Archive for 10 Jun 2012


RESTORAN ZZ SUP TULANG

Saya rasa beruntung juga apabila ditemukan dengan teman-teman baru di Johor Bahru. Ustaz Azhar membawa saya makan malam di Restoran ZZ yang kira terkenal juga di Johor Bahru ini. Menu utama sudah tentu sup tulangnya. Menu utama krew pastinya mee rebus tulang disamping mee hoon sup daging, soto ayam, lontong kering, nasi ayam penyet dan lain-lain. Menariknya tempat makan menggunakan pondok-pondok kayu dan duduk di lantai.

Di kaunter, kelihatan foto-foto kunjungan ramai selibriti dan personaliti ke restoran ini seperti para artis dan ahli politik. Antara yang kelihatan dalam foto itu seperti Aznil Nawawi, Aziz M Osman, Ustaz Akil Hay, Cat Farish,  Safee Sali, dan lain-lain. Ini seperti memberi gambaran tentang menu-menunya yang istimewa dan menyelerakan.

Pengalaman orang sudah tentu tidak sama apabila berkunjung ke satu restoran ternama. Seperti restoran Singgah Selalu di Danga Bay Johor Bahru, ini kunjungan kali kedua setelah kali pertama beberapa tahun lalu. Saya dapat maklum juga daripada kawan-kawan lain, ada yang lambat menerima layanan atau makanan lambat sampai. Itu adalah pengalaman masing-masing.

Saya pula setakat dua kali ini (kononnya) barangkali bernasib baiklah. Layanan  baik, tidak menunggu terlalu lama dan makanannya pula sedap. Saya bersama keluarga sebelah isteri yang tinggal di Johor Bahru ini mengajak ke restoran berkenaan hampir tengah malam setelah selesai MTQ Kebangsaan malam keempat. Walaupun tengah malam, pengunjungnya masih ramai.

Saya baca melalui satu web, ia menduduki tempat ke-10 restoran terkenal di Johor. Restoran ini agak besar dan luas, terletak di tepi jalan. Khabarnya sudah mempunyai beberapa cawangan lain sekitar Johor. Ketika kami singgah, restoran ini dihiasi dengan bendera-bendera eropah, barangkali sempena kejohanan bola sepak EURO yang berlangsung sekarang.  Terima kasih Busu Ajak sekeluarga yang bawa saya tengah-tengah malam ke sini.

Oh ya di tepi restoran ini ada mini kedai arab Mesir. (foto bawah)

%d bloggers like this: