Archive for 11 Jun 2012


Sumber : Wikipedia

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato’ Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.

Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

Sumber 2 : http://www.islamgrid.gov.my/mosque/detailed.php?id=16

Latar Belakang

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia. Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.

Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Binaan

Gaya reka bentuk bangunan di zaman kolonial bercampur pengaruh seni bina tempatan amat ketara pada reka bentuk bangunan Masjid Sultan Abu Bakar ini. Reka bentuk bumbungnya bercirikan seni bina Moghul dan tradisional dengan mengaplikasikan konsep bumbung limas. Dinding masjid pula mempunyai kemasan yang dihiasi dengan plaster berukir seperti yang digunakan pada tingkap, pintu dan tiang masjid. Panel-panel marmar di permukaan lantai masjid diimport dari Itali manakala kaca berwarna di atas kubah diimport dari Venice.

Keseluruhan bangunan masjid menggunakan konkrit sebagai bahan asas, manakala struktur bumbungnya disokong oleh kerangka keluli. Reka bentuk masjid ini hasil kreativiti arkitek dan jurutera tempatan Johor, iaitu Haji Butawif bin Haji Mohamad Arif dan Dato’ Yahya bin Awaluddin. Masjid yang terbesar di Negeri Johor ini mempunyai pengikat tiang yang diukir hasil adaptasi daripada seni bina klasik Timur Tengah seperti yang terdapat di beberapa buah masjid di Mesir, antaranya Masjid Kaiet Bey, Masjid Markouk, Masjid Sultan Hasan dan Masjid Imam Syafei.

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (Phd)

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM12.00 / RM14.00

“Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku.

Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya.” (Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam)

Bab Pertama  Ringkasan Tafsir Ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq

Bab Kedua  Kefahaman Mengenai Ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq

Bab Ketiga  Faedah dan Cara Pembacaan Berkesan

Bab Keempat  Tip-Tip dan Galakan Minat Membaca

Bab Kelima  Sejarah Tokoh yang Suka Membaca

Bab Keenam  Cara dan Minat Ulama dalam Membaca

Bab Ketujuh  Mutiara Kata Ulama Berkenaan Membaca dan Menuntut Ilmu

Bab Kelapan  Teknik dan Kemahiran Membaca Berkesan

Bab Kesembilan  Awasi Empat Perkara Ketika Membaca

Bab Kesepuluh  Sumber Rujukan Ilmu-Ilmu Islam

Bab Kesebelas  Bahan Bacaan yang Ditegah

Bab Kedua belas  Perpustakaan Terkenal di Serata Dunia

Bab Ketiga belas  Hasil Karya Penulis

Penutup 

Bibliografi 

%d bloggers like this: