Tarikh : 6 Ogos 2016
Lokasi : Kg Mempagar Beaufort
Tarikh : 10 Okt0ber 2014
Terima kasih atas kesudian guru kami, Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim yang sudi melancarkan secara rasmi nama bayi kami ketujuh – Muhammad Zaid, sebelum akan didaftarkan dalam masa terdekat.
Zaid juga ditahnik oleh Ustaz dan digunting rambut bergilir-gilir oleh sedikit tetamu yang kami undang terutama keluarga terdekat dan rakan rapat. Ustaz juga menyampaikan tazkirah berkenaan syariat kelahiran, iaitu perkara-perkara yang dilakukan apabila menyambut kelahiran bayi.
Duduk rumah sendiri, banyak perkara diurus oleh kami anak beranak sahaja. Makan-makan ringkas dengan roti kosong yang ditempah dari restoran berdekatan. Jadi mohon maaf kepada rakan-rakan lain yang tidak dimaklumkan majlis ini. Doakan Zaid dan semua anak-anak kita sebagai anak soleh yang berbakti kepada agama Islam.
Terima kasih buat yang hadir dan mendoakan kebaikan dari jauh dan dekat.
Tarikh : 5 Oktober 2014
2 hari sesudah kelahiran, dan sehari selepas kepulangan ke rumah, baru berkesempatan untuk melakukan ibadah tahnih kepada bayi ke-7 kami. Hari ini hari raya aidil adha, selepas solat dan khutbah, sedikit sarapan di surau Riyadhus Solihin Taman Austral, saya mohon izin sahabat-sahabat tidak dapat membantu majlis ibadah qurban di perkarangan surau kali ini.
Tarikh : 3 September 2014
Lokasi : Hospital Likas Kota Kinabalu
Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kami yang ketujuh, seorang putera pada 3 September sekitar jam 10.40 pagi dengan berat 3.5kg. Terdahulu, kami berdua bergerak ke Hospital Likas sekitar 2 pagi dan isteri mula daftar masuk sejam kemudian.
Terima kasih atas doa-doa semua ahli keluarga dan para sahabat. Doakan juga ibu dan bayi sihat sejahtera serta menjadi anak soleh. Nama akan diumumkan seminggu daripada sekarang.
Tarikh : 27 September 2014
Lokasi : Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah, Sembulan Kota Kinabalu
Alhamdulillah, kami warga maahad bersyukur dapat bersama-sama meraikan majlis kesyukuran untuk cucu pertama guru kami, Cikgu Hashimah Jamangin 2 hari lepas di Sembulan. Tetamu terdiri daripada keluarga terdekat, rakan-rakan karib keluarga Cikgu Hasimah dan warga maahad sendiri yang mengendalikan bacaan rawi barzanji, solawat, bercukur dan bertahnik serta doa kesyukuran.
Tahniah kepada Cikgu Hasimah dan keluarganya. Untuk Ahmad Khalifah, semoga menjadi anak yang soleh, diberikan kefahaman dalam ilmu Islam dan berbakti untuk agama ini.