Archive for 4 Jun 2012


Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 bagi malam pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula malam ini sekitar jam 9 malam dengan perasmian dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia dengan kehadiran sekitar 2 ribu tetamu memenuhi dewan Persada.

Setelah majlis perasmian ada malam ini, dua peserta iaitu qari dari Selangor Ustaz Abdul Khair Jalil dan qariah dari Perlis Sarina binti Che’ Yahya membuka tirai mempersembahkan bacaan mereka. Sementara itu saya dimaklumkan tiga orang hakim baru disenaraikan kali ini iaitu Dato’ Ahmad Paizul Ghazali, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim dan Ustaz Hanafi Awang disamping hakim-hakim yang lain kesemuanya seramai 14 orang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Othman Mustafa yang juga Ketua Pengarah JAKIM.

Keseluruhannya seramai 27 peserta – 13 qari dan 14 qariah akan mempersembahkan bacaan bermula malam ini sehingga khamis malam sabtu, sementara pada jumaat malam sabtu nanti akan ada majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang insya Allah akan dilakukan oleh Sultan Johor.

Sebelum itu pada sebelah pagi diadakan sesi taklimat dan cabutan undi kepada semua peserta sementara pada sebelah tengahari tadi diadakan jamuan tengahari Perdana Menteri bersama para peserta, hakim, AJK dan seluruh rombongan negeri-negeri. Walaubagaimanapun beliau tidak hadir dan masih berada di ibu negara dan hanya tiba di Johor Bahru pada sebelah maghrib.

SESI TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDIĀ 

MAKAN TENGAHARI

MAJLIS PERASMIANĀ 

%d bloggers like this: