Archive for 7 Mei 2009


Bercerita soal undang-undang, memang UMNO-BN jenis spesis yang takkan patuh undang-undang.

Padahal undang-undang yang dibuat berkenaan hal ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sama saja dan lebih kurang saja di seluruh negara bahkan mungkin mana-mana dewan undangan atau parlimen di seluruh dunia.

Contohnya persoalan kuasa speaker, pembahagian kuasa peranan legislatif dan eksekutif dan sebagainya.

Sudah YB Speaker menolak usul BN, sudahlah. Itulah kuasa speaker. Tetapi bukan UMNO-BN namanya kalau patuh undang-undang. Mereka lantik pula Speaker sendiri. Speaker Sivakumar diheret keluar bagai penjenayah, sedangkan dia masih speaker yang sah.

Speaker Sivakumar pada awal sidang tadinya mengarahkan 10 orang untuk keluar dewan. Tapi kesemua mereka degil.

Tapi bermula dengan kenyataan MB BN Dr Zambry selepas bersidang petang tadi, dia pula menuduh ADUN PR yang membuat hal dan buat kecoh, sedangkan ADUN BN yang degil dan mengingkari perintah speaker terlebih dahulu. Jadi rakyat mesti berhati-hati mendengar maklumat.

Saya teringat sejenis binatang mughallazah yang hangat diperkatakan sekarang ini. Beritanya menjadi tajuk utama, mengalahkan binatang lain, bahkan berita orang sekalipun. Petang tadi, dalam titah Raja Muda Perak, juga menyebut sedikit tentang penyakit yang dibawa binatang itu.

Bukan sekali binatang ini menjadi berita utama, tetapi sudah beberapa kali. Dahulu, kisahnya menggemparkan negara dengan penyakit JE di Negeri Sembilan. Kemudian menjadi isu pula pemeliharaannya di Selangor pertengahan tahun lalu.

Dahulu, saya pernah mendengar ceramah Ybhg Ust Dato’ Hj Ismail Kamus, berkenaan perangai-perangai haiwan.

Binatang mughallazah itu – yang biasa digelar sebagai ‘kambing hongkong’ oleh Dr Haron Din, – diceritakan sebagai binatang yang sangat degil.

Apabila kambing hongkong itu hendak masuk kembali ke kandang oleh tuannya, ia tidak akan masuk dengan mudah, kerana ia adalah jenis makhluk yang degil. Ia tidak boleh ditolak masuk.

Jadi untuk menyuruh masuk, ia tidak boleh ditolak masuk melainkan ditarik keluar. Oleh kerana ia degil keluar, maka ia akan masuk. Demikian saya qoute lebih kurang ceramah Ust Ismail Kamus. Wallahu a’lam.

img_2158Encik Siriman MF Basir ketika merasmikan penangguhan Bengkel Peningkatan Kualiti Muslim di Dewan Tun Mustapha, Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang ahad lalu mengharapkan gandingan mantap semua agensi berasaskan Islam bagi mengukuhkan program pemantapan aqidah kepada umat Islam khususnya di Ranau.

Dalam konteks Sabah, antara lain beliau menyebut seperti Badan Dakwah Daerah, JHEAINS, JAKIM serta NGO’s Islam seperti USIA, ABIM, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan lain-lain.

Beliau yang juga Pegawai Daerah (D.O.) Ranau merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah berkata, pada zaman ini semua pihak perlu berganding bahu menjayakan program bermanfaat memandangkan pihak-pihak lain juga giat mengadakan program yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kalau pertandingan karaoke, unduk ngadau, konsert artis ramai yang hadir melihatnya”, kata di hadapan 150 peserta, sambil mengharapkan penganjur lebih kreatif menarik golongan muda.

Dalam ucapan beliau itu juga, Siriman meluahkan penghargaan beliau kepada Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) yang merintis program ini ke pelusuk daerah seluruh Sabah, selain mengucapkan terima kasih atas kesudian dua penceramah berkaliber iaitu Tuan Hj Ayub Abd Rahman dan Tuan Hj Nicholas Sylvester Abdullah hadir ke daerah Ranau.

Program sejak petang jumaat itu berakhir pada tengahari ahad adalah anjuran bersama JHEAINS, JAKIM dan NGO’s Islam.

Dari Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang, yang suhunya sekitar 15 darjah, pagi-pagi sementara menanti sarapan, saya paparkan kembali gambar-gambar berlatarkan gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.

Renungan jauh.. memikir masalah yang melanda umat. Hj Ayub Abd Rahman Abdullah

Renungan jauh.. memikir masalah yang melanda umat. Hj Ayub Abd Rahman Abdullah

"Umat Islam di Sabah wajib bersyukur, Allah SWT memberi nikmat gunung kinabalu yang sangat cantik dan gagah. Tiada sesiapa yang boleh menjadikan makhluk sehebat ini kecuali Allah. Besarkan dan agungkan Allah" - Hj Ayub

"Umat Islam di Sabah wajib bersyukur, Allah SWT memberi nikmat gunung kinabalu yang sangat cantik dan gagah. Tiada sesiapa yang boleh menjadikan makhluk sehebat ini kecuali Allah. Besarkan dan agungkan Allah" - Hj Ayub

Azizul dan Jubair, dua anak muda Kundasang yang bakal membela masyarakat Islam setempat

Azizul dan Jubair, dua anak muda Kundasang yang bakal membela masyarakat Islam setempat

Rombongan Kota Kinabalu merakam kenangan

Rombongan Kota Kinabalu merakam kenangan

"Sudi apalah kiranya Tuan menurunkan ilmu-ilmu berharga itu kepada kami.."

"Sudi apalah kiranya Tuan menurunkan ilmu-ilmu berharga itu kepada kami.."

Dokumentasi - Che'gu Jamil merakam hasrat, cita-cita, harapan dan penghargaan dalam program pemantapan aqidah.

Dokumentasi - Che'gu Jamil merakam hasrat, cita-cita, harapan dan penghargaan dalam program pemantapan aqidah.

img_1959Forum berkenaan telah diadakan di Dewan Tun Mustapha, Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang pada malam minggu lalu.

Forum tersebut membariskan Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah, Tuan Hj Nicholas Sylvester dan Puan Sarimah Lontom. Forum dipengerusikan oleh Ust Junaidi Saip dari SMK Kolombong, Kota Kinabalu.

Dalam forum itu, para panel menceritakan persepsi masing-masing terhadap Islam ketika mereka belum memeluk Islam. Selain itu, para panel juga mendedahkan cabaran ketika memeluk Islam, serta pandangan-pandangan mereka terhadap persoalan-persoalan aqidah.

Kira-kira 150 peserta program hadir, kebanyakannya saudara kita dan para guru.

img_1971

img_1987

img_1992

img_1993

%d bloggers like this: