Archive for 5 Jun 2012


Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang al-Jannah Global Marketing ini sehinggalah tiba ke lokasi mereka di Johor Bahru. Ini salah satu acara lawatan yang diatur oleh penganjur sempena MTQ Kebangsaan di sini untuk melihat sendiri syarikat yang dikenali dengan produk ‘Kopi Pra-Campuran Aljannah Mahkota Dewa 14 Dalam 1’ itu.

Syarikat ini menurut Datuk Zulkifli sudah beroperasi sejak 2-3 tahun lepas dan mempunyai sudah mempunyai cawangan di seluruh negara, dan kini mula membuka cawangan di Pulau Batam Indonesia. Cawangan di Sabah terletak di Lintas Jaya, Kota Kinabalu disamping 12 stokis lain. Maklumat lanjut boleh layari : http://www.ajglobal2u.com/

Mengisi masa sebelah pagi yang terluang, sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 di Johor Bahru ini, penganjur mengadakan sesi lawatan ke beberapa lokasi untuk para qari, qariah, pengiring, hakim dan rombongan-rombongan dari seluruh negara. Kami dibawa ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Kota Iskandar di Nusajaya.

Rombongan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cahaya Jauhar Sdn Bhd dengan satu sesi taklimat di bilik tayangan di Bangunan Dewan Negeri Johor. Kami dibawa melawat ke bangunan Kota Iskandar, Dewan Negeri dan Puteri Harbour Marina. Kota Iskandar ini terletak 25 km dari Johor Bahru merangkumi keluasan 320km.

Oh ya, rombongan ini tidak disertai oleh peserta qari dan qariah yang akan mempersembahkan tilawah mereka pada malam ini. Pada sebelah pagi mereka terlibat dalam cabutan undi ayat dan surah, serta undi giliran membaca.