Archive for 12 Jun 2012


Khatib : SS Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd. Aziz bin Juned (Mufti Brunei)

Lokasi : Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Johor Bahru.

Taqwa boleh berlaku dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Antara kisah hebat yang menjadi sejarah dan penuh pengajaran ialah kisah yang melibatkan seorang ulama bernama Imam Abil Hasan Ahmad bin Banan atau dikenal dengan panggil Ibnu Banan pada zaman pemerintahan Raja Ahmad bin Thulun yang pernah berlaku zalim kepada rakyatnya.

Ketika kekejamannya memuncak, rakyat tidak tahan lagi. Mereka mengadukan kezaliman Raja Ahmad bin Thulun kepada Imam Ibnu Banan. Beliau adalah seorang ulama yang dikenal berani menegakkan kebenaran dan tidak takut kepada celaan siapapun. Ibnu Banan langsung bergegas pergi untuk menemui Ibnu Thulun. Saat itu, Ibnu Thulun sedang mengumpulkan seluruh menteri dan para pemuka masyarakat.

Di hadapan Ibnu Thulun dan seluruh menterinya, Imam Ibnu Banan berkata, “Wahai Ibnu Thulun ,penguasa Mesir dan Syam,bertakwalah kepada Allah dan jangan menzalimi rakyat. Kelak, di hadapan Allah yang Maha Adil, engkau akan mempertanggungjawabkan semua perbuatanmu. Ketahuilah ,orang yang menzalimi rakyatnya tidak akan mencium bau syurga!”

Ibnu Thulun dan orang-orang yang hadir di situ tidak percaya pada apa yang mereka dengarkan dan mereka lihat. Bagaimana seorang Ibnu Banan berani berbicara dengan begitu lantang di hadapan Raja Ibnu Thulun? Ternyata Raja Ibnu Thulun marah, mukanya merah padam. Dengan suara keras, dia berteriak memerintahkan pengawal yang ada : “Tangkap orang ini dan sumbatkan ke dalam penjara! Siapkan singa  yang paling ganas, jangan beri makan selama tiga hari! Biar orang gila ini yang akan jadi santapannya!”

Kemudian, seorang pengawal mengambil singa yang paling ganas dan kuat lalu mengurungnya lapar selama tiga hari. Tiga hari kemudian, Ibnu Banan diambil dari selnya dan ditemukan dengan singa yang ganas dan kelaparan itu. Singa yang tidak makan tiga hari itu langsung meloncat sementara Imam Ibnu Banan masih tenang sujud pada Allah SWT. Ketika singa itu sudah dekat dengan Ibnu Banan, tiba-tiba singa itu berhenti lalu duduk dan menundukan kepalanya.

Setelah itu, ia bangkit dan mendekati Ibnu Banan. Akan tetapi, singa itu menjilat kaki beliau dan menggesek-gesekkan pada tubuh Ibnu Banan seperti seekor kucing. Menyaksikan hal itu,Ibnu Thulun dan pegawai-pegawainya menjadi takjub tak terkira. Lalu, Ibnu Thulun memerintahkan kepada para pengawal untuk mengembalikan singa itu kedalam kandangnya dan membawa Ibnu Banan ke hadapannya.

“Apa yang ada di dalam hatimu?? Apa yang sedang kau fikirkan?” Tanya raja. “Aku tidak apa-apa, aku hanya membaca dan meyakini firman Allah : “Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, sesungguhnya kamu berada dalam pemerhatian dan pengawasan Kami.”(At-Thuur : 48).

Seketika itu, Raja Ibnu Thulun bangkit dan mencium kepala Imam Ibnu Banan, lalu meminta maaf kepadanya dan membebaskannya.

Sumber : http://www.pakdi.net/

Tajuk asal : Sulaiman al-Rajhi: Dari Billionaire Kini Cuma Tinggal Sehelai Sepinggang

Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion.

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.

2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.

3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.

Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya

1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.

2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara.

3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.

Bertindak, bukan Sekadar Komplen

Antaranya …

1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.

2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.

3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya.

Pendidikan Kewangan Anak-anak

1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.

2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya.

3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat.

Lagi Yang Menarik

1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

Ini cuma ringkasan dari saya, kalian dapat membaca berita penuh dari ArabNews melalui link berikut:

Sulaiman Al-Rajhi’s life a rags to riches story

%d bloggers like this: