Archive for Mac, 2014


 

Saya pernah dengar nama persatuan ini tetapi kali pertama bertemu dengan beberapa aktivisnya untuk daerah Lahad Datu beberapa hari lepas. PERPPIS atau nama panjangnya Persatuan Putera Puteri Islam Sabah saya ketahui sedikit sebanyak sebagai persatuan yang dianggotai oleh remaja-remaja cinta Islam zon Tawau – merangkumi daerah Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau sendiri.

Mereka anak-anak muda remaja yang diasuh agar belajar, bekerja dan berkhidmat semata-mata kerana Allah SWT, ditarbiah agar suka membantu orang lain dan cintakan ilmu pengetahuan. Tidak banyak yang dapat saya kongsikan selain beberapa kalam bahawa perjuangan Islam sejak dahulu kala banyak didukung oleh orang-orang muda dan tempoh kudrat yang masih gagah ini perlu dipenuhi dengan menuntut ilmu dan berkhidmat kepada agama dan negara.

Perpis LD (1) Perpis LD (2)

Buku yang baru dibaca :

Santai Pak Kasim

Penulis : Ustaz Hairul Nizam Mat Husain

Penerbit : Faza Publication

Tindakan yang tidak tuntas daripada pihak berkuasa menyebabkan meskipun setelah lebih 30 tahun Kasim masi lagi berpegang bahkan menyebarkan doktrin pemikiran kelirunya.

Secara jujur, kami bertindak bukanlah takutkan Kasim, kerana Kasim sebagai bekas Pengerusi Kebangsaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang telah bangkrap perjuangan politiknya dan akhirnya menyertai UMNO, seorang individu yang telah tamat zamannya.

Tetapi yang lebih berbahaya ialah Neo-Kasimisme yang melahirkan pemuja liberal dan kini merebak virusnya ke dalam benak umat Islam.

Maka, buku ini adalah hidangan ilmiyyah buat pencint ilmu dan kebenaran serta mereka yang dahagakan hujah ilmiyyah. Namun untuk memudahkan penerimaan masyarakat awam, buku ini dipaparkan secara soal jawab sambil bersatira.

Mudah-mudahan ummah mendapat pencerahan dalam isu Kasim ini yang dibuat atas kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Tarikh : 29 Mac 2014

Tempat : Pekan Putatan

Lebih 10 orang anak-anak mangsa kebakaran Kg Pasir Putih Putatan beberapa hari lepas telah dibawa oleh petugas Unit Amal PAS Putatan untuk membeli pakaian persekolahan di Pekan Putatan. PAS Putatan mengambil inisiatif berkenaan setelah mangsa kebakaran kehilangan harta benda termasuk pakaian dan peralatan persekolahan.

Semoga usaha yang sedikit ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dialami oleh keluarga mangsa, dan diganjari pahala oleh Allah SWT.

Amal Putatan (1) Amal Putatan (2) Amal Putatan (3) Amal Putatan (4) Amal Putatan (5) Amal Putatan (6) Amal Putatan (7) Amal Putatan (8) Amal Putatan (9) Amal Putatan (11)

Masjid Pekan Kunak

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid Daerah Kunak

Setiap jumaat saban minggu, khatib akan memperingatkan tentang taqwa kepada Allah SWT dengan makna melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan. Perintah dan larangan agama Islam ini ada dalam perkataan, perbuatan dan iktikad hati. Ia berkait dengan amalan peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Apabila semua perkara ini tertunai, insya Allah umat Islam akan menjadi manusia yang bertaqwa.

Justeru Allah SWT telah menyatakan di dalam al-Quran agar orang beriman masuk ke dalam Islam secara keseluruhan dan tidak mengambil Islam secara sampingan. Mengambil Islam di sudut yang disukai dan meninggalkan ajaran yang tidak sesuai dengan dirinya. Mengikut Islam secara terpilih adalah termasuk dalam rangka pengikut syaitan.

 

ZIARAH HOSPITAL KUNAK

Tarikh : 27 Mac 2014 (Khamis)

Lokasi : Hospital Kunak

Ziarah yang sangat mengesankan dan banyak memberi erti dalam hidup saya sebagai seorang muslim, lebih-lebih lagi sebagai perawat pengubatan Islam Darussyifa’. Ziarah kami banyak tertumpu kepada wad kanak-kanak dan yang lain juga. Saya dan kami melihat anak-anak seperti anak-anak saya sendiri, menderita diuji dengan sakit yang pelbagai.

Kami juga menyaksikan ragam penjaga masing-masing, ada yang menangis dengan ziarah kami. Saya berbesar hati dapat menyertai rombongan ziarah yang diusahakan oleh sahabat-sahabat kami di Kunak. Semoga mereka dapat meneruskan aktiviti seumpama ini secara tetap dan berkala. Ziarah pesakit sememangnya anjuran Islam.

Hospital Kunak (1) Hospital Kunak (2) Hospital Kunak (3) Hospital Kunak (4) Hospital Kunak (5)Hospital Kunak (7) Hospital Kunak (8) Hospital Kunak (9)

Masjid Haji Muda (1) Masjid Haji Muda (2) Masjid Haji Muda (3) Masjid Haji Muda (4) Masjid Haji Muda (5) Masjid Haji Muda (6) Masjid Haji Muda (7)

 

Zaman sekolah dahulu, saya pernah mendengar tentang sejarah kedatangan Islam di Sabah khususnya di Lahad Datu. Apabila ada kesempatan berziarah ke sini, barulah saya tahu rupanya saya berada di sebuah kampung yang memiliki sejarah tersebut.

Ketika minum-minum selepas kuliah subuh, jamaah masjid menceritakan berlebih kurang sejarah tersebut dan lebih menarik kami dibawa seawal jam 6.30 pagi ke rumah yang mempunyai simpanan salinan kitab agama yang berusia lebih 500 tahun. Manuskrip asal berbahasa Idahan saya difahamkan sudah diserahkan kepada pihak muzium.

Tuan rumah (maafkan saya terlupa namanya) yang kami ziarahi tersebut adalah waris yang disahkan untuk memiliki dan menyimpan tiga kitab lama termasuk naskhah al-Quran tulisan tangan yang diwarisi oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Injir bin Panjang (berdasarkan rekod dan kitab yang dilihatkan kepada kami. Katanya, menjadi kebiasaan beliau menerima tetamu seluruh pelusuk negara yang bertanya dan melihat sejarah perkembangan Islam khususnya di Lahad Datu ini.

Sedikit sebanyak beliau walaubagaimanapun telah menceritakan asal usul perkembangan Islam di sana termasuk dapatan sebuah masjid yang dibina pada zaman prasejarah. Saya berminat untuk bertanya lebih lanjut bersama tuan rumah tersebut tetapi memandangkan kesuntukan masa kami terpaksa meminta diri untuk program yang lain pula.

Semoga Allah merahmati tuan rumah sekeluarga dan pihak jamaah masjid yang menemukan kami. Insya Allah ada kesempatan lain berziarah lagi.

Islam@ Sapagaya (1) Islam@ Sapagaya (2) Islam@ Sapagaya (3) Islam@ Sapagaya (4) Islam@ Sapagaya (5) Islam@ Sapagaya (6) Islam@ Sapagaya (7)

Tarikh : 27 Mac 2014

Lokasi : Masjid Nurul Makhdum, Kg Sapagaya Lahad Datu

Alhamdulillah, setinggi terima kasih kepada sahabat baru saya Sdr Nizam dan juga pihak masjid yang memberi ruang untuk saya mengisi satu slot di masjid ini. Sejak awal saya dimaklumkan perkara yang positif tentang masjid ini dan suasananya.

Dari luar pintu masjid saya melihat senarai jadual kuliah yang tersusun, tertarik hati melihat satu nama yang pernah menjadi pelajar kami di Maahad Tahfiz al-Quran dulu, rupanya orang sini yang berkhidmat dan berbakti di kampung halaman sendiri.

Selepas kuliah dan sarapan di luar masjid, barulah saya tahu bahawa kampung ini mempunyai sejarah penting dalam perkembangan Islam di Sabah. Baru saya teringat, rupanya di sini sejarah itu bermula!

Masjid Nurul Makhdum (1) Masjid Nurul Makhdum (2) Masjid Nurul Makhdum (3) Masjid Nurul Makhdum (4)

FATWA BERKAITAN MH370

mh370

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 25 Mac 2014 telah membincangkan mengenai Tragedi MH370. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah mendengar dan meneliti tiga (3) kertas kerja yang telah disediakan mengenai penentuan hukum syarak dalam tragedi MH370, dan setelah berbincang serta meneliti semua pandangan ulama’ serta pandangan ahli-ahli pakar pelbagai bidang sejak daripada tragedi ini berlaku pada 8 Mac 2014 hinggalah kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth Australia, Muzakarah menegaskan bahawa pensabitan kematian seseorang mempunyai kesan dan implikasi yang besar dari perspektif syarak. Justeru dalam Islam terdapat kaedah-kaedah yang telah digariskan bagi menangani permasalahan mereka yang tidak diketahui samada masih hidup atau sudah mati, dan dalam Fiqh kes seperti ini dikenali sebagai Mafqud (orang yang hilang).
  2. Muzakarah menjelaskan bahawa berdasarkan pandangan as-Syafie “Mafqud ialah orang yang tidak didengari khabarnya, dan barangkali kemungkinan besarnya dia telah mati”. (Al-Syafie, Al-Umm, 6:182). Para ulama memperincikan bahawa mafqud dibahagikan kepada dua bahagian dan hukum kedua-duanya adalah berbeza. Pertama: Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dianggap telah terkorban. Mafqud bahagian ini ialah orang yang hilang dalam suatu bencana kebinasaan. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 6:389). Kedua: Mafqud yang secara zahir dia masih hidup. Contohnya seseorang yang keluar dari rumahnya untuk berniaga atau melancong tetapi tidak kembali pulang ke rumahnya.
  3. Daripada contoh mafqud yang dibawakan oleh Ibn Qudamah, Muzakarah berpandangan bahawa dalam kes pesawat MH370 yang berakhir dalam lautan yang amat luas dan dalam, mayat-mayat dan bangkai pesawat menghadapi kesukaran untuk ditemui, dan pandangan pakar mengatakan bahawa survival manusia untuk hidup adalah tipis, maka kes ini bolehlah dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya dia dianggap telah terkorban.
  4. Muzakarah juga menjelaskan bahawa mengenai kadar tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya, tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap. Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.Muzakarah juga berpendapat bahawa perbezaan yang ketara dari segi uruf dan masa perlu diambilkira dalam penentuan tempoh mafqud ini kerana ia memberi kesan dalam pengsabitan hukum-hakam seterusnya.
  5. Dalam hal ini, Muzakarah memutuskan bahawa dalam tragedi MH370 ini, keperluan menetapkan tempoh mafqud adalah terletak kepada pertimbangan ulil amri berdasarkan kepada ijtihadnya selaras dengan pandangan majoriti ulama, termasuk mazhab Syafie, mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan satu riwayat mazhab Hanbali. (Nihayah al-Muhtaj, 6:28; Hasyiyah al-Dusuki, 4:434; Hasyiyah Ibn Abidin, 3:332; Al-Kasysyaf, 4:391).Justeru, berasaskan kepada Kaedah Fiqhiyyah iaitu ‘Menghilangkan Kemudaratan’, lima (5) prinsipMaqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal serta berasaskan kepada Siyasah Syariyyah dalam menjaga kemaslahahatan keluarga dan pihak-pihak yang terlibat serta bersesuaian dengan uruf dan waqi’, Muzakarah memutuskan bahawa keadaan mafqud dalam tragedi initidak memerlukan kadar tempoh tertentu kerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta qarinah-qarinah yang boleh diambilkira sebelum dan selepas pengumuman Kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, telah melalui tempoh munasabah bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh Ulil Amri.
  6. Sehubungan itu berdasarkan semua keterangan dan hujah-hujah yang dinyatakan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah dikategorikan sebagai “Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban”.Oleh itu, memandangkan usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagimafqud dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi tinggi serta kewujudan qarinah-qarinah yang boleh diambilkira, maka Muzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh dianggap telah terkorban. Walau bagaimanapun pengesahan atau pensabitan kematian hendaklah diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.Muzakarah juga berpandangan bahawa memandangkan pihak berkuasa masih terus mencari kesan daripada tragedi tersebut termasuk mayat atau cebisan mayat penumpang yang terkorban, maka Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan lagi.
  7. Muzakarah juga memutuskan bahawa jika dalam usaha pencarian kesan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa berjaya menemui mayat atau cebisan mayat, maka wajiblah diuruskan mayat tersebut seperti yang ditetapkan oleh Islam.Oleh kerana penumpang MH370 ini terdiri daripada berbagai agama dan jika tidak dapat dibezakanantara Islam dan bukan Islam, maka untuk menguruskan mayat orang Islam dalam keadaan bercampur ini, hendaklah diuruskan kesemua mayat yang dijumpai tersebut mengikut Islam dan sewaktu Solat Jenazah hendaklah diniatkan hanya untuk orang Islam sahaja.Jika yang ditemui itu hanya cebisan-cebisan atau sebahagian anggota kecil sahaja, maka hendaklahdikumpulkan semuanya dan diuruskan mengikut Islam dan ketika Solat Jenazah hendaklahdiniatkan untuk orang-orang Islam sahaja.
  8. Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa,atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, Muzakarah menegaskan bahawa ianyahendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.
  9. Muzakarah juga berpandangan bahawa dalam menghadapi suasana tragedi ini, pelaksanaan ibadah-ibadah seperti Solat Hajat, bacaan Yasin dan sebagainya bolehlah diteruskan oleh umat Islam.
  10. Muzakarah juga memutuskan bahawa orang-orang Islam yang disabitkan kematiannya dalam tragedi MH370 ini adalah tergolong sebagai Syahid Akhirat berasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan bahawa mati kerana tenggelam termasuk dalam salah satu kategori Syahid Akhirat.

Tarikh : 25 Mac 2014

Antara keputusan mesyuarat ialah menguatkuasakan secara berperingkat pakaian seragam perawat, menyediakan kad rujukan untuk pesakit serta sistem panggilan yang lebih tersusun. Insya Allah perkhidmatan Darussyifa’ Lok Kawi akan lebih baik daripada masa ke masa.

DS Lok Kawi Mac (1) DS Lok Kawi Mac (2)

%d bloggers like this: