Archive for 23 September 2008


KURSUS PEMANTAPAN AQIDAH SMK LOHAN

Pengarah program kali ini ialah Ust Md Khidir Ishak. Program ini bukanlah kali pertama diadakan.

Sebelum ini telah dianjurkan beberapa kali program yang sama di beberapa sekolah terpilih khususnya di Kota Kinabalu.

Ia dikendalikan oleh beberapa sahabat di kalangan para guru yang prihatin dan lebih dikenali dengan group ‘sahabat bible’.

Ia adalah hasil kursus yang diadakan 2 tahun lalu di Masjid Negeri yang disasarkan kepada para pendakwah terpilih yang berminat dalam bidang perbandingan agama.

Untuk mengadakan kursus ini di peringkat sekolah atau IPT, programnya  mempunyai pakej yang sedikit berbeza.

Bergantung kepada tempoh masa kursus yang dipersetujui bersama antara penganjur dan pengendali kursus.

Untuk program di SMK Lohan ini, ia melibatkan 70 orang pelajar dengan pecahan 20 lelaki dan 50 perempuan.

Kebanyakkannya pelajar menengah atas dan sedikit pelajar menengah rendah.

Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Ust Abd Aziz Muji yang bersungguh-sungguh mengusahakan program ini di sekolah mereka.

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan taklimat awal oleh Ust Khidir kepada para peserta yang turut disertai oleh beberapa orang guru yang nampaknya sangat berminat dengan kursus ini.

Pembentangan kami sampaikan secara bergilir dengan membawa beberapa tajuk.

Antaranya ialah : ‘Islam dan al-Quran’, ‘Asas Ajaran Kristian’ dan ‘Kajian Asas Bible’.

Tidak lupa diadakan latihan dalam kumpulan yang melibatkan kesemua peserta yang dibahagi empat kumpulan.

Antara latihan yang diberikan ialah mencari dalil dalam al-Quran, mencari ayat dalam bible, persamaan dan perbezaan al-Quran dan bible, membongkar fakta-fakta yang bertentangan dalam bible, versi-versi dalam bible dan sebagainya.

Saya sendiri walaupun selalu menyertai program ini, sebenarnya inilah kali pertama mengambil peranan menyampaikan satu slot dan kumpulan bengkel.

Untuk memudahkan kursus dan latihan, para pelajar dibekalkan dengan senaskhah terjemahan al-Quran dan bible sebagai rujukan.

Paling menarik perhatian saya ialah kepantasan mereka mencari dan menemui ayat-ayat baik dalam al-Quran apatah lagi dalam bible.

Senang kerja kami.

Walaupun kursus ini dijalankan dalam ruang masa yang sangat terhad, sehingga beberapa slot terpaksa disingkat atau diabaikan, dan pastinya mempunyai banyak kelemahan, tetapi sebenarnya, sebahagian besar objektif kursus ini berjaya menepati sasaran.

Objektif besarnya ialah apabila di hujung program, mereka menunjukkan rasa sayang dan merasa untung dengan Islam yang mereka miliki, dan mengetahui secara fakta penyelewengan ajaran Kristian, sehingga mereka tidak akan tergamak meninggalkan Islam, bahkan akan menyebarkan Islam di kalangan rakan-rakan mereka.

Menjelang asar, majlis penutupan secara ringkas diadakan dengan sesi bergambar untuk setiap kumpulan bengkel.

Kepada semua peserta, harap dapat memanfaatkan ilmu yang dibekalkan, untuk diri dan orang lain. 

Khusus kepada ahli kumpulan saya yang 15 orang ini – Mariam, Nur Sakinah, Noor Aidahwatie, Nurasliza, Siti Nurbaizurah, Rozie, Murni, Norazirah, Roslina, Arnnyzah, Nor Saheera, Hapsah, Waznah, Norsolehah dan Nuratiqah, semoga pertemuan singkat itu ada manfaatnya.

Tekadnya, kami akan datang lagi ke Ranau ini untuk program yang sama tetapi di tempat yang lain pula.

Kami memahami hakikat bahawa daerah Ranau ini adalah antara sarang dan kubu kuat Kristian di negeri bahkan di negara ini.

Alhamdulillah, sebelum jam 7 malam kami sudah tiba di Kota Kinabalu.

Kami kembali ke surau dalam keadaan jamaah semakin ramai memenuhi ruang.

Sebahagian besarnya pelajar dari dua sekolah – SMK Lohan dan SMKA Mohammad Ali.

Audien lain pula datang dari kampung-kampung yang berada di sekitar sekolah ini.

Setelah saya mengajak pelajar bukan Islam untuk hadir sama, mereka berduyun-duyun turun ke surau bersama rakan-rakan Islam mereka. 

Hitungan saya, lebih 100 orang pelajar bukan Islam menyertai sesi ceramah ini.

Manakala hadirin yang lain tidak kurang daripada 300 orang yang datang bertali arus sehingga sesi ceramah dan soal jawab selesai sehingga jam 10.30 malam.

Ada beberapa bahagian penting berkenaan ceramah hj Ayub.

Antaranya pengenalan ringkas ajaran Kristian selaku beliau bekas paderi besar, kehidupan semasa dan selepas menjadi paderi, bagaimana beliau menemui Islam, serta pembongkaran berkenaan penyelewengan Kristian.

Sementara audien muslim asyik mendongak ‘menonton’ ceramah, lain pula keadaan pelajar bukan Islam.

Tidak sedikit yang membawa bible untuk menjadi rujukan mereka sepanjang ceramah itu berlangsung.

Ini menunjukkan kesungguhan mereka menyelidik dan mengkaji kebenaran dan kesahihan bible dan Kristian itu sendiri.

Walaupun mereka tidak mengikuti ceramah itu sehingga habis kerana ada kelas pada 9.30 malam, ini sudah tentu menjadi ‘pembuka selera’ dan satu permulaan yang sangat baik.

Yang penting tindakan susulan mesti pula dilakukan oleh para guru yang beragama Islam.

Ternyata ceramah beliau mendapat sambutan hangat dengan beberapa jemputan lagi menanti pada masa akan datang.

Nampaknya, pelaburan Che’gu Jamil membawa hj Ayub begitu berbaloi.

Walaupun sesi kaunseling sedikit terjejas, tetapi kehadiran luar jangka terutama yang bukan Islam sangat mengejutkan kami.

Nyatalah, dakwah Islam tidak boleh disekat.

Yang penting, semua orang Islam bergerak menurut kemampuan yang ada pada dirinya untuk turut sama menyebar dan mempertahankan Islam.

Selepas singgah untuk makan malam di Pekan Ranau, Tuan Hj Ayub kembali ke KK ditemani Cikgu Md Nor Haziq yang sudi meluangkan masa memandu ke Ranau.

Sementara kami berempat yang tinggal bermalam di Lohan Rest House, tidak jauh dari kawasan sekolah.

Esok ada program pemantapan aqidah untuk pelajar sekolah.

Surau ar-Rahman, SMK Lohan, Ranau

Melihat rupa bentuk surau ini, tidak ubah seperti Masjid al-Kauthar, Kg Tg Aru.

Ketika azan isyak mula berkumandang, kami yang sudah solat jamak, terpaksa bergegas ke blok asrama puteri untuk memberi tumpuan kepada sesi kaunseling.

Itulah ruang masa yang ada buat Hj Ayub kerana selepas tarawih selesai di surau, beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk : ‘bagaimana saya memeluk Islam’ dan selepas itu terus kembali ke KK malam itu juga.

Keesokan paginya beliau akan terbang kembali ke Sarawak sebelum ke KL pada sebelah petang.

Kami memutuskan untuk mengadakan sesi kaunseling buat dua pelajar – seorang lelaki dan seorang lagi perempuan setelah berlaku ancaman murtad kepada kedua mereka.

Setelah berlaku dialog dengan pelajar perempuan ini, ternyata dia menjadi mangsa keadaan.

Suasana dalam keluarga dan masyarakat sekeliling nyata tidak membantu dia untuk mempertahankan Islam.

Malahan dia sendiri tidak tau sendiri status sebenarnya. Bapanya seorang muallaf tetapi tidak pernah mengamalkan Islam, manakala ibunya beragama Kristian. 

Perkahwinan kedua orang tuanya dahulu mengikut cara kampung, yang tidak didaftar menurut undang-undang sebenar. Keadaan sebegini banyak ditemui di banyak tempat di Sabah ini.

Tambahan lagi dalam keadaan kampungnya yang majoriti penduduk bukan beragama Islam. Dia tidak tahu langsung membaca surah al-Fatihah dan ayat al-Quran.

Tetapi daripada sesi yang tidak sampai sejam itu, dia mula berjinak-jinak dengan agama Kristian. Dia tidak pernah membaca al-Quran tetapi pernah pula membaca bible.

Rumusan saya, anak berumur 18 tahun ini masih punya harapan untuk kembali. Dia hanya terpengaruh dengan rakan-rakan dan terperangkap dengan suasana sekelilingnya.

Buktinya, dia termenung dan merenung setiap nasihat yang diucapkan Hj Ayub. Nampak sekali dia berminat dengan apa yang diperkatakan oleh tuan hj Ayub.

Pelajar kedua ini pula seorang lelaki berumur 17 tahun.

Masalah besarnya ialah kesemua ahli keluarganya murtad. Sudah tentu keputusannya juga dipengaruhi oleh ahli keluarganya.

Malahan sedikit kesilapan apabila gurunya memaksa dia hadir untuk sesi ini.

Mungkin gurunya itu terpaksa melakukan sedemikian, memandangkan hanya ini sahaja kesempatan terbaik untuk menemukan anak muda ini dengan tuan hj Ayub yang sememangnya sangat ahli dalam bab Kristian ini.

Jelas pada mulanya, perasaan memberontak di wajah anak ini, tetapi kemudian dia juga mula termenung dan nampak memberi tumpuan terhadap nasihat hj Ayub.

Satu tips yang berguna kepada kita semua ialah apabila berlaku cubaan murtad di kalangan sahabat, ahli keluarga atau kenalan kita, tolong jangan tinggalkan dia.

Pihak musuh memang suka hati jika melihat kita menjauhi orang yang mula hendak beralih aqidah ini supaya mereka pula mudah mendekati mangsanya.

Yang penting teruskan mendekati mereka dan jangan bermusuh.  

Rupanya, tengah kaunseling itu berjalan, beberapa pelajar puteri non muslim sedang mengintai dari luar di balik tingkap bilik itu.

Kami ingatkan mereka memikir apakah kedua-dua kawan mereka ini dimarah atau sedang dihukum.

Rupanya mereka mendengar dengan teliti kisah sebenar ajaran kristian yang sedang dihurai oleh hj Ayub.

Apabila pintu dibuka, mereka menyerbu sesi kaunseling itu.

Sesi itu sudah sampai ke hujung, tetapi mereka semakin ramai bersesak mendengar nasihat hj Ayub.

Saya serta merta mempelawa mereka hadir ke surau selepas ini untuk mendengar ceramah tuan hj Ayub kerana di sana mereka sudah tentu mendapat maklumat yang lebih banyak dan boleh bersoal jawab dengannya.

Pelajar-pelajar perempuan itu bertanya : “Kami boleh masuk surau?” “Boleh!” Jawab saya.

Sesi kaunseling ditamatkan kerana solat tarawih di surau sudah selesai dan ramai jamaah sedang menanti hj Ayub.

%d bloggers like this: