Archive for Disember, 2014


19 CUCU

Tarikh : 28 Disember 2014

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

Alhamdulillah, kesemua cucu-cucu atok dan puan dapat berkumpul di rumah atok pada 28 Disember lepas. Cucu sulung ialah Farah Najihah dalam tingkatan 2 di SMKA KK dan cucu bungsu setakat ini ialah Muhammad Zaid berumur 3 bulan.

Semoga membesar sebagai anak soleh dan solehah.

Cucu AtokCucu Atok (2)

Tarikh : 27 Disember 2014 Lokasi : Esplanad Sipitang

Esplanad Sipitang (1)

????????????

????????????

Esplanad Sipitang (4)

????????????

????????????

????????????

????????????

Tarikh : 27 Disember 2014

Lokasi : Kg Landayan Takuli Beaufort

Alang-alang mengisi program di daerah ini, saya mengambil kesempatan untuk menziarahi pelajar kami dan keluarganya di Kg Landayan ini, Hamizah Silon yang merupakan pelajar semester 2 yang menghafaz al-Quran di hadapan saya. Alhamdulillah, ini julung kali bertemu dengan orang tuanya.

Hamizah Silon

Tarikh : 27 Disember 2014

Lokasi : Masjid Daerah Beaufort

Alhamdulillah, dapat bersama-sama mengisi slot buat pertama kalinya bersama Kelab Remaja Ukhuwah, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Kawasan Beaufort. Seronok anak-anak remaja mengisi program keagamaan di rumah Allah SWT. Mudah-mudahan mereka akan tampil satu hari sebagai pemimpin yang beriman dan sayang kepada agama Islam ini.

PSS Beaufort (1) PSS Beaufort (2) PSS Beaufort (3) PSS Beaufort (4) PSS Beaufort (5) PSS Beaufort (6) PSS Beaufort (7)

MUZIUM MARIN WP LABUAN

Tarikh : 26 Disember 2014

Lokasi : Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan

Muzium Marin Labuan (1) Muzium Marin Labuan (2) Muzium Marin Labuan (3) Muzium Marin Labuan (4) Muzium Marin Labuan (5) Muzium Marin Labuan (6) Muzium Marin Labuan (7) Muzium Marin Labuan (8) Muzium Marin Labuan (9) Muzium Marin Labuan (10) Muzium Marin Labuan (11) Muzium Marin Labuan (12) Muzium Marin Labuan (13) Muzium Marin Labuan (14) Muzium Marin Labuan (15)

Tarikh : 25 Disember 2014

Lokasi : Jalan Taman Perumahan LDA, WP Labuan

Tanda ingatan dan persahabatan, suka saya mempromosi restoran sahabat kami, Chef Abdullah Ahmad yang berpengalaman dalam bidang koloneri khususnya di sektor perhotelan. Ketika kami berziarah ini, restoran baru dibuka beberapa ketika.

Antara menu menarik ialah nasi arab, nasi ayam pop, ekor masak pedas, pelbagai jenis soto, sup dan tomyam, nasi goreng ikan masin, kambing black papper, ayam gulai minang, ayam pandan, ayam tumis kunyit, lamb chop, chicken chop dan banyak lagi.

Chef Abdullah pernah bertugas sebagai ketua chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya Kota Kinabalu sebelum berhijrah ke Labuan ini. Sebelum itu pernah menjadi chef di Hotel Promenade, Magellan Sutera, Sebana Glof & Marina Resort Johor, Hotel Sheraton WP Labuan dan Hotel Sandbay Sandakan.

Beliau juga adalah ahli dan perawat Darussyifa’. Hubungi beliau 012-8186692.

Warisan Ibunda (1) Warisan Ibunda (2) Warisan Ibunda (3) Warisan Ibunda (4) Warisan Ibunda (8) Warisan Ibunda (9) Warisan Ibunda (10) Warisan Ibunda (11)

ZIARAH KE LABUAN

Tarikh : 25-27 Disember 2014

Ziarah kali ini selain melihat orang tua di kampung, juga memenuhi undangan ceramah di sini. Bersama saya Abdul Hadi yang baru menyambut ulangtahun ke-8 dan juga 3 pelajar maahad yang mahu melihat-lihat peluang dakwah di WP Labuan. Siapa tahu?

Labuan (1) Labuan (2) Labuan (3) Labuan (4) Labuan (5) Labuan (6) Labuan (7) Labuan (8) Labuan (9) Labuan (10) Labuan (11) Labuan (12) Labuan (13) Labuan (14) Labuan (15) Labuan (16)

CONCERN

Tarikh : 25 Disember 2014

Lokasi : Bilik Mesyuarat JAKIM Sabah

Alhamdulillah, saya bersama Ustaz Arbaen Shawal mewakili Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah menghadiri mesyuarat agung Gabungan NGO Islam Negeri Sabah (CONCERN) baru-baru ini.

CONCERN dianggotai oleh sejumlah NGO Islam yang ada di negeri Sabah, sama ada persatuan yang bersifat cawangan dari Kuala Lumpur atau berasal dari Sabah sendiri. Antara NGO yang bergabung di bawah CONCERN ialah ABIM, WADAH, IKRAM, PUM, Yayasan Amal Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Sabah, Persatuan Siswazah Sabah, Persatuan Puteri Islam Malaysia, Persatuan Siswazah Iranun Sabah, dan banyak lagi.

CONCERN sering bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mengadakan pelbagai wacana, seminar, kunjungan atau mengadakan kenyataan media tentang isu-isu berkaitan agama Islam khususnya di negeri Sabah. Untuk sesi ini, pengerusi CONCERN masih dipimpin oleh Tuan Hj Sainuri Yahmin dari WADAH, Dr Aliakbar Gulasan dari PUM sebagai timbalannya. Sekretariat bagi gabungan ini dikekalkan kepada ABIM.

Pihak CONCERN juga mengalu-alukan mana-mana pihak NGO Islam di Sabah yang ingin turut serta bergabung dalam pertubuhan ini agar kesatuan umat Islam dilihat kuat dan sekata.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32908-sabar-agar-tidak-ditimpa-bala-dua-kali

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 27 Disember 2014.

Wahai anakku,

Selalu ingatkan diri bahawa jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia.

Sebaliknya, anak kesayanganku, ingatlah bahawa jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.

Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Wahai anakku,

Tahukah kamu bahawa orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah?

Tahukah kamu bahawa bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa?

Tahukah kamu di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya?

Oleh itu, wahai anakku, kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

Kerana seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

Maka itu, bersabarlah wahai anakku dalam menghadapi kesusahan kerana kamu akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

Jika seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah hendaklah dia bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya dia yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Senyum.

Tarikh : 23-24 Disember 2014

Lokasi : Beringis Beach Resort

Hari Keluarga MTQQNS (1) Hari Keluarga MTQQNS (2) Hari Keluarga MTQQNS (3) Hari Keluarga MTQQNS (4) Hari Keluarga MTQQNS (5) Hari Keluarga MTQQNS (6) Hari Keluarga MTQQNS (7) Hari Keluarga MTQQNS (8) Hari Keluarga MTQQNS (9) Hari Keluarga MTQQNS (10)

Hari Keluarga MTQQNS (11) Hari Keluarga MTQQNS (12) Hari Keluarga MTQQNS (13) Hari Keluarga MTQQNS (14) Hari Keluarga MTQQNS (15) Hari Keluarga MTQQNS (16) Hari Keluarga MTQQNS (17)Hari Keluarga MTQQNS (18) Hari Keluarga MTQQNS (19) Hari Keluarga MTQQNS (20) Hari Keluarga MTQQNS (21) Hari Keluarga MTQQNS (22)

%d bloggers like this: