Archive for Ogos, 2013


20130829_205822

 

Masih terasa suasana hari raya, kelas tahfiz masih suram sementara saya juga punya program hujung minggu yang agak ketat. Minggu ini hanya ada kelas untuk remaja, sementara untuk kanak-kanak dan dewasa masih dicutikan. Semoga ada kesempatan pada minggu-minggu mendatang.

Hari nasional kami bermusafir ke Kota Marudu dan terus ke Pitas. Meninjau-ninjau wilayah di tanduk kanan negeri Sabah. Sungguh hati sangat gembira saat berziarah walau sebentar di rumah abang kami semasa zaman persekolahan Ustaz Ahmad Abrian yang tabah mendidik di SMK Pitas. Anak-anaknya pernah menyertai kelas tahfiz hujung minggu yang saya anjurkan, mereka turun ke ibu negeri setiap minggu.

Kami juga menyinggah di rumah saudara kami Faisal walaupun beliau jauh berada di negeri jelapang padi, namun dapat berziarah dengan orang tuanya yang sangat menyantuni kami. Semoga Allah membalas kebaikan Ustaz Ahmad dan keluarga Faisal.

Pitas (1) Pitas (2) Pitas (3) Pitas (4) Pitas (5) Pitas (6) Pitas (7) Pitas (8) Pitas (9) Pitas (10) Pitas (11)

wisma-muis-kota-kinabalu

Firman Allah SWT : “Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. (Surah Ibrahim : 7).

Satu daripada nikmat yang wajib kita syukuri ialah kemerdekaan. Sama ada kemerdekaan negara dari belenggu pemerintahan penjajah mahupun kemerdekaan insan dari belenggu kejahilan dan kekufuran merupakan suatu nikmat kurniaan Allah SWT yang amat bernilai dan bermakna bagi manusia.

Ini kerana kemerdekaan adalah mukadimah kepada segala bentuk pencapaian kemerdekaan yang lain. Tanpa insan  dan negara yang merdeka, kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai dan perjuangan kemerdekaan pun tidak akan mencapai matlamatnya.

Dalam Islam, kemerdekaan berkait rapat dengan ketaatan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selaku sebaikbaik makhluk ciptaan Allah SWT, manusia tidak boleh tunduk kepada sesiapapun melainkan Allah SWT.  Ketundukan mengandung makna perhambaan diri sepenuhnya kepada Allah SWT, yakni mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam apa jua keadaan dan suasananya dengan penuh rela dan ikhlas.

Maknanya, kemerdekaan yang hakiki adalah meletakkan kalimah Allah SWT lebih tinggi daripada segala kalimah. Hanya orang yang bertauhid mampu membebaskan diri dari berbagai belenggu yang akan menjauhkan dirinya dari kebenaran dan dari kepatuhan kepada Allah SWT. Mereka yang memahaminya dalam konteks ubudiah dan kewajipan menegakkan Islam secara sempurna sahaja yang sanggup berkorban untuk satu perjuangan yang panjang.

Ini termasuklah perjuangan mencapai kemerdekaan dengan menghalau keluar penjajah dari tanah air tercinta selain mewacana kemerdekaan dari segi politik, ekonomi, pendidikan, budaya, teknologi dan sebagainya.

asma

Sumber : Sinar Harian

Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya. Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat : Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

“Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu,” katanya. Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya :

“Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,”

Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: “YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,”

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.

Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi. Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini. Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, “Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk,” dan ayah menjawab ‘Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.  Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,”

Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu. Ketika itu, ayah bertanya, “Adakah ini malam perkahwinanmu?” kau menjawab, “Tidak ayah, ia akan ‘dilangsungkan’ pada waktu tengah hari.” Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar. Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu. Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku, ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH. Ayahmu, Mohammed Beltagi.

Tarikh : 27-29 Ogos 2013

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, MTQQNS

bengkel1 bengkel2 bengkel3 bengkel4 bengkel5 bengkel6 bengkel7 bengkel8 bengkel9 bengkel10 bengkel11 bengkel12 bengkel13 bengkel14Bengkel (15) Bengkel (16) Bengkel (17) Bengkel (18)

Syaikh-Aidh-Al-Qarni

Sumber : www.dakwatuna.com

Dr. Aidh Qarni seorang ulama di Saudi yang terkenal dengan bukunya “La Tahzan” menulis di ansarportsaid.net hari Sabtu 24 ogos 2013 tentang bagaimana seorang muslim menyikapi kondisi Mesir saat ini. Berikut petikan tulisan beliau :

Ketika aku sedang menangis karena meratapi apa yang menimpa umat ini di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah, ada seorang kawanku datang bertanya, “Kenapa kau bersedih?” Aku menjawab, “Aku bersedih karena agamaku sedang dalam kesulitan.” Diapun menjawab, “Islam adalah agama Allah swt. Dia sendiri yang akan menolongnya. Bukankah Allah swt. berfirman, ‘”Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.’” [Al-Mujadilah: 21].

Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis karena orang-orang yang dibunuh secara dhalim.” Dia pun menjawab, “Mereka telah berbahagia, in sya’a Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah swt.”

Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis karena orang-orang yang terluka, tertawan dan tertindah.” Dia menjawab, “Segala musibah yang menimpa seorang muslim, hingga duri yang menusuknya, pasti akan menjadi penghapus dosa dan kesalahannya. Ujian dari Allah swt adalah kaffaratudz dzunub.”

Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis karena janda yang kehilangan suaminya, anak yatim yang kehilangan ayahnya.” Dia menjawab, “Allah swt. akan menolong mereka. Karena Allah swt. adalah penolong bagi orang-orang yang shalih.”

Aku berkata, “Kalau begitu aku menangis karena ibu yang kehilangan anak-anaknya, atau orang yang kehilangan orang-orang yang dikasihinya.” Dia menjawab, “Hanya orang yang sabar, yang pahalanya diberikan tanpa hitung-hitung.”

Aku berkata, “Aku bersedih karena ahli kebatilan berkuasa di bumi ini, mengalahkan ahli kebenaran.” Dia menjawab “Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahanam; dan Jahanam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.” [Ali Imran: 196-197].

Dia pun mengakhiri pembicaraan kita dengan sebuah nasihat, “Karena itulah tidak ada alasan kita menangis. Hapuslah airmatamu. Yakinilah janji Allah swt. Kalau Dia sudah berjanji, tidak ada yang akan bisa menghalangi-Nya. Perbaikilah dirimu sehingga menjadi orang yang layak termasuk dalam firman Allah swt. “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” [Al-Qashash: 83]. (msa/dkw/ansarportsaid).

Redaktur: moh sofwan

SZASemua dijemput hadir. Sebarkan

Masjid Sembulan Masjid MuhibbahSurau Austral

Minggu-minggu awal kuliah maghrib selepas musim raya.

Kehadiran jamaah yang menyertai kuliah maghrib di Masjid Kg Sembulan Lama agak konsisten dalam sekitar 70-100 orang dan melonjak menjelang isyak lebih 100 orang. Sementara kehadiran di Masjid Kg Muhibbah tidak menentu, kadang-kadang hanya sekitar 20 orang, kadang-kadang melonjak sehingga 70-80 orang atau lebih.

Di Surau Taman Austral Kepayan tidak ramai seperti tempat lain. Kehadiran jika ada 20 orang sudah cukup ramai kerana mereka duduk berhalaqah mengaji al-Quran sementelahan saiz surau yang tidak begitu besar. Saya sangat mengharapkan dan selalu bercerita di masjid dan surau agar setiap selepas hari raya ada ahli jamaah baru, supaya peminat masjid dan surau sentiasa bertambah dari masa ke masa.

 

nasrudin-hassan-tantawi

Sumber : http://www.tarbawi.my/2013/08/memurnikan-fikrah-perjuangan.html

Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit kronik yang mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya. Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni.

Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula.

Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat diatasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redha daripada Allah s.w.t.

Saidina Umar al-Khattab pernah menegaskan (mafhumnya), “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan atau perjuangan) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin.”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (maksudnya), “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya diberi faham tentang agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pertama : Memahami Ghayah

Ghayah adalah tujuan yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru itu, ghayah atau matlamat akhir kita ialah Allah s.w.t. Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah s.w.t kerana kelak menjadikan kita menyeleweng daripada petunjuk Ilahi :

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ

“Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan-jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah s.w.t.” (Al-An’am, ayat: 153)

Apabila kita benar-benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah s.w.t, maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir, lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh (hanya mengharap redha Allah) kepada Allah s.w.t.

Saat itu, tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana “hubbur riyaasah” atau gila pangkat/ jawatan atau merasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri daripada medan perjuangan yang serba mencabar ini.

Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini, sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar handbill justeru matlamat akhirnya ialah Allah s.w.t, yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.

Saya harap semua pemimpin dan anggota jamaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :

  1. Allah sebagai Matlamat
  2. Ar Rasul sebagai Ikutan
  3. Al Quran sebagai Perlembagaan
  4. Al Jihad sebagai Jalan Perjuangan
  5. Mati Syahid di atas Jalan Allah sebagai cita–cita tertinggi.

Kedua: Memahami Hadaf

Hadaf ialah objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.

Sebagai contoh, antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya Daulah Islamiyyah di atas tanah air kita. Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.

Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf (memastikan matlamat semasa dicapai), kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh tadi, Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai, maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.

Al Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut (mafhumdnya), “Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.”

Malang, andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri–ciri daulah Islamiyah bahkan tidak menunjukkan sahsiah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah.

Manakan tidak, semangat berkobar-kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita tidak sempurna, tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar. Maka sudah tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan.

Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati kriteria da’ie atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai metodologi dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap mad’u.

Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemik dan kontroversi. Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah tanpa mengira tempat dan kesesuaian, akhirnya menjauhkan mad’u melarikan diri perjuangan kita.

Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati mad’u. Firman Allah s.w.t :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ

“Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad s.a.w) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.” (Ali-Imran, Ayat: 159)

Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa, berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam-dalamnya.

Para pendakwah bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti, apalagi laba duniawi. Mereka berdakwah untuk membawa mesej perjuangan mereka kepada masyarakat agar mereka menerima Islam. Bertolak dari keinsafan ini, semua dua’t (pendakwah) hendaklah menghayati prinsip tersebut.

Mereka hendaklah menyampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah Islam yang kita sampaikan dapat menembusi jiwa mad’u.

Firman Allah :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.” (An-Nahl, Ayat: 125)

Ketiga : Memahami Manhaj

Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya difahami secara jelas sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi. Al-Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita. Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah. Firman Allah :

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ

“Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat (peraturan agama), maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.” (Al-Jaatsiyah, Ayat: 18)

Secara organisasinya, jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah. Ianya mesti difahami dan dihayati. Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jamaah.

Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jamaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan. Sebagai contoh, Jemaah kita mengambil pendekatan “muwajahah bis-silmi” (berdepan dengan lawan melalui pendekatan aman) sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia. Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanahair sekaligus menyertai pilihanraya.

Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syarak kerana menyertai pilihanraya dan demokrasi. Malangnya ada dikalangan ahli jamaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri.

Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang, namun ianya satu realiti. Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jamaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan.

Saya sifatkan mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya. Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kejahilan mereka.

Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas. Ketidak fahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jamaah.

Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata–mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran, sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah. Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideologi barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia.

Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideologi barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah dibawah pengaruh barat. Lantaran itu, membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jamaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah.

Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad di kalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideologi asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.

Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jemaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama dengan tanggapan serong bahawa ulama tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi. Apa yang mesti kita fahami dan hayati, ulama adalah benteng ummah dalam mempertahankan mereka dari pengaruh kejahilan.

Kebencian dan merendahkan imej ulama di mata masyrakat adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri. Demikian juga ada yang memandang serong terhadap penyertaan golongan profesional yang memiliki fikrah Islam yang baik lalu menganggap mereka adalah golongan sekular, sedang mereka memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Ini juga adalah manifestasi dari kegagalan memahami manhaj perjuangan.

Keempat: Memahami Bi’ah (Realiti)

Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar, penampilan dan method (cara) yang tepat dan sesuai. Perkara ini memerlukan kita memahami bi’ah atau realiti yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat disampaikan dengan baik ke setiap hati sanubari masyarakat, sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.

Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.

Tidak memahami bi’ah menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula. Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadiran perjuangan kita serta keperluan jemaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bi’ah.

Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum?

Kelima: Memahami Isti’dad (Persediaan)

Allah berfirman :

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu.” (Al Anfaal, Ayat: 60)

Kita tidak boleh berjuang secara sembarangan tanpa ilmu dan persiapan. Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya, kita tidak diajar menyerah kepada taqdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideologi yang dicipta oleh manusia.

Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita. Saidina Umar al Khattab menyatakan (mafhumnya), “Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah (musuh).”

Persiapan kita mesti mantap terhadap 2 faktor kemenangan; Faktor pertama ialah faktor penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil. Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufiq dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru Dialah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita. Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah s.w.t. malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar.

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ. قُمِ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلا. نِصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلا. أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا. إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

“Wahai orang yang sedang berselimut! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al quran dengan tartil, Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.” (Al Muzammil, Ayat: 1 – 5)

Manakala yang kedua ialah faktor membantu. Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap faktor-faktor ini sekalipun ia hanyalah faktor yang membantu. Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syara’ kepada kita. Faktor ini boleh jadi dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh, organisasi dan jentera penggerak yang mantap, anggota yang ramai, pengaruh yang lebar, dan sebagainya.

Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)

Lokasi : Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Peserta : Murid PASTI al-Fathonah Taman Pasir Putih Putatan, PASTI Raihan Kg Sri Pandan, PASTI al-Hikmah Taman Sempelang, PASTI asy-Syakirin Sri Kepayan dan PASTI Keretapi Tg Aru.

Sukaneka PASTI Putatan (1) Sukaneka PASTI Putatan (2) Sukaneka PASTI Putatan (3) Sukaneka PASTI Putatan (4) Sukaneka PASTI Putatan (5) Sukaneka PASTI Putatan (6) Sukaneka PASTI Putatan (7) Sukaneka PASTI Putatan (8) Sukaneka PASTI Putatan (9) Sukaneka PASTI Putatan (10)

Sukaneka PASTI Putatan (11) Sukaneka PASTI Putatan (12) Sukaneka PASTI Putatan (13) Sukaneka PASTI Putatan (14) Sukaneka PASTI Putatan (15) Sukaneka PASTI Putatan (16) Sukaneka PASTI Putatan (17) Sukaneka PASTI Putatan (18) Sukaneka PASTI Putatan (19)

%d bloggers like this: