Archive for 20 Jun 2012


Tahniah kepada penduduk kampung Takuli Beaufort yang mendapat masjid baru – yang dinamakan Masjid Haji Ibrahim sempena nama seorang tokoh di kawasan berkenaan. Kalau bukan dimaklumkan oleh Datuk Haji Abdul Ghaffar Rijim sebelum itu akan kewujudan masjid baru ini, saya tidak mengetahui walaupun jalan ini tidaklah asing bagi saya kerana menjadi laluan ulang alik ke Labuan-KK.

Kami dimaklumkan masjid ini beroperasi sekitar 2 bulan lepas, setelah dibina dengan kos lebih setengah juta bermula tahun lalu. Mudah-mudahan masjid ini menjadi medan bagi umat Islam mengukuhkan kesatuan, mendalami ilmu agama, dan pusat sehenti – bukan sahaja untuk solat lima waktu, bahkan menjadi tempat kelas-kelas tambahan, dan seumpamanya, serta mesra untuk semua golongan – orang muda, kanak-kanak, kaum ibu dan lain-lain.

Saya suka melihat dan memerhatikan kebersihan masjid dan persekitarannya yang bersih, walaupun perkarangan masjid masih belum diturap. Ketika itu kami melihat ada seorang ibu dengan dibantu anaknya menyiram bunga-bunga yang menghiasi masjid, menyusun selipar-selipar yang disediakan serta membersihkan bilik air dan ruang wudhu’. Semoga kebersihan dan pengimarahan masjid terus diberikan keutamaan.

%d bloggers like this: