Archive for 28 September 2008


SALAM EIDUL FITRI

Pada kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog Abu Nuha Corner yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam melayari dunia blog – satu lagi medan dakwah yang sangat luas ini.

Saya juga berharap semua amal tarbiyyah yang kita lalui sepanjang Ramadhan ini akan kita teruskan selepas daripada ini nanti, dan menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik pada masa hadapan.

Secara khusus saya tujukan ucapan doa serta selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir & batin ini khusus buat mereka (sama ada mereka membacanya atau tidak) :

1. Semua warga Istana Negeri, Kota Kinabalu atas tunjuk ajar, persahabatan dan kerjasama erat terutama Tuan Setiausaha Sulit Kepada TYT – Hj Abd Gapar Madin, Juruiring TYT – Hj Abd Latif Ibrahim dan Timbalan SUS – Pak Ibrahim Md Asry serta yang lain; menjunjung kasih khusus buat Tuan Yang Terutama Tun Hj Ahmadshah Abdullah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hjh Masuyah Ag Japar;

2. Semua warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), terutama Pengarah Hj Amri Suratman, dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Informasi (BPI), Ust Musally Moksin dan khusus buat semua staf BPI – Ust Najion, Ust Jumain, Hj Sotimin, Hj Hassan, Ust Abdillah, Abang Jefry, Hadanan, Ahmad Yasin, Abang Jamiun, Junoh, Khanipah, Maslylah, Anita, Kak Habibah;

3. Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Sabah yang semakin subur dibawah pimpinan Ust Hj Muchlish Ali Kasim dan Ust Bungsu Aziz Jaafar;

4. Semua ahli NGO’s Islam yang bergabung dalam Majlis Gabungan NGO’s Islam Sabah (CONCERN) – WADAH, ABIM, JIM, YAYASAN AMAL, SAHABAT, PERTIWISA, PUM, Puteri Islam, KECAPI, PSS, Peguam Muslim, dan lain-lain;

5. Semua jamaah masjid atau surau di mana saya menyampaikan kuliah mingguan, yang bersabar dengan ‘leteran’ dan karenah saya iaitu Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil, Masjid Negeri, Masjid Nurul Ihsan Kg Lok Kawi Baru, Surau an-Nur Taman Olivia Kepayan dan Surau an-Nur Taman Limauan Kinarut;

6. Para guru yang mencurahkan ilmu dan pengalaman hidup khususnya Mantan Pengetua (kini SS Mufti Negeri) Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan dan semua guru di SMAI Toh Puan Hjh Rahmah 1992-1997; Datuk Hj Asmali Bachi serta semua pensyarah di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah 1995-1999;

7. Para ulama dan pendakwah yang cintakan ilmu dan kebenaran, menjadi rujukan kami, khusus buat Ust Hj Muchlish Ali Kasim, Ust Hj Md Iyen Atim, Ust Hj Mursal Muchtar, Ust Hj Abu Hurairah Abd Rahman, Datuk Hj Mokhtar Rapok, Datuk Hj Ismail Abbas, Datuk Ahmad Osman, dan ramai lagi..

8. Sahabat-sahabat seperjuangan dalam meninggikan kalimah Allah tanpa takut dan gentar, khusus buat Ayahanda Hj Mohammad Abdullah (Tawau), Tuan Hj Hamzah Abdullah (Sandakan), Cikgu Md Annuar Ali (KK) serta semua pemimpin, pejuang, ahli, guru-guru PASTI, pendukung serta penyokong harakah Islamiyyah – Parti Islam SeMalaysia di mana saja berada;

9. Sahabat-sahabat seusrah iaitu Abu Aslam, Abu Asyraf, Abu Aiman, Hj Alimin Jasman, Che’gu Jamil (lagi sekali), Cikgu Roslan, Dr Ali, Misbah, Nasrullah, Nordin Saad, Rustam dan tidak lupa yang kami kasihi Ust Hj Abdullah Din (nun di Kedah);

10. Kumpulan Sahabat Bible yang sentiasa tabah dan tekun mendidik, meredah cabaran demi agama tercinta, khususnya Che’gu Jamil, Ust Md Khidir, Cikgu Nasirin, Cikgu Hashim dan Ust Amir Hamzah;

11. Guru-guru serta rakan-rakan lama sepersekolahan di SK Lubok Temiang 1986-1988, SUI Lubuk Temiang 1986-1988, SK Pekan 2 WP Labuan 1989-1991, SUI Membedai WP Labuan 1989-1991;

12. Rakan-rakan seluruh alumni SMAI TPHR khusus 1992-1999;

13. Rakan-rakan karib sepengajian mengenal dunia menghafaz al-Quran di MTQQ 1995-1999 antaranya, Rahim Yahya Abd Rahman, Hj Zamrul Md Aslie, Hj Yakob Jilun, Md Nadzri Hj Mustakim, Md Hafidz Ahmad, Razali Abd Rahman, Kamaronnizam Mat Isa, Abd Amir Arapa, Hj Ibrahim Kisab, Ag Ibnu Ag Tahir dan ramai lagi;

14. Rakan-rakan alumni seluruh negara di Maahad Qiraat al-Azhar, Shoubra Kaherah Mesir 2000-2003; sahabat alumni Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) 2000-2003; dan sahabat-sahabat Bait Muslim di Mansoura, Mesir 2002-2003 serta seluruh kenalan Azhariyyun 2000-2003;

15. Pelajar-pelajar saya semasa di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah 2002-2005;

16. Mereka yang belajar al-Quran dengan saya antaranya :
a. Cikgu Adiah, Cikgu Alhazmi (dan keluarga), Cikgu Bend – Jabatan Pelajaran;
b. Tuan Yunos, Hj Said, Hj Matni, Rusdi, Jamri, Rosli, Hassa, Yana, Metan, KK Abd Mumin, Mohammad, Jijah – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)
c. Madiee Tuah & Musran Jabri – Jabatan Perkhidmatan Bomba Sabah
d. Ramai lagi yang telah dan sedang meneruskan kelas pengajian ini;

17. Pembaca blog ABU NUHA CORNER sama ada dikenali atau tidak, jauh dan dekat, yang setia melayari sama ada membaca artikel atau sekadar tengok gambar, serta memberikan ransangan dan pendapat – sama ada pro atau kontra;

18. Rakan-rakan baru dalam dunia blogger – sesungguhnya kerja kita semakin berat dan ruang dakwah semakin luas – Salman Md Amin, Ust Abidin Omar, Nadir Kamaruzzaman, Nordin Sakke, Ust Wan Zaidel, Khairul Yusri Mat Jusoh, Nabila Abdullah, Ust Kamaruddin Kassim (Kedah), Cikgu Zakaria Ali Hanapiah, Ust Zulwaqar dan lain-lain;

19. Semua ahli keluarga sebelah saya dan isteri, adik beradik, abang dan kakak ipar serta anak-anak buah yang semakin ramai dan membesar (juga mengembang);

Untuk kesemuanya, maaf dan ampunkan kesalahan saya, zahir dan batin.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mempertahankan Islam yang ada di dalam diri kita. Mudah-mudahan ini bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita bersama.

Salam eidul fitri.

Hj Muhammad Akmal Othman, Dayang Suzziyana Bongsu, Nuha Wafiyyah, Hana Sumayyah, Abd Hadi & Lu’lu’ Badriyyah.

Surau Perumahan JKR, Putatan

Sebagai penutup perjalanan tarawih tahun ini di Kota Kinabalu, saya mengunjungi surau ini yang letaknya terperosok sedikit di kampung Sipanggil, Putatan.

Ia merupakan surau bagi kakitangan warga JKR yang mempunyai perumahan di sini.

Kehadiran sudah semakin susut, mungkin sudah mula kembali ke kampung masing-masing.

Ataupun sibuk bershopping malam-malam takhir sebelum berhari raya.

Tapi seronok melihat dalam keadaan begitu pun, mereka kelihatan bersemangat bertarawih.

Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman atas kurniaan lebihan rezeki yang Allah kurniakan. Firman Allah : “Dan adapun nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau ceritakan”.

Kalau tahun lepas, malam yang sama, saya bersama Ust Awwaluddin isterinya Ustazah Hjh Maria, Ibrahim Yong, bro Johari yang kedua-duanya aktivis Teratak Fitrah / muallaf, kami berziarah dan menghulur sumbangan kepada 4 keluarga muallaf di Likas, Lobou dan Sepanggar yang hidup dalam kesusahan.

Tahun ini pula, saya bersama isteri dan anak sulung saya kami berziarah dan menghulurkan sumbangan kepada setiap rumah yang berada di lorong menuju ke rumah di Kg Meruntum.

Sumbangan kami berbentuk ayam mentah sama ada seekor atau setengah ekor.

Saya hanya beli dan bawa, manakala isteri dan anak saya yang menghantar ke setiap rumah yang dituju.

Isteri saya yang teraak-agak pada awalnya, kemudian merasa seronok dengan program yang saya cadangkan. Ada 12 rumah yang kami singgah pada jam 10 malam itu.

Anak saya yang berumur 5 tahun itu pula yang berani menjerit-jerit memberi salam kepada penghuni rumah dan menyampaikannya sendiri.

Saya mengajarnya supaya memberi salam dan memberitahu, sedekah Ramadhan.

Insya Allah tahun depan buat lagi.

Masjid Nur Islam, IPK Kepayan

Masjid ini berada dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah, di Kepayan. Walaubagaimanapun, ia boleh dimasuki oleh orang ramai yang ingin bersolat di sini.

Jika dilihat dari luar, masjid ini hanya berada di tepi jalan sahaja. Cuma perlu masuk mengikut laluan utama IPK.

Malam itu, lebih jugalah 100 orang yang hadir dalam masjid yang boleh memuatkan sekitar 1000 orang termasuk kawasan beranda kiri dan kanan.

Saya mempunyai nostalgia berkhutbah di masjid ini.

Ceritanya begini. Pada tahun 1999, ketika masih belajar di Maahad Tahfiz, guru kami Ust Muchlish datang ke rumah kami di Grace Court awal pagi satu jumaat.

Sebenarnya, hari itu dia mempunyai 3 jemputan berkhutbah serentak dan memberikan salah satunya kepada saya untuk berkhutbah menjelang tengahari. Saya diberikan tempat di masjid inilah.

Ketika itu, saya tidak datang sendirian. Saya datang bersama kawan-kawan sepengajian Maahad Tahfiz menaiki van Ust Muchlish yang kami pandu sendiri. Saya ingat kami datang enam atau tujuh orang.

Kedatangan kami itu pula bukan sembarangan. Semuanya memakai jubah putih, lengkap berserban ala tahfiz dan berada di saf pertama.

Kembang bulu roma dan gemuruh menguasai diri. Ini kali pertama dalam sejarah, saya diberi notis berkhutbah hanya pada pagi jumaat. Saya bukannya mahir seperti para ustaz yang lain.

Bagaimanapun, alhamdulillah tugas itu dapat dijalankan dengan baik, dengan membawa tajuk berkenaan ibu.

Rupanya, belakang hari kemudian ust Muchlish memberitahu, itu adalah kaedah yang ingin diterapkannya kepada pelajar supaya sentiasa bersedia dipanggil pada bila-bila masa.

Katanya, begitulah juga dahulu ketika dia belajar ditarbiah sedemikian rupa.

Kali kedua saya berkhutbah ialah pada tahun lalu, ketika mengiringi TYT. Khutbah ketika itu berkisar dengan isu Palestin yang hangat diperkatakan.

Kemudian, dalam khutbah kedua pula saya dengan perasaan berbelah bagi, menegur keadaan masjid ini yang selalu lengang dengan solat fardhu yang lima.

Bukan kosong terus, tetapi jika saudara datang dalam keadaan pelatih rekrut tidak ada, maka yang hadir terutama solat maghrib atau isyak tidak sampai separuh saf pertama, sedangkan penghuni di dalam kawasan ini terlalu ramai.

Tetapi alhamdulillah, saya ingat Pesuruhjaya Polis Sabah turut hadir berterima kasih kepada saya atas ingatan itu. Lega juga hati saya.

%d bloggers like this: