Archive for 21 Mei 2009


Sempena Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional Negeri Sabah, diadakan juga Ekspo Produk Halal pada 16 & 17 Mei lalu di Hotel Promenade Tawau.

Lebih 40 gerai daripada pelbagai syarikat, agensi kerajaan dan sebagainya menyertai pameran berkenaan. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman merasmikan ekspo berkenaan.

IMG_2869

IMG_2871

IMG_2876

IMG_2877

IMG_2833

IMG_2834Sebelah petang sabtu, saya meluangkan masa menziarahi Madrasah Darul Hidayah.

Terletak 17km dari Bandar Tawau, Kampung Sungai Imam begitu tenang sekali. Amat sesuai untuk kelas pengajian seumpama madrasah ini.

Projek gerak kerja madrasah ini bermula pada 1997, dengan pembelian tanah seluas 5 ekar bernilai RM50 ribu. Setelah berlalu 12 tahun, projek pembinaan masih berjalan dengan bantuan orang ramai.

IMG_2838Dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan ini juga, madrasah ini juga telah memulakan pengajiannya berdasarkan sistem pendidikan Islam moden.

Kini, ia mempunyai 17 orang pelajar antara 13-25 tahun, empat daripadanya perempuan.

Bagi pihak pengurusan madrasah ini, saya menyampaikan seruan agar mereka yang mempunyai kelebihan agar turut menyumbang bagi pembinaan fasa berikutnya. Hubungi pengarahnya, Sdr Kadarisman : 089-901049

IMG_2837

IMG_2848

IMG_2859

%d bloggers like this: