Archive for 20 September 2008


Sejak 2005, program ini mula disusun secara lebih teratur khususnya melalui Syukbah Dakwah Masjid Negeri.

Ketika ia mula dilancarkan, kami sedikit merasa bimbang tentang kehadiran jamaah, apakah bakal mendapat sambutan atau tidak. Manakan tidak, tahun-tahun sebelum itu peserta qiyamullail tidak pun sampai 10 orang.

Alhamdulillah, pada malam pertama 21 Ramadhan tahun 2005, tidak kurang seratus orang yang hadir. Pada tahun lalu – 2007 – purata peserta Qiyamullail 10 malam terakhir Ramadhan seramai 400 orang setiap malam.

Peserta makan sahur lebih ramai daripada yang makan berbuka yang hanya berjumlah sekitar 120 orang sahaja.

Malam ini akan bermula pula musim ke-4.

Insya Allah, program akan bermula pada jam 2.30 pagi dan kira-kira jam 4, qiyamullail akan dihentikan bagi memberi peluang jamaah menikmati jamuan sahur yang disediakan pihak Masjid Negeri.

Berikut jadual pembimbing qiyamullail pada kali ini :

Malam 21 : Ust Hafiz Hamzah

Malam 22 : Ust Zulkifli Mustafa

Malam 23 : Ust Hj Hafizullah Ubaidah

Malam 24 : Ust Hj Nor Azamuddin Umar

Malam 25 : Ust Akmal Othman

Malam 26 : Ust Hj Naim Mujim

Malam 27 : Ust Syed Ikramuddin

Malam 28 : Ust Muhammad Shuaid

Malam 29 : Ust Zulhazmi Osman

Sumbangan dalam bentuk kewangan diperlukan bagi menampung makan sahur. Hubungi Imam Besar Masjid Negeri untuk keterangan : 088-243358

Saya menerima dua komen yang dihantar oleh dua orang pembaca blog ini berkenaan kehadiran sahabat baik kami yang hadir memantau solat tarawih di Surau Riyadhus Solihin.

Sama ada mereka dua orang yang berlainan atau dua orang yang sama, wallahu a’lam.

Macamana orang kedua boleh menyokong komentar orang pertama, sedangkan kedua-dua komentar itu belum saya luluskan untuk tatapan umum. Heheh..

Orang yang pernah menerima gangguan sahabat baik ini akan faham kenapa dia tiba-tiba hadir ketika tarawih di sini.

Saya bersangka baik kepada komentar itu, tetapi mengganggap mereka tidak memahami situasi kami yang selalu ditekan.

Orang yang berada di dalam lebih mengenali daripada orang yang berada jauh di luar. Tambahan, kami kenal rapat dan bergaul baik dengan sahabat baik ini.

Kami pulangkan kepada Allah SWT apa yang akan dilakukanNya, sekiranya kami dizalimi, kami tidak teragak-agak mengangkat tangan kepada Allah.

Oleh kerana blog ini milik saya, terpulanglah kepada saya sama ada menyiarkan komentar atau tidak.

Nampaknya blog ini mula mendapat perhatian. Apa pun saya ucapkan terima kasih dan meraikan semua teguran, ingatan dan sokongan semua. 

Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dan bersedia membetulkan artikel berkaitan. Wallahu a’lam.