Tag Archive: Kelantan


Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41142-pendidikan-tinggi-kelantan-1990-2004

Pendidikan tinggi di bawah kerajaan negeri Kelantan (Fasa kedua: 1990-2004)

KERAJAAN negeri Kelantan di bawah kepimpinan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut memberikan perhatian kepada pusat pengajian tinggi dan peluang pengajian tinggi kepada anak-anak Kelantan.

Di antara institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan ialah Maahad Dakwah Wal Imamah di mana tujuan penubuhan Maahad ini adalah bertujuan untuk merancakkan pendidikan tinggi Islam di Kelantan.

Di antara institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan Kelantan ialah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Kolej ini terletak di Nilam Puri yang bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan tinggi yang berteraskan ajaran Islam, melahirkan generasi berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan golongan intelektual Islam.

Antara matlamat lain penubuhan kolej ini ialah untuk memberi pendidikan tinggi yang secukupnya kepada rakyat negeri Kelantan. Penubuhan KIAS adalah lanjutan sejarah daripada penubuhan YPTIK yang telah ditubuhkan pada tahun 1965, di mana institusi ini menjadi Akademi Islam Universiti Malaya pada tahun 1981.

Pada tahun 1994 kerajaan negeri Kelantan telah menubuhkan Maahad Dakwah Wal Imamah dengan hasrat menggerakkan dan mewujudkan pengajian tinggi Islam di Kelantan.

Maahad Dakwah akhirnya distrukturkan semula dengan mengambil kira perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam pendidikan tinggi di negara ini.

Pada tanggal 24 ogos 1999 KIAS telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan dan mula membina reputasi sebagai pusat pengajian yang menerima pelajar dari dalam dan luar negara.

KIAS telah menyediakan pelbagai bidang pengajian seperti Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Dakwah Wal al-Qiadah.

Pada tahun 2002/2003, KIAS telah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah sarjana Muda Usuluddin dengan kerjasama Universiti al Azhar di Mesir, Jordan, Syria, Morocco. Juga melaksanakan kerjasama dengan Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada mereka yang berpengalaman menjadi tenaga pensyarah di Universiti tempatan seperti Dr. Johari Mat, Dr. Muhammad Daud, Dr. Bassit Abdul Rahman.

Pelajar-pelajar KIAS juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke institusi lain di dalam dan luar negara. – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Tarikh : 1 Mei 2016

Lokasi : PASTI Miri Sarawak

20160501_213000 img-20160501-wa0206 img-20160501-wa0220

Tarikh : 6 Mei 2015

Lokasi : Padang Perdana Kota Bharu Kelantan

Pengisian : Solat Hajat dan Ceramah Perdana Isu Saman Kanun Jenayah Syariah (Hudud) Kelantan & Isu GST

BERTEMU MENTERI BESAR

Tarikh : 19 Mac 2015

Lokasi :

Seterusnya rakan kami yang baik hati membawa kami berjalan-jalan ke sekitar Tumpat. Saya ikutkan saja destinasi yang dituju walaupun sekadar berjalan-jalan. Sehingga waktu hampir zuhur, kami singgah di sebuah masjid.

Di situ saya mengetahui rumah Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob hanya berdekatan beberapa minit berjalan kaki menuju ke masjid ini. Saya sendiri berfikir mungkin agak susah bertemu MB Kelantan pada hari ini kerana menurut sumber ada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya!

Dekat azan dikumandangkan, Ustaz Ahmad Yakob muncul berpakaian lengkap baju melayu masuk ke dalam masjid ini. Imam mengambil tempat memimpin solat yang ramai jamaahnya. Selepas solat saya memberanikan diri untuk bertemu dan memohon izin untuk bergambar kenangan bersamanya. 


IMG-20150319-WA0071

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34521-politik-damai-dan-politik-benar

ASLANI M | 14 Mac 2015.

KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar tiga kali oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melengkapi acara perasmian pelancaran sambutan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam (MBI) hari ini.

Kemudian orang ramai yang hadir termasuk pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil rakyat turut melaungkan ungkapan sama.

Program itu mencatat sejarah apabila turut dihadiri hampir kesemua pegawai kanan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Ucapan Menteri Besar di majlis tersebut yang mengimbau pencapaian Kelantan selama 25 tahun dan perancangan 25 tahun ke hadapan kemudian dijadikan kapsul masa untuk disimpan di Muzium Negeri.

Kapsul itu yang diserah Ustaz Ahmad kepada Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Abdul Hadi hanya akan dibuka pada tahun 2040.

“Saya ingin meletak suatu sasaran dan wawasan jauh untuk tempoh 25 tahun akan datang supaya Kelantan lahir sebagai Negeri Tadahan Wahyu yang membangun pesat.

“Selain itu mempunyai wilayah ilmu di peringkat negeri dan zon di setiap jajahan bagi melahirkan rakyat madani yang mempunyai tahap pemahaman agama yang tinggi.

“Ketika itu keseluruhannya pemimpin dan rakyat dilimpahi keberkatan, kemakmuran serta kebajikan,” kata Menteri Besar pada pelancaran tersebut, di Dataran Stadium Sultan Muhamamd IV. (Foto atas daripada fb MB)

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamamd.

Pemimpin masyarakat Cina dan India juga hadir pada program berkenaan. Turut diadakan pameran pencapaian kerajaan negeri dan potret kenangan arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menerajui Kelantan.

Ustaz Ahmad berkata, kemakmuran di Kelantan terserlah melalui pembangunan ekonomi dan pelaburan, di samping kerancakan pembangunan infrastruktur.

“Pada jangka masa tersebut InsyaAllah kita ingin melihat satu peradaban tinggi rakyat Kelantan melalui tahap kebersihan membanggakan.

“Rakyat sihat, negeri sejahtera dan kebajikan terpelihara akan tercapai,” ujarnya.

Mohd Amar sebelum itu berkata, ketika peringkat awal Kelantan diterajui ulama pelbagai kritikan, halangan dan ancaman datang bertali arus.

Katanya, Kelantan disekat daripada mendapat pelaburan asing, bayaran geran keseimbangan dilewatkan, royalti petroleum dinafikan dan ugutan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Namun kata beliau rakyat Kelantan berdiri teguh sehingga mampu bertahan sehingga sekarang. – HARAKAHDAILY 14/3/2015

mb kelate

Baru beberapa kali menghadiri kuliah pagi jumaat di Medan Ilmu, Jalan Tok Pati Kota Bharu Kelantan ini. Walaupun saya hanya baru beberapa kali hadir di lokasi, sebenarnya saya sering menonton kuliah pagi jumaat ini sama ada secara langsung dan kebanyakannya melalui rakaman youtube.

Jika dulu kadang-kadang ada kelibat Tok Guru Nik Abdul Aziz akan menyampaikan kuliah terutamanya sesi kedua, kali ini ulamak bertubuh kecil itu tidak akan hadir lagi. Kini, Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob mengisi salah satu slot kuliah walaupun tidak setiap minggu, bergilir-gilir dengan pimpinan yang lain.

Saya suka melihat rakyat Kelantan duduk melimpah memenuhi jalanraya saban minggu mendengar dan menghayati kuliah para ulamak mereka. Tidak kira muslimin dan muslimat, remaja dan orang dewasa turut duduk bersama-sama dalam dua slot ilmu, antara jam 8.30-9.30 dan 9.30 hingga 10.30 pagi.

Alhamdulillah, rakyat Kelantan membangun bersama Islam.

Kuliah Pagi Jumaat (1) Kuliah Pagi Jumaat (2) Kuliah Pagi Jumaat (3) Kuliah Pagi Jumaat (4) Kuliah Pagi Jumaat (5) Kuliah Pagi Jumaat (6) Kuliah Pagi Jumaat (7) Kuliah Pagi Jumaat (8) Kuliah Pagi Jumaat (9)

Tarikh : 8 Januari 2015

Lokasi : Flora Place Kota Bharu Kelantan

Alhamdulillah, rombongan kami dapat bertemu dengan YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Gembiranya melihat beliau tiba tepat pada waktu yang dijanjikan dengan penampilan yang sempoi sahaja kelihatannya.

Dalam pertemuan singkat itu, beliau menerangkan situasi banjir kepada kami, usaha-usaha yang telah, sedang dan akan berjalan bagi menangani banjir sekarang. Pada akhir pertemuan pihak rombongan menyampaikan sumbangan kepada beliau mewakili kerajaan negeri Kelantan.

DNA (2) DNA (1) DNA (3) DNA (4) DNA (5)

Tarikh : 26 September 2014

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Penyampai :

1) YB Dato’ Dr Johari Mat

20 YB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

BICARA SELEBRITI SIRI KE-8

Tarikh : 12 September 2014

Kerajaan Negeri Kelantan dengan ini akan meneruskan agenda keterbukaan kerajaan negeri terhadap seni dan budaya berlandaskan syariat disamping meraikan artis/ selebriti popular yang semakin ramai mula berjinak-jinak dengan ajaran Islam yang sebenar dengan penganjuran program bual bicara santai anak muda, iaitu program Bicara Selebriti.

Panel : Amin Idris (moderator), Ahmad Idham, Siti Shahrizah @ Eja, Neelofa & Ustazah Fatimah Syarha.

 

Hampir tengah malam, saya berjalan kaki sendirian di beberapa laluan dan lorong, suka melihat papan tanda premis dan iklan-iklan bersaiz besar yang mendahulukan tulisan jawi berbanding rumi. Selain itu gambar model perempuan juga diwajibkan menutup aurat. Suatu suasana dan gambaran yang jarang didapati di tempat lain secara besar-besaran seperti di sini. Tahniah kerajaan dan rakyat Kelantan.

Jawi @ KB (1) Jawi @ KB (2) Jawi @ KB (3) Jawi @ KB (4)