Archive for Ogos, 2014


Tarikh : 25 Ogos 2014

Lokasi : Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan

Saya berbesar hati dapat hadir ke RAY Tambunan ini setelah menerima jemputan pengetuanya, Ustaz Rahim Yahya Abd Rahman yang juga sahabat karib saya sejak sekolah menengah lagi.

Ketibaan saya bersama rombongan maahad hampir serentak dengan ketibaan Ybhg Datuk Haji Amri Suratman, mantan pengarah JHEAINS yang kemudiannya selepas menjamu selera, turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di sini.

Gembira saya dapat berjumpa anak-anak ini, dan Ustaz Rahim mengalu-alukan jika warga maahad berhasrat mengadakan aktiviti bersama-sama warga RAY satu ketika nanti. Insya Allah saya mengambil kira pandangan beliau itu nanti.

RAYT (1) RAYT (2)RAYT (3) RAYT (4) RAYT (5) RAYT (6) RAYT (7) RAYT (8) RAYT (9)

Tarikh : 24 Ogos 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu

Program kemuncak sempena Karnival Hijrah anjuran bersama TV al-Hijrah, YADIM Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah ini benar-benar melonjakkan kehadiran masyarakat yang membanjiri perkarangan Masjid Negeri Sabah. Sekalipun ada siaran langsung di tv, kehadiran di lokasi juga sangat memberansangkan.

Selain zikir-zikir dan solawat yang dikumandangkan, saya gembira dan suka mendengar kalam-kalam taujihad yang disampaikan oleh Habib Zainal Abidin yang cukup bertenaga. Kata-katanya seperti air yang mengalir laju, tiada henti dan tanpa sekatan. Semoga program ini menambah cinta kita kepada Rasulillah SAW.

Sollu ‘alan Nabiy..

YaHanana (1) YaHanana (2) YaHanana (3) YaHanana (4) YaHanana (5)

Sumber : Web JHEAINS

Firman Allah SWT bermaksud : “Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.” (S. Luqman: 33).

Sehubungan dengan perintah Allah SWT tersebut, marilah kita berusaha membentuk diri kita menjadi insan Muslim yang bertaqwa dengan melaksanakan segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan, berkat keikhlasan kita mematuhi segala hukum dan undang-undang Allah SWT membolehkan kita meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat adalah nikmat paling berharga bagi seluruh rakyat. Dengan kemerdekaan yang dinikmati, membolehkan negara kita dipimpin dan ditadbir oleh rakyat sendiri di samping membolehkan kita mencorak pembangunan mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri.

Lebih bermakna lagi, kemerdekaan yang diraih lebih daripada setengah abad lalu itu membolehkan Islam diangkat sebagai agama persekutuan dan negeri dengan umatnya menjadi penduduk majoriti negara yang tercinta ini.

Ini bererti, nikmat kemerdekaan yang besar ertinya yang dikurniakan oleh Allah SWT ini sebagai natijah daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekan dahulu harus disyukuri oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Tanda kesyukuran kita ialah dengan mempertahankan dan memelihara kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini dengan cara menegakkan hukum dan undang-undang yang telah disyariatkan-Nya agar terhindar daripada perbuatan kufur dan mungkar yang boleh meragut nikmat kemerdekaan. Hal ini selaras dengan saranan Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud :

“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan ; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).” (S. Al-Baqarah: 152).

Kita dituntut mensyukuri kemerdekaan tanah air kerana kemerdekaan menyebabkan tegaknya kedaulatan dan maruah bangsa. Tambahan pula, nikmat kemerdekaan yang sudah menjangkau lebih separuh abad ini telah membolehkan kita hidup aman dan tenteram melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan yang meliputi aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan, ekonomi dan sebagainya.

Berkat kemerdekaanlah juga kita bebas bersuara, bebas berpersatuan dan bebas memilih pemimpin untuk meneraju pemerintahan negara. Pendek kata, kemerdekaan memberi kita seribu satu macam nikmat yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.

Dari dimensi yang lain, bersyukur akan menjadikan kita lebih menghargai peranan serta khidmat bakti mereka yang sanggup berkorban jiwa raga bagi membebaskan tanah air daripada belenggu pemerintahan dan ketidakadilan penjajah. Malah dengan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala akan membolehkan rakyat dan negara ini terus dilimpahi pelbagai kemewahan dan kemakmuran.

Tarikh : 24 Ogos 2014

Lokasi : Kg Buah Pandai Kota Belud Sabah

Ziarah kali pertama ke Homestay Pak Tuah ini di Kg Buah Pandai ini, saya sudah tertawan dengan ketenangan dan keindahan persekitarannya. Kunjungan kami dibawa oleh Ustaz Mohammad Suaid yang biasa bercuti di sini, berbanding saya yang datang buat julung kalinya.

Harapnya satu ketika nanti saya boleh membawa isteri dan anak-anak bercuti di sini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pengurusan homestay ini melalui nombor telefon : 014-8632654.

Homestay Pak Tuah (1) Homestay Pak Tuah (2) Homestay Pak Tuah (3) Homestay Pak Tuah (4) Homestay Pak Tuah (5) Homestay Pak Tuah (6) Homestay Pak Tuah (7) Homestay Pak Tuah (8) Homestay Pak Tuah (9) Homestay Pak Tuah (10)

 

Oleh : Ustaz Dr Riduan Mohd Nor

Lokasi : Masjid an-Nur

Tarikh : 23 Ogos 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Negeri Sabah

Satu pengalaman menarik menonton rakaman program agama TV al-Hijrah di hadapan mata sendiri. Selain melihat para selebriti yang tampil di pentas utama, isu yang dibincangkan juga menarik. Saya suka percubaan para selebriti untuk mendekati istilah-istilah Sabahan, juga menyebut nama-nama lokasi di Sabah.

Saya juga suka memerhatikan kerja-kerja teknikal yang dibuat oleh pasukan krew TV al-Hijrah, bagaimana mereka memulakan rakaman, mengulang kembali jika tersilap dan menyelesaikan rakaman tersebut. Keseluruhannya, menonton rakaman malam ni satu pengalaman menarik.

DikirZikir (1) DikirZikir (2) DikirZikir (3) DikirZikir (4) DikirZikir (5) DikirZikir (6) DikirZikir (7) DikirZikir (8) DikirZikir (9) DikirZikir (10) DikirZikir (11) DikirZikir (12)

PANTAI EMAS

Sedikit masa yang terluang, dengan bantuan Sdr Ekhsan kami menyempatkan diri untuk mandi manda di Pantai Emas Kota Belud.

pantai1 pantai2 pantai3 pantai4 pantai5pantai6

Ekhsan

Rakan dan kenalan lama saya Sdr Ekhsan, yang saya ziarahi di rumah mertuanya di Kota Belud baru-baru ini.

Ketika saya bertugas di Masjid Negeri Sabah, Ekhsan adalah antara mereka yang konsisten datang belajar mengaji bersama saya bermula dengan kaedah Iqra’ sehinggalah ke tahap al-Quran al-Karim.

Meski beliau sudah kembali ke Kota Belud, dan saya pula tidak lagi bertugas di Masjid Negeri Sabah sejak akhir 2006, namun perhubungan masih terjalin dan saya mengetahui komitmen Ekhsan dalam urusan agama dengan selalu mendengar ceramah dan kuliah.

Dengan usaha yang bersungguh, saya yakin satu masa Ekhsan boleh tampil sebagai orang muda yang boleh memimpin program keagamaan seperti imam, khatib, kenduri kendara doa selamat dan sebagainya. Selamat berjaya.

 

 

GOMBIZAU HONEY BEE

Tarikh : 23 Ogos 2014

Lokasi : Matunggong, Kudat.

Singgah di sini untuk melihat madu lebah, bagaimana ia diproses dan diambil dari sarangnya yang diternak oleh penduduk di di sini. Kami diberi peluang juga merasa sedikit madu lebah yang diambil terus dari sarangnya dan membeli beberapa botol madu lebah yang sudah diproses.

Lebah (1) Lebah (2) Lebah (3) Lebah (4) Lebah (5) Lebah (6) Lebah (7) Lebah (8) Lebah (9)

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/30459-kisah-mangga-tukul-besi-gergaji-berlian-dan-kunci

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 27 Ogos 2014.

Terdapat satu mangga di pintu gudang. Tukul besi yang merasakan dirinya paling hebat di dunia cuba memecahkan mangga tersebut. Tukul cuba memukul mangga dengan pelbagai cara, mangga sekadar kemek sedikit tapi masih terkunci.

Datang pula gergaji berlian. Gergaji suruh tukul ke tepi. Dia berkata giginya boleh memotong apa sahaja. Setelah berjam-jam cuba, giginya menjadi tumpul, mangga pula hanya tercalar.

Tetiba muncul satu besi yang usang, badannya kecil, kotor, bergigi tak molek dan nampak rapuh.

“Biar saya cuba,” katanya kepada tukul besi dan gergasi berlian.

Tukul besi dan gergasi berlian ketawa terbahak-bahak, kata mana mungkin si besi karat ini nak berjaya sedangkan mereka berdua pun tidak. Si besi kecil memasukkan dirinya ke dalam badan mangga dan putar. Mangga terus terbuka.

“Bagaimana kamu dapat melakukannya?” tanya gergaji berlian dan tukul besi.

“Kerana saya tahu isi hatinya,” jawab si besi kecil.

Siapa nama kamu?

“Saya kunci,” jawabnya.

Wahai anakku,

Janganlah sesekali kamu merasakan diri sendiri hebat dan memandang rendah pada orang lain. Banyak masanya kamu terlalu cepat membuat kesimpulan hanya untuk menyesal di kemudian hari – kerana perkara yang kamu kritik hari ini sebenarnya ialah perkara yang betul di masa hadapan.

Dan begitulah sebaliknya. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku, cuma kadang-kala kamu tidak dapat melihat pada waktu ianya berlaku kerana Allah ada perancangannya tersendiri.

Senyum.

%d bloggers like this: