Archive for 3 Jun 2012


Kami bertiga, – qariah, ibunya (yang bertindak sebagai pengiring qariah) dan saya, bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 11.30 pagi menuju ke KLIA dan seterusnya ke Johor Bahru selamat tiba di tempat penginapan di Puteri Pasific sekitar jam 4.30 petang dengan bantuan pegawai perhubungan Ustaz Azhar dan pemandu. Nur Faten Izzati dan ibunya dibawa dengan toyota innova, sementara saya bersama Ustaz Azhar menaiki Proton Perdana. Aduhai, kami dilayan kemas oleh penganjur.

Oh ya, qari Sabah Ustaz Rafi Ghalil Abbas bersama keluarganya menaiki kenderaan sendiri dari ibu negara, kerana beliau masih menyambung pengajian sarjana yang dijangka tamat pada september ini. Lokasi hotel penginapan yang saya maksudkan hanya bersebelahan dengan PERSADA Johor yang menjadi tempat berlangsungnya Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan bermula 4 hingga 8 Jun 2012. Lagipun ada jejantas yang menyambung antara dua bangunan hotel dan PERSADA Johor.

Raptai bermula jam 8.30 malam di dewan yang dimaksudkan. Kami lihat semua pihak yang terlibat bekerja keras untuk membuat yang terbaik bagi penganjuran majlis kali ini. Khususnya JK persiapan dewan dan astaka, penyiaran dan lain-lain masih lagi bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing. Ketika itu, dewan bahagian belakang sekali belum dibuka kerana masih digunakan majlis perkahwinan pada malam berkenaan. Turut terlibat dalam raptai ialah para peserta khususnya bagi mengetahui tempat menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri dan mereka turut mencuba naik dan duduk di astaka.

 

Astaka yang belum siap 100%.

Brader ni berlakon sebagai Perdana Menteri yang baru sampai ke lokasi.

Mencuba tempat mengaji. Ustaz Rafi Ghalil Abbas qari Sabah bersama wakil negeri-negeri lain

 

Sumber foto disedut daripada pelbagai blog dan facebook. Semoga usaha-usaha semuanya dirahmati Allah SWT.

%d bloggers like this: