Sejak petang khamis lepas, adapter ACER saya terbakar. Ada kesan hangus di belakangnya.

Petang itu juga saya ke Ujana Kewangan, mencari adapter ACER tetapi tidak ada kedai-kedai komputer yang menjualnya. Semua kedai yang ditemui mengatakan perlu order khas dari KK.

Yang ada adapter biasa tidak berjenama, yang boleh dipakai oleh semua laptop. Harganya antara RM85-130.

Saya bersabar saja, menunggu masa untuk kembali ke KK pada malam sabtu.  Sampai rumah sekitar jam 11 malam, saya langsung terlelap.

Pagi semalam (ahad), saya ke Karamunsing membeli adapter ACER yag dimaksudkan. Harganya RM140 setelah diskaun sebanyak RM19.00.

Petang itu saya terus memasang adapter baru itu, tetapi streamyx pula bermasalah.

Telefon streamyx beberapa kali, rupanya akaun steramyx digantung. Akaun belum bayar.

Petang ini saya bayar sejumlah RM231 untuk tiga bulan. Jun, Julai dan Ogos.

Balik ke rumah kejap tadi, sebagaimana dijanjikan staf TM Point, streamyx berfungsi kembali.

Ada-ada saja. Ada banyak artikel menanti, terutama cerita-cerita dari Labuan.