Archive for Mac, 2015


Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34632-kadang-kadang-berlakon-sokong-pas

Ustaz Haji Idris Ahmad

USAH peduli adu domba yang dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan PAS. Kadang-kadang berlakon sokong PAS sebenarnya mereka adalah perosak jamaah. Ahli PAS yang sejati mereka tidak berkelakuan sedemikian rupa. Orang seperti ini kita serah kepada Allah untuk membalas kerja buat mereka.

Insya Allah kalau kita ahli PAS yang ikhlas tidak akan terkesan dengan adu domba dan fitnah mereka. Kita mampu senyum, sedangkan mereka dihinggapi penyakit jiwa.

Bina jamaah

Di dalam jamaah masing-masing ada peranan untuk membina jamaah. Sebab itu diwujudkan lajnah di bawah kepakaran masing-masing. Tidak eloklah kita memperlekehkan orang lain supaya hebat macam kita.

Allah menjadikan kita kurang dan lebih. Kena saling bantu membantu. Kekuatan kita dapat membantu kelemahan yang ada kepada sahabat kita. Kelemahan kita ditampung oleh sahabat yang lain.

Tidak elok kita mengaibkan sesama sahabat, kerana kita juga ada kecacatan. Apa akan terjadi kepada jamaah jika orang lain pula mengaibkan kita di khalayak ramai. Akhirnya yang rugi ialah PAS. – HARAKAHDAILY 31/3/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34631-ruu-persendirian-kemuliaan-dan-fadilat-berpahala

Menegakkan Undang-undang Jenayah Islam termasuk hudud adalah kewajipan umat Islam yang diimani oleh PAS.

Membawa rang undang-undang (RUU) persendirian ke Dewan Rakyat yang membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang Allah adalah satu kemuliaan dan fadhilat yang pasti diberikan pahala.

Ia tidak patut diserahkan kepada orang lain kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab PAS sebagai Parti Islam.

Kita jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa yang kita perjuangkan sekian lama. Sesiapa yang ingin membantu dipersilakan. Tidak mahu menyokong pun tidak mengapa.

Kepada wakil rakyat muslim di Parlimen kita menjemput mereka bersama-sama mencari pahala dan fadhilat berdasarkan konsep:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan dan syurga yang keluasannya adalah keluasan langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Aali Imran: 133)

Jika ada yang ingin membantu dialu-alukan. Adakah bantuannya ikhlas ataupun tidak? Keikhlasan adalah sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Kita serahkan kepada Allah.

Jika ada yang berniat jahat dan serong kita serahkan kepada Allah sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam al-Anfaal ayat 62:

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوك فَإِنَّ حَسْبك اللَّه هُوَ الَّذِي أَيَّدَك بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

“Dan sekiranya mereka berhasrat memperdayakan kamu maka sesungguhnya cukuplah untuk kamu Allah (menjaga kamu daripada tipudaya). Dialah yang menyokong memperkuatkan kamu dengan bantuan kemenangan-Nya dan dengan orang-orang beriman”.

Kita sudah banyak berdailog secara ilmu dan harmoni dengan pimpinan politik kalangan bukan Islam menjelaskan tentang Undang-undang jenayah Islam lebih daripada 25 tahun sejak 1990.

Malah sebelumnya lagi sejak penubuhan PAS pencerahan dan penjelasan diberikan. Ada yang berdolak-dalik enggan menerima kebenaran. Ada yang enggan menerimanya walaupun atas konsep hak demokrasi.

Setelah penjelasan yang panjang kita menyerahkan kepada mereka untuk menerima atau menolak. Kita tidak memaksa mereka bersetuju. Malah kita menghormati hak mereka untuk tidak bersetuju. Namun perjuangan, penjelasan dan dakwah kita tetap diteruskan.

Kepada umat Islam kita sama-sama beringat dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

“Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka”

Allah peringatkan lagi:

وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ

“Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu”

Marilah kita mengambil pengajaran dengan ayat seterusnya:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ ( 50 )

“Maka adakah hukum Jahiliyyah yang mereka cari. Dan siapakah yang terbaik berbanding Allah hukumannya bagi kaum yang yakin.”

Sekian.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat

Tarikh: 31 Mac 2015 / 10 Jamadilakhir 1436H

Tarikh : 19-21 Mac 2015

Lokasi : Masjid Rusila Marang Terengganu

Tarikh : 13 Mac 2015

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Penyampai :

1) Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi

2) Ustaz Ahmad Fathan Mahmood

3) Ustaz Haslin Baharin

Masjid Beijing

Tarikh : 20 Mac 2015

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berziarah ke masjid ini. Comel dan sangat bijaksana!

****

Kenali Masjid Beijing.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jubli_Perak_Sultan_Ismail_Petra

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan namaMasjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km daripada Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Ia mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Tarikh : 21 Mac 2015

Lokasi : Darussyifa’ Lok Kawi

IMG-20150321-WA0017 IMG-20150321-WA0022 IMG-20150321-WA0083 IMG-20150321-WA0084

Tarikh : 19 Mac 2015

Rakan pemandu yang baik hati turut memperlihatkan kepada kami beberapa lokasi kesan banjir yang berlaku kepada negeri Kelantan ini pada awal tahun ini. Kami turut dimaklumkan sumbangan masyarakat seluruh negara sangat memberangsangkan.

Kemusnahan yang tidak sedikit namun mempunyai hikmah yang sangat besar kepada semua. Baik kepada orang yang terkena musibah, juga kepada mereka yang tidak terkena, sama ada mahu membantu atau sebaliknya.

Lokasi di dalam foto ini adalah antara kawasan yang terkesan dengan musibah banjir. Lihat saja jambatan rel keretapi yang musnah dan hanyut, sehingga perkhidmatan keretapi ke negeri ini terpaksa dihentikan sehingga baik pulih selesai. Subhanallah.

IMG-20150319-WA0078 IMG-20150319-WA0080 IMG-20150319-WA0081

Tarikh : 19 Mac 2015

Lokasi :

Seterusnya rakan kami yang baik hati membawa kami berjalan-jalan ke sekitar Tumpat. Saya ikutkan saja destinasi yang dituju walaupun sekadar berjalan-jalan. Sehingga waktu hampir zuhur, kami singgah di sebuah masjid.

Di situ saya mengetahui rumah Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob hanya berdekatan beberapa minit berjalan kaki menuju ke masjid ini. Saya sendiri berfikir mungkin agak susah bertemu MB Kelantan pada hari ini kerana menurut sumber ada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya!

Dekat azan dikumandangkan, Ustaz Ahmad Yakob muncul berpakaian lengkap baju melayu masuk ke dalam masjid ini. Imam mengambil tempat memimpin solat yang ramai jamaahnya. Selepas solat saya memberanikan diri untuk bertemu dan memohon izin untuk bergambar kenangan bersamanya. 


IMG-20150319-WA0071

Tarikh : 16 Mac 2015

Lokasi : Masjid al-Karomah, Mukim Baung Besar Pengkalan Chepa Kelantan

Pertama kali diundang menyampaikan kuliah maghrib khas di masjid ini. Masjid ini kata mereka termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kawasan yang dulunya diwakili oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya berbesar hati dan teruja untuk berkuliah di masjid ini dan dalam masa yang sama merasa kerdil untuk berhadapan dengan jamaah masjid di Kelantan ini.

Baung

Sumber : Web JHEAINS

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatan yang terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik daripada bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu! Lalu para sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Zikir kepada Allah.” (HR Al-Bahaiqi).

Menerusi sabdanya ini, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa berzikir kepada Allah SWT merupakan amalan yang terbaik dan disukai Allah SWT. Baginda SAW menyifatkan zikrullah lebih baik daripada bersedekah emas dan perak serta memerangi musuh. Ini mengisyaratkan bahawa umat Islam tidak harus lupa dan lalai daripada berzikir kepada Allah SWT. Tambahan pula amalan yang baik ini dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (S. Al-Ahzab: 41-42).

Merujuk kepada firman Allah SWT tersebut, dapatlah difahami bahawa zikrullah atau berzikir kepada Allah SWT membawa maksud mengingati Allah SWT. Ia termasuk menyebut nama-nama Allah dan memuji-muji segala sifat-Nya selain bersyukur kepada-Nya sama ada dengan hati, lidah mahupun seluruh anggota badan.

Di antara zikir yang mudah dan lazim kita amalkan ialah “Subhanallah” yang bermaksud Maha Suci Allah, “Alhamdulillah” yang bermaksud segala puji bagi Allah, dan “Allahu Akbar” yang bermaksud Allah Maha Besar.

Kalimat-kalimat zikir ini hendaklah diucapkan atau dilafazkan dengan tertib, difahami dan dihayati maksudnya agar meresap ke dalam jiwa sehingga memberi kesan yang mendalam.

Pun begitu, apa jua majlis atau aktiviti yang membawa kita mengingati serta menghayati keesaan, kekuasaan dan kebesaran Allah SWT seperti mempelajari ilmu agama juga terangkum dalam makna zikrullah atau mengingati allah. Ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Maka bertanya sahabat: Apakah itu taman syurga? Jawab Rasulullah: Majlis zikir.” (HR at-Tirmizi).

%d bloggers like this: