Sedikit masa yang terluang ketika waktu rehat tengahari kami isi dengan berkunjung ke kedai buku Tinta Ilmu milik Encik Baharom Kassim yang juga Bendahari Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Tinta Ilmu terletak di Kompleks Ole-Ole, Seksyen 18 Shah Alam, sekitar 10 minit dari lokasi program kami di Seksyen 7.
Menurutnya, Tinta Ilmu mula beroperasi pertengahan 2007 dan dirasmikan setahun kemudian – 18 Julai 2008 oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketika perasmian itu katanya, kompleks ini penuh sesak dengan kehadiran ramai orang yang ingin melihat secara dekat sosok dan wajah MB Kelantan. Jualan kedai buku beliau juga melonjak mulai hari itu berbanding sebelum kedatangan tuan guru.
Masa terbatas di sini kerana kami perlu kembali ke Seksyen 7. Hanya sekitar 40 minit, saya sebenarnya tidak puas membelek buku-buku di sana. Saya hanya dapat memilih lebih 10 buah buku sebagai ole-ole untuk dibawa balik ke Sabah. Terima kasih Encik Baharom memperkenalkan kami kedai bukunya sekaligus diskaun harga buku yang berbaloi. Insya Allah ada masa kami borong lagi.
Assalamualaikum,
Saya nak bertanya jika kedai tuan ade stok buku
Tahsin tajweed ( keluaran Shubbak alami).
Whatsapp text: 00353870543531
Terima kasih
Noor