Archive for April, 2009


MENGUMPUL BIODATA PENDAKWAH DI SABAH

Sehari dua ini saya memulakan satu projek untuk mengumpulkan senarai nama pendakwah yang sama ada yang pernah atau masih lagi berkhidmat di bumi Sabah.

Secara asasnya, memanglah menyebut dakwah secara umum agak luas pengertiannya. Sesiapa sahaja yang menyampaikan Islam sama ada dengan lidah, tulisan, perbuatan, perlakuan, akhlak dan sebagainya adalah dikira daie secara umum.

Buat permulaan ini, saya berhasrat mencari biodata ringkas mereka, termasuk tempoh perkhidmatan di Sabah, pengalaman berharga, dan sebagainya.

Jika mereka bukan dari Sabah, misalnya dari tanah semenanjung atau bumi Indonesia, bila mereka datang dan mula berkhidmat dan daerah-daerah mereka ditempatkan.

Jika di kalangan mereka sudah kembali kerahmatullah, saya berharap ada waris-waris mereka dapat menghubungi saya melalui blog ini seterusnya memberikan maklumat berkenaan.

Saya amat meyakini, jumlah pendakwah di Sabah terlalu ramai.

Justeru, ia akan dibuat secara bersiri dan berdikit-dikit. Saya akan mulakan dengan orang yang dikenali terlebih dahulu, orang-orang pencen atau sudah melewati umur 60an. Kemudian saya akan turuti dengan yang lebih muda daripada itu.

Ia bukan terhad kepada golongan ustaz sahaja, tetapi juga mungkin cikgu biasa atau orang awam yang memberi komitmen terhadap urusan dakwah ini.

Setakat ini, setakat dua hari sembang-sembang dan tanya-tanya kepada warga jabatan yang berkhidmat lama di sini, saya sudah mendapatkan 150 nama. Baru namanya, belum biodata ringkasnya lagi.

Tujuannya supaya pendakwah muda seperti saya agar mengingati pejuang-pejuang yang menegakkan Islam di bumi ini khusus di Sabah, sekaligus merangsang bahawa dakwah ini adalah satu tugas yang mulia. Sesungguhnya tanpa dakwah mereka, kita tidak tahu kedudukan kita hari ini.

Mudah-mudahan urusan ini dimudahkan oleh Allah SWT.

“Dan tidak ada orang yang lebih baik perkataannya, selain orang yang menyeru kepada agama Allah, serta berkata : Aku termasuk orang Islam”.

PAMERAN & BERGERAI DI KUALA PENYU

Tugasan utama ke Kuala Penyu sempena festival kesenian Islam sabtu lalu ialah untuk menjaga dan monitor kaunter JHEAINS yang menyertai pameran yang diadakan serentak dengan festival berkenaan. Meriah juga dengan kehadiran ramai tetamu ke kaunter-kaunter pameran.

Tambahan lagi ada pasukan lain terdiri daripada rakan-rakan agensi kerajaan yang sudah dikenali sebelum ini.

Petugas JHEAINS memberikan penerangan kepada pengunjung

Petugas JHEAINS memberikan penerangan kepada pengunjung

Sebahagian buku yang dipamer terbitan JAKIM

Sebahagian buku yang dipamer terbitan JAKIM

Sahabat-sahabat daripada KDN

Sahabat-sahabat daripada KDN

Datuk Hj Abdullah Hussien memimpin gerai pameran USIA

Datuk Hj Abdullah Hussien memimpin gerai pameran USIA

Skuad Tabung Haji Beaufort

Skuad Tabung Haji Beaufort

Jabatan Kesihatan turu serta

Jabatan Kesihatan turut serta

Gerai HPA tidak ketinggalan

Gerai HPA tidak ketinggalan

Aslam Niaga paling meriah

Aslam Niaga paling meriah

Yayasan AMAL Malaysia mengorak langkah

Yayasan AMAL Malaysia mengorak langkah

Tuan Md Zulkifli Tahir, Pengarah Hospital K. Penyu (baju melayu biru) selaku penyelaras gerai pameran sedang melawat sebahagian peserta gerai

Tuan Md Zulkifli Tahir, Pengarah Hospital K. Penyu (baju melayu biru) selaku penyelaras gerai pameran sedang melawat sebahagian peserta gerai

Para petugas JHEAINS bergambar kenangan sebelum pulang

Para petugas JHEAINS bergambar kenangan sebelum pulang

img_1446Seorang lagi sahabat yang boleh dikatakan akrab sehingga sekarang ialah tuan imam seorang ini.

Ust Abd Amir, 31 tahun, orang BDC Sandakan, kini bertugas sebagai imam qaryah di Masjid Kg Kebatu Kebidang Beaufort. Cintanya di Beaufort bermula sejak bertugas sebuah sekolah milik YB Datuk Hj Lajim Hj Ukin.

Terdahulu, Amir adalah senior sebilik ketika di SMAI TPHR. Sementelahan di MTQQ, kami tinggal serumah bersebelahan bilik ketika di Grace Court pada 1997-1999 dulu.

Apabila ada ‘lubang-lubang’ kerja dalam JHEAINS, beliau menyertai perkhidmatan awam dan ditempatkan pula di masjid. Imam Amir pernah bertugas secara sambilan di Masjid Negeri sebelum itu, dan setahu saya bacaannya yang jelas dan mantop itu mendapat pujian jamaah yang mengikutinya.

Sepanjang pergaulan dan mengaji bersama-sama, saya yakin Imam Amir antara sahabat yang terbaik bacaan al-Quran khusus daripada segi tajwid dan fasohahnya.

Isteri beliau, Ustazah Husjana Guljuman orang Tawau, adalah Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) JHEAINS Beaufort sejak pertengahan 2006 sehingga kini.

img_1449Ketika program festival kesenian Islam di Kuala Penyu sabtu lalu, kami bertemu dan bersembang panjang khususnya tentang perkembangan keluarga masing-masing.

Kini mereka sudah punya 3 cahayamata. Md Lutfi Sobri, 7 tahun, darjah 1 di SK Kebatu; Nur al-Fathiyyah, 6 tahun, pra-sekolah juga di SK Kebatu dan Abd Wafi, 2 tahun.

Saya perhatikan anak-anak cukup rapat dengan Amir. Mungkin masanya lebih banyak berbanding isteri yang sibuk mengurus hal ehwal Islam di dalam daerah Beaufort.

Khusus rakan-rakan alumni al-azhari Sabah dan mereka yang mengenalinya.

Insya Allah, Ust Bakhtiar Hud yang kita kasihi dan hormati akan mengadakan majlis pernikahan dengan pasangannya iaitu saudari Aisyah Hj Hamzah, 29 tahun,  pada 13 Jamadil Awwal bersamaan 8 Mei 2009 (Jumaat). Tempatnya ialah di dewan Masjid Pg Galpam Batu 7 Sandakan.

Menurut maklumat daripada Ust Bakhtiar sendiri, majlis akad nikah dijangka diadakan pada sebelah pagi sekitar jam 9, sementara jamuan ringkas diadakan selepas solat Jumaat.

Mohon sahabat-sahabat yang berkelapangan, terutama yang hampir agar dapat hadir seterusnya memberikan sokongan  serta doa buat kedua pengantin.

img_1514Sabtu lepas, berlangsung festival kesenian Islam peringkat pedalaman bawah bertempat di Dewan Shah Bandar Makang, Kuala Penyu.

Festival berkenaan melibatkan pertandingan barzanji dan marhaban, nasyid moden dan tradisi serta kompang.

img_1510Lima daerah dalam bahagian pedalaman bawah menyertai festival berkenaan iaitu daerah Beaufort, Sipitang, Membakut, Menumbok serta Kuala Penyu selaku tuan rumah.

Pemenang-pemenang setiap kategori akan mewakili festival peringkat negeri yang dijangka akan diadakan pada 19-22 Mei di Kota Kinabalu.

Kira-kira 500 umat Islam sekitar Kuala Penyu hadir dalam festival berkenaan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, DSP Hj Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

img_1428

img_1462

img_1485

img_1486

img_1491

img_14931

img_1505

p4240016Pagi Jumaat, saya menggantikan seorang ustaz memberikan ceramah agama kepada 38 orang pelatih jabatan penjara.

Mereka ini dalam proses latihan selama 3 bulan di Jabatan Penjara Pusat, Kota Kinabalu. Selepas daripada itu, mereka akan terus bertugas di tempat yang sudah ditetapkan di Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah 38 orang ini, 10 daripada mereka bukan beragama Islam. Seorang daripada mereka beragama bahai, dan sembilan lagi beragama kristian pelbagai mazhab. Ada SDA, SIB dan Anglican.

Daripada 28 yang beragama Islam itu pula, 3 orang dari Kelantan, 3 orang dari Kedah, 2 dari Perak dan seorang dari Johor.

Pengalaman yang agak menarik juga berceramah di hadapan mereka, apabila sebelum ceramah bermula, akan ada seorang daripada mereka yang membuat laporan di hadapan saya bahawa mereka – seramai 38 orang itu – sudah bersedia untuk mendengar ceramah.

Saya pula terpaksalah ‘eksyen’ sedikit, dengan mengangguk-angguk dan bersedia pula untuk berceramah. Begitulah juga setelah selesai, orang tadi akan tampil semula ke hadapan dan melaporkan bahawa mereka berterima kasih atas ceramah yang diadakan.

Saya merasakan ceramah agak hambar pada awalnya kerana kurang persediaan, hanya dimaklumkan kurang 24 jam. Sementelahan saya agak kurang selesa melihat pakaian seragam mereka lengkap dengan topi mereka. 🙂

p4240020Akhirnya, dalam ceramah itu mereka sukarela menanggalkan topi yang mereka pakai tanpa saya suruh pun.

Alhamdulillah, dalam masa hampir dua jam, saya ‘bercerita’ tentang surah al-Asr, yang berkait tentang ketamadunan manusia.

Beriman kepada Allah, melakukan aktiviti yang baik menurut Islam, berkata benar dan bersabar.

 

Ust Hj Pg Omar Pg Gana, Pengetua SMAI TPHR menerima trofi daripada Timbalan Pengarah JHEAINS, Hj Rumaling Epit

Ust Hj Pg Omar Pg Gana, Pengetua SMAI TPHR menerima trofi daripada Timbalan Pengarah JHEAINS, Hj Rumaling Epit

SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah rendah dan atas dalam majlis ko-kurikulum sekolah-sekolah JHEAINS di Dewan Saadah Wisma MUIS khamis lepas.

Terdapat 5 sekolah menengah JHEAINS menyertai pertandingan tahunan itu iaitu SMAI Pantai Manis Papar, SMAI Beaufort, SMAI Tambunan, SMAI Kunak dan SMAI TPHR sendiri selaku tuan rumah pertandingan.

Sementara itu, sekolah-sekolah JHEAINS Bahagian Pedalaman Bawah diumum pemenang keseluruhan peringkat Sekolah Agama Negeri (SAN). Sebanyak tujuh bahagian menyertai termasuk kontinjen dari WP Labuan.

Hadiah-hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Tuan Hj Rumaling Epit selaku timbalan pengarah JHEAINS mewakili pengarah dan juga Ust Hj Saifuddin Hj Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS.

Sebanyak empat kategori pertandingan peringkat SAN dan tujuh kategori peringkat sekolah menengah. Turut hadir pegawai-pegawai kanan JHEAINS, pengetua-pengetua dan guru-guru besar, para pendidik dan pelajar sekolah JHEAINS.

LUKMAN SAID BERTEMU JODOH

img_1421Malam tadi, saya bertemu dengan seorang lagi sahabat baik, Ust Hj Md Lukman Said.

Ingat lagi, Lukman adalah orang pertama yang menegur dan menyapa sekaligus menghulur persahabatan kepada saya ketika kami sama-sama masuk tingkatan 1 di SMAI TPHR pada hujung 1991, kalau tidak salah 26 Disember.

Zaman sekolah dahulu, Lukman adalah pelajar mithali sekolah tahun 1997. Ketika di Mesir pula 2 tahun lalu, pernah juga menjadi YDP Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM).

Sahabat saya ini kembali ke tanahair setelah lebih 2 tahun tidak balik, bercuti sebelum kembali ke Mesir julai nanti. Bagi yang belum tahu, Lukman masih melanjutkan pengajian masternya, tahun 3 dalam bidang lughah di Universiti al-Azhar, Kaherah.

Ketika masih bersama-sama di Mesir lebih kurang 5-6 tahun lalu, Lukman pernah  memberitahu saya sendiri, menyimpan cita-cita untuk menamatkan PhD di Universiti al-Azhar juga. Semoga cita-cita itu masih menjadi sasarannya.

Tengah-tengah saya asyik berkuliah di Surau Taman Olivia semalam, masuk satu sms daripada Lukman. Khabar pentingnya ialah, insya Allah beliau bakal menikahi gadis dari utara pada khamis depan 30 April di Alor Setar.

Ustazah Siti Hadibah Abd Hajar, 29 tahun, seorang guru JQAF di Alor Setar. Tunang Lukman ini terdahulunya menamatkan pengajian kuliah lughah (bahasa Arab) pada 2007 juga di Universiti al-Azhar , Mansoura, 100 km dari Kaherah.

Ketika saya tiba berziarah di rumah abangnya di Kg Sungai Padang Papar semalam, Lukman sibuk di depan laptop milik abangnya, rupanya masih mencari-cari tiket airasia untuk ke semenanjung minggu depan.

Kerana menyedari pernikahan berlangsung di Alor Setar, saya segera bertemu Lukman untuk melihat seri wajah bakal pengantin ini.

Guraunya, walau dalam usia 30 tahun tahun ini, dia tidak malu kerana ada lagi kawan-kawan sepersekolahan dahulu yang masih bujang. “Yang penting, aku mendahului Hj Yakob”. Hehehe..

Dua tahun bertunang, kini masanya telah tiba. Saya dan keluarga mendoakan kesejahteraan buat Lukman dan Hadibah. Kawan-kawan yang berhasrat menghubungi dan mengucap tahniah, boleh berhubung di 014-6512250.

Tarikh : 23 April 2009 (Khamis) di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu. Semoga gambar-gambar ini mengubat kerinduan dan kenangan zaman ‘muda-muda’ dulu terhadap rakan-rakan dan guru yang lama tidak ditemui.

img_12731

img_1274

img_1277

img_1280

img_1281

img_1284

img_1287

img_1289

img_1293

img_1295

img_1301

img_1302

img_1306

img_1309

img_1320

img_1240Salah seorang peserta yang menarik perhatian kami ialah anak ini – Mohammad Faris bin Mohammad. Bersekolah di SAN Bongawan. Mewakili Pantai Barat Selatan dalam pertandingan bercerita peringkat rendah.

Penampilan sebegini amat jarang lagi dilihat khusus di sekolah agama sekalipun. Melihatnya saja pun sudah terasa janggal, walaupun itu sebahagian pakaian anjuran Rasul SAW.

Benar sabda junjungan bahawa Islam itu bermula asing dan ganjil, dan nanti akan kembali kelihatan ganjil lantaran orang mula meninggalkan ajaran agama.

Satu masa dahulu, ketika di maahad, kami dibiasakan dengan berkopiah dan berserban. 

Sebelum kami berenam hendak ke Kuala Kubu Baru untuk menduduki peperiksaan akhir diploma, kami membuat kunjungan hormat ke atas TYT ketika itu Tun Sakaran Dandai. Semuanya tampil berserban dan berjubah putih.

img_1242Kini sunnah itu sudah diubah kepada sunnah songkok hitam. Saya antara orang yang sedih apabila pemakaian itu dirubah.

Tidakkah terdetik secubit rasa bersalah? Songkok tidak salah. Tetapi kita telah meninggalkan sesuatu yang lebih baik.

Tidak mustahil, satu masa nanti anak-anak tidak lagi kenal serban dan kopiah hanya kerana kita mahu memartabatkan songkok hitam sebagai lambang bangsa dan negara.

Serban hanya dipakai oleh orang yang balik daripada haji. Itu pun mungkin dipakainya setahun sekali, sempena solat hari raya haji.

Anak yang berjubah dan berserban ini walaupun hanya mendapat saguhati, sepatutnya membuka mata dan hati kita. Melihatnya pun sudah menyejukkan mata.

%d bloggers like this: