Bagi pengkaji sejarah perkembangan Islam di Sabah, Mandur Syarif bukanlah satu nama kecil dalam dunia dakwah khususnya di sebelah pantai barat dan di Ranau.
Raden Jaya Winata – itulah nama sebenar Mandur Syarif (menurut Pakcik Saip yang kami temui). Di Kg Tebobon dan Kg Lobou Kota Kinabalu, Mandur Syarif bekerja sebagai mandur di ladang getah. Hebatnya, beliau bukanlah seorang ustaz tetapi beliau berdakwah dan menyampaikan Islam melalui perubatan.
Kemahiran mengubat secara tradisi melalui doa-doa dan seumpamanya, memberi ruang kepada beliau untuk memasukkan unsur Islam kepada pesakit yang datang. Lebih mengkagumkan, pesakit yang berkunjung bukan saja dari kampung berdekatan bahkan sehingga ke Ranau termasuk yang bukan Islam.
Peristiwa ini dirakamkan berlaku pada tahun-tahun sekitar 40an, sehingga ramai di kalangan pesakit bukan Islam memeluk Islam secara sukarela.
Demikianlah apabila kita memerhatikan nama-nama orang Islam di sebelah Ranau khususnya orang-orang tua, nama-nama mereka mempunyai pengaruh dan unsur jawa, kerana Mandur Syarif berasal dari sana.
Ternyata setelah berlalu lebih 50 tahun, agama Islam telah berkembang begitu baik, sebahagian besarnya hasil usaha Mandur Syarif sendiri.
Terima kasih kepada Pakcik Saip – bapa kepada Ust Junaidi yang sudi bercerita kepada kami serba sedikit tentang Mandur Syarif secara spontan. Pencarian kisah beliau akan diteruskan selepas ini.
Ini adalah satu contoh yang baik khusus kepada pendakwah muda dan kepada umat Islam secara umum, bahawa apa yang dilakukan oleh Allahyarham Mandur Syarif telah menyampaikan Islam menurut kemampuan beliau sungguhpun bukan seorang ustaz.
Hakikatnya setiap orang Islam adalah pendakwah. Mandur Syarif telah membuktikannya. Kita?
Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali,saya ucapkan terima kasih kepada saudara abu nuha kerana telah menyelitkan serba sedikit tentang sejarah perkembangan islam di Ranau. Saya sememangnya berminat untuk mengkaji secara lebih mendalam tentang “PERJALANAN DAKWAH” islam sampai ke daerah Ranau. Disini berani saya katakan, sekiranya bukan kerana jasa baik Allahyarham Mandur Syarif @ Bapa Tua menyebarkan islam di Ranau, saya yakin 200% sehingga kini kami masih lagi berpegang pada kepercayaan KUNO kami iaitu PAGAN. Apapun syukur Alhamdulillah kerana itu lah perjalanan yang telah di atur oleh Allah s.w.t untuk kami mengenal islam.
Berdakwah lah untuk diri kita sendiri dahulu…Pelajari,tuntuti,hayati dan amalkan ilmu islam..barulah dapat kita sampaikan,dakwahkan islam itu pd mereka yang lain…sekian,wassalam
Assalammualaikum ustaz,
Cerita Mandur Syarif mengislamkan ramai penduduk Ranau terutama di Togudon Lama dan Ratau sangat menarik perhatian saya kerana ayah ( Arwah Sahat Basinda )dan ibu saya sendiri adalah antara orang yang masuk Islam di rumah kediaman Bapa Tua ( Gelaran utk Mandur Sharif ) semasa zaman remaja mereka selain Arwah Hj.Ruman Limbongot ( Kg.togudon Lama )dan Mohd.Ali Kandalis ( kg.Ratau ) dan sempat tinggal bersama keluarga Bapa tua di kg .Lobou .Ibu saya agak rapat dengan isteri Bapa Tua yang menurut ibu saya yang mereka sebut Mama sahaja. Dari Bapa Tua lah arwah ayah saya belajar tentang ilmu perubatan. Dengan ilmu perubatan inilah juga ayah saya dapat mengislamkan ramai penduduk sekitar kampung yang berhampiran dgn kg.Togudan lama sehingga penghujung 1999 kerana ayah telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2000.
Assalammualaikum ustaz,
Cerita mandur Syarif mengislamkan ramai orang, terutama penduduk Ranau memang telah lama saya ketahui. kerana ayah saya pun antara yang diislamkan olehnya. Ayah saya Haji Diun Bin Damas @ Dungoi Bin Damas ketika itu berumur 14 thaun dan sekarang sudah berumur 78. Ayah ada juga bercerita tentang kehebatan ilmu kebatinannya. Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam islam.
salam…
saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam…kepada pengkaji pengislaman di Ranau tahniah kerana ini menjadi pendorong kepada genarasi muda untuk terus berjuang menyebarkan Islam hingga ke pelusuk dunia…Sebagai kesinambungan kepada usaha Bapa Tua kumpulan kami sedang mencari bahan cerita berkaitan penyebaran Islam oleh Bapa Mandur Sharif. kalau ada bahan yang boleh dikongsi bersama kami sangat mengalu-alukannya..Untuk makluman langkah pertama kami dalam usaha ini ialah pergi ke Bandung, Indonesia menziarah kubur Mandur Sharif dan membuat kunjungan dgn keluarga Bapa Mandur Sharif..
Assalamualaikum saya telah melawat keluarga ALLAHYARHAM bapa sharif ( belaiu juga dikenali sebagai Sharif Ahmad Ambek Soekrominoto) di Daerah Pahlawan Cikutra No 2o jalan Sidomukti ,Rumah teres satu tingkat satu tingkat pada tahun 2010.Saudara saudara yg lain sila lah melawat kekuarga ALLAHYARHAM.
Kita sambung dan teruskan perjuangan Bapak Sharif!!!!!!!
Suhaili Bin Riman
Assalamualaikum saya cadang kita buat rombongan melawat keluarga Allahyarham bapa Sharif kerana Allahyarham ada 4 orang anak tapi 1 orang kembali ke Sabah ia itu Emak kepada Datuk Dr Abdul Kadir Hj Roslin .Elok kita jumpa dahulu dengan emak Datuk Dr Abdul kadit Di Kg bayangan Keningau unutuk dapatakan lebih banyak maklumat berkaitan Bapa Sharif.Cucu cucu Bapa sharif tinggal di tempay yg berlainan kerana berlainan ibu.
Perjuangan Bapa Sharif patut dibukukan
Sila respon No HP saya ia lah 0198726431
Suhaili bin Riman
Untuk makluman Datuk Dr Abdul kadir Hj Roslin ia lah Rektor UITM Sabah dan saya pula bertugas kementerian Kewangan Sabah ,Pejabat kementerian Kewangan Sabah Wima Kewangan 88593 Kota Kinabalu ,kami boleh duhubungi pada bila bila masa sahaja
Suhaili bin Riman
Saya masih ingat waktu saya ziarah makam Mandur Sarif di Bandung yg bealamat di Ranca Belud..masa tu cuaca sangat panas, yg hairan nya selepas kami baca tahlil, tiba2 hujan lebat yg hairannya sekitar kwsan makam arwah sahaja yg di timpa hujan sehinggakan parit2 semua di sana penuh air.Oleh sebab hujan kami di jemput oleh penjaga makam keluarga Arwah masuk rumah sehingga hujan berhenti..itu pun hujan lebat sekejap ja tu. Panas terik balik seolah2 tidak ada hujan sebelum tu..kuasa Allah..
salam semua.
Saya kira adalah lebih baik berhati hati dalam menulis artikel perkembangan islam di sabah kerana, saya telah berkelana mencari guru-guru mursid di kalangan anak-anak murid mandur sharif.
Dan saya telah mendapati ada yang menambah serta ada yang mengurang penceritaannya.
sebenarnya saya telah mendapat ijazah kebatinan perubatan dua dari anak murid beliau bapa tua iaitu
arwah haji karno @ sukardi dari keningau,
Dan yang sebelum nya saya telah di izajah oleh tuan guru Naiman juga dari keningau.
dan saya banyak mewarisi doa-doa perubatan serta cerita-cerita yang dikisahkan oleh guru-guru saya iaitu-Naiman, Haji Karno, Abdul Hamid [bongkud ranau], Setimin Mohd Ali {anak angkat bapa tua dari Ranau}
haji Eshim {ranau} Marimin {ranau}, Dahalan {ranau} dan anak murid saimin {tamparuli}.
saya ada membuat catatan ringkas kesemuanya. yang selebihnya saya simpan dalam otak saja.
Tahniah. Rupanya saya ketinggalan. Apapun banyak pengalaman saya hidup bersama keluarga Bapa Tua di Bandung. Tinggal bersama satu rumah selama 3 tahun dari 7 tahun mengenali keluarga ini. 3 anak saya sempat dijaga oleh Mama Tua dan anak cucu mama tua sempat tinggal bersama keluarga saya (1991-1994).
Arwah datuk saya selalu cerita pasal bapa mandur sarip. Guru agama mereka sewaktu muda waktu kerja estet.
Assalamualaikum..saya amat berminat dengan cerita mandur syarif..sebap sedikit sebanyak arwah bapa saya ada cerita…n ada kubur arwah isteri beliau d kampung kami n anak angkat dia adalah makcik saya….