Tarikh : 6 September 2015
Archive for September, 2015
Tarikh : 4-6 September 2015
Lokasi :
- Surau at-Taqwa PML (Khutbah Jumaat)
- Masjid Jamek Adam Kg Lajau (Kuliah Maghrib)
- Surau Nur Islam Bandar Labuan (Kuliah Subuh)
- Maahad Tahfiz al-Badr Taman IOFC (Ziarah)
- Masjid Jamek Layang-Layangan (Kuliah Maghrib)
- Masjid Jamek an-Nur, Bandar Labuan (Kuliah Subuh)
- Masjid Mahmudiah Kg Segumau (Kuliah Maghrib)
Tarikh : 25 September 2015
Lokasi : Masjid Rusila Terengganu
Pengkuliah : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/37563-istiqamah
Dikurnia hidayah Allah saat sudah melewati usia muda adalah nikmat besar. Ia adalah keinsafan yang hebat dan kurniaan yang didambakan.
Bukan mudah membuang akar-akar jahiliyah dan cinta maksiat yang tumbuh dalam diri sedari alam remaja. Mujahadah dan azam yang tinggi adalah senjata yang ampuh buat membuang segala ikatan-ikatan jahiliyah yang membelit diri.
Manakala dikurnia hidayah Allah sedari zaman muda adalah nikmat terbesar. Diri diperkenal dengan kebenaran dan dididik mencintainya. Cinta kebenaran dan kebaikan berakar lebih awal di dalam diri.
Tetapi ujian adalah getir. Ada yang kecundang pada umur yang semakin hari semakin menua. Dunia bukan calang-calang untuk mengalah kepada iman. Ia sengaja disiapkan Allah untuk menguji upaya benar dan ikhlas hambaNya menghamba diri kepadaNya. Justeru tiada senjata seampuh senjata sabar dan terus bersabar menerjang badai ujian dan tribulasi. Allahlah tempat bergantung dan bertawakal.
Pada usia mana, hidayah Allah adalah segala. Ia isi kehidupan. Selainnya adalah antah dan palsu. Memupuk iman di dada bagai menggenggam bara api. Ia kesukaran paling sukar.
Pada usia mana kita berada, nilainya pada iman dan hidayah. Ia apabila diperolehi, mestilah bersambungan menyambung usia diri. Tidak boleh putus. Putusnya dahsyat sepertinya putus nyawa dan nafas.
Nafas dan iman perlu beriringan bersambungan. Insaf, mujahadah, azam, sabar dan terus bersabar.
Satu kata yang mengumpulkan adalah kalimat ‘istiqamah’. Justeru beristiqamahlah kita di jalan menuju Allah.
Fastaqim. – HARAKAHDAILY 26/9/2015
Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/37542-perutusan-aidil-adha-presiden-pas
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.” (Surat Al-Hajj, ayat 36)
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh ummat Islam, khususnya buat para pendukung dan penyokong PAS. Marilah bersama kita beringat, bahawa hari raya bagi umat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam.
Kita sudah pun meraikan Aidil Fitri bersempena dengan ibadah puasa Ramadan yang besar hikmat dan fadilatnya, serta peristiwa Nuzul Quran dan lembaran sejarah yang besar seperti Badar dan lain-lain yang memberi kemenangan kepada umat Islam.
Kini pula kita meraikan hari Aidil Adha yang berkait dengan ibadah haji dan perisytiharan Al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang perkara yang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.
Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.
Marilah kita hayati Aidil Adha kali ini dengan mengambil iktibar daripada petunjuk di atas, demi kemenangan dunia dan akhirat.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
09 Zulhijjah 1436H / 23 September 2015M – HARAKADAILY 23/9/2015