Ahlan kepada sahabat-sahabat sekalian.

Nabi SAW bersabda : Kebijaksanaan itu adalah barang tercicir milik orang beriman, di mana sahaja ia ditemui, maka orang beriman lebih berhak memilikinya”.

Justeru, memanfaatkan teknologi siber adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Hanya dari sebuah bilik, tulisan kita di dalam blog boleh dibaca orang lain di ceruk dunia di mana kemudahan itu boleh diperolehi.

ALAM

Kita pernah mendengar sebuah hadith Nabi SAW : “Jangan kamu memikirkan zat Allah, tetapi fikirkanlah tentang makhluk Allah”

Sebagai manusia yang diberi akal fikiran dan hidayah, tidak wajar kita melihat sesuatu dalam kehidupan ini dengan pandangan yang kosong. Sedangkan setiap sesuatu yang berlaku ada tujuan dan matlamatnya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kehidupan ini sia-sia.

Marilah kita memandang, mendengar serta memikirkan kejadian alam ini dan mengakui kehebatan Allah SWT. Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali.

SAYA

Gelaran Abu Nuha muncul di bumi Mesir mulai Ogos 2003, selepas kelahiran anak sulung di Wilayah Mansoura, 100km dari Kota Kaherah.

Mengaji di Ma’ahad Qiraat al-Azhar Shoubra Mesir 2000-2003, sebelum itu di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah 1995-1999, sebelum itu di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu 1991-1996.

Pernah menjadi imam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid Negeri Sabah, pernah juga diamanahkan sebagai Pegawai Agama Istana Negeri Sabah ( Nov 2006-Feb 2008 ) dan kini ditempatkan di Unit Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi JHEAINS.