Archive for Disember, 2013


MASJID DAERAH BEAUFORT

Tarikh : 31 Disember 2013

Masjid Daerah Beaufort (1) Masjid Daerah Beaufort (2) Masjid Daerah Beaufort (3) Masjid Daerah Beaufort (4) Masjid Daerah Beaufort (5) Masjid Daerah Beaufort (6)Masjid Daerah Beaufort (7) Masjid Daerah Beaufort (8) Masjid Daerah Beaufort (9) Masjid Daerah Beaufort (10) Masjid Daerah Beaufort (11) Masjid Daerah Beaufort (12) Masjid Daerah Beaufort (13) Masjid Daerah Beaufort (14) Masjid Daerah Beaufort (15) Masjid Daerah Beaufort (16) Masjid Daerah Beaufort (17) Masjid Daerah Beaufort (18)

Perkenalan saya tidak lama dan tidak akrab dengan beliau berbanding sahabat-sahabat lain. Hanya bermula sekitar 4-5 tahun lepas apabila kami sama-sama menyertai misi amal kebajikan di Kundasang Ranau. Di sana, Ustaz Norzam ditugaskan menyampaikan tazkirah di sebuah surau yang comel tetapi jemaahnya mesra dengan rombongan kami.

Ustaz Norzam yang bertugas di SMP Likas, banyak membantu aktiviti kuliah di masjid-masjid sekitar Sepanggar dan Likas. Saya juga ada menggunakan khidmat beliau melalui kuliah tafsir selepas isyak di Masjid Negeri Sabah dan beliau hanya dapat menyumbang beberapa kali sebelum dapat berpindah ke Selangor.

Kami sempat berziarah dan menghantar pemergian beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lewat malam semalam. Setinggi penghargaan atas jasa dan budi baik Ustaz Norzam sepanjang khidmat beliau di Sabah. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. 

Norzam (1) Norzam (2)

KEIMANAN POKOK

Sumber :

Oleh : Akhi Salman Maskuri

KEIMANAN POKOK

Ibnu Umar ra berkata : Kami bermusafir bersama Rasulullah saw, tiba-tiba seorang arab badawi menghampiri kami. Nabi saw bertanya: “Kamu hendak kemana?”

Lelaki badawi menjawab: “ Aku hendak berjumpa dengan ahli keluarga ku.”

Nabi saw bertanya lagi: “Kamu hendak kebaikan?”

Lelaki tadi menjawab: “Apa dia?”

Nabi saw menjawab: تشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله

“Kamu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah yang esa dan tiada sekutu bagiNya. Sesungguhnya Muhammad hambaNya dan pesuruhNya.”

Lelaki tadi bertanya: “Siapa yang menyaksikan kebenaran apa yang kamu katakan?”

Nabi saw menjawab: هذه الشجرة السمرة

“Pohon Samurah (sejenis pokok ) ini.”

Pokok itu berada di persisiran lembah. Lalu ia begerak menyeret tanah sehinggalah ia berada di hadapan Nabi saw. Nabi saw pun memintanya penyaksian terhadap kalimah tauhid sebanyak 3 kali. Pokok itu pun melakukan seperti yang diminta Nabi saw. Kemudia dia kembali ke tempat asalnya. (Hr Darimi, Ibnu Hibban, Abu Ya’la dan Thabrani dengan sanad yang sahih).

KEPATUHAN POKOK

Jabir ra menceritakan: Suatu hari Rasulullah saw hendak membuang air dan tidak ada tempat untuk melindungi dari pandangan manusia. Tiba-tiba baginda perasan terdapat dua pokok di persisiran lembah. Nabi saw pun pergi kearah salah satu pohon itu dan memegang dahannya. Nabi saw berkata:

انقادي علي بإذن الله

“Hendaklah kami patuh kepadaku dengan izin Allah.”Lalu pohon itu patuh kepada Nabi saw seperti mana unta yang dicucuk hidung patuh kepada tuannya. Nabi juga melakukan perkara yang sama dengan pohon yang kedua.

Nabi saw pun berkata kepada keduanya: التئما علي بإذن الله

“Hendaklah kami bercantum dengan izin Allah.” Lalu keduanya pun bercantum. (Hadis Sahih riwayat Muslim).

KERINDUAN POKOK

Hadis daripada Anaz bin Malik ra: “ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di MaSjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan minbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya sempumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.” (Hadis riwayat Bukhari – sahih)

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata: “Kayu merengek kepada Rasulullah saw kerana rindukan Rasulullah saw kerana kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah saw.”

KITA TIDAK LAYAK DIGELAR PECINTA RASUL SEDANGKAN TIDAK MAMPU MENANGIS KERANA MERINDUI RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MEMAHAMI AJARAN RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MENGAMALKAN DAN MEMPERJUANGKAN AJARANNYA. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK BERBUAT APA2 SEMASA RASUL DIHINA.

Kesimpulan: Hendaklah kita menangis sepertimana baginda menangis mengingati kita. Dalam hadis sahih Muslim, Nabi saw berkata:

“Ummatku, Ummatku.” Sehingga menangis (kerana mengenang nasib umatnya)

Lalu Allah mengutuskan Jibril untuk memujuk Nabi saw. Allah berkata:

إنا سنرضيك في أمتك ولا نسؤك

“Sesungguhnya Kami meredaimu hai Muhammad terhadap umatmu dan tidak akan menyakiti mu.” (Sahih Muslim)

Rujukan: Ittihafu Ahlil Wafa oleh Abdullah at-Talidi dan an-Nabiyil Khatam oleh Muhammad Jum’ah

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/tanya/23745-solat-jamak-jumaat-dengan-asar

25 NOV 2013 / ABU HUSAYN

Soalan:

Ustaz, saya bermusafir pada hari Jumaat. Dalam perjalanan, saya singgah di sebuah masjid untuk solat Jumaat. Bolehkah saya solat jamak dengan solat Asar dan bolehkah solat Asar itu dibuat secara qasar. Mohon penjelasan.

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Pendapat yang pertama ialah ulama’ Mazhab Syafi’e menyatakan BOLEH menjamakkan solat Jumaat dengan Asar berdasarkan alasan-alasan berikut:

Pertama: Berdasarkan dalil-dalil umum tentang keringanan dan kemudahan di dalam Islam, terutamanya dalam bab musafir termasuklah di dalamnya solat Jamak dan Qasar. Dalam bab Qasar hadis daripada Ya’la bin Umayyah yang bertanya kepada ‘Umar bin al-Khattab RA tentang firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tidak mengapa ke atas kamu semua untuk mengqasarkan solat jika dalam keadaan bimbang kejahatan orang-orang kafir.” Kata Ya’la kepada ‘Umar bukankan kita telah berada dalam keadaan aman sekarang? Jawab ‘Umar bin al-Khattab RA: “Aku juga dahulu berasa hairan seperti engkau hairan. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang perkara ini, baginda menjawab: “Perkara itu merupakan sedekah daripada Allah, maka kamu semua terimalah sedekah tersebut.” (HR Muslim)

Solat musafir dibina di atas dasar memberi keringanan dan kemudahan.

Dalil dalam bab Jamak pula diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA dan Abu Hurairah RA:

“Nabi SAW pernah menghimpunkan (Jamak) solat ‘Asar dan Zohor, Maghrib dan ‘Isyak di Madinah bukan kerana ketakutan dan hari hujan.”Dalam riwayat lain: “bukan kerana musafir”. (HR Muslim, al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa-ie dan Malik)

Sebahagian ulama pensyarah hadis membuat penjelasan, hadis ini merupakan bukti harus menjamakkan dua solat kerana keperluan (hajat). Hajat atau keperluan ini pula berapa pada kedudukan dharurat di sisi para ulama. Al-Khattabi di dalam Ma’alim al-Sunan berkata: “Diceritakan dari Muhammad bin Sirin yang berkata: “Bahawa tidak mengapa dihimpunkan dua solat jika ada keperluan (hajat), atau sesuatu selama mana tidak dijadikan kebiasaan.”

Musafir termasuk di dalam hajat atau keperluan yang terpenting bagi manusia.

Kedua: Sekiranya Jumaat menjadi tidak wajib bagi orang yang bermusafir, namun sekiranya orang yang bermusafir itu hadir juga solat Jumaat, solat itu menjadi sah. Maka bagaimana mungkin untuk kita katakan tidak boleh dijamakkan Jumaat dengan ‘Asar pula?

Ketiga: Tidak ada sebarang nukilan dari Nabi SAW yang melarang dijamakkan solat Jumaat dengan ‘Asar bagi yang bermusafir. Sedangkan di zaman baginda banyak berlaku permusafiran pada hari Jumaat. Sekiranya perkara ini tidak boleh, sudah tentu akan ada sesuatu nukilan berbentuk larangan dari baginda. Tidak mungkin baginda tidak memberi penjelasan tentang perkara ini sedangkan ia berlaku di hadapan baginda.

Keempat: Allah SWT menurunkan al-Quran dan mengutuskan Nabi SAW bagi tujuan memberi penjelasan kepada manusia perkara yang menjadi keperluan mereka. Manakala apa sahaja perkara yang tidak dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasul SAW, ia termasuk dalam perkara  yang diberi kemaafan dan didiamkan seperti yang dinyatakan di dalam hadis riwayat dari Ibn ‘Abbas RA:

“Maka Allah mengutuskan nabi dan menurunkan Kitab, dihalalkan apa yang halal dan diharamkan apa yang haram. Adapun apa-apa yang didiamkan, maka perkara itu adalah dimaafkan.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

Persoalan jamak solat ‘Asar solat Jumaat bagi orang yang bermusafir termasuk dalam perkara yang didiamkan oleh Allah SWT dan Rasul SAW, oleh itu persoalan ini termasuk dalam persoalan yang diberi kemaafan yang dibenarkan.

Pendapat yang TIDAK BOLEH jamak ialah daripada ulama Mazhab Hanbali adalah berdasarkan hadis : Pada zaman Rasulullah SAW pernah turun hujan yang menimbulkan kesulitan, akan tetapi baginda tidak menjamak solat Asar dengan Jumaat, sebagaimana diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan lainnya dari sahabat Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW pernah meminta hujan pada hari Jumaat saat baginda di atas mimbar. Sebelum baginda turun dari mimbar, hujan turun dan mengalir dari janggutnya. Sahabat Anas bin Malik mengatakan, pada hari Jumaat berikutnya, seseorang datang dan berkata: “Wahai, Rasulullah. Harta benda sudah tenggelam dan bangunan hancur, maka berdoalah kepada Allah agar memberhentikan hujan untuk kami”.

Keadaan seperti ini sudah tentu boleh untuk menjamak, tapi baginda tidak melakukannya.

Mereka juga menolak qiyas solat Jumaat jamak dengan Asar sama seperti Zohor dengan Asar kerana Solat Jumaat adalah Solat Mustaqillah Munfaridah yang sangat berbeza dengan Solat Zohor yang mana berbeza lebih daripada dua puluh hukum.

Kesimpulannya untuk keluar daripada khilaf, jika saudara melakukan solat Jumaat, maka saudara boleh buat qasar Asar setelah masuk waktu Asar nanti. Jika saudara mahu jamak juga maka lakukan solat Zohor bukannya solat Jumaat kerana saudara adalah musafir.

BICARA BEKAS SAMI HINDU

 

Ustaz Fitri Abdullah, 21 Safar 1435 / 25 Disember 2013, Masjid Titian Baru, Marang Terengganu

 

1. YAB Ustaz Dato Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan

2. YB Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Masjid Pekan Keningau

Ihsan : YADIM Kota Kinabalu

Marilah kita hayati bersama perkara-perkara berikut supaya kita tidak terjebak dengan muamalah yang tidak selari dengan Islam :

Pertama: Meningkatkan kefahaman mengenai kewangan Islam.

Ketahuilah bahawa negara kita telah mengorak langkah seiring dengan wawasan Islam untuk memartabatkan perbankan dan kewangan Islam. Inilah antara usaha pihak pemerintah sehingga lahirlah institusi kewangan Islam yang sedia ada sekarang.

Oleh itu, carilah sebanyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai sistem kewangan Islam dan ambillah faedah daripada produk-produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang berteraskan Islam. Inilah jalan terbaik untuk umat Islam  mempertingkatkan taraf ekonomi ke tahap yang setanding bahkan lebih hebat lagi daripada golongan bukan Islam.

Kedua: Berurusniaga dan melabur selaras dengan konsep halal.

Mintalah nasihat daripada yang pakar tentang pelaburan Islam supaya kita tidak tersalah memilih bentuk pelaburan yang ada sekarang. Awaslah dengan sebarang bentuk skim yang diiklankan seperti skim cepat kaya atau pelaburan melalui internet kerana kebanyakkannya adalah pembohongan semata-mata.

Ketiga: Menyimpan wang demi masa depan.

Elakkanlah pembaziran dalam menguruskan ekonomi rumah tangga. Simpanlah wang di institusi kewangan atau bank yang mengamalkan tatacara pengurusan kewangan berteraskan Islam. Ini dapat mengelakkan kita terjebak dengan unsur riba’. Ingatlah, pengurusan ekonomi yang betul dan menepati syariat akan menjamin keberkatan pendapatan rumah tangga. Bukankah kewajipan setiap ketua keluarga untuk memastikan anak-anak dan isteri mendapat nafkah dari sumber yang halal lagi baik?

Keempat: Kawal penggunaan kad kredit.

Antara produk kewangan Islam yang ditawarkan ialah kad kredit Islamik yang patuh syariah. Tidak dinafikan bahawa kad kredit ini menjadi satu medium untuk memudahkan urusan jual beli umat Islam. Namun berwaspadalah dalam menggunakannya supaya kita tidak terbeban dengan hutang yang melampau.

Kelima: Mengurus hutang dengan bijak.

Memang tidak dinafikan kita tidak dapat lari dari berhutang terutama dalam pembelian kereta dan rumah. Namun demikian, kita perlu tahu tahap kemampuan kewangan kita supaya hutang tersebut tidak membebankan kita nanti. Elakkan daripada berhutang dengan ceti haram atau Ah Long kerana akibat yang akan ditanggung bukan sahaja kepada kita bahkan keluarga juga akan terlibat sama dengan masalah ini.

Kebijaksanaan mengurus hutang menjamin kehidupan rumahtangga yang aman dan harmoni. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW bersabda menerusi riwayat Ibn Majah RH daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga ia dilunaskan.”

20131227_234827

Aktiviti merawat bersama para sahabat dalam Darussyifa’ membawa banyak pengalaman menarik. Berbeza jika merawat sendirian, dengan merawat di pusat rawatan kami dapat berkongsi ilmu dan pendekatan apabila menghadapi pelbagai karenah pesakit secara langsung.

Memang sebahagian pesakit datang bukan kerana sebab gangguan makhluk halus, manakala sebahagian pesakit datang memang berkaitan dengannya. Sementara yang kena gangguan, ada juga yang agak agresif sehinggakan tidak boleh seorang perawat menangani pesakit ini.

Ada seorang pesakit sering datang bersama keluarganya. Memberi gelaran kepada kami para perawat. Ada yang dipanggil ustaz haji, ada imam besar, ada ustaz polis, ada ustaz benoni, sementara saya dipanggil ustaz brunei.

Ada juga seorang pesakit yang agak agresif, sehingga kami memegangnya sehingga 7-8 orang. Agresifnya gangguan yang berlaku sehingga bukan sekali saya diterajang oleh akibat gangguannya. Tendangan ini bagaimanapun tidaklah menyebabkan kami putus asa untuk membantu memulihkan penyakit yang menimpa saudara ini dengan izin Allah SWT.

 

Baru kembali daripada program hari keluarga di Papar, kami semester 6 berkumpul kembali untuk sesi mengulang hafazan secara berkumpulan. Tidak seperti kebiasaan di kelas atau maktabah, kali ini di surau dengan disaksikan sebahagian siswa-siswi semester lain yang hadir.

Saya punya misi serampang dua mata.

Saya berharap timbul perasaan suka dan teruja pada junior-junior semester 2 dan 4, apabila para senior mereka agak aktif dan objektif dalam mengulang hafaz al-Quran secara konsisten. Justeru ada keinginan untuk mereka ikut perkara baik ini dan menjadi suatu sunnah dan kebiasaan dalam kehidupan di maahad.

Saya terpaksa mengakui budaya mengulang hafaz al-Quran secara berkumpulan bahkan sendirian secara konsisten dan berterusan masih belum menjadi budaya di maahad ini. Ini satu kelemahan yang wajib diatasi dan menjadi sasaran saya khususnya apabila memegang semester baru pada kumpulan pengambilan akan datang.

Sem 6 @ Surau (1)Sem 6 @ Surau (2)Sem 6 @ Surau (3)Sem 6 @ Surau (4)Sem 6 @ Surau (5)Sem 6 @ Surau (6)


Tarikh : 26 Disember 2013

Pengisian : Selain sesi tasmik, juga ada kelas tajwid. Kelas ini juga menawarkan kelas mengaji seperti biasa.

KTHM, M45 (1) KTHM, M45 (2) KTHM, M45 (3) KTHM, M45 (4)

%d bloggers like this: