Konvensyen Pendakwah Negeri Sabah kali ke 3
Anjuran Bersama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sabah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Tarikh : 7 September 2008 / 7 Ramadhan 1429H
Tempat : Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu
Tema : Memperkasa Akidah Remaja

– Resolusi 7 Ramadhan 1429H –

1. Menggesa pihak JAKIM mewujudkan program Diploma Dakwah Lapangan melalui Pusat Latihan Dakwah seliaan JAKIM;

2. Menambah baik program pendidikan yang sedia ada di pusat-pusat latihan JAKIM dengan memfokuskan bidang-bidang seperti kemahiran ICT, kepimpinan, komunikasi dan seumpamanya;

3. Menggesa pihak JHEAINS mewujudkan Syukbah Remaja Masjid di setiap masjid dan surau di seluruh Sabah yang dipimpin oleh golongan muda contohnya seperti penubuhan Kadet Remaja Masjid;

4. Menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara agensi penguatkuasaan dalam menangani gejala penyelewengan Akidah, sosial dan seumpamanya khususnya dikalangan remaja;

5. Menjadikan masjid mesra remaja sesuai dengan pemartabatan masjid sebagai Pusat Kecemerlangan Remaja (Teenager Center of Excellence);

6. Mengesa pihak-pihak yang berkaitan dengan pembangunan remaja memperuntukkan dana khusus kepada NGO Islam yang menjalankan aktiviti-aktiviti remaja;

7. Menggesa setiap premis tumpuan orang ramai dan taman-taman perumahan mempunyai masjid dan surau yang terletak di lokasi yang strategik;

8. Melaksanakan penganjuran simposium remaja Muslim secara tahunan;

9. Memperbanyakkan latihan-latihan bagi memahami aspirasi remaja dan isu-isu yang berkaitan dengan mereka kepada semua pihak;

10. Mengesa pihak sekolah memperhebatkan lagi program pembinaan jati diri remaja Islam di peringkat sekolah;

11. Menyeru pihak-pihak tertentu yang menganjurkan sambutan keramaian supaya mengambil kira pengisian yang tidak merosakkan golongan remaja;

12. Memperbanyakkan aktiviti hiburan dan rekreasi yang berunsurkan Islam.

(Dibacakan oleh Dr Hj Mingu Hj Jumaan, Pengarah Jabatan Komputer Negeri Sabah)