Tarikh : 30 April 2014
Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan Kota Kinabalu
Rakaman Ceramah Himpunan Anti GST dan Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Belakang Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan oleh YB Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hj Hassan & YB Dato’ Hj Husam Musa.
Dataran Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.
1) YB Dato’ Nasuruddin Daud, Exco Kelantan
2) Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat
3) YB Che Lah, Exco Kelantan
4) Ustaz Mokhtar Senik, AJK DUPP
Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Sebagai sebuah jamaah Islam, tarbiah menjadi asas kepada perjuangan Pas. Inilah kelainan daripada parti politik yang lain. Walau pun luaran masyarakat lebih kenali Pas sebagai parti politik sahaja, sedangkan Pas merentasi perenggan parti politik di dalam perjuangannya. Hasilnya Pas mampu berada dipersada politik negara sehingga menjangkau usia 63 tahun. Dalam masa yang sama parti yang seangkatan dengannya telah berkubur dimamah usia.
1. Membina Peribadi Muslim
Orang yang menyertai Pas sudah pasti ia tahu sebab apa ia sertai Pas. Sudah tentu kerana dasar Pas ialah Islam. Menjadi tugas Pas untuk mentarbiah ahlinya supaya memahami Islam dan menghayati Islam. Sebelumnya mereka memahami Islam dalam konteks ritual sahaja, yakni hubungan dengan Allah semata-mata maka menjadi tanggungjawab kepada Pas memberi kefahaman Islam yang syumul. Islam yang merangkumi Din Wa Daulah.
Tarbiah Pas mesti memastikan ahlinya menutup aurat mengikut syariat, bukan adat. Tarbiah Pas memastikan ahlinya bermuamalat dengan amalan Islam, menjauhkan amalan riba ketika membeli kenderaan, rumah dan sebagainya. Pas berusaha untuk memastikan setiap ahlinya menjadi Insan Rabbani, sebagai mana yang Allah telah jelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud,
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta`ala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” Al Imran:79)
Antara aspek tarbiah yang penting ialah membina akidah yang soheh. Tanpa perkara ini semua amalan dianggap sebagai lagha dan tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Sekiranya akidah rosak maka tidak ada nilai ibadah yang lain. Sebenarnya lonjakan yang menjadi motivasi untuk terus bekerja berpunca daripada kekuatan akidah yang sebenar.
Sebab itu pemahaman akidah yang soheh menjadi perkara awal di dalam nizam tarbiah Pas. Kita tidak boleh cerita tahaluf siasi dahulu sebelum seorang itu memahami aspek akidah, jika tidak ia akan menjadi kecelaruan di dalam aspek tarbiah kita.
2. Membina Usrah Muslimah (Keluarga Islam)
Setelah membina fardu Muslim, tarbiah mesti menjurus kepada pembinaan keluarga Islam. Kerana ia adalah batu bata kepada pembinaan daulah Islamiah. Bagaimana kita hendak membina negara jika institusi keluarga rosak. Tarbiah keluarga, Ia bermula daripada pemilihan jodoh sehinggalah kepada kerukunan dalam rumah tangga.
Ada orang yang hebat di dalam parti tetapi ia gagal mentarbiah ahli keluarganya sendiri, sehingga kehebatannya terlidung dan cacat di pandangan ahli dan juga orang ramai. Apabila keluarganya lemah dari segi penghayatan Islam orang akan memikirkan apa yang boleh diharap untuk membawa agenda yang lebih besar di dalam sebuah negara.
Apabila beliau gagal membentuk qudwah yang baik di dalam rumah tangga beliau, bagaimana beliau hendak meyakinkan ahli yang lain kepada perjuangan Pas.Beliau sendiri gagal untuk hendak pastikan anak isteri bersama berjuang, bagaimana ia hendak mengajak anak isteri orang lain untuk turun berjuang.
3. Membina Masyarakat Muslim.
Manusia ialah makhluk bersosial dan berhajat antara satu sama lain. Mereka tidak boleh hidup bersendirian tanpa kawan dan berpasangan. Pas mentarbiah ahlinya supaya ahlinya sentiasa evergreen di dalam semua keadaan. Watak kita diperhati oleh kawan dan lawan. Tingkahlaku kita di dalam masyarakat sentiasa menjadi fokus kepada orang ramai. Biarlah kehadiran kita dinanti, pemergian kita diingati. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW “Jadilah kamu sebagai orang yang menarik perhatian di kalangan manusia”.
Kerana masyarakat merupakan medan sebenar untuk kita mengembangkan pengaruh dan fikrah perjuangan. Kita jangan menjadi pemusnah di dalam jamaah. Diharapkan tingkahlaku kita akan menjadi aset, bukan bebanan jamaah. Kita mahu masyarakat yang diduduki oleh ahli Pas memaparkan akhlak Islam yang menjadi contoh dan daya tarikan kepada orang awam yang menjadi mad’u kita.
Biarlah sejuk mata memandang apabila orang luar masuk di kampung yang majoritinya orang Pas. Wanitanya tidak kira muda atau tua memakai pakaian yang menutup aurat. Suraunya hidup dengan solat berjamaah, masjidnya diimarah dengan majlis ilmu. Semangat gotong royong antara masyarakat, berusaha mencegah kemungkaran dan kebatilan. Walau pun daulah belum lagi tertegak, tetapi masyarakat telah berjaya mewujudkan biah solehah (persekitaran yang baik) yang akan menjadi batu bata kepada kewujudan daulah Islamiah.
4. Membina Daulah Islamiah.
Walau pun bukan senang, usaha ke arah itu perlu dilakukan dengan baik dan teratur. Inilah matlamat tarbiah Pas yang terakhir. Pas mengambil pendekatan muwajahah silmiah iaitu melalui demokrasi. Platform inilah yang digunakan sejak 13 kali pilihanraya berlangsung di negara ini. Jatuh bangun Pas di pentas demokrasi memang hebat sehingga menjadi perhatian pengkaji sains politik tentang keunikan Pas.
Walau pun berbagai tektik dan strategi untuk mematikan perjuangan Pas, namun semuanya gagal, malahan Pas tetap segar dan menarik sokongan orang ramai. Islam yang syumul tidak boleh ditegakkan jika tidak mempunyai daulah. Rasulullah SAW tidak akan berhijrah dan meninggalkan kampung halaman baginda di Makkah jika Islam yang baginda bawa ialah solat, puasa, zakat dan haji.
Di Makkah baginda hanya boleh berdakwah, jika ada pelanggaran hukum baginda tidak boleh buat apa-apa. Kecantikan Islam hanya terdapat di dalam tulisan yang disusun indah di dalam maktabah sahaja. Ianya tidak boleh dipraktikkan sepenuhnya. Keadilan syariat Allah tidak dapat dibuktikan jika tidak ada daulah yang mendokongnya. Keadilan Islam tidak boleh dilihat dan dihayati di dalam kerangka sekular. Malahan kadang-kadang menimbulkan fitnah kepada keindahan Islam.
Firman Allah yang bermaksud :
“(Iaitu orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang munkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan”. ( al-Haj, 22:41)
1) YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan
2) YB TG Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
1) Ustaz Roslan Mohammed
2) YB Ustaz Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz
Oleh Nasrudin Hasan Tantawi
Saya merujuk kepada saranan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Dr Johari Mat di Dewan Negara supaya mengiktiraf subjek Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus di semua peringkat peperiksaan.
Berasaskan kepada tujuan meningkatkan pengetahuan agama Islam dalam kalangan pelajar Muslim dan membina akhlak mulia para pelajar, saya juga ingin mengulangi cadangan ini dan mendesak agar kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan mengambil langkah segera ke arah memastikannya terlaksana dalam sistem pendidikan dalam negara kita.
Dengan menaiktaraf mata pelajaran ini ke status wajib lulus, sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pelajar dan ibu bapa untuk lebih cakna dan usaha bagi meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan agama Islam.
Dengan meningkatnya pengetahuan ini diharapkan akan menimbulkan penghayatan dalam diri seterusnya dapat diterjemahkan dalam kehidupan mereka melalui amalan yang selari dengan ajaran agama dan tingkah laku yang murni.
Kebimbangan saya, sekiranya dibiarkan subjek Pendidikan Islam ini berstatus tidak wajiib lulus, masalah kurang pengetahuan agama khususnya berkaitan akidah dan asas fardu ain serta tiadanya penghayatan hidup beragama, akan menggalakkan lagi masalah sosial dalam kalangan masyarakat termasuklah berlakunya peningkatan kes jenayah yang membabitkan juvana seperti yang didedahkan oleh media sebelum daripada ini.
Untuk itu juga, saya mendesak kerajaan agar memperkasakan institusi pendidikan agam Islam di semua peringkat meliputi kurikulum dan ko-kurikulum, pengurusan dan pentadbiran, suasana pembelajaran serta kemahiran dan keupayaan para pendidik supaya setiap individu Muslim mengenal Allah, mengetahui halal dan haram serta batas iman dan kufur.
Akhirnya, suka untuk saya tegaskan bahawa pengaruh agama dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap perasaan.
Oleh itu, penanaman akidah atau kepercayaan dalam hati dan jiwa adalah pilihan yang paling tepat dan merupakan jalan yang wajib dilalui untuk menimbulkan unsur kebaikan yang akan membentuk kesempurnaan kehidupan.
Dengan demikian, keadaan moral masyarakat akan lebih berkualiti dengan gabungan unsur individu yang berakhlak dengan nilaian agama. – 24 April, 2014.
* Nasrudin Hassan At-Tantawi merupakan Ahli Parlimen Temerloh.
Tarikh : 25-27 April 2014
Lokasi : Menara Petronas Kota Kinabalu
Menarik juga pengalaman kali ini dapat bersama-sama sebagai hakim MTQ Petronas di peringkat lebih tinggi. Ia merangkumi pelbagai acara dan jenis-jenis tilawah al-Quran seperti bacaan murattal, bertarannum, hafazan dan sebagainya merangkumi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Pada majlis penangguhan siang tadi, memberikan ceramah untuk semua tetamu ialah SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar. Tambah menarik, kami para hakim diberikan penginapan di Hotel Promenade, untuk sekeluarga pula. Alhamdulillah atas pengalaman berharga.
Sumber : http://silverheritage.blogspot.com/2014/04/usamah-morsi-cerita-detik-pertemuan.html
Putera kepada Presiden Mesir yang sah, Dr.Mohammed Morsi, Usamah Morsi menceritakan detik-detik pertemuan beliau dengan ayahandanya Dr.Morsi yang berlangsung pada 16 April lalu. Usamah menceritakannya di laman sosial Facebook milik beliau dan berkata, ayahandanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak putus-putus penggantungannya dengan Allah.
Kata Usamah, “Pertemuan pada hari Rabu itu berlangsung di Akademi Polis iaitu lokasi perbicaraan mahkamah Presiden Morsi yang terletak di Tajammu’ Khomis, timur Kaherah. Saya masuk bertemu dengan Tuan Presiden dalam pertemuan khas yang berlangsung selama 10 minit.”
Jelas Usamah lagi, “Tatkala saya memasuki bilik yang menempatkan Tuan Presiden, saya melihat wajah beliau berseri-seri dan kelihatan janggutnya masih basah dengan air wudhuk. Dalam pertemuan itu turut bersama kami ialah Tuan Rifa’at Tohtowi, seorang yang berketurunan mulia dan cucu kepada ulamak (beliau merupakan Ketua Turus Pejabat Presiden Mesir ketika pemerintahan Dr.Morsi) selain 7 orang pegawai polis tetapi pandangan saya hanya memandang Tuan Presiden.”
Menurut Usamah Morsi lagi, “Saya mengucup tangan dan kepala Tuan Presiden, lantas beliau berkata kepada saya: “Sila bertenang dan jangan risau..Saya berada dalam keadaan kesihatan yang amat baik. Penggantungan saya kepada Allah, ia menguatkan saya bersama saudara saya ini, Rifa’at dan beliau merupakan sebaik-baik lelaki.”
Presiden Morsi juga turut prihatin apa yang menimpa seorang tokoh revolusi Islam Mesir, Syeikh Hazim Abu Ismail yang turut diheret ke mahkamah pada hari yang sama maka Usamah memaklumkan beliau dijatuhkan hukuman zalim lantas Presiden Morsi mendoakan agar saudaranya, Hazim itu dibebaskan.
Usamah Morsi mengakhiri tulisannya di Facebook dengan berkata, “Presiden menyampaikan salam kepada semua maka tamatlah waktu yang diberikan maka saya keluar dari bilik tersebut.”
Sumber: Halaman rasmi FJP
Sumber : Harakah
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.
Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
“Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat. Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian). Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini,” kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini.
Beliau juga menjelaskan, PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewatlewatnya Disember tahun ini.
Isu hudud kembali diperkatakan selepas Kelantan mengumumkan akan mengemukakan Rang Undang- Undang Persendirian (RUU) berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen. Ekoran itu, pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.
Ketika isu ini hangat diperkatakan pada 2011 lalu, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian bersama dalam isu ini melalui satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 29 September di Pejabat Agung PAS.
Dalam sidang media yang dihadiri bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu, mereka mengumumkan mengambil pendirian menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.
Ia termasuk menghormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Mereka juga bersetuju memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang wujud sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.