tumpahan minyak, pelepasan kumbahan / industri, pembalakan haram dan pembukaan tanah bagi tujuan pembangunan yang tidak terkawal.
Fenomena ini mengakibatkan sering terjadi musibah dan bencana yang besar seperti banjir, pembakaran hutan, tanah runtuh, ketidaktentuan cuaca, kemarau berpanjangan, pencemaran sumber air serta udara, kejadian ternakan dan haiwan mati (sama ada di darat atau air) dan sebagainya.
Hal ini telah menjejaskan urusan harian manusia dan menyebabkan tadahan air di empangan-empangan utama semakin berkurangan sehingga catuan air terpaksa dilakukan. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ruum ayat 41:
Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
Sesungguhnya kejadian bencana yang menimpa di negara ini dan beberapa tempat lain di dunia perlu kita jadikan iktibar. Ia menyedarkan kita bahawa harta benda adalah pinjaman dan dunia adalah sementara sahaja. Selain itu, kita dapat melatih diri dengan sikap redha dan sabar serta menginsafi diri agar jangan sekali-kali lalai terhadap amanah Allah SWT di muka bumi ini.
Sempena minggu Hari Alam Sekitar Negara tahun ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu untuk bersama-sama memakmurkan bumi Allah SWT ini dengan sebaik-sebaiknya. Ambillah manfaat segala yang ada di bumi ini tanpa melakukan pembaziran agar dapat diguna dan dinikmati oleh generasi akan datang.
Tarikh : 19 Oktober 2016
Lokasi : HQE II
Terkejut kami mendengar khabar abang kami, Ustaz Fakhruddin Haji Said yang ditimpa ujian dengan angin ahmar beberapa hari sebelum ini. Abang Din hampir setiap hari mengemaskini facebook dengan coleteh dan foto-foto santainya yang penuh warna warni.
Patutlah beberapa hari kebelakangan facebook beliau agak sunyi, sehinggalah saya membaca kunjungan YB ADUN Bongawan yang menziarahi beliau di wad. Semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit Abang Din dan kembali sediakala. Amin